Anda di halaman 1dari 10

Laporan Bengkel

J4121 - AMALAN BENGKEL PEMBUATAN-2


1.0 Objektif:
Mempelajari cara mengendali mesin CNC EDM wire cut
Menulis aturcara EDM wire cut dan autocad
Menyediakan dan memaparkan Grafik pemotongan menggunakan aplikasi Autocad dan
Mycam
Menjalankan operasi pengaturcaraan dan pemotongan pada mesin EDM wirecut.
Menghentikan mesin CNC EDM wire cut.
2.0 Pengenalan.
2.1 Pengenalan kepada modul.
Amali di dalam bengkel ini adalah wajib bagi setiap pelajar untuk mendapatkan
permarkahan dalam modul J4121 (Amalan Bengkel Pembuatan-2.) Di dalam bengkel ini pelajar
di ajar cara-cara untuk mengendalikan mesin larik dan mesin raut semesta. Pelajar juga dapat
mempelajari cara-cara untuk membuat pengukuran yang tepat. Semua pembelajaran di atas akan
di terangkan dengan terperinci oleh pensyarah. Segala pemasalahan akan di rujuk kepada
pensyarah yang bertanggungjawab.
2.2 Pengenalan kepada EDM wirecut.

EDM bermakna electrical discharge machine atau pun pemesinan discharge elektrik. Ia
merupakan satu proses peleburan atau pembuangan zarah-zarah logam dengan tempakan bunga
api dari sebatang electrod khas. Keseluruhan proses ini dijalankan di dalam elektrolisis. Dimana
elektrolisis ini adalah cecair yang bukan konduktor iaitu seperti petroleum distillate dengan
bahan campuran ataupun air suling dan voltan yang digunakan adalah kecil (dari 1 hingga 45v)
manakala arus yang dialir adalah tinggi iaitu diantara 5 hingga 60Amp atau melebihi. Pada masa
sekarang ia digunakan secara meluas turutamanya pada industri berat. Kilang pencetak logam
dan plastik acuan. Terdapat banyak jenis mesin EDM diantara tersebut EDM WIRE CUT dan
EDM DIE SINKING.

3.0 Peralatan

PERALATAN GAMBAR
Mesin CNC EDM wire cut JSEDM W-
A303-Taiwan (Errand Entries)


Alat pengawal mesin EDM


Wayar elektrod berdiameter 0.25mm


Mata pemotongan elektrod


Perisian autocad dan mycam




4.0 Prosedur kerja
4.1 Langkah kerja EDM wirecut
1. Suis utama 415V dibuka
2. Suis pada penyejuk (chiller) dibuka
3. Suis controller EDM dibuka dan butang keselamatan penggunaan mesin dilepaskan


Butang keselamatan

4.2 Langkah warming up mesin:

1. Pada panel kawalan mesin, suis F8 (edit mode) ditekan
2. Suis F3 (reference) ditekan
3. +Z, +Y dan +X ditekan sebagai refreshing kedudukan koodinat upper head dan
lower head pada koordinat Z(0,0) Y(0,0) dan Z(0,0)
4. Suis exit menu ditekan. Proses warm up selesai dan sedia untuk digunakan

Panel Kawalan mesin EDM

4.3 Langkah bagi memasukkan data:
1. Dengan menggunakan perisian autocad, bentuk 2D dilukis seperti rajah 1
2. Lukisan 2D autocad disimpan dalam format DXF
3. Dengan menggunakan perisian mycam, setiap garisan lukisan diperiksa bagi
memastikan ianya bercantum.
4. Menggunakan perisian Mycam, format lukisan autocad ditukar ke format NC untuk
ditafsir kod-kod pengaturcaraan bentuk yang akan dihasilkan.
5. Maklumat lukisan disimpan dan dipindah masuk ke sistem mesin EDM wire cut

