Anda di halaman 1dari 15

ULASAN NOVEL

EREXCUSE ME!


1.0 PENGENALAN
Dalam penulisan dan penerbitan novel, penulis menerbitkan (mengemukakan) pelbagai kaedah
dan bentuk penulisan yang menarik minat pembaca dan masyarakat. Novel merupakan satu
bentuk informasi atau maklumat yang bercetak yang menghuraikan dan menerangkan perjalanan
kehidupan manusia dari bentuk konflik diri, watak perwatakan, latar belakang sosiobudaya,
perhubungan gender dan masyarakat serta bentuk tingkah laku positif atau pun negatif.

Tingkah laku didefinisikan sebagai sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus
atau tidak terus, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku merupakan manifestasi fizikal
sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut (tanpa perkataan ini, tulisan masih
difahami maksudnya. Lebihan kata-kata) Lewis M.Baker (2001) (tiada disenaraikan dalam
rujukan)menyatakan tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara kamu beraksi dan tindak
balas terhadap persekitaran, tingkah laku juga dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran.
[tidak semestinya perlu salin perkataan demi perkataan daripada bahan rujukan] Selain itu,
tingkah laku menurut Al-Ghazali dari perspektif islam menyatakan tingkah laku mempunyai
tujuan agama dan kemanusiaannya yang tersendiri. (ayat berbelit!) Terkandung beberapa ciri
tingkah laku manusia diantaranya adalah setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan kepada
dorongan dan tujuan tertentu. (ayat tergantung. Sila nyatakan sumber rujukan bagi fakta ini)
Dalam penulisan novel juga, bentuk tingkah laku sama ada tingkah laku positif atau pun negatif
ditekankan dan diserap dengan baik dalam setiap watak yang di tonjolkan. Penekanan kepada
setiap tingkah laku watak memainkan peranan yang besar untuk mencorakkan perjalanan cerita
yang lebih tersusun dan teratur serta menarik. Setiap tingkah laku dalam watak yang dibentuk
oleh penulis dalam penulisan novel diterapkan dan diperkuatkan dengan penggunaan ilmu dan
teknik dalam ilmu pengurusan tingkah laku dan juga ilmu kaunseling.

