Anda di halaman 1dari 2

If you see me smile,

It's not because i forgot you...


It's because i got tired of crying for you.
If you see me living again,
It's not because i've moved on...
It's because i hate the fact you can live without me....

Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita Jangan terlalu mengharapkan
simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan kesulitan yang menimpa kita. Adalah lebih baik
jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai
dengan kemampuan yang kita miliki. Bukannya mempergunakan masalah masalah tersebut untuk
mendapat simpati daripada orang lain. Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala
mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak
mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama sama dengan
kita.Mengharapkan Simpati Mengharapkan Simpati Kita lupa bahawa setiap orang pasti
mempunyaimasalah yang boleh menyakiti perasaannya . Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa
pun. Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan
fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan persoalan
tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif




Dalam perjalanan hidup ini kita seringkali berasa kecewa. Kita berasa amat kecewa apabila sesuatu
yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, dan kenyataan yang tidak sesuai dengan
harapan. Akhirnya angan angan ini tenggelam perlahan lahan. Sungguh, semua itu telah
menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora didalam jiwa. Dan sungguh sangat beruntung
andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi
kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis
zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar
berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.
Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecap, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai. Dan
tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Banyak
orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum : - iaitu harus berjaya, harus
bahagia atau harus-harus yang lain. Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal itu semua
pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Hakikat
kegagalan adalah sesuatu yang memang bukan hak kita, yang telah ditetapkan oleh Nya.Bukan Milik
Kita Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti
akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki,
meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya

Anda mungkin juga menyukai