Anda di halaman 1dari 1

Kerana aku adalah hamba,

Sepatutnya aku menjadi sang setia.


Patuh dan taat, sedar dan tidak alpa.

Kerana selalu saja leka..
Hampir saja tenggelam dalam lautan dunia.
Lemas tanpa sedar.

Kerana Tuhanku Maha Penyayang,
Masih berkali kurniakan hidayahNya buat sang pendosa.
Tetapi kebanyakannya masih sama.
Aku juga sama.
Masih leka dengan fatamorgana dunia.
Entah apa yg dilihat padanya,
Hinggakan terkabur indahnya syurga.

Wahai diri, wahai insani,
Di sini bukan tempatmu untuk mengumpul berjuta harta,
Dan apa yg kau kejar itu tak memberimu sebenar bahagia.
Kerna itu, Mulalah menabung amal dan bekal ke sana.

Untungnya dirimu bertuhankan Allah.
Diberi sebanyak ruang
Dikurniakan lagi peluang,
Tidak terus saja menjatuh hukuman balasan.
Sungguh, untunglah dirimu.

Cubalah kuat,
Biar runtuh tembok nafsu dan ego mu,
Cubalah menjadi manusia yg sebenar tahu,
Ngerti akan makna hidup,
Faham mengapa mu disini.
Moga dikau menjadi hamba yg hebat disisi Ilahi,
Dan bukanlah pendosa tegar yg buta mengharap syurga.



Koriosity.
10.05am
5 June 2013
Tanjung Bin, Pontian, Johor.

Anda mungkin juga menyukai