Anda di halaman 1dari 7

Menganalisis Aruhan Elektromagnet

Hasil Pembelajaran: -
(A) Menjelaskan melalui contoh idea tentang aruhan elektromagnet.
(B) Menerangkan aruhan electromagnet
(C) Mengenalpasti arah pengaliran aruh teraruh
(D) Menerangkan faktor yang mempengaruhi magnitude arus teraruh.
(E) Menjelaskan melalui contoh kegunaan aruhan electromagnet.

Aruhan Elektromagnet
1. Fenomena penghasilan arus elektrik dalam satu konduktor di bawah aruhan
satu medan magnet yang berubah-ubah dikenali sebagai aruhan
elektromagnet.

2. Aruh teraruh ini terhasil kerana wujudnya kesan gerakan relatif di antara
konduktor dengan medan magnet.

Daya Gerak Elektrik Teraruh dan Arus Teraruh
1. Gerakan relatif antara konduktor dnegan magnet menyebabkan

a. pemotongan fluks magnet oleh dawai lurus.

b. Perubahan fluks magnet merangkai satu gegelung.


2. Pemotongan atau perubahan fluks magnet oleh dawai gegelung
menyebabkan satu daya gerak elektrik (d.g.e) teraruh dalam dawai itu.

3. Apabila litar dalam Rajah 1 disambungkan kepada satu galvanometer untuk
membentuk satu litar tertutup seperti dalam Rajah 2, arus teraruh akan
mengalir dalam litar itu.

4. Magnitude dge teraruh dan arah arus teraruh dapat ditentukan dengna
menggunakan hokum-hukum aruhan elektromagnet .




Hukum-hukum Aruhan Elektromagnet
Terdapat 2 hukum aruhan elektromagnet yang utama, iaitu:-
a. Hukum Faraday

b. Hukum Lenz

Hukum Faraday
1. Hukum Faraday menyatakan bahawa magnitude dge teraruh berkadar
langsung dengan kadar perubahan fluks merangkai sesuatu gegelung (atau
kadar pemotongan fluks oleh konduktor).

2. Berdasarkan Hukum Faraday, dge teraruh bertambah apabila kadar
perubahan fluks magnet bertambah. Maka arus teraruh akan bertambah
apabila

a. Magnet yang lebih kuat digunakan (lebih fluks magnet)

b. Laju gerakan relatif bertambah (masa yang diambil dikurangkan)

3. Selain itu, dge teraruh akan bertambah apabila bilangan lilitan yang
digunakan bertambah kerana dge akan teraruh pada setiap lilitan.

4. Lilitan-lilitan itu diumpamakan sebagai sel-sel yang disambungkan secara
bersiri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah .

5. Maka, dge teraruh pada gegelung sama dengan jumlah dge teraruh pada
setiap lilitan.


Hukum Lenz
1. Hukum Lenz menyatakan bahawa arus teraruh mengalir dalam arah yang
sedemikain supaya kesannya dapat menentang perubahan (gerakan) yang
menghasilkannya.

2. Jadul menjelaskan tentang Hukum Lenz

3. Secara amnya

4. Hukum Lenz mematuhi Prinsip kebadian ternaga.

5. Hukum Lenz boleh diterangkan dengan menggunakan Prinsip keabadian
tenaga.

a. Apabila magnet digerakkan mendekati gegelung, arus teraruh.
Mengapakah ini berlaku?
Tenaga elektrik itu tidak boleh dicipta tanpa sebarang kerja dibuat.
Maka, hujung P mesti diaruhkan menjadi kutub utara supaya wujudnya
satu daya tolakan antara gegelung dengan magnet.

b. Apabila magnet digerakkan menjauhi gegelung, hujung P diaruhkan
menjadi kutub selatan supaya wujudnya satu daya tarikan antara
gegelung dengan magnet.

c. Maka, apabila magnet digerakkan mendekatai atau menjauhi gegelung,
kerja perlu dibuat untuk menentang dayan tentangan itu.

d. Kerja itu ditukarkan kepada tenaga elektrik dalam bentuk arus teraruh.

Peraturan Tangan Kanan Fleming (Peraturan Dinamo)
1. Bagi satu konduktor (dalam litar lengkap) yang bergerak pada sudut tegak
kepada satu medan magnet dan memotong fluks magnetnya, arah pengaliran
arus teraruh boleh ditentukan dengan menggunakan peraturan tangan kanan
Fleming.


















Bukakan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah kanan supaya ketiga-tiga
adalah lurus dan berserenjang antara satu sama lain.
Jika jari telunjuk dihalakan ke arah medan magnet dan ibu jari dihalakan
ke arah gerakan, maka jari tengah akan menunjukkan arah pengaliran
arus teraruh.
Kegunaan Aruhan Elektromagnet
Penjana Arus Terus (Dinamo at)
Struktur binaan
1. Rajah menunjukkan sebuah penjana arus terus ringkas

2. Pada amnya, struktur binaan penjana at adalah sama dengan motor at.
Perbezaannya ialah gegelung dalam penjana at tidak disambung kepada
bateri. Gegelung diputarkan untuk menghasilkan arus dalam kes ini.

Prinsip kerja
1. Apabila gegelung diputarkan, sisinya akan memotong garis-garis medan
magnet dan arus teraruh dalam gegelung.

2. Dalam keadaan mengufuk, AB memotong ke atas dan CD memtong ke
bawah. Dengan menggunakan peraturan tangan kanan Fleming, arus teraruh
mengalir dari A ke B dan C ke D.

3. Di litar luar, litar mengalir dari berus karbon P ke Q. jarum galvanometer
terpesong ke arah kiri (sebagai contoh)

4. Arus pada ketika ini adalah maksimum kerana sisi AB dan CDa memotong
garis-garis medan magnet secara sudut tegak. Selepas kedudukan ini, arus
teraruh akan berkurang kerana pemotongan garis medan magnet adalah
secara condong.

5. Apabila gegelung dalam keadaan menegak seperti dalam Rajah, sisi AB dan
CD sedang bergerak secara selari dengan garis-garis medan magnet, tiada
pemotongan garis medan magnet berlaku. Arus teraruh menjadi sifar dan
jarum galvanometer kembali ke kedudukan sifar seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah

6. Selepