Anda di halaman 1dari 4

CABARAN MASA DEPAN

A. MEMBINA BUDAYA KERJA YANG CEMERLANG KE ARAH KEMAKMURAN NEGARA




Apakah Budaya Kerja Cemerlang?

Budaya Kerja Cemerlang mengandungi nilai-nilai murni yang dapat melahirkan pekerja yang
progresif, dinamik, bertanggungjawab dan berdisiplin tinggi.
Di sekolah, budaya kerja cemerlang membolehkan pelajar meningkatkan prestasi akademik dan
kokurikulumnya. Oleh itu, kita perlu mengamalkan budaya kerja yang cemerlang demi
kemajuan diri, masyarakat dan negara.
Elemen Asas Kecemerlangan
1. NILAI
MAKSUD: Tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing.
Melaksanakan sesuatu keputusan perlu berdasarkan pemuafakatan secara:
Pr- Problem (Kenalpasti masalah)
O- Objective (Menetapkan objektif)
A- Alternatives (Menyenaraikan pilihan)
C- Consequences (Mengenalpasti kesan dan natijah satu-satu pilihan)
T- Trade-Off (Mengenalpasti kos melepas berdasarkan satu-satu pilihan)

2. NORMA
MAKSUD: Nilai-nilai atau peraturan-peraturan hidup dan amalan yang diterima dalam
sesebuah masyarakat.

3. SIKAP
MAKSUD: Kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap
sesuatu.
Merupakan peranan penting sebagai pendorong dalam tindakan manusia samada
untuk menerima atau menolak sesuatu.

4. ETIKA
MAKSUD: Prinsip-prinsip yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai, norma dan
sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan.
Juga disebut sebagai falsafah moral, disiplin yang memberi penekanan kepada apakah
yang baik atau buruk, benar atau salah dari segi moral. Istilah yang juga digunakan
kepada sebarang sistem atau teori prinsip atau nilai moral



Unsur Kecemerlangan

1. Menghayati matlamat (ada misi dan visi)
- Terfokus dan spesifik
- Dapat diukur pencapaiannya
- Boleh dicapai
- Realistik
- Sabar (masa)

2. Perancangan yang rapi
- Penilaian terhadap kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan dari
pelbagai aspek (material, jasmani, sosial, emosi, rohani dan intelek)

3. Ketrampilan (intangible)
- Berfikir
- Komunikasi
- Pengurusan masa

4. Pemantauan
- Pentadbiran
- Matlamat
- Tatacara dan prosedur
- Kaedah

5. Adab dan akhlak (etika) yang terpuji yang membangun jati diri, sahsiah dan
peribadi.
- Adab: Perlakuan yang betul yang dilakukan sesuai dengan masa, ketika dan
suasana
- Akhlak terpuji: Mengamalkan segala sifat mahmudah dan menjauhi segala
sifat mazmumah

Pra syarat Budaya Kerja Cemerlang

1. Mewujudkan mind-set yang berorientasikan kecemerlangan.
- Supaya lebih komited kepada pencapaian matlamat dan mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti.
- Agar bersedia untuk berubah dan menyesuaikan keadaan dalam
menghadapi perubahan sekitar melalui anjakan paradigma demi mencapai
kecemerlangan.

2. Penerimaan hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan bukan pelaksanaan
yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip mata.
- Usaha untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan
tanpa ada had masa yang ditetapkan.
- Perlu peka tentang ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa
bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.
Nilai-Nilai Teras Budaya Kerja Cemerlang

1. Benar
- Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
- Bercakap benar dan menepati janji
- Cermat dan berhemah dalam membuat keputusan
- Bertindak rasional
- Memberikan arahan yang jelas dan tepat
- Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas
- Sanggup menerima teguran dan nasihat

2. Amanah
- Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab
- Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik
- Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
- Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa
- Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat
3. Bijaksana
- Berilmu dan berkemahiran
- Minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat
- Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea, pengetahuan
- Pertimbangan teliti sebelum bertindak atau membuat keputusan
- Bertindak atau membuat keputusan dengan segera dan cekap
- Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan
- Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan
- Melaksanakan keputusan muktamad
- Kreatif, inovatif dan proaktif, bersabar menangani tekanan

