Anda di halaman 1dari 5

Mod Pembelajaran

Sebenarnya kalau sambung belajar ke peringkat Sarjana atau master biasanya ada 3 mod
pembelajaran:
Mod kerja kursus sepenuhnya Full coursework (Taught course)
Mod Campuran Mix-mode (Taught course + research)
Mod Penyelidikan sepenuhnya (Full research)
Apa bezanya??? Berikut merupakan penerangan ringkas mengenainya (dalam konteks di Fakulti
Pendidikan, UTM)
Mod kerja kursus sepenuhnya
Pelajar mengikuti pembelajaran (kuliah) seperti biasa. Biasanya anda perlu memilih x bidang dari
y bidang (atau major) yang disediakan. Bagi setiap bidang, anda perlu memilih sekurang-kurang 1
subjek elektif yang disediakan. Pendek kata, anda yang tentukan bidang yang ingin diikuti.
Sebagai contoh, bagi anda yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana
Teknologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UTM, terdapat 3 bidang utama yang disediakan untuk
pilihan anda dengan pilihan subjek yang selari dengan keperluan semasa iaitu:
Major Pembangunan Multimedia anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan
pembangunan aplikasi multimedia ataupun laman web interaktif.
Major Media Digital Anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan penerbitan media
digital seperti penerbitan video dan animasi ataupun teknologi grafik termasuklah fotografi
digital.
Major Pengurusan Sumber dan Rangkaian Anda boleh memilih subjek yang berkaitan dengan
pengurusan sumber maklumat dan juga pengurusan sistem rangkaian (networking)
Anda dikehendaki memilih mana-mana satu subjek elektif dari setiap bidang (atau major) yang
disediakan. Selain itu, anda juga dikehendaki mengambil beberapa subjek wajib Program serta
beberapa subjek wajib Fakulti dan juga Universiti.
Mod Campuran atau Mix- Mode (Taught Course and Research)
Bagi pelajar yang tidak mahu atau merasakan tidak sempat untuk mengikuti kuliah yang banyak
(posting di lokasi yang jauh dari kampus misalnya kelak, bagi yang berhasrat untuk meneruskan
pengajian secara separuh masa), pilihan mix-mode ini mungkin lebih baik untuk anda. Untuk mod
pembelajaran ini, pelajar perlu memilih salah satu bidang utama program seperti mana yang telah
dijelaskan sebelum ini dengan minimum mana-mana 1 subjek mengikut keperluan masing-masing.
Seterusnya, pelajar dikekehendaki membuat penyelidikan, juga selama 2 semester (minimum).
Pada semester pertama penyelidikan dijalankan, anda diperlukan menyiapkan 3 bab penulisan
(ataupun komponen-komponen utama daripada 3 bab tersebut dan menghasilkan satu proposal
penyelidikan tidak kurang daripada 30 mukasurat), dan seterusnya membentangkan proposal
penyelidikan tersebut untuk dinilai oleh 2 pensyarah penilai. Seterusnya, apabila selesai
penyelidikan yang dijalankan, anda sekali lagi diperlukan untuk membentangkan tesis akhir (viva)
kepada 2 pensyarah penilai.
Mod Penyelidikan Sepenuhnya
Hmmmtak perlu ceritalah. Namanya sendiri telah melambangkan apa yang perlu anda buat.tak
perlu ambil apa-apa kelas (kecuali kursus pendek penyelidikan dan kelas wajib
Universiti)seterusnya buat sahaja research sampai muntah biru warna pelangi. Seperti juga mod
campuran, terdapat dua kali pembentanganiaitu pembentangan proposal dan pembentangan
akhir (viva) yang akan dinilai oleh dua orang pensyarah penilai.
Ringkasnya..kalau ambil taught coursegi kelas jer macam undergraduate. Lepas tu buat basic
research lebih kurang seperti PSM. Kalau ambil Mixed-mode pulaambil kelas juga..tapi tak
banyak. lepas tu buat research yang besar sikit. Kalau ambil Full research..tak perlu gi kelas..buat
research jer. Kalau gi kelas pun, kelas wajib Universiti atau fakulti jer.
Kalau takut tengah sambung tiba2 kena postingkita masih dibolehkan menukar mod
pembelajaran supaya kita masih boleh posting dan dalam masa yang sama masih boleh
meneruskan pengajiankalau posting di sekitar tempat belajarlah. Kalau UTM misalnyaposting
sekitar Johor.
Kuliah..?? Saya dah bekerja..masa bila pula nak pergi kuliah ni..?
Kebanyakan kuliah untuk program Sarjana di Fakulti Pendidikan UTM diadakan di sebelah
petang...dari jam 4.00 pm sehingga jam 7.00pm. Jadi kepada yang bekerja sebagai guru yang
mengajar di sebelah pagi, anda boleh mengikuti sesi kuliah di sebelah petang tersebut. Bagi anda
yang mengajar di sebelah petang pulahmmmyang gatal mengajar sebelah petang tu buat
