Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KONSEP

PERMOHONAN MENGUNDANG ORANG KENAMAAN


SEBAGAI PERASMI
MESYUARAT AGUNG PIBG

TAJUK
Kertas konsep ini disediakan untuk memohon kelulusan untuk mengundang orang kenamaan
sebagai perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya

TUJUAN / OBJEKTIF
Mengaharapkan kehadiran perasmi dapat memeriahkan lagi mesyuarat serta dapat beramah
mesra dengan lebih rapat lagi dengan ibu, bapa, penjaga, guru, warga sekolah serta warga
setempat.

LATAR BELAKANG
Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa & Guru berfungsi untuk membincangkan perancangan aktiviti
atau program bagi mencapai tujuan untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid
dan menjaga Kebajikan murid serta menambah sumber kewangan sekolah bagi
penambahbaikan serta meningkatkan kemudahan di sekolah.

CADANGAN TARIKH & MASA


Sabtu / 11 Mei 2024 (9.00 pagi – 12.00 tengahari)

TEMPAT
Dewan Wawasan SK Seri Jaya

KUMPULAN SASARAN
Ia mensasarkan kepada kehadiran ibu, bapa dan penjaga bagi setiap murid SK Seri Jaya bagi
sesi 2024/2025

ANGGARAN BILANGAN PESERTA


200 orang

KAEDAH PELAKSANAAN (TENTATIF)


8.00 pagi - Ketibaan ibu, bapa dan penjaga / pendaftaran
8.30 pagi - Ketibaan perasmi / Nyanyian Lagu Negaraku
- Ucapan aluan pengerusi Majlis
- Ucapan YDP PIBG SK Seri Jaya
- Ucapan Penasihat PIBG
- Ucapan Perasmian
9.00 pagi - Minum pagi / Cabutan Bertuah
9.15 pagi - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 sesi 2024/2025
10.00 pagi - Perbincangan Usul
11.30 pagi - Cabutan bertuah / Jamuan Sambutan Hari Raya

1
12.00 tengahari - Bersurai

ANGGARAN KOS – RM 1,500.00

SUMBER PERBELANJAAN – Kutipan bayaran sumbangan PIBG yang terdahulu.

FAEDAH
Kehadiran perasmi dapat memberi sedikit impak dalam pembangunan kemudahan bagi
melicinkan lagi pembangunan kemenjadian jatidiri murid.

KESIMPULAN
Semoga segala perancangan yang telah dirancang dan diatur dapat dilaksanakan
dengan kerjasama semua pihak. Diharap pelaksanaan mesyuarat ini akan memberi kesan
kepada Pembangunan kemenjadian murid-murid dalam meningkatkan kemahiran,
kesungguhan dan rasa cinta terhadap pelajaran. Semoga setiap yang diuasahakan mendapat
redha Allah swt.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. …………………………………………
(ZATUL ITRI BT. KAMARUZZAMAN) (MOHAMAD ZAMRI BIN
ISMAIL)
Setiausaha PIBG Guru Besar
SK Seri Jaya SK Seri Jaya

Anda mungkin juga menyukai