Anda di halaman 1dari 9

1

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA



LOGO KRS
1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua
tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang
dan rasional dalam semua tindakan.
3. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan
tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya
ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
4. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
5. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang
tercinta.
6. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
7. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

LAGU KRS
Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.
2

BENDERA KRS


Warna Hijau melambangkan
1. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
2. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
3. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS

COGAN KATA KRS

ILMU, IMAN, AMAL

1. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
2. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
3. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.





3

SUKATAN PELAJARAN TKRS 2014

Berikut adalah beberapa tajuk dan kemahiran yang akan dedahkan kepada tunas-tunas KRS Tahun 3-5
pada tahun 2009 :
1) KETATANEGARAAN
Negaraku Malaysia
Negeri-negeri di dalam Malaysia
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Lambang/jata negara
Bendera Malaysia
Lagu kebangsaan dan lagu negeri
Rukun Negara
Lagu-lagu patriotic

2) SEJARAH PENUBUHAN KRS/ TKRS
Bendera, logo dan Motto
Lagu KRS
Unifom dan Pangkat Dalam KRS/TKRS


3) KEROHANIAN*
Kelas Fardhu Ain
Bacaan Yaasin
Usrah dan tamrin
Kursus kefahaman Islam
Hafalan surah dan doa harian
Kebudayaan Islam
Ceramah dan kuliah agama
Pendidikan akhlak dan adab islamiyyah
Pengkisahan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat
*Kebanyakan aktiviti seperti di atas dimasukkan di dalam aktiviti semasa perkhemahan
4

4) PENGURUSAN DAN GAYA DIRI
Tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
Memelihara kesihatan tubuh badan
Menguruskan tempat kediaman
Adab bergaul bersama ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan dan orang yang lebih tua
5) KAWAD KAKI
kawad kaki statik
kawad bergerak
kawad formasi/ kawad persembahan
5) ILMU PERKHEMAHAN
Khemah : Jenis, keselamatan dan cara mendirikan khemah
Pemilihan tapak perkhemahan
Kegiatan dan etika perkhemahan
Beg galas : Kandungan dan tempoh perkhemahan
ikhtiar hidup : Membina gejet, perlindungan dan masakan hutan
6) IKATAN DAN SIMPULAN
Pengenalan kepada tali, jenis dan keselamatan tali.
Jenis-jenis ikatan dan simpulan : Manuk, Simpul Mati, Belit Lucut, Lilit Balak, Tindih Kasih
7) PERTOLONGAN CEMAS
Pengenalan, konsep, etika dan langkah keselamatan
Jenis-jenis bahaya
Malapetaka di rumah, sekolah dan di jalan raya
Balutan, belatan dan anduh
Keselamatan di air
8) KHIDMAT MASYARAKAT
9) KEUSAHAWANAN
Mengadakan hari jualan/ Hari Kantin

5

SEJARAH PENUBUHAN KRS

Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd. Thani bin Sha'ban dari SMK
Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali
sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada Persatuan
Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang terdiri daripada pelajar
tingkatan satu dan dua.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan
beramal selain mempunyai akhlak yang mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan
usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ).

Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula menubuhkan
KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani,
SM Seri Titiwangsa dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah, Kajang,
Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad.
Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan KPIM.
Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah dimulakan pada 10 Ogos
1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan
Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini,
tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk
menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet
Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet
Remaja Islam (KRIS).
Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan
yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah
membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan
agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina.
Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21
Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri
Pendidikan Malaysia di SMK Raja Abdullah.

6

KETATANEGARAAN


Jalur Gemilang

Bendera Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran 'Jalur Gemilang' mengandungi 14 jalur merah dan
putih yang berselang-selang dengan lebar yang sama bagi setiap jalur. Ini melambangkan Malaysia terdiri
daripada 13 buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur, WP
Labuan dan WP Putrajaya.
13 negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga jalur merah yang ke lima
itu bermakna perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan serta
bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan di kalangan semua 13 buah negeri dan Wilayah
Persekutuan di bawah satu pemerintah. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja
bagi Duli Yang Maha Muli Raja-Raja. Bulan dan bintang melambangkan agama rasmi negara, iaitu Islam.
Warna merah dan putih bermakna kedaulatan pemerintahan dan tanda kesucian.


7

JATA KEBANGSAAN / LAMBANG NEGARA

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 14 buah negeri dan Wilayah
Persekutuan yang terkandung di dalamnya. Manakala bintang dan anak bulan melambangkan Islam
sebagai agama rasmi.
Lima keris di bahagian atas melambangkan lima buah negeri Melayu yang dahulunya Tidak Bersekutu-
Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Di sebelah kiri ialah lambang negeri Pulau Pinang dan di
sebellah kanan pula lambang negeri Melaka. Kedua-dua negeri tersebut merupakan Negeri-negeri Selat.
Di tengah-tengah lambang pula terdapat empat warna yang melambangkan empat buah negeri Melayu
yang dahulunya merupakan Negeri-negeri Bersekutu. Warna hitam dan putih ialah warna bagi negeri
Pahang, warna merah dan kuning bagi negeri Selangor, warna hitam, putih dan kuning bagi negeri Perak
dan warna hitam, merah dan kuning bagi Negeri Sembilan.
Di sebelah bawah kiri adalah lambang negeri Sabah, manakala di sebelah kanan pula adalah lambang
negeri Sarawak. Di sebelah bawah bahagian tengah adalah Bunga Raya yang melambangkan Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-negeri Melayu dahulu
adalah dipakai dalam lambang Malaysia.
Cogan "BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU" ditulis dengan tulisan Jawi dan Rumi. Warna kuning pada
awan-awan ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

UNIFOM PEGAWAI KRS/TKRS
Di bawah ini adalah gambar beberapa unifom yang diperkenalkan di dalam pasukan KRS atau TKRS.
Gambar sebelah kiri ialah unifom no.4 iaitu unifom untuk berkawat dan apabila mengikuti kuliah atau
kursus.Gambar di sebelah kanan pula ialah unifom kerja-kerja biasa yang memerlukan kelesaan seperti
untuk bersenam, menjalankan kerja-kerja berat dan seumpamanya.


8

BAHASA HUKUMAN KAWAT KAKI

Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki dinamik dan
kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar
kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan
berjalan.
Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :
1) 1-sedia, senang diri dan rehatkan diri
2) 2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3) 3-langkah sebelah
4) 4-hentak kaki
5) 5-buka dan tutup barisan
6) 6-luruskan barisan
7) 7-hormat

Bahasa Hukuman Kawat
1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"
2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"
3-rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"
4-berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"
5-berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"
6-berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"
*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan
semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"

9

**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan
semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"
***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan
semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila
berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun
platon anda sedang menghadap ]

7-langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"
8-hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya :
"BARIIIS..HENTI!"
9-buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"
10-luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!"
apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula
bahasa hukuman kawat
"PANDAAAANG..DEPAN!"
11-hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

Anda mungkin juga menyukai