Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PEGAWAI

,









Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan turut serta dalam Majlis Malam Erti Budi,
Terima Kasih Cikgu Parlimen Larut, 2014

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan
majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu.Tidak lupa juga kepada
pemimpin-pemimpin dan ketua kami, serta semua pegawai dan kakitangan
yang sentiasa menyumbang khidmat , menabur bakti mereka di Parlimen
Larut khususnya dan di seluruh Malaysia amnya .
Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu
agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami
capai, samada dalam bidang pengurusan mahupun dalam aspek
pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.

Jadikanlah mereka yang bakal menerima sijil penganugerahan pada hari
ini sebagai hamba-hamba Mu yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.
Jadikanlah mereka pegawai atau kakitangan yang sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun, untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka,
dalam bidang perkhidmatan pendidikan, serta mempunyai peribadi yang
luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh
ketaakulan, agar majlis anugerah ini akan menjadi dorongan dan galakkan

kepada pegawai dan kakitangan yang lain, supaya mereka sama-sama


mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan demi memartabatkan pendidikan di negeri ini khasnya,
dan di negara ini amnya.
.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan


yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu
perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau
jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami,
kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

}


{

}




{




.







.

Anda mungkin juga menyukai