Lukisan MyCAM

4.4 Langkah bagi pengaturcaraan pemotongan:
1. Pada panel kawalan mesin, maklumat pengaturcara yang dihantar disimpan didalam
fail mesin.
2. Fail dibuka semula bertujuan untuk dibuat pengubahsuaian dan disimulasikan. Sekiranya
terdapat pembetulan pada sudut pemotongan, nilai sudut diubah mengikut kesesuaian
pemotongan.
3. Suis auto ditekan bagi memeriksa kedudukan pemotongan yang akan dilakukan.
4. Setelah pengatucara dipastikan tidak bermasalah, jog digunakan bagi melaras upper
head dan lower head menghampiri plat pemotongan.
5. Pada panel kawalan, suis memory, water, edm power ditekan bagi kemasukan air
dan proses-proses berkaitan.
6. Suis cycle start ditekan dan operasi pemotongan bermula.



Proses pemotongan bermula





Monitor panel.
Data yang dimasukkan:
NO KERJA : 0004
DM : Normal
OV : 1
ON : 13
OFF : 12
AON : 10
AOFF : 14
WT : 6
WF : 9
WA : 2
FEED% : 120
FEED : 6.000
FS : 4
SV : 50
G94/95 : G94
CORNER : OFF
C.LEN : 0.000
APPRO. : OFF



5.0 Hasil kerja
Lukisan sebenar :

Lukisan MyCAM




Lukisan AUTOCAD


Contoh hasil kerjaa






6.0 Komen/kesimpulan

1) Pelajar dapat mempelajari tatacara di dalam bengkel mesin EDM.
2) Mengetahui cara mengendali mesin EDM dengan betul.
3) Mengenali peralatan yang digunakan semasa pengendalian mesin EDM.
4) Dapat merasakan sendiri cara mengendali mesin EDM.
5) Mengetahui pakaian dan peralatan keselamatan yang perlu digunakan di dalam bengkel.
6) Dapat mempelajari cara membuat laporan bengkel dengan format yang betul.

7.0 Langkah keselamatan
Langkah langkah keselamatan semasa mengendalikan mesin EDM
1. Pastikan tiada kebocoran pada tangki tangki cecair dielektrik penyambungan hos dan
paip.
2. Pastikan alat pemadam api berdekatan dengan mesin untuk kegunaan kecemasan.
3. Pastikan bahan kerja dipasang ditempat yang betul.
4. Pastikan pemegang elektrod tidak menyentuh pemegang benda kerja.
5. Pastikan wayar pemotong tidak menyentuh benda kerja.
6. Pastikan setiap kabel tidak terdapat kebocoran.
7. Bersihkan cecair berminyak yang ada pada tempat pemegang benda kerja semasa
proses pemasangan.
8. Bersihkan segala kotoran pada tangki meja dan tangki simpanan.
9. Pakai pakaian yang bersesuaian semasa menggunakan mesin.
10 Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah
keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan
semasa membuat projek.
11 Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama
kerana buruk padahnya nanti

8.0 Perbincangan
1. Pastikan titik pemotongan benda kerja semasa mengaplikasikan perisian mycam adalah
bersentuhan.
2. Pastikan titik pemotongan wayar berada pada sudut yang betul.
3. Semasa melaraskan wayar pemotong ke benda kerja , pastikan wayar tidak
bersentuhan.

9.0 Kesimpulan

Objektif yang ingin dicapai telah berjaya dilaksanakan. Segala tunjuk ajar yang diberikan
oleh En. Wan Hasbullafi amat berguna dan berkesan. Kami telah berjaya menggunakan mesin
CNC EDM wire cut dengan pra mahir dan mengetahui cara memasukkan program dan
menjalankan mesin bagi mendapatkan rekabentuk produk yang dibuat. Selain itu,kami juga
mengetahui cara mengaplikasikan program kepada bentuk G-Kod bagi mendapatkan hasil seperti
di atas. Segala yang telah diajarkan kepada kami memang benar-benar berguna untuk kami
manfaatkan apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.

10.0 Rujukan

1) Buku teks tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik.
2) Kertas penerangan institute latihan perindustrian.
3) Modul worksyop 2.
4) http://en.wikipedia.org/wiki/File:EDM_machine_diagram.svg

Anda mungkin juga menyukai