Anda di halaman 1dari 52

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL BAHASA MELAYU
BMM 3117
KAEDAH PENGAJARAN BAHASAMELAYU MELAYU
SEKOLAH RENDAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
ii
Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru ii
Kata-Alu-aluan iii
Kandungan v
Panduan Pembelajaran vi - vii
Pengenalan viii
Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul) xi - xi
Teori Huraian Bahasa 1
Teori Pemerolehan Bahasa 7
Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik 9
Pengaplikasi Pendekatan Pengajaran Bahasa 13
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa 20
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa 25
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara
konstruktivisme dan kontekstual 28
Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Secara Masteri 34
Rujukan 40
Panel Penulis Modul 41
Panel Pemurni Modul 42
Ikon Modul 42
KANDUNGAN
Muka Surat
MUKA
S
U
R
A
T
ii
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh
belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal
selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod
pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan
corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika
anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara
begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila
diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung
kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan
disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah
pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara
latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan
jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda
atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali
imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-
makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan
masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan
dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tips untuk membantu anda melalui kursus ini.
PANDUAN PELAJAR
iii
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda
untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran
anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan
membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan
anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan
yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
ii
Pengenalan
Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini memperkenalkan kepada anda, teori
huraian dan pemerolehan bahasa. Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahan
kepada anda tentang pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa melalui Pendekatan
Induktif, Deduktif, Eklektik dan Komunikatif. Ia turut dilengkapi dengan pengaplikasian
pendekatan pembelajaran bahasa yang merangkumi pemusatan murid dan bahan.
Pembelajaran berasaskan projek, masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga
dimasukkan.
Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut:
Tajuk Pembelajaran 1: Teori Huraian Bahasa
Tajuk Pembelajaran 2: Teori Pemerolehan Bahasa
Tajuk Pembelajaran 3: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Tajuk Pembelajaran 4: Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa
Tajuk Pembelajaran 5: Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Tajuk Pembelajaran 6: Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. Modul ini diharap
dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian dan pemerolehan bahasa dan
konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkan akan lebih jelas dengan konsep
pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
ii
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.
Bil Kandungan
M
o
d
u
l

(
J
a
m
)
J
u
m
l
a
h

(
J
a
m
)
1 Komponen Pengajaran
- Kemahiran Induksi
- Penerangan
- Penyoalan
- Variasi Rangsangan
2
2 Komponen Pengajaran
- Penggunaan papan Tulis
- Penggunaan Bilik Darjah
- Penutupan dan Membuat Kesimpulan
2
3 Teori Huraian Bahasa
- Nahu Tradisional
- Struktural
- Transfomasi Generatif
- Teori Fungsional
2
4 Teori Pemerolehan Bahasa
- Behaviorisme
- Kognitif
- Mentalis
- Intraksionalisme
2
5 Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
- Definisi
- Membanding beza strategi/pendekatan/kaedah/teknik
- Membuat Rumusan
2
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
iii
6
Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa
- Induktif
- Deduktif
- Eklektik
- Komunikatif
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
- Berpusatkan Murid
- Berdasarkan Bahan
- Pembelajaran Berasaskan Projek
- Pembelajaran Berasaskan Masalah
2
7
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
- Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
- Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
- Pembelajaran Berasaskan Permainan
2
8 Pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
secara
- Konstruktivisme
- Kontekstual
- Masteri
2
9
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
- Kaedah Natural
- Kaedah Tatabahasa Terjemahan
- Kaedah Terus
- Kaedah Ajuk Hafaz
- Kaedah Linguistik
- Kaedah Kod-Kognitif
- Kaedah Bahasa Komuniti
- Kaedah Oral Aural
2
10
Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa
- Teknik Drama (mimos, arca, improvisasi, main peranan, simulasi,
teater bercerita, pentomin, mestamu, dikon)
- Teknik Permainan Bahasa
- Teknik Latih Tubi
- Teknik Bercerita
2
11
Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
- Kemahiran Belajar
- Kemahiran Kajian Masa Depan
- Kemahiran Berfikir
2
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
iv
12
Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
- Kemahiran TMK
- Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
2
13
Pengaplikasian Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Huraian Garis Panduan PKJR - Kemahiran
- Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
14
Penyediaan Rancangan Pelajaran Semester dan Harian
Meneliti spesifikasi kurikulum
Membuat pemetaan Hasil Pembelajaran
Membina aktiviti dan bahan sokongan
2
15
Penyediaan Rancangan Pengajaran dan pembelajaran Harian (RPH)
2
Jumlah
30
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1
Tajuk 1
Teori Huraian Bahasa
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat
empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:
Teori Tatabahasa Tradisional
Teori Struktural
Teori Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Tatabahasa Tradisional ini menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian
berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,
bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang
pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang
rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula
merupakan pegangan Teori Fungsional.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik
3.4 Mengaplikasi kemahiran set induksi dalam aktiviti pengajaran mikro
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
2
Kerangka konsep
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
3
Fikirkan:
Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa
dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa di sekolah rendah.
Teori Huraian Bahasa
Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :
Teori Tatabahasa Tradisional.
Teori Struktural
Teori Tranformasi Generatif
Teori Fungsional
Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana
Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan
teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah?
Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan
persepsi ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat,
bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang
dalam kalangan masyarakat.
Pemahaman guru bahasa mengenainya membolehkan
seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran bahasa di sekolah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
4
1.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)
Teori paling tua
Antara Ahli Linguistik membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato
dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendita Zaba dan Prof.
Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)
Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran
Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum
Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik
Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap
1.2 Teori Struktural (Bloomfield)
Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfen dan ayat.
Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan
Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan
fakta-fakta yang boleh diperhati
Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat.
1.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)
Bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa.
Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran.
Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental.
Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
1.4 Teori Fungsional (Haliday)
Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.
Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika
berkomunikasi dan mementingkan semantik.
Kajian menekan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.
Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi
interpersonal dan fungsi tekstual.
Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
sistem bahasa.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
5
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa.
Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan
perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif
Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang
teori ini.
Tajuk 2
Teori Pemerolehan Bahasa
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Intraksionalisme
Sinopsis
Tajuk ini mengemukakan empat teori yang membantu guru mengetahui bagaimana kanak-
kanak mempelajari bahasa. Ia penting bagi membantu anda memilih kaedah pengajaran yang
selaras dengan teori pemerolehan bahasa.
Empat Teori Pemerolehan Bahasa yang dibincang dalam tajuk ini ialah:
Teori Behaviorisme
Teori Kognitif
Teori Mentalis
Teori Interaksionalisme
Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan proses pembelajaran bahasa
memerlukan penekanan kepada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk
kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana ia cuba
menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula
merujuk kepada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori
Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi
pemerolehan bahasa kanak-kanak.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
6
Hasil Pembelajaran
1.1 Menjelaskan ciri-ciri penulisan langkah pengajaran
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan contoh dalam aktiviti pengajaran mikro
Kerangka konsep
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
7
Teori Pemerolehan Bahasa
Nota ringkas:
2.1 Teori Behaviorisme
Dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas dan Brooks.
Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak
untuk membentuk kebiasaan.
Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta.
Latih tubi amat digalakkan
Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta
suasana dalam bilik darjah.
2.2 Teori Kognitif
Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda
perlu tahu bagaimana kanak-kanak
mempelajari bahasa. Anda perlu memilih
dan menentukan strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai dengan
tatacara kanak-kanak memperoleh dan
mempelajari sesuai bahasa.
Saya Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada
9 Ogos 1896. Saya yakin bahawa proses pembelajaran
merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata),
melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada
dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada
alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan
perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang
mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya
mengambil kira tahap perkembangan mental (kognitif) dan
deria kanak-kanak.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
8
2.3 Teori Mentalis
Dipelopori oleh Chomsky
Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran
Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis
Pengajaran tatabahasa diajar secara formal
2.3 Teori Interaksionalis
Mementingkan aktiviti komunikasi.
Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.
Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.
Arahan:
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami teori-teori pemerolehan
bahasa.
Setelah itu anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tugasan
Dalam kelas KBSR, objektif pengajaran anda ialah supaya murid menguasai
pola ayat FN + FA. Cadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Teori Behaviorisme.
Menurut Teori Mentalis pemerolehan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan
mental. Anda dikehendaki mengajar kemahiran memberi teguran secara
bertatasusila. Setelah selesai mengajar, senaraikan ayat-ayat yang dihasilkan
oleh murid-murid.
Sediakan rumusan berkaitan hubungan penguasaan bahasa murid dengan
perkembangan mental.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
9
Tajuk 3
Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Definisi
Membanding beza
Strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik
Membuat rumusan
Sinopsis
Tajuk ini mendedahi anda dengan empat konsep penting.Strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.
Strategi merujuk kepada cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula, merupakan satu set andaian yang
membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa
kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini (Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan,
Kaedah Terus dan lain-lain lagi) memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan
sistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini
melibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama
untuk mencapai sesuatu objektif.
Hasil Pembelajaran
1.1 Menjelaskan dan membandingkan konsep, pendekatan, kaedah dan teknik
3.4 Mengaplikasi kemahiran Set Induksi dalam aktiviti pengajaran mikro
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
10
Kerangka konsep
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Teori Huraian Bahasa dan Teori
Pemerolehan Bahasa sudah difahami
sebaik-baiknya. Sekarang bolehlah
saya memilih strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik yang sesuai untuk
membantu murid-murid saya
mempelajari bahasa dengan berkesan!
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
11
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
sebagaimana berikut:
STRATEGI
3.1 Strategi
Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan
tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud
cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,
strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.
3.2 Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran
dan pengajaran yang dijalankan.
Pendekatan induktif
Pendekatan deduktif
Pendekatan eklektik
Pendekatan komunikatif
Pendekatan oral
3.3 Kaedah
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-
Pendekatan
Kaedah
Teknik
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
12
langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti
dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang
dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti
berikut:
Kaedah natural
Kaedah tatabahasa terjemahan
Kaedah terus
Kaedah ajuk hafaz
Kaedah linguistik
Kaedah kod kognitif
Kaedah situasional
Kaedah bahasa komuniti
Kaedah oral Aural
3.4 Teknik
Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang
dicadangkan adalah seperti berikut:
Teknik drama
Teknik permainan bahasa
Teknik perbincangan
Teknik bercerita
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
13
Tajuk 4
Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa
Induktif
Deduktif
Eklektik
Komunikatif
Sinopsis
Tajuk ini mengutarakan empat pendekatan yang lazim digunakan oleh para guru. Pendekatan
yang baik dapat menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
Pendekatan Induktif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Induktif mempunyai tanggapan bahawa mempelajari sesuatu itu ialah untuk
mendapat hukumnya yang dibentuk melalui pengumpulan maklumat. Tugas dan
tanggungjawab guru ialah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
Konsep Pendekatan Deduktif menekankan mempelajari sesuatu berdasarkan hukum. Oleh itu
pengajaran dimulai dengan memberi generalisasi, kesimpulan, undang-undang dan isi
kandungan.
Gabungan Pendekatan Induktif dan Pendekatan Deduktif menghasilkan Pendekatan Eklektik.
Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
1.2 Menghuraikan berserta contoh pendekatan induktif dan deduktif
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan papan tulis dalam aktiviti pengajaran mikro
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
14
Kerangka konsep
Pendekatan
Apa pulak? Pendekatan eklektik tentu lebih kerana
menggabungkan segala yang baik-baik daripada
pendekatan induktif dan deduktif!
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
Mana boleh!
pendekatan deduktif
tentu lebih baik kerana
murid digalakkan berfikir
untuk membuktikan
teori/fakta tertentu!
Pendekatan induktif
tentu lebih baik
kerana murid tidak
diajar secara
langsung! Murid
diajar menaakul
/berfikir tinggi.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
15
Tetapi jangan lupa, dalam semua pendekatan itu murid bertutur sesama sendiri,
mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran berbahasa menyampaikan fikiran, fakta
dan hujah masing-masing. Mereka menyerap idea dan menyepadukannya dengan
pengetahuan sedia ada mengenainya.
4.1 Pendekatan induktif
Pendekatan induktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan
seseorang murid melaksanakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam proses
penaakulan, murid tidak diajar secara langsung,bahan pengajaran bagi subjek
berkenaan tetapi mereka diberi galakan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri.
Kemudiannya, mereka dikehendaki mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian
yang telah dilakukan oleh mereka.
