Anda di halaman 1dari 1

ABU DAN 100 EKOR AYAM

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk
itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Ali.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya
memberikan kadnya)."
Pak Ali: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah
tuan."
Selepas itu, Pak Ali memanggil anak buahnya yang bernama Abu dan memberikan
arahan...
Pak Ali: "Abu, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki
kaya tadi)."
Abu : "hantar ayam? Beres Tuan !
Esoknya dengan menunggang motor si Abu pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50
ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi
malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa
langsung terlepas dan lari bertempiaran.
Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Abu. Tetapi si Abu tidak apa2 malah
ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia
merasa khuatir kerana melihat si Abu ketawa ...
Orang yang bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?
Abu : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Abu: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan
ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."
Orang yang bertanya : ??????? FAHMI NAFIZ 2 MARIKH

Anda mungkin juga menyukai