4. Telus
- Bersikap terbuka dalam memberi buah fikiran dan pendapat serta yakin
dalam menegakkan kebenaran

5. Bersyukur
- Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama
- Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada yang
layak
- Sabar dan tenang menghadapi masalah
- Bersederhana dalam meraikan kejayaan
- Berterima kasih atas bantuan
- Bersyukur, bersungguh-sungguh, bersedia menabur bakti ke tahap optimum
6. Adil
- Membuat penilaian secara objektif dan professional
- Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula apabila
mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat
- Kritikal dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul
- Menghargai hak dan keperluan setiap invidividu dan kumpulan serta
bertindak dengan penuh bertimbang rasa
- Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan kemajuan
kerjaya
- Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua,
orang bawahan dan rakan sekerja

Nilai-Nilai Kembangan Budaya Kerja Cemerlang

1. Bertanggungjawab
- Tanggungjawab bererti sesuatu kerja, tugas atau janji yang mesti ditunaikan
dan seseorang yang diberi tanggungjawab hendaklah melaksanakan tugas
yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh.
2. Berdedikasi
- Berdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan tugas
dengan sempurna dan sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang
diharapkan.
3. Berdisiplin
- Merupakan satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk sentiasa
berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia.
4. Berkerjasama
- Saling tolong-menolong untuk kebaikan dalam menjadikan kerja yang berat
menjadi lebih ringan dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Merupakan elemen yang penting kepada peningkatan kualiti dan
produktiviti.
5. Bersih
- Adalah nilai yang melambangkan sifat suci daripada kekotoran rohani dan
jasmani di dalam menjalani kehidupan. Seseorang yang bersih akan terjelma
pada perawakan dan pembawaannya yang bersih dan kemas dari segala
sudut (pemakaian,tempat kerja dan tempat tinggal)
6. Berbudi Mulia
- Merupakan satu nilai yang ada pada seseorang yang mudah memberi
kesenangan atau menolong orang lain tanpa disuruh dan tanpa mengharap
apa-apa balasan.
7. Ikhlas
- Bermaksud hati yang bersih dan suci dalam melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh keredhaan dan berusaha membuat yang terbaik secara
berterusan.
8. Tekun
- Bermaksud bersungguh-sungguh, komited, sabar dan teliti dalam
melaksanakan sesuatu tugas. Ketekunan akan menghasilkan output yang
berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

9. Sederhana
- Merupakan sifat yang menolak keterlaluan atau berlebihan melalui
kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan.
10. Sabar
- Adalah sifat kekuatan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau
halangan dengan menganggap tekanan dan kesukaran tugas adalah dugaan
dari Tuhan.



Manusia tidak merancang untuk gagal, tapi mereka gagal untuk merancang
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
melantun kembali
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik

Kepentingan Mengamalkan Budaya Yang Cemerlang
Dalam melakukan kerja/ belajar

1. Kerja dapat disiapkan lebih awal
- Dengan mengamalkan budaya menepati masa dan tidak bertangguh, kerja-
kerja dapat dilakukan lebih cepat.

2. Kejayaan dapat dicapai
- Usaha keras yang dilakukan tanpa putus asa dapat membantu seseorang
mencapai kejayaan lebih-lebih lagi jika usaha yang dilakukan itu
berpandukan matlamat yang telah ditetapkan.

3. Ilmu pengetahuan lebih luas
- jika lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih banyak perkara yang dapat kita
ketahui terutamanya sekiranya kita rajin bertanya.

4. Menghasilkan kerja yang berkualiti.

Dalam pergaulan

1. Disenangi masyrakat sekeliling
- sekiranya kita sentiasa berbudi bahasa dan menjaga tutur kata serta
kelakuan, perasaan orang di sekeliling kita dapat dijaga.

