Anda di halaman 1dari 2

Adat resam ,kepercayaan dan pantang larang Tahun Baru Cina

Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun Baru Cina kerana masyarakat
Cina percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah
yang baru dan seelok-eloknya baju berwarna merah.

Selain itu, masyarakat Cina juga percaya sebelum perayaan, perlu membersihkan
rumah, bagi menyambut tahun baru. Pembersihan rumah lazimnya dilakukan
beberapa hari sebelum menjelang tahun baru dan Chinn Fei lakukan abaila mula
bercuti Khamis lalu.

Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam
sebelum tahun baru bagi mengundang Dewa Kekayaan. Kemudian pada hari kedua
tahun baru Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan
pembukaan tahun baru. Pada hari kedua tahun baru Cina, wanita yang sudah
berkahwin digalakkan kembali ke rumah ibu bapa sendiri.

Antara adat resam lain yang diamalkan, termasuklah pemberian limau Mandarin yang
bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan emas. Ini bermakna pemberian
limau seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain.

Kuih bakul juga menjadi kemestian kerana ia menandakan semakin tinggi sama ada
akan naik pangkat, tambah pendapatan dan sebagainya.

Apabila berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara juga perlu mengucapkan
pepatah yang membawa maksud baik misalnya Gong Xi Fa Chai yang membawa
maksud - Tahniah, anda sudah kaya , panjang umur, sihat selalu dan apa saja
ungkapan yang membawa maksud yang baik.


Antara perkara lain yang amat titik beratkan termasuk perlu menjaga percakapan dan
berkelakuan baik. Sudah pasti perkataan tidak elok seperti mati dielakkan sama
sekali. Andai berasa sedih sekali pun, perasaan itu harus dikawal bagi mengelak
tangisan, khususnya pada hari pertama Tahun Baru Cina. Alasannya - menggamit
tuah.

Pada hari pertama juga tidak boleh menyapu sampah kerana masyarakat Cina
percaya, tuah akan singgah di rumah. Oleh itu, perbuatan menyapu itu boleh
menghalau tuah atau Dewa Wang.

Antara pantang yang masih lagi diamalkan ialah tidak memakai warna berkabung
iaitu warna hitam dan warna putih.

Ada juga orang-orang tua menyebut, jangan pecahkan barang khususnya pinggan
mangkuk atau cawan, kerana ia boleh menandakan nasib yang tidak baik. Tetapi
sekiranya berlaku juga kecuaian dan ada barang yang pecah kita perlu menyebut Lok
Tei Hoi Fa Fu Kuai Wing Wa bermaksud, benda yang jatuh dan pecah itu akan
bertukar menjadi kemakmuran.

Anda mungkin juga menyukai