Anda di halaman 1dari 1

BOLA KEPIT

Pengenalan
Bola kepit ialah sejenis acara sukaneka yang dimainkan secara berpasangan

Tujuan
Permainan ini memupuk kerjasama dan kesefahaman antara ahli pasukan.
Melatih keseimbangan badan peserta.
Menguji ketangkasan peserta.
Memerlukan perancangan strategi untuk menang.
Memupuk persaingan secara sihat antara pasukan yang bertanding.

Peraturan dan Cara Bermain
Setiap pasukan diwakili oleh dua orang peserta.
Setiap pasukan diberi sebiji bola.
Peserta diminta untuk mengepit bola diantara badan peserta.
Tangan hendaklah diletakkan di belakang badan.
Peserta diminta untuk membawa bola dengan mengepit pada badan melalui
halangan yang disediakan sehingga sampai ke garisan penamat.
Sekiranya bola terjatuh dari badan, peserta perlu ambil kembali bola dan memulakan
kembali permainan 3 langkah kebelakang.

Alatan yang diperlukan.
Kon dan bola.

Anda mungkin juga menyukai