Anda di halaman 1dari 16

1

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan Muka Surat
1.1. Pengenalan 2
1.2. Penyataan masalah 3
1.3. Penyelesaian masalah 3
1.4. Objektif 4

2. Sorotan Kajian
2.1. Barangan yang ada di pasaran 5
2.2. Kelebihan 5
2.3. Kelemahan 6

3. Metodologi
3.1. Carta Alir Proses Pembuatan Produk 7
3.2. Proses-proses Pembuatan Produk 8-9
3.3. Lakaran awal 10-12
3.4. Lakaran yang dipilih 13
3.5. Bahan dan Alat Serta Kos 14

4. Refleksi 15-16
2

BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN.

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau
ICT amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
sesebuah kelas. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan
dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal
hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan
ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah
tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada
individu, masyarakat dan negara. Namun terdapat beberapa halangan yang
dapat mengurangkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran seperti
banyak peralatan yang perlu disediakan seperti LCD projektor, komputer riba,
pembesar suara dan kabel penyambung yang panjang sebelum memulakan
pengajaran.

Inovasi ditakrifkan sebagai satu perspektif sistem, berasaskan teori
bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan yang berterusan
untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah
sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

Secara amnya, penggunaan ICT dalam pembelajaran ini amat berkesan
dalam memajukan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian
bagi menambahbaikkan penggunaan ICT di dalam kelas dan bilik darjah saya
mencadangkan untuk membuat sebuah beg komputer riba serba guna dimana
ia mempunyai pembesar suara, kipas penyejuk dan kabel penyambung yang
panjang selain mampu menyimpan komputer riba sebesar 156 inci.




3


1.2 PENYATAAN MASALAH.
Untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, guru menghadapi masalah semasa menggunakan alat bantu
mengajar (ABM) yang menggunakan teknologi masa kini seperti LCD, perisian
komputer, microsoft powerpoint, pembesar suara dan sebagainya.

Melalui pemerhatian saya semasa di sekolah, saya telah mendapat
beberapa masalah yang dihadapi oleh guru yang ingin menggunakan ICT,
antara masalah yang dihadapi adalah sistem bunyi yang kurang memuaskan,
panjang kabel penyambung yang tidak mencukupi, ketidakcukupan soket dan
kesukaran membawa peralatan.

1.3 PENYELESAIAN MASALAH.
Setelah menganalisis masalah yang dihadapi oleh guru di sekolah, saya
telah mengambil keputusan untuk membuat sebuah beg komputer riba yang
mempunyai dua kotak sistem pembesar suara, kipas penyejuk dan kabel
penyambung disediakan bagi menyelesaikan masalah jarak antara soket dengan
wayar pengecas komputer riba dan LCD. Selain itu saya juga menyediakan
empat soket yang dipasang untuk mengatasi masalah soket yang tidak
mencukupi.
Multi-Beg menggabungkan pembesar suara, soket dan kipas komputer
riba bagi mengatasi kesukaran membawa peralatan komputer yang banyak.




4


1.4 OBJEKTIF.
Setiap inovasi secara amnya mempunyai objektif yang tertentu. Antara objektif bagi
inovasi saya pada kali ini adalah seperti berikut :
1. Masalah membawa barangan ICT ke dalam kelas.
2. Masalah sistem bunyi yang kurang jelas dan perlahan.
3. Masalah kepanjangan wayar pengecas komputer riba dan LCD dengan
soket di dalam kelas.
4. Masalah kekurangan soket untuk kegunaan bahan elektrik. (Pengecas
komputer riba, LCD projektor dan Pembesar suara)
5. Masalah membawa peralatan elektrik seperti LCD dan pembesar suara.

















5


BAB 2: SOROTAN KAJIAN
2.1 BARANGAN YANG ADA DI PASARAN

Melalui hasil daripada tinjauan saya serta rujukan daripada internet
saya tidak menjumpai produk seperti yang saya ingin laksanakan di
pasaran dunia. Oleh yang demikian saya berusaha membuat rujukan
melalui internet bagi menyempurnakan inovasi saya iaitu Multi-Beg.
Oleh yang demikian, Multi-Beg ini adalah hasil gabungan beberapa
komponen iaitu Beg, Pembesar Suara, Kipas Penyejuk serta Soket
Sambungan menjadi satu komponen.
Pembesar suara, Kipas Penyejuk dan Soket Penyambung di
gabungkan didalam sebuah beg yang mudah untuk dibawa kemana-mana
dan mampu memudahkan pengguna khususnya guru-guru dan para
pensyarah.


2.1.1 KELEBIHAN

Dengan berpandukan hasil tinjauan saya serta beberapa soal
selidik bersama rakan-rakan, saya mendapati beberapa kelebihan pada
produk saya iaitu seperti yang berikut :
1. Beg mudah di bawa ke mana-mana.
2. Menjimatkan masa penyediaan peralatan ICT di dalam kelas
bagi memudahkan guru.
3. Dapat menyelesaikan masalah kekurangan soket
penyambung di dalam kelas.
4. Boleh digunakan di dalam dan luar kelas.


6


2.1.2 KELEMAHAN

Namun terdapat juga beberapa kelemahan produk saya
berpandukan hasil tinjauan saya serta beberapa soal selidik bersama
rakan-rakan seperti yang berikut :
1. Beg komputer riba lebih berat dari beg yang sedia ada di
pasaran.
2. Harga lebih mahal berbanding beg komputer riba di pasaran.
