2.0 SINOPSIS NOVEL
Novel yang bertajuk Er...Excuse Me!, hasil penulisan Nass Alina Noah merupakan sebuah
penulisan yang mengisahkan konflik diri dan tingkah laku pelajar sekolah. Novel ini
menonjolkan ciri-ciri tingkah laku pelajar di sebuah sekolah yang menampilkan watak yang lahir
dari latar belakang keluarga yang berbeza daripada segi ekonomi dan bentuk perhatian.
Pada awal cerita, penulis menampilkan watak sampingan iaitu Romeo yang merupakan seorang
pelajar kacukan Melayu Inggeris yang baru pulang dari luar negara, London dan baru
memulakan persekolahan di sebuah sekolah di Selangor. Romeo menjadi tumpuan ramai pelajar
perempuan yang ingin mendekatinya kerana kelebihannya dari segi kewangan, wajah dan
tingkah laku yang baik. Romeo merupakan anak tunggal kepada Tengku Marcella, seorang
wanita yang bekerjaya dan cemerlang dalam hidup tetapi telah kehilangan suami beberapa tahun
yang lalu. Romeo menampilkan tingkah laku yang positif pada awal cerita di mana Romeo
merupakan seorang pelajar yang peramah, pemaaf dan merendah diri. Watak utama di pegang
oleh Jail atau nama sebenarnya Ria Jelita, merupakan seorang pelajar dari keluarga yang
bermasalah di mana ayahnya merupakan seorang penagih dadah dan kaki judi. Jail dijadikan
anak angkat oleh Datuk Kamal, ayah kepada saudara kembar, Emelyn dan Evelyn. Jail
merupakan seorang pelajar yang bijak dan cergas dalam bidang sukan. Watak Jail diberi
penekanan dari pelbagai aspek dan bentuk tingkah laku yang berbeza mengikut kesesuaian cerita
dan jalan penulisan.
Pada pertengahan cerita, penulis banyak menampilkan ulasan tentang persahabatan antara Jail
dan Meow Meow atau nama sebenarnya adalah Mimi Maisarah. Jail dan Meow Meow
merupakan sahabat karib sejak dari kecil sehingga remaja. Persahabatan Jail dan Meow Meow
sentiasa menjadi detik cemburu kepada Emelyn yang berhasrat untuk merosakkan perhubungan
mereka. Acap kali konflik diantara Jail dan Emelyn terjadi dan Jail mendapat pembelaan dari
Meow Meow yang melindungi Jail dari kutukan dan hinaan Emelyn. Selain itu, konflik juga
kerap berlaku diantara Meow Meow dan Emelyn yang berebut untuk mendapat perhatian
Romeo. Pada pertengahan cerita ini, terdapat pelbagai bentuk salah laku dan bentuk tingkah laku
yang negatif sama ada dari segi tingkah laku nonverbal dan juga verbal.
Pada kemuncak cerita, berlaku konflik yang besar di antara Romeo, Jail dan Meow Meow. Latar
belakang Jail yang merupakan seorang anak penagih dadah dan kaki judi, seorang yang
berpersonaliti seperti lelaki menyumbang kepada ketidakselesaan kepada guru kelas untuk Jail
berkawan dengan Meow Meow. Perhubungan yang rapat yang terjalin diantara Meow Meow
dan Romeo juga mengundang pertelingkahan yang besar dan merosakkan perhubungan di antara
Meow Meow dan Jail di mana Jail secara terangnya sangat membenci Romeo yang pada
anggapannya seorang lelaki asing yang berperibadi buruk dan menunjukkan ciri-ciri lelaki yang
bukan berbudaya timur . Terlalu banyak fakta yang ingin diisi hingga menyulitkan pembaca.
Ayat tak gramatis. Penggunaan kata yang terlalu banyak hingga cacatkan struktur
ayat) Konflik yang tercetus di antara Meow Meow dan Jail telah merosakkan hubungan
persahabatan mereka di mana Jail telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah. Romeo
pula telah terlibat di dalam kegiatan lumba haram akibat daripada kebosanan hidupnya yang
kekurangan kasih sayang dari keluarga.

Pada pengakhiran cerita, penulis menonjolkan penyelesaian konflik di antara Jail, Romeo, Meow
Meow dan Emelyn di mana Jail telah menukar fikiran untuk bertukar sekolah setelah mengetahui
Meow Meow menghidapai barah otak. Setelah kematian Meow Meow akibat cedera parah
setelah terjatuh dari gaung kerana ingin menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol,
Jail dan Romeo telah mengalami masalah kemurungan yang teruk kerana tidak dapat menerima
hakikat akan kematian Meow Meow. (ayat berbelit. Banyak perkara ingin dinyatakan dalam satu
ayat).Manakala Emelyn pula telah menunjukkan tingkah laku yang baik kepada Jail setelah
terhutang budi kepada Jail kerana menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol mat
rempit. Pada akhirnya, Jail telah dapat menerima hakikat bahawa kematian Meow Meow adalah
kerana kemalangan dan bukannya akibat perbuatan Romeo. Romeo pula telah pulih daripada
traumanya setelah dapat menyesuaikan dirinya daripada menyalahkan dirinya ke atas
kematian. Jail, Romeo dan Emelyn telah menjalinkan persahabatan yang baik.


3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian tentang novel yang bertajuk Er...Excuse Me ! hasil penulisan Nass Alina Noah
adalah untuk memenuhi keperluan subjek kursus Bentuk-bentuk Penulisan (ZZZT 2213). (tujuan
seumpama ini tidak ilmiah sifatnya. Sama seperti menyatakan tujuan kajian untuk lulus dan
dapat ijazah bila menulis latihan ilmiah. Sila rujuk nota untuk kuliah pertama kursus ini) Selain
itu, tujuan utama kajian novel ini adalah untuk melihat penulisan kreatif penulis dalam
menghuraikan setiap tingkah laku yang berbeza dalam setiap watak yang ditonjolkan. Perbezaan
tingkah laku bermula dari watak utama, watak sampingan sehingga watak-watak kecil
memberikan satu informasi dan pengetahuan bagaimana setiap individu dalam masyarakat
mempunyai tingkah laku yang berbeza di antara satu sama lain sama ada dari segi tingkah laku
positif mahupun negatif. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat kesinambungan permulaan
cerita sehingga pengakhiran cerita tersebut dan mengupas pelbagai bentuk dan jenis tingkah laku
yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pembaca untuk menilai kelebihan dan keburukan
tingkah laku dalam masyarakat realiti.


4.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian adalah untuk melihat kepelbagaian jenis tingkah laku sama ada tingkah laku tersebut
dari segi positif ataupun negatif. Skop kajian ini juga adalah untuk melihat kelebihan dan
kelemahan tingkah laku yang ditonjolkan. Skop kajian tingkah laku dalam novel ini juga
ditampilkan melalui tingkah laku kebergantungan diri, tingkah laku destruktif (merosakkan),
tingkah laku desruptif (mengganggu), tingkah laku pergantungan berlebihan, tingkah laku
kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Melalui
kepelbagaian tingkah laku yang di tonjolkan ini membantu penulis menghuraikan setiap jalan
cerita dengan pelbagai konflik tingkah laku yang bertentangan dalam membantu plot dan jalan
cerita menjadi lebih menarik. Selain itu juga, konflik tingkah laku yang bertentangan ini juga
membantu penulis menimbulkan emosi kepada pembaca dan membuatkan pembaca berfikir
tentang jalan cerita yang seterusnya.


5.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian dalam novel ini menggunakan pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
tingkah laku bermasalah dan juga menggunakan pendekatan psikologi yang menampilkan teori-
teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi barat untuk dikaitkan dengan tingkah laku
tingkah laku watak yang digunakan dalam novel yang bertajuk Er...Excuse Me! ini. Pendekatan
sistem mentor dalam pengurusan tingkah laku bermasalah ini dicadangkan untuk kegunaan pihak
guru. Tidak salah bagi seorang guru cuba untuk mendekati serta menyelami perasaan pelajarnya
melalui sistem mentor. Namun, sistem mentor yang asal harus diperhalusi agar guru dapat
merapatkan diri serta membina hubungan yang akrab di kalangan pelajar khasnya yang
mempunyai masalah salah laku. Selain matlamat untuk membantu meningkatkan pencapaian
akademik, matlamat sistem mentor juga harus menjurus kepada pembentukan peribadi pelajar.
Justeru, sistem mentor di sekolah harus diteruskan di semua peringkat persekolahan bagi
menangani permasalahan salah laku di kalangan pelajar dari akar umbinya.

Manakala pendekatan psikologi pula digunakan kerana kaedah kajian ini dikaitkan dengan
kerohanian yang melibatkan masalah pemikiran, perasaan, ingatan, pembayangan dan
penaakulan.



6.0 ASPEK YANG DI KAJI
Melalui penulisan novel ini, aspek yang ingin di kaji adalah mengenai tingkah laku pelajar atau
remaja membabitkan watak utama, watak sampingan dan juga watak-watak kecil. Nass Alina
Noah menampilkan pelbagai watak yang mempunyai tingkah laku yang berbeza dan saling
bertentangan untuk mencorakkan hasil penulisan dan cerita yang menarik bersesuaian dengan
cerita tentang remaja sekolah dan konflik dalam diri pelajar yang berumur 16 tahun, penulis
menyerapkan tingkah laku yang agresif, suka memberontak, tingkah laku destruktif dan
sebagainya dalam setiap watak.(ayat kompleks yang sarat dengan fakta. Terlalu banyak yang nak
diceritakan menyebabkan ayat ini jadi terlalu panjang dan berbelit-belit). Contohnya watak
utama iaitu watak Jail yang mempunyai tingkah laku yang pelbagai mengikut kesesuaian cerita.
Diantaranya jail mempunyai tingkah laku pengunduran diri, tingkah laku pengasingan diri,
tingkah laku kebimbangan dan sebagainya. (dua ayat ini boleh digabungkan) [Jail yang menjadi
watak utama mempunyai tingkah laku yang pelbagai mengikut kesesuaian cerita seperti . tingkah
laku pengunduran diri, tingkah laku pengasingan diri, tingkah laku kebimbangan dan
sebagainya].

Ahli psikologi berpendapat bahawa zaman remaja adalah tempoh peralihan antara zaman kanak-
kanak dengan zaman dewasa. Remaja adalah satu jangka masa pertumbuhan dan perkembangan.
Pakar psikologi juga menyatakan bahawa zaman remaja penuh dengan idealisme,
pemberontakan dan tekanan. Perubahan-perubahan yang di alami oleh remaja membuatkan
dirinya berada dalam keadaan tidak stabil, kekeliruan dan konflik. Konflik peribadi yang berlaku
dalam diri remaja selalunya di sebut sebagai krisis identiti. Remaja juga banyak membuat
tingkah laku yang merunsingkan ibu bapa dalam usaha mereka untuk mencari identiti diri. Ini
termasuklah penampilan diri (pakaian, potongan rambut, gaya bercakap dan pergerakan ) yang
mungkin disebabkan oleh pengaruh sesuatu kumpulan atau disebabkan oleh faktor dalaman
remaja itu sendiri. Selain itu, tingkah laku remaja juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi,
bertindak balas, tindakan dan reaksi. Remaja bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan
keadaan. Sekiranya remaja tersebut mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia akan
berupaya berinteraksi dan bertingkah dengan lebih yakin. (siapa ahli psikologi tersebut?
Nyatakan juga sumber rujukan fakta ini. Elakkan diri daripada terlibat dengan plagiat)

Terdapat banyak tingkah laku yang ingin di kaji melalui hasil penulisan novel ini, diantaranya
adalah tingkah laku kebergantungan diri, tingkah laku destruktif (merosakkan), tingkah laku
desruptif (mengganggu), tingkah laku pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan,
tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Setiap tingkah laku yang ingin
dikupas mempunyai pelbagai maksud dan bentuknya yang tersendiri.


7.0 MENILAI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TINGKAH LAKU YANG DI
TAMPILKAN.
Setiap tingkah laku yang di tonjolkan oleh remaja dalam novel ini mempunyai sebab dan
kesannya yang memberi implikasi kepada keputusan kepada diri pelajar tersebut. Kelebihan
kerana bertingkah laku secara positif memberi peluang kepada pelajar untuk diterima dalam
masyarakat dan disayangi oleh orang sekeliling. Kelemahan kerana bertingkah laku secara
negatif memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pelajar tersebut malahan turut mengaitkannya
dengan masyarakat sekeliling. Kelebihan dan kelemahan tingkah laku yang ditunjukkan boleh
dirujuk kepada pendapat ahli psikologi. Menurut pakar psikologi tingkah laku, John Watson
(1878- 1958) (rujukan ini tiada dalam bibliografi. Tahun yang ditulis adalah tahun tulisan
tersebut diterbitkan, bukannya tahun hayat penulis ini) berpendapat kajian psikologi sebenarnya
hanya berkaitan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Beliau juga mengatakan (bahawa) tingkah
laku adalah hasil daripada apa yang dialami. Watson juga menegaskan, pengawalan keadaan
sekeliling dengan yang betul dapat menghasilkan apa yang dikehendaki daripada
individu. Dalam novel ini dapat dilihat apabila terdapat pengawalan keadaan sekeliling oleh
cikgu A Go Go membuatkan pelajar bertenang setelah keadaan kelas gamat kerana lawak jenaka
yang dibuat oleh Meow Meow. (banyak perkara dalam satu ayat. Ayat jadi berbelit)

Er...saya tak percaya. Saya rasa awek-awek tu tergila-gilakan cikgu sebab.... dia orang tidak
nampak cacing kerawit dalam perut cikgu tuuu... giliran Meow Meow pula membidas. Sekali
lagi kelas gamat sehingga cikgu A Go Go mengangkat tangannya, minta bertenang.( halaman 52
)
justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.1 KELEBIHAN TINGKAH LAKU
Novel ini menampilkan watak utama yang di mainkan oleh Jail atau Ria jelita yang menunjukkan
tingkah laku kebergantungan diri. Jail merupakan seorang anak dari keluarga yang bermasalah
mempunyai tingkah laku yang boleh hidup secara berdikari tanpa memerlukan bantuan daripada
orang lain (ayat. Banyak perkara diterangkan dalam satu ayat menyebabkan ayat
berbelit). Menurut ahli psikososial Erik Eriksson (tiada dalam bibliografi) mengemukakan
perkembangan manusia lebih menjurus kepada perkembangan identiti yang berlaku secara
berterusan sehingga ke akhir hayat. Beliau mengemukakan lapan peringkat perkembangan
manusia yang bermula dari sejak lahir sehingga ke akhir hayat. Salah satu tahap perkembangan
manusia yang di kemukakan oleh Erik Eriksson adalah tahap autonomi lawan curiga di mana
individu berkeupayaan melakukan sesuatu dengan bergantung kepada diri sendiri sehingga
berjaya seterusnya membentuk identiti yang kukuh dan berkeyakinan tinggi.

Haah, Jail. Saya tak nampak pun kamu beli apa-apa tadi ?sahut Datin Eleeda.
Er...saya tak nak beli apa-apa, Datuk, Datin. Lain kali ajelah.
"Er...saya pergi dengan teksi nanti.
Er...tak payah susah-susah. Saya boleh pergi sendiri. Saya pergi dulu ya Datuk, Datin?
Assalamualaikum! ( halaman 370 )
(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Petikan ini seakan tiada kaitannya dengan huraian.
Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat
seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2 KELEMAHAN TINGKAH LAKU

Menurut Atkinson (1990) (tiada dalam bibliografi) tingkah laku bermasalah adalah merupakan
tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat.
Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif,
pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah
laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya
ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak
dibendung dengan lebih awal.(nyatakan sumber)


7.2.1 Tingkah laku Destruktif/Merosakkan
Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan pelajar sekolah yang mula memasuki usia
remaja. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama
ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh,
melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan
permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan
akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku destruktif di
kalangan pelajar amat membahayakan yang boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain
yang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme
seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah. Tingkahlaku destruktif
sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. (mana
rujukan?)

Heh, kenapa kau ni, hah ? Pucat lesi! Tak cukup darah? Hah, eloklah tu, cepat sikit
mampusnya....
Kalau aku jadi hantu pun aku takkan lepaskan kau, Emelyn...apatah lagi Romeo tu, jawab
Meow Meow sambil meluru ke arah cermin untuk berbedak.
(halaman 174 )
Meow Meow tersengih. Telinganya dapat menangkap Dengan jelas bunyi tapak kasut Emelyn.
Dia tidak sabar Untuk memulakan siri pembalasan dendamnya kali ini.
(halaman 179 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.



7.2.2. Tingkah laku Desruptif/Menganggu
Individu yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan
kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga
berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis-jenis
tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau,
menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti
tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun.
Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika
emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan
sebagainya. (nyatakan sumber rujukan)

Dah habis mengilai, hantu Jerangkung? soal Jelita sambil menyapu lututnya.Romeo yang
masih tertiarap itu tidak dipedulikannya namun matanya masih mencerlung ke arah Emelyn yang
sedang tergelak besar.( halaman 180 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2.3 Tingkah laku pergantungan berlebihan

Tingkah laku bermasalah mungkin juga berbentuk kebergantungan berlebihan yang
menunjukkan individu tidak dapat berdikari. Sebaliknya, individu yang sebegini amat
bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Pada suatu ketika apabila orang yang
diharapkannya tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa
yang akan di lakukannya. Individu sebegini mudah mengikut percakapan orang lain dan mudah
dipengaruhi. Ini akan menimbulkan masalah pembentukan personaliti dan kendiri pelajar
khasnya apabila mudah dipengaruhi oleh orang lain. (sumber rujukan)

Kemungkinan ia akan menimbulkan masalah tingkah laku yang lebih agresif akibat terlalu
bergantung kepada orang lain. Pendirian orang yang mempunyai tingkah laku kebergantungan
berlebihan ini juga kurang tegas apabila mengeluarkan sesuatu pendapat. Mereka juga teragak-
agak untuk membuat sesuatu keputusan. Individu sebegini juga merupakan seorang yang
pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan (sumber rujukan).
Eva, jojo dan Baby merupakan pengikut setia kepada Emelyn dan tidak pernah berani melawan
setiap percakapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Emelyn. (ayat ini perlu dipisahkan dalam
perenggan baru. Beri keterangan yang lebih terperinci untuk kaitkan watak-watak dalam novel
dengan tingkah laku yang telah dihuraikan)

Hah, tunggu apa lagi? Eva, Baby, Jojo angkatlah ketua kau orang tu, Sindir Jaywai. Emelyn
mendengus kasar sebaik sahaja Eva memegang lengannya. (halaman 59 )

Serentak dengan itu, Eva, Baby dan Jojo saling berpandangan. Eva sudah tidak sanggup untuk
mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh kakaknya itu. Dia pasti ada sesuatu yang tidak
menggembirakan. ( halaman 194 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.



7.2.4 Tingkah laku Kebimbangan
Satu lagi jenis tingkah laku bermasalah ialah tingkah laku kebimbangan. Manja Mohd Ludin
(1990)(tiada dalam senarai bibliografi) mendefinisikan kerisauan sebagai .Pengalaman emosi
yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang ketika ia merasa takut atau
menghadapi ancaman dari sesuatu yang tidak dapat ditentukan dengan jelas.. Oleh itu,
kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu
keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman pelajar namun ianya juga merupakan salah
satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya.
Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu
cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan
mendapat markah yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Hill dan Eaton
(1971) (tiada dalam bibliografi) mendapati kanak-kanak yang berada dalam keadaan
kebimbangan menjawab ujian dengan tergesa-gesa kerana takut akan peruntukan masa yang
terhad. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang akan
menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini
akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah
laku kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai
sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu
keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung.

Pagi tadi, Jaywai sudah memberikan isyarat bahawa Romeo akan menyertai perlumbaan haram
sekali lagi. Jelita benar-benar bimbang jika Meow Meow mengikutnya nanti. Lebih bimbang jika
sesuatu berlaku kepada lelaki itu. Bukanlah dia bimbangkan sangat akan keselamatan Romeo,
tetapi Meow Meow pasti sunyi jika Romeo tiada. ( halaman 430 )
(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2.5. Tingkah laku Pengunduran Diri
Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau
mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Tingkah laku pengunduran
diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep kendiri yang rendah, tidak yakin
untuk berinteraksi dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek serta kurang upaya
untuk menyelesaikan masalah. Tingkah laku pengunduran diri ini akan menyebabkab individu
menyimpan perasaan dalam hati dan tidak dapat meluahkannya. Ini akan mempengaruhi
pemikiran dan pembentukan personaliti mereka.

Seperti dalam penulisan novel ini, (ayat) penulis menceritakan tentang halangan oleh Puan
Rubah Putih akan persahabatan antara Jail dan Meow Meow. Jail merasa terkilan dan perlu
menghindarkan diri daripada Meow Meow. (Penerangan terlalu ringkas. Tidak dapat kaitkan
teori psikologi dengan novel)
Er..Datuk...saya ada sesuatu nak cakap ni.
Apa Jail? Jangan serius sangat. Seramlah.
Mereka berdua tergelak kecil, Er..bermula pada esok, saya nak pindah keluar dari rumah ni.
Kenapa? dahi Datuk Kamal berkerut. Wajah anak angkatnya itu direnung beberapa ketika.
Er..saya ingat nak pindah sekolahlah sebab... (halaman 406 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2.6. Tingkah laku Pengasingan Diri
Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang
kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisma helah bela diri untuk
mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. Sesetengah pelajar enggan
melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah
apabila pelajar merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan
memyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam,
tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.

Langkah Jelita terhenti seketika apabila Meow Meow melaungkan namanya berulang kali.
Namun demi mengenangkan janjinya yang tidak mahu mencampuri urusan Meow Meow lagi,
dia tidak peduli. Langkah kakinya dipercepatkan. (halaman 411 )

Sebaik sahaja mendengar suara itu, Jelita cuba bangun Namun Meow Meow mencengkam
lengannya.
Yore not going anywhere, Jail. Kalau kau pergi, kau Akan dapat merasa penangan silat aku
hari ni. (halaman 418)

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang
dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini
dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat banyak dan pelbagai tingkah laku yang ditonjolkan oleh setiap watak
yang dimainkan. Tingkah laku yang berbeza dan bertentangan ini dapat menarik perhatian
pembaca untuk menyelami perasaan individu dari aspek tingkah laku yang ditunjukkan supaya
boleh menjadi panduan untuk mengatasi setiap masalah tingkah laku yang timbul.

Daripada penghuraian, tingkah laku bermasalah bukanlah hanya melibatkan aspek-aspek
keganasan seperti pecah rumah, melepak, dadah, samseng sahaja namun ianya turut melibatkan
permasalahan dalam pembentukan kendiri pelajar yang akan menentukan corak peribadi pelajar
tersebut pada usia dewasa. Kita sering memberi tumpuan kepada tingkah laku destruktif atau
tingkah laku yang melibatkan keganasan sahaja berbanding tingkahlaku bermasalah seperti
kebimbangan, pengunduran diri, pengasingan diri. Justeru, pendekatan sistem mentor dan
pendekatan pakar psikologi adalah amat penting untuk mengatasi semua jenis tingkah laku
bermasalah tersebut.



RUJUKAN
Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat, 2006. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pn. Lee Chee Pheng. Pengurusan Tingkah Laku (tidak perlu tulis pn. Maklumat tak lengkap:
Tahun terbit. Tempat terbit. Penerbit)Mohd Sharani Ahmad, 2006. Psikologi Kanak-kanak.
Jabatan Pembangunan Manusia dan pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi, Universiti Putra
Malaysia.

Tiwi binti Kamidin. Jurnal bertajuk Pendekatan Sistem Mentor dalam Pengurusan Tingkah Laku.

Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 57 (maklumat tak lengkap: nama penulis. Penerbit,
tempat terbit))
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 58 (maklumat tak lengkap: nama penulis. Penerbit,
tempat terbit))
Sila justify untuk bibliografi. Gunakan gaya UKM, atau MLA atau APA.


Ulasan keseluruhan:
1. penggunaan imbuhan di perlu diteliti sama ada perlu dirapatkan atau dijarakkan dalam
tulisan.
2. penggunaan perkataan yang tidak tepat.
3. lebihan kata-kata.
4. pengulangan perkataan tertentu seperti yang , dimana dan dalam yang keterlaluan
hingga menyebabkan ayat jadi tak gramatis.
5. ayat yang teralu panjang. Terdapat terlalu banyak perkara yang ditulis dalam satu ayat
menyebabkan ayat tersebut berbelit-belit.
6. rujukan dalam teks tidak terdapat dalam bibliografi di hujung tulisan.
7. bibliografi/rujukan: sila gunakan gaya UKM, atau APA atau MLA. Sila justify dan tabkan ke
dalam sebanyak 5 ketukan pada baris kedua. Lengkapkan maklumat untuk rujukan. Susunan
rujukan perlu ikut turutan abjad.
8. novel kajian tidak disenaraikan dalam rujukan/bibliografi.
Markah: 11.5 daripada markah penuh 15.

Anda mungkin juga menyukai