Sehubungan dengannya, guru memungut dan mengumpul contoh-contoh tertentu
daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi
membantu murid-murid untuk merumuskan satu kesimpulan yang sesuai. Ringkasnya
pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau penemuan yang melibatkan
proses memerhati, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada
awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada
data-data yang dipelajari. Antara lain murid-murid dikehendaki:
a. memberi definisi kepada sesuatu konsep
b. menerangkan peraturan-peraturan
c. menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan
d. memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran
Selain itu, guru boleh mengemukakan soalan, bertanya, berbincang, memerhati,
mengkaji dan memberi contoh-contoh tertentu. Guru kemudiannya membuat rumusan
tertentu mengenainya.
Prosedur pengajaran induktif
Prosedurnya melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran
yang berkesan. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif.
Secara kasar, prosedur pengajaran itu diperlihatkan seperti yang berikut:
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
16
Peringkat pendedahan
Pada peringkat ini, guru:
a. akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada
murid-murid secara tidak langsung;
b. menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa;
c. membuat pendedahan mengenai isi kandungan pelajaran dalam set induksi
pada bahagian permulaan pengajaran;
d. menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran
tersebut. Pada peringkat ini seboleh-bolehnya guru jangan menerangkan
objektif, peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan dan sebagainya;
dan
e. mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada.
Peringkat pembentukan konsep
Pada peringkat ini, guru
a. membentuk konsep tertentu melalui contoh-contoh yang dikemukakan;
b. mendengar ayat yang dibina oleh murid;
c. mendengar ayat yang dibina oleh guru;
d. melakukan beberapa usaha untuk murid menguasai pelajaran;
e. memandu murid langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.
Peringkat membuat generalisasi
a. Dijalankan dalam bentuk gerak kerja bertulis;
b. Murid diberikan latihan dalam kumpulan.
Peringkat penutup
a. Guru menutup pengajarannya;
b. Guru membuat rumusan berdasarkan apa-apa yang diajarnya;
c. Murid diberi aktiviti-aktiviti susulan sebagai pengukuhan.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
17
4.2 Pendekatan Deduktif
Antara lain, guru boleh menggunakan pendekatan deduktif melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat berikut:
Peringkat awal generalisasi
Peringkat ini, guru sebaik-baiknya tidak mendedahkan perkara yang hendak diajarkan,
menegas tujuan pengajaran, memberi tajuk pelajaran dan memberi rangka kasar
seluruh idea.
Peringkat mengemukakan generalisasi
Peringkat ini, guru membuat generalisasi dalam langkah pertama pengajaran dengan
cara memberi penerangan yang jelas mengenai peraturan, rumus-rumus tatabahasa
dan pengertian yang berbentuk hukum tertentu. Dalam hal ini seseorang guru boleh
menggunakan carta dan gambar rajah tertentu yang difikirkan sesuai dan boleh
membantu murid-murid memahami struktur isi sesuatu mata pelajaran.
Peringkat menganalisis konsep
Sebaik-baiknya sesuatu konsep dianalisis dalam dalam langkah kedua pengajaran
dengan memberi contoh-contoh diikuti dalam langkah ketiga dan berikutnya. Guru
perlu menggunakan teknik dan bahan bantu belajar yang sesuai untuk merancang
dan melaksanakan pelbagai aktiviti dalam situasi pembelajaran tertentu bagi tujuan
meningkatkan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Pendekatan deduktif memerlukan seseorang guru
menegaskan hukum-hukum atau sesuatu teori atau
peraturan tertentu di peringkat awal pengajarannya
sebelum menganalisis hukum-hukum berkenaan dengan
menggunakan contoh-contoh yang konkrit. Secara lebih
khusus pendekatan deduktif memerlukan seseorang murid
menaakul, mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu
hukum, mengemukakan fakta bagi tujuan membuktikan
sesuatu pernyataan, menganalisis fakta atau isi kandungan
pelajaran untuk membentuk generalisasi dan membuat satu
pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
18
Peringkat membuat generalisasi
Generalisasi mengenai sesuatu boleh dilakukan dalam aktiviti gerak kerja kumpulan
sama ada secara bertulis atau latihan tertentu bagi tujuan menggambarkan
penguasaan kebolehan dan kemahiran murid mengenai subjek yang dipelajari.