2. Mendapat kepercayaan orang lain

3. Mudah mendapatkan bantuan ketika kesusahan
- Apabila kita disenangi oleh masyarakat sekeliling terutama kaum kerabat
dan jiran tetangga, mereka juga akan menjadi lebih prihatin terhadap
kebajikan kita.

4. Perpaduan dapat diperkukuh
- Dengan adanya amalan permuafakatan, perpaduan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dapat diperkukuh.


______________________________________________________________________________

B. PENGGUNA YANG RASIONAL

1. Pengguna ialah mereka yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ada di
pasaran.
2. Pengguna rasional merujuk kepada pengguna yang pandai membuat keputusan,
bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan. Pengguna rasional
selalunya akan berbelanja secara berhemah dengan membuat bajet dan mengikut
keperluan serta kemampuan.
Ciri-Ciri Pengguna Yang Rasional
1. Pengguna tidak akan terburu-buru memilih sesuatu barang walaupun ada tawaran
hebat atau hadiah percuma.
2. Pengguna tidak akan terpengaruh dengan tawaran diskaun yang tinggi atau jenama
sesuatu barang.
3. Pengguna membuat perbandingan harga sesuatu barang di beberapa buah pasar raya.
4. Pengguna akan berfikir sebelum membeli sesuatu dan kesan penggunaannya terhadap
diri, orang lain dan alam sekitar.
5. Pengguna akan membuat senarai barang-barang yang diperlukan.
6. Pengguna akan memilih kedai, klinik atau agensi yang sah dan mampu memberi
perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan.
Hak Pengguna
Pengguna yang bijak seharusnya mengetahui haknya dan bertindak dengan bijaksana.
Terdapat 8 hak pengguna:
Hak mendapatkan keperluan asas.
Hak untuk bersuara.
Hak mendapatkan jaminan keselamatan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi.
Hak mendapatkan maklumat.
Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan.
Hak membuat pilihan.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Tanggungjawab Pengguna
1. Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang
penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
2. Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak
pengguna dilayani dengan adil.
3. Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat
supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar. terutama
terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan kurang berkuasa, tidak kira pada peringkat
tempatan, kebangsaan atau masyarakat antarabangsa.

4. Kesedaran Persekitaran

Mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesan alam sekitar akibat corak penggunaan kita.
Setiap individu perlu sedar tanggungajawab sosial untuk memelihara sumber semulajadi dan
melindungi muka bumi untuk generasi yang akan datang.
5. Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak
mudah digugat.

Etika Pengguna Dan Peniaga

1. Etika pengguna dan pengeluar bermaksud membudayakan standard kepenggunaan
dalam kehidupan seharian. Sebagai pengguna yang beretika, kita tidak harus membeli
barangan seludup atau curi.
2. Pengeluar perlu mematuhi kod etika semasa menguruskan perniagaan dan harus
mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh SIRIM dan Jabatan Standard
Malaysia.
3. Standard amat penting untuk menyelaraskan pembuatan sesuatu produk supaya
kehidupan lebih selamat dan terjamin.
4. KPDNHEP merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan
pengguna daripada penindasan peniaga.
5. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah diwujudkan untuk melindungi hak
pengguna dengan menyediakan alternatif selain mahkamah bagi pengguna menuntut
ganti rugi.
6. Pengguna juga harus peka dan mengambil inisiatif untuk memperluaskan pengetahuan
mereka agar tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga atau pengeluar.
Elemen-Elemen Untuk Kod Etika Amalan Perniagaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia telah
merumuskan lima elemen yang merangkumi kod etika amalan perniagaan. Ia disebut
sebagai Pancacara Perniagaan Beretika. Perniagaan sepatutnya:

1. Mengenali dan menerima hak-hak pengguna
2. Mengamalkan kejujuran, etika dan perniagaan yang tidak mengelirukan
3. Tidak mengeluarkan kenyataan yang menipu dan palsu
4. Mengamalkan persaingan yang sihat
5. Bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai