Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 8

Minggu Praktikum : Kelapan


Tarikh Kejadian : 17 Mac 21 Mac
Tajuk Jurnal : Minggu Ujian PKSR
1. Masalah / Isu
Sepanjang minggu ini, berlangsungnya ujian PKSR bagi murid-murid tahun 4, 5
dan enam. Saya telah diberi tugas untuk mengedarkan kertas soalan bagi subjek
Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Bahasa Melayu
serta diberi peluang oleh guru untuk menanda kertas soalan bagi kelas yang
diajar oleh saya. Ini adalah merupakan pengalaman kedua saya menanda kertas
soalan ujian selepas praktikum fasa dua tempoh hari. Saya tidak menghadapi
masalah untuk menanda kertas soalan kerana hanya diberi tugasan untuk
menyemak kertas objektif.

2. Analisis
Sepanjang proses mengedar kertas peperiksaan, menjadi guru pengawas
peperiksaan dan menanda kertas, saya mendapat banyak manfaat dan
pengalaman berguna untuk diaplikasikan semasa ditempatkan di sekolah kelak.
Selain itu, saya juga berpeluang mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari
melalui subjek pentaksiran di institut.

3. Cadangan Penambahbaikan
Saya akan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru subjek bagi
memperoleh kemahiran untuk menanda kertas soalan

4. Tempoh Masa
Penambahbaikan akan dijalankan sepanjang minggu ini berlangsung..


5. Penilai Kejayaan
Saya akan meminta rakan praktikum saya menjadi penilai kejayaan saya
terhadap penambahbaikan yang dilakukan.

6. Tindakan Susulan
Saya akan mengubah cadangan penambahbaikan jika ia tidak mendatangkan
hasil yang positif kepada saya.



















Disahkan oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai