Anda di halaman 1dari 3

Kesilapan yang kerap dilakukan pelajar semasa menulis karangan seperti

berikut :

1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana

Namun, Tetapi, Malah, Manakala, Sepatutnya : Akan tetapi, Namun
begitu, (Penanda wacana)..manakala, malah. (sepatutnya
ditulis di tengah ayat atau untuk menghubungkan dua ayat)


2. Ayat tergantung kerana ketidaan subjek

( Bak kata pepatah..) ditulis pada awal ayat.
Sepatutnya ..bak kata pepatah.(ditulis di tengah ayat)

Ini menunjukkan.. sepatutnya, Hal/ Perkara ini menunjukkan


Ini kerana sepatutnya Hal ini demikian kerana


3. Kesalahan ejaan
bah kata peribahasa.sepatutnya bak kata peribahasa. bah
membawa maksud banjir.

4. Kesalahan imbuhan (Kata kerja Transitif)untuk kata yang mengandungi
dua objek
memberi kasih sayang kepada anak sepatutnya memberikan kasih
sayang.kepada anak Umumnya, kata kerja memberikan perlu diikuti oleh
objek tidak bernyawa manakala memberi diikuti objek bernyawa.

5. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif.
mempunyai banyak pilihan.. banyak bukannya objek. banyak ialah
kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata
nama. Pembetulan : .. mempunyai pilihan yang banyak


6. Kata pemeri ialah dan adalah digunakan sesuka hati. ialah perlu
diikuti kata nama nama. adalah perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi
nama. Contohnya, Sungai yang terpanjang adalah sungai Rajang.
Sepatutnya,...ialah sungai... Hadiah ini ialah untuk... seaptutnya ...hadiah
ini adalah untuk...

7. Kata kerja tidak menerima atau tidak boleh didahului oleh kata pemeri.
Anda perlu menambah kata sendi nama pada kata pemeri adalah.
Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu
diambil adalah menguatkuasakan undang-
undangsepatutnya .adalah dengan menguatkuasakan/ adalah
untuk meningkatkan mutu perkhidmatan antara kata sendiri nama yang
dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah
seperti)

8. Bentuk lewah . Kata jamak sudah menunjukkan banyak ,jadi perkataan
seterusnya tidak lagi perlu digandakan kerana penggandaan juga
menunjukkan banyak. Sebagai contoh :Antara faktor-faktor sepatutnya
Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ..sepatutnya . Pelbagai
langkah
Pada masa kini.sepatutnya Pada masa ini, atau Kini sahaja kerana
perkataan kini sudah membawa maksud pada masa ini.
9. Kata adjektif tidak boleh menerima tiga apitan serentak . Hanya dua
imbuhan sahaja perlu digunakan. Sebagai
contoh: memperbaiki..sepatutnya membaiki ataumemperbaik , mempe
rbesarkan....sepatutnya membesarkan atau perbesarkan

10. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: dan lain-
lain aktiviti . Sepatutnya. aktiviti-aktiviti lain.

11. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ia untuk benda atau perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan
alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan
secara besar-besaran. ia sepatutnya digantikan dengan subjek
perbincangan iaitu, kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan
secara besar-besaran


12. Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dan dalamdi
kalangan..sepatutnya dalam kalangan. Kata sendi di berfungsi untuk
menyatakan arah, mankala dalam untuk menyatakan sesuatu yang bersifat
abstrak.
13. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/
Selain dari itu , sepatutnya Selain itu,

14. Kesilapan penggunaan kata sendi nama oleh kerana.. sepatutnya oleh
sebab

15. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : di
mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa .. sepatutnya kata-kata
tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh :
apa (perkara/hal), bagaimana (cara/langkah), siapa
(orang/individu).di mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan
kata hubung yang sesuai.
Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal (?).

16. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu
bapa, semulajadisepatutnya semula jadi.

17. Kesilapan penggunaan kata hubung tambahan pula pada pangkal
perenggan. Sepatutnya tambahan pula tidak digunakan untuk isi baharu,
sebaliknya hanya berfungsi untuk menguatkan hujah atau kenyataan isi
atau ayat sebelumnya.

18. Kesilapan penggunaan ayat pasif bagi kata ganti nama diri pertama
dan kedua.Contoh: Tindakan segera harus diambil oleh kita...
Sepatutnya Tindakan segera harus kita ambil.

19. Kesilapan penggunakan ayat pasif bagi kata ganti nama diri ketiga.
Contoh: Tindakan drastik harus kerajaan ambil.. Sepatutnya Tindakan drastik
harus diambil oleh kerajaan...


20. Masih terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan antara kata
depan atau kata sendi nama dan kata kerja. Contoh: diatas, disana,
disini . Penulisan kata depan atau kata sendi nama sepatutnya dijarakkan
seperti di atas, di sana , di sini. Sementara itu , kata kerja pula ditulis secara
terpisah seperti di gerakkan, di tempatkan... Sepatutnya ditulis serangkai
seperti ...digerakkan... ditempatkan.

Anda mungkin juga menyukai