Anda di halaman 1dari 16

Longkang tersumbat

Pembersihan longkang:
Kawasan ini perlu dibersihkan untuk menghalang
pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan
membawa kesan kepada pelajar yang berada di
sekolah.

Cadangan:
Tugas-tugas melancarkan aliran air yang melalui
kawasan ini perlu dilakukan agar longkang tidak
tersumbat. Berus longkang dan pencedok longkang
diperlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Anggaran Perbelanjaan:
Berus longkang: 5 unit x RM 6.50 = RM 32.50
Pencedok longkang: 5 unit x RM RM 7.50 = RM 37.50
Surat khabar lama yang berselerak
di koridor bangunan
Pembersihan koridor bangunan:
Sampah sarap atau surat khabar-surat khabar yang
berselerak di koridor akan menyukarkan orang
untuk berjalan dan juga akan menjejaskan imej
sekolah.
Cadangan:
Tugas mengitar semula surat khabar lama dan
sampah sarap yang berselerak di kawasan koridor
bangunan dilakukan. Plastik beg sampah
diperlukan untuk mengumpul sampah sarap.


Anggaran Perbelanjaan:
Plastik beg sampah: 5 unit x RM 2.00 = RM 10.00
Kolam yang berlumut
Pembersihan kolam:
Kolam merupakan tempat tarikan bagi murid dan
pelawat yang datang ke sekolah ini. Kolam perlu
dibersihkan untuk mewujudkan keceriaan sekolah.
Cadangan:
Kolam yang penuh dengan lumut perlu dibersihkan untuk
menjadi lebih bersih dan ceria.


Anggaran Perbelanjaan:
-
Meja dan kerusi yang tidak
terurus
Pembersihan bilik darjah:
Usaha ini dilakukan membolehkan murid-murid belajar
dalam persekitaran yang kondusif agar proses
pembelajaran lebih efektif.

Cadangan:
Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan
wakil ibu bapa di samping dibantu oleh kumpulan murid
daripada beberapa kelas untuk membersihkannya.


Anggaran Perbelanjaan:
-
Taman bunga yang terbiar
Pembersihan taman bunga:
Pokok-pokok bunga dapat menceriakan sekolah dan
meninggalkan imej yang baik kepada para pelawat
sekolah.
Cadangan:
Tanah di taman bunga perlu digarit supaya tanah
menjadi lebih subur. Pokok bunga perlu ditanam
semula untuk menjadikan persekitaran sekolah lebih
cantik dan mesra alam. Penggarit diperlukan untuk
aktiviti tersebut.

Anggaran Perbelanjaan:
Penggarit: 10 unit x RM 6.00 = RM 60.00
Pintu tandas yang
rosak
Pembersihan tandas:
Kemudahan tandas yang rosak akan menimbulkan
banyak masalah kepada murid-murid dan para guru di
sekolah. Oleh itu, kebersihan tandas dan
kebolehfungsian kemudahan tandas perlu diberi
perhatian.

Cadangan:
Lampu atau suis yang rosak perlu diperbaiki.
Kebersihan tandas perlu dipertingkatkan. Sabun
pencuci diperlukan untuk aktiviti ini.


Anggaran Perbelanjaan:
Sabun pencuci: 2 unit x RM 10.00 = RM 20.00
Dinding yang kotor
Pengecatan dinding sekolah:
Usaha ini dilakukan untuk menceriakan sekolah dan
mencantikkan persekitaran sekolah.
Cadangan:
Dinding di sekitar pondok keselamatan dan sekitar
sekolah akan dicat dengan warna-warna yang terang.
Tin cat dan berus cat diperlukan untuk aktiviti tersebut.

Anggaran Perbelanjaan:
Tin cat: 5 unit x RM 50.00 = RM 250.00
Berus cat: 15 unit x RM 5.00 = RM 75.00
Barang perhiasan
sekolah yang cacat
Penambahbaikan barang perhiasan sekolah:
Kawasan perhiasan sekolah akan meningkatkan imej
dan memberi keceriaan kepada kawasan sekolah untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik
kepada pelajar.

Cadangan:
Barang-barang perhiasan sekolah yang cacat perlu
diperbaiki dan papan penanda perlu dipasang di
kawasan tertentu.

Anggaran Perbelanjaan:
-

Anda mungkin juga menyukai