apa..?? Cuba usahakan supaya dapat mengajar di sebelah pagi yahee hee
Nak sambung kursus apa..??
Nak sambung kursus apa? Satu lagi soalan yg memeningkan kepala. Tanya diri sendirinak jadi
cikgu ke atau nak tukar bidang(jadi pensyarah misalnya satu hari nanti). Atau nak jadi cikgu yang
ada kepakaran tambahan..contohnya guru Matematik tetapi ada master dlm ICT atau Teknologi
Pendidikan.
Adalah digalakkan kita sambung dalam bidang yang selari atau penambahan dengan bidang semasa
undergraduate kita. Katakanlah semasa undergraduate kita kursus Sarjana Muda Sains dan
Komputer serta Pendidikan (Fizik), maka bermakna kita boleh kembangkan dalam salah satu
bidang tersebut. sama ada :
master dalam bidang pendidikan (misalnya; pengurusan, psikologi dan sebagainya)
master dalam bidang pendidikan fizik
master dalam bidang fizik
master dalam bidang IT & Multimedia (Educational Technology) paling best..hee hee
Kalau cadangnya nak sambung belajar di Fakulti Pendidikan, UTM..boleh tengok senarai kursus
lengkap yang ditawarkan di sini ya:
http://www.fp.utm.my/academic/bipostgrad/
Atau sekiranya anda berminat untuk bertukar disiplin..boleh juga sambung dalam bidang yang
tiada kaitan dengan pendidikan..sebagai contoh nak cuba melompat ke Fakulti Sains Komputer
atau Fakulti Sains misalnya. Tapi kalau buat begini biasanya kita perlu mengambil beberapa subjek
tambahanmaka mungkin kalau sambung secara separuh masa, lambat sikitlah nak grad.
Yang terbaiknya ialah kita sambung dalam bidang yang berhubung kait dengan bidang kita masa
undergraduate. Tapi kalau ditakdirkan ingin berhijrah.pastikan kita boleh membuat hubungan
apa yg kita pelajari semasa undergraduate dengan apa yang bakal kita belajar semasa di peringkat
sarjana itu nanti. Itu lebih baik dan memberi manfaat kepada ilmu. Sekurang2nya kita bersifat adil
kepada ilmu yg telah dipelajari sebelum kita mencurahkan kasih kepada ilmu baru yang bakal
dikenali.
Boleh tak ambil master yang tiada kaitan dengan Pendidikan ??
Boleh tak ambil master yang bukan pendidikan.?? Boleh..no problem..tapi sebaiknya biarlah ada
kaitan sikit dengan bidang tersebut. Tidaklah berbeza sepenuhnya sangat kerana tujuan sambung
belajar ke peringkat master atau PhD ialah untuk menjadikan kita pakar dalam bidang kita.
Contohnya, sekiranya semasa undergrad bidang kita Sainstak salah kalau semasa master kita
sambung bidang Educational Technology kalau kita minat IT..dan kita kembangkan kajian ke arah
IT dan multimedia dalam bidang ilmu Sains.
Begitu juga kalau masa undergrad kita bidang Pendidikan Kimia dan Komputer, semasa master
kita sambung bidang Pengurusan & Pentadbiran dalam Pendidikansebab kita suka sangat
mengurus dan mentadbir orang. Mana tahu senang sikit nak jadi Pengetua nanti. Atau..kita malas
nak posting..dan kita sasarkan selepas selesai Master kita ingin memohon untuk menjadi
pensyarah..maka sambunglah bidang yang membolehkan kita menjadi Pensyarah dalam bidang
yang diingini.
Seperkara lagi yang perlu difikirkan sekiranya kita berhasrat untuk bertukar bidang sepenuhnya,
ada kemungkinan kita perlu mengambil subjek tambahan yang diperlukan..maka mungkin
lambatlah sikit gradnya nanti. Tapi..ringkasnya tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Macam mana nak pilih Penyelia ?
Jangan risau tentang penyelia atau supervisor kajian. Ianya akan ditetapkan oleh pihak Jabatan
kelak mengikut kesesuaian bidang dan beban tugas penyelia. Anda akan diberi seorang penyelia
yang juga akan merangkap sebagai penasihat akademik di sepanjang pengajian anda kelak. Walau
bagaimanapun, anda berhak untuk mencadangkan nama penyelia kegemaran atau pilihan anda
kepada pihak Jabatan untuk dipertimbangkan. Sekiranya sesuai dengan bidang penyelidikan, dan
penyelia itu sendiri memang masih ada ruang untuk menerima pelajar, permintaan anda akan
dipenuhi. Bagi yang berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Multimedia (Teknologi
Pendidikan), di Fakulti Pendidikan UTMberikut merupakan senarai bakal penyelia yang boleh
dilamar kelaksemuanya suci, bersih dan bermutu tinggi.
Senarai nama dan wajah comel pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan,
UTM.
Nak lihat keseronokan pelajar PhD dan pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan bersuka-ria
dalam persekitaran dunia akademik.perjumpaan mingguan dan sesekali kami makan-makan
bersama.

Programme structures and features, curriculum and award requirements
The course is offered in full-time and part-time with a specific subjects being delivered and assessed in each
semester. For the a ssessment of the subject, it is mostly based on 40% final examination and at least 60% of
coursework.
The subjects are categorized as university elective, program core and program electives such as the followings:

Subject Category Code Subject Credit
University Elective (1
subject))
UHX XXX3 (to choose from the list given by
School of Graduate Studies)
3

Faculty Core
(2 subjects)
*For Taught Course
Only
MPU 1024 Research Methods in Education 1 4
MPU 1034 Application of Statistics in
Educational Research 1
4
Program Core
(4 subjects)
MPT 1113 Educational Technology
Foundation
3
MPT 1203 Technology and Media Design 3
MPT 1233 Organization & Management of
Resource Centre
3
MPT 1193 Authoring System 3
Program Electives MAJOR: MULTIMEDIA DEVELOPMENT
MPT 1293 CD-ROM-Based Multimedia 3
Elective
Courses:students must
choose one course
from each major*.
*Taught Course Only

Elective
Courses:students must
choose one course
from any major#.
#Taught Course and
Research
Development
Pre-requisite MPT 1193
MPT 1393 Web-Based Multimedia
Development
Pre-requisite MPT 1193
3
MAJOR: RESOURCE MANAGEMENT AND
NETWORKING
MPT 1173 Management of Information
System and Educational
Materials
3
MPT 1403 Introduction to Networking
System in Education
3
MAJOR: DIGITAL MEDIA
MPT 1483 Visual Technology Production 3
MPT 1383 Video and Animation
Technology Production
3
Master Project
*For taught Course
Only
MPT 1514 Research Study 1 4
MPT 1524 Research Study 2 4
TOTAL CREDIT 40

Award requirements:
For the award of Master of Education (Educational Technology), the students should achieve a total minimum of
40 credit hours with minimum CPA of 3.0, including the completion of Master Project.
Copyright 2009 Faculty Of Education, UTM Skudai

http://www.fp.utm.my/academic/bipostgrad/

Taught Course Programme
Research Programme
Combination of Taught Coruse Programme and Research (Mixed Mode)

Anda mungkin juga menyukai