7

BAB 3: METADOLOGI
3.1 CARTA ALIR PROSES PEMBUATAN PRODUK

KENALPASTI
MASALAH
PENGUMPULAN
DATA
LAKARAN
AWAL
PEMILIHAN
LAKARAN
PEMILIHAN
BAHAN DAN
ALATAN
ANGGARAN
KOS PROJEK
PEMBINAAN
PROJEK
PENGUJIAN
PROJEK
8


3.2 PROSES-PROSES PEMBUATAN PRODUK
Dalam proses menghasilkan produk Multi-Beg saya ini, saya telah
mengklasifikasikan langkah pembuatan projek kepada lima langkah utama
yang perlu saya patuhi. Langkah-langkah tersebut termasuklah :

i. Membuat Lakaran Awal
Langkah pertama yang saya lakukan dalam menghasilkan
projek ini ialah membuat beberapa lakaran awal melalui idea
yang telah tercetus didalam minda saya. Oleh yang demikian
saya telah menghasilkan tiga lakaran utama projek tersebut.
Namun hanya satu lakaran yang terbaik sahaja yang perlu
saya gunakan dan murnikan.

ii. Mendapatkan Bahan dan Peralatan.
Selepas memilih lakaran yang terbaik, saya kemudiannya
mendapatkan semua bahan untuk menghasilkan projek.
Dalam proses ini, saya perlu meneliti kualiti serta harga
bahan projek yang saya gunakan.

iii. Membina dan Memasang Produk
Langkah ini adalah proses pemasangan dan pembinaan
keseluruhan projek, dimana saya perlu meletakkan bahan
9

bahan seperti speaker, kipas penyejuk dan soket penyambung
mengikut lakaran yang saya telah pilih. Sedikit
pengubahsuaian akan dilakukan bagi menambah baik produk
tersebut sebelum pemasangan siap dipasang sepenuhnya.

iv. Kemasan Produk
Seterusnya produk perlulah dikemaskan agar kelihatan cantik
serta menarik minat pengguna. Hal keselamatan produk juga
diambil kira dalam proses ini.
v. Menguji Produk
Akhir sekali adalah proses menguji projek dan memastikan
semua bahan berjalan dengan baik.









10

3.3 LAKARAN AWAL



















11





















12





















13

3.4 LAKARAN YANG DIPILIH



















14

3.5 BAHAN DAN ALAT SERTA KOS

BIL BAHAN HARGA (RM)
1 Pembesar Suara 25.00
2 Kipas Penyejuk 10.0
3 Kabel Wayar (5m) 10.0
4 Soket 18.80
5 Plug 13A 1.90
6 Bag Komputer Riba 40.00
Jumlah 105.7


















15

4.0 REFLEKSI

Saya Muhammad Rizam Bin Bakri dari 8 PISMP RBT3 Ambilan Januari 2010
telah membuat tugasan proposal ini secara individu yang bertujuan melengkapkan
tugasan yang diberi untuk kursus Proses dan Kaedah Reka Bentuk RBT3116 yang
telah diberikan kepada kami oleh En Suhaimy Bin Ahmad, pensyarah pembimbing
saya. Saya dikehendaki untuk membina satu proposal tentang proses dan kaedah reka
bentuk.
Semasa tugasan ini diberikan kepada saya, beliau telah menerangkan dengan
terperinci mengenai apa yang perlu kami lakukan untuk membina dan melengkapkan
proposal ini. Tanpa penerangan yang diberikan oleh En. Suhaimy, tidak mungkin saya
mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Namun begitu, terdapat juga
beberapa masalah yang dihadapi oleh saya seperti kekurangan maklumat dan
kecetekan kefahaman terhadap soalan yang diberikan. Maklumat yang saya perolehi
dari pada internet yang dirujuk membuatkan saya semakin keliru mengenai pembinaan
proposal terutamanya berkenaan inovasi yang perlu saya lakukan. Dengan bantuan
dan tunjuk ajar dari pensyarah yang membuat saya bersemangat dan seterusnya
berjaya menyiapkan tugasan ini.
Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai. Begitulah keadaan
yang sesuai untuk menunjukkan kepada diri saya yang sentiasa mengalami bermacam-
macam halangan dan dugaan termasuklah ketika menyiapkan tugasan ini. Ini kerana
terdapat juga tugasan lain yang perlu disiapkan dalam masa yang sama. Namun,
dengan ketekunan dan kesabaran yang dimiliki, akhirnya berjaya juga saya atasi
masalah tersebut.
Antara masalah lain yang kami perlu hadapi adalah pemilihan lakaran projek
yang hendak yang jalankan mengelirukan . Memandangkan saya masih baru dalam
perkara ini, banyak kesilapan yang saya dapat lihat dan akhirnya saya memilih lakaran
yang terbaik dan sempurna.

16

Akhir sekali, setelah menghantar tugasan ini pada kali pertama, terdapat banyak
kesilapan penulisan yang saya dan rakan-rakan telah lakukan, oleh yang demikian kami
dikehendaki oleh En Suhaimy untuk memperbaiki tugasan dengan sempurna. Berkat
tunjuk ajar beliau saya telah dapat menyiapkan tugasan ini untuk kali kedua dengan
penambahbaikan menurut ulasan beliau.
Tanpa usaha yang gigih dan tekad yang tinggi, proposal ini sudah semestinya
terbengkalai di pertengahan jalan. Disamping itu, saya juga turut mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kami kerana banyak member tunjuk ajar dan bimbingan
kepada kami.
Sekian.



...................................................................
(Muhammad Rizam Bin Bakri)
Pelajar Semester 8
PISMP RBT 3
Ambilan Januari 2010

Anda mungkin juga menyukai