Peringkat penutup
Peringkat ini guru membuat kesimpulan mengenai sesuatu konsep, peraturan dan
hukum tertentu. Selebihnya guru memberi beberapa aktiviti dan latihan tambahan
sebagai aktiviti pengukuhan.
4.3 Pendekatan Eklektik
Ciri-ciri Pendekatan eklektik, antara lain:
merupakan satu cara mengajar menggunakan pelbagai kaedah, yakni tidak
terikat kepada atu kaedah mengajar sahaja;
guru boleh menggunakan usaha dan daya kreativiti sendiri;
guru juga boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid-muridnya.
Misalnya, peringkat asas pengajaran dilaksanakan latihan mendengar dan
kemudiannya diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis;
Barulah saya faham, pendekatan eklektik itu
menggabungkan pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Saya
yakin murid-murid yang mempunyai kebolehan
yang pelbagai boleh diajar dengan mudah
menggunakan pendekatan ini. Sifat luwesnya
membolehkan seseorang guru mengubahsuai
aktivitinya dengan mudah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
19
murid-murid, selain boleh menggunakan bahasa secara aktif, boleh pula berfikir
secara langsung dengan menggunakan bahasa yang dipelajarinya;
pendekatan ini memerlukan latihan yang banyak dan murid diberi peluang
mempraktiskan pengetahuan dan kemahiran berbahasa secara meluas.
4.4 Pendekatan komunikatif
Secara umum, pendekatan ini member fokus khusus kepada murid. Hal ini kerana
manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal
bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia
berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi,
memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan
menyampaikan maklumat.
Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan
melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses pengajaran
bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.
Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:
makna sangat dipentingkan;
dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan
hafalan;
konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi;
latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-
murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid
untuk belajar;
murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);
terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat
daripadanya;
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
20
kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,
kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.
Tajuk 5
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang
berbeza. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi:
Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan Berpusatkan Bahan
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka.
Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran
menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru
atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu
guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran
berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk kecekapan berbahasa di kalangan
murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid
dalam menyelesaikan masalah.
Hasil Pembelajaran
1.3 Menghuraikan berserta contoh pendekatan eklektik dan komunikatif
3.4 Mengaplikasi kemahiran pelbagai rangsangan dalam aktiviti pengajaran mikro
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
21
Kerangka konsep
Nota Ringkas:
5.1 Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan
mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
22
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.
5.2 Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.
5.3 Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Arahan:
Anda dikehendaki menjalankan pembelajaran berasaskan projek kepada murid
anda.
Anda dikehendaki memberi satu projek ( tajuk yang dicadangkan).
Bahagikan murid anda kepada kumpulan kecil terdiri daripada 5-6 orang satu
kumpulan.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
23
Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan produk yang sesuai untuk
tajuk yang diberi.Contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid dalam bentuk
brosur,gambar, risalah,papan tanda,iklan dan lain-lain.
Anda dikehendaki mengumpul bahan hasilan murid dan menyimpan ke dalam
folio anda.
5.3 Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran
berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.
a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh
Encik Kamal?
b. Apakah puncanya?
c. Apakah kesan masalah itu kepada:
Encik Kamal?
Tugasnya?
Keluarga?
d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?
Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan
pendekatan pengajaran berasaskan masalah:
i. Kenal pasti masalah
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
24
Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu
menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya
murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan.
ii. Penentuan masalah
Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah.
Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu
diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan
mendorong pemikiran murid-murid ke arah menyelesaikan masalah. Guru
membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
iii. Cadangan penyelesaian
Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan
bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai
rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi kesudahannya kelak
hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah.
iv. Penelitian penyelesaian
Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya. Penyelesaian
masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk
membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai
proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah.
v. Pemeriksaan kesimpulan
Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji
sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah
tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian
masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yangbariu
hendaklah diusahakn.
Tugasan:
1. Anda diminta memberi satu kerja projek kepada murid anda mengenai
penggunaan kata panggilan yang betul dalam kalangan warga sekolah.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
25
2. Murid dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis bahan sebagai produk untuk
projek tersebut. Murid diminta membentang hasilan dan guru menilai
keberkesanannya.
Tajuk 6
Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan
Sinopsis
Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk mempastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar
pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara
pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini amat sesuai dalam pembelajaran bahasa kerana murid
akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang
dijalankan secara sistematik.
Pembelajaran berasaskan situasional memerlukan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud yang disertai aksi-aksi yang boleh membantu pengajaran
dan pembelajaran bahasa.
Pendekatan berasaskan permainan pula akan menghidupkan proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui pelbagai aktiviti permainan. Dengan demikian proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.
Hasil Pembelajaran
2.2 Mengkaji konsep dan pelaksanaan kaedah natural, tatabahasa terjemahan dan terus.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
26
3.4 Mengaplikasi kemahiran menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran mikro.
Kerangka konsep
Nota ringkas:
6.1 Pembelajaran berasaskan aktiviti
Kita hendak buat
apa ini?
Itulah, semasa
cikgu beri
penerangan tidak
mahu dengar.
Sekarang
bukankah susah!
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
27
Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran
bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang
terancang secara sistematik.
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
6.2 Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar
dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-
contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.
6.3 Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan
menggunakan bahasa dan aksi.
Tugasan:
Ketika guru merancang pendekatan yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu,
pilih satu pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran sesuatu tajuk
Bahasa Melayu. Nyatakan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
28
Tajuk 7
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mekayu
secara
konstruktivisme
kontekstual
Sinopsis
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan
daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina
sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah
satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.
Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur
kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk
idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada
setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea
baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
29
Nota Ringkas:
7.1 Prinsip Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar
sepanjang hayat.
Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena
dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.
7.2 Pembelajaran dilihat sebagai:
Pengubahan idea,
Pembinaan & penerimaan idea baru,
Penstrukturan semula idea sedia ada
7.3 Pandangan konstruktivisme
Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut
dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang
dilalui.
Kamu mesti faham dan bina pengetahuan sendiri berasaskan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Yalah ... melalui pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru. Seronoklah
cikgu, saya mudah faham, bertambah yakin dan akan belajar
secara berterusan. Terima kasih, cikgu!
Ya! Saya tahu kamu mesti
seronok belajar.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
30
7.4 Amalan pengajaran konstruktivisme
Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif,
interaktif & fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta
membina pengalaman & kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau
menstruktur semula konsep alternatif mereka.
Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas &
meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu
murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru
atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.
Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran
seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan
perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna
kepada mereka.
Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam
sekeliling.
Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada
interaksi murid dengan alam sekeliling.
Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang
lalu & sedia ada.
Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan
melalui proses mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam
struktur mental yang sedia ada.
Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka
sendiri.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
31
7.5 Pendekatan Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran
dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang
melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
Cikgu hendak bawa kamu melawat
Zoo Negara. Kita akan lihat pelbagai
jenis binatang dan jangan lupa
kamu mesti membuat catatan dan
buat folio
Semua haiwan ini asalnya
tinggal dalam hutan di Malaysia.
Haiwan ini dilindungi jika tidak
spesis haiwan ini mungkin akan
pupus!
Ini haiwankah?
Bukankah ini
monyet?
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
32
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan
pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan
pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata
pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan
dengan kehidupan seharian mereka.
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri
(memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda
akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait
dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian
hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial,
fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.
Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea
abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on (aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), antara lain menegaskan pembelajaran kontekstual, murid akan melalui
satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;
R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
33
E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks
penerokaan, penemuan dan reka cipta.
A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks
bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi
lain.
C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks
bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.
T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada
apa yang diketahui.
Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:
(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;
(ii) meningkatkan minat;
(iii) pembelajaran realistik, praktikal;
(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan
(v) menyuburkan pemikiran kreatif.
Kelemahan pendekatan kontekstual
(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru
(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat
(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item
pengajaran dan pembelajaran;
(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin
kompleks;
(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap
pencapaian tinggi
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
34
Tugasan
Murid dalam kelas anda sudahpun mempunyai pengalaman tentang Hari Sukan
Sekolah. Berdasarkan pendekatan Konstruktivisme atau kontekstual cadangkan
langkah-langkah pengajaran karangan tajuk Sukan di sekolah anda.
Tajuk 8
Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Secara Masteri
Sinopsis
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran
Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Modul ini
mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran
Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri.
2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap
penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil
Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa
seseorang murid di tahap tersebut.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
35
Hasil Pembelajaran
i. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
ii. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan
kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;
Kerangka konsep
Nota Ringkas
Tahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan
semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.
Teori Huraian Bahasa:
Nahu Tradisional
Struktural
Transformasi Generatif
Teori Fungsional
Teori Huraian Bahasa dan
Teori Pemerolehan
Bahasa
Teori Pemerolehan Bahasa:
Behaviorisme
Kognitif
Mentalis
Fungsional
Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran
BAHASA MELAYU
Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran
Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan
Permainan
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
36
8.1 Model Pembelajaran Masteri
8.2 Kriteria penentuan hasil pembelajaran:
Berdasarkan Sukatan Pelajaran
Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur
Secara eksplisit, jelas dan terperinci
Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor
8.3 Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:
Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza
Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
Kemudahan yang sedia ada
Masa yang diperuntukkan
8.4 Penilaian terhadap murid:
Penentuan Hasil
Pembelajaran
Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian
Sudahkah
murid
menguasai
Tindakan Susulan
Aktiviti Pengayaan
Tindakan Susulan
Aktiviti Pemulihan
Unit Pembelajaran 2
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
37
Mengesan pencapaian murid
Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai
Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.
Menentukan pengayaan dan pemulihan
Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran
8.5 Mengadakan tindakan susulan:
Pengayaan
Pemulihan
Pengukuhan
8.6 Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri
(a) Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
(b) Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan
pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah
disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
(c) Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk pembelajaran masteri;
Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang
diajar melalui ujian diagnostik;
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
(d) Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi
pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk
mengatasi masalah itu.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
38
(e) Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan
rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
(f) Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.
(g) Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar
menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan
dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran
masteri dapat dipendekkan.
8.7 Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri
(a) Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang
diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
(b) Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan
bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui
pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.
(c) Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi
(d) Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari.
Arahan:
Sila baca dan fahami konsep pembelajaran Masteri
Pastikan anda boleh mengaplikasi pembelajaran Masteri kepada murid dalam
kelas anda.
Anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
39
Tugasan:
Kepentingan
pembelajaran Masteri
dalam pengajaran Bahasa
Melayu
Pengajaran guru Pembelajaran murid
Bibliografi
Brown G.(1975) . Micro Teaching: A Programme of Teaching Skills. London: Metheun & Co.
Ltd
Belle Wallace(ed) 2001. Teaching Thinking Skills Across the Primary Curriculum: A Practical
Approach for Abilities. London: David Fulton
Hayes Lisa, Nikolic Vesna, Cabaj Hanna (2001). Am I Teaching Well?: Self Evaluation for
Affective Teachers. Exeter: Learning Matters
Payne Elaine, Whittaker Lesley (2000). Developing Essenyial Study Skills. Harlow: Englewood
Cliffs.
Forsyth lan, Jollife Alan, Stevens David. (1999). Delivering a Course: Practical Strategies for
Teachers, Lecturers, and Trainers (2nd ed). London: Kogan Page
Caroll Paul, Hasting Nigel. (1996). Effective Primary Teaching: Research-Based Classroom
Strategies. London: David Fulton.
Caroll Paul, Hastings Nigel. (1996). Effective Primary Teaching: Research-Based Classroom
Strategies. London: David Fulton.
PANEL PENGGUBALAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
(PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
PUAN AMINAH BINTI OTHMAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Pendidikan Ilmu Khas
Cheras
Kuala Lumpur
Kelulusan:
M.Ed
B.Ed
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun)
PUAN FAIZAH BINTI ABU
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Pulau Pinang
Gelugor
Pulau Pinang
Kelulusan:
M.Ed
B.Ed
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun)
ENCIK NORDIN BIN SHAARI
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Dato Razali Ismail
Kuala Terengganu
Terengganu
Kelulusan:
M.Ed
B.Ed
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (25 Tahun)
Dr. ISMAIL BIN ABD. RAHMAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tuanku Bainun
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang
(iar_mail@yahoo.com.my)
Kelulusan:
Ph.D (Kesusasteraan Melayu, UPSI)
M.Ed (Pengajian Kurikulum, USM)
Cert.Ed (Pengajian Melayu, MPSP)
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun)
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat

Anda mungkin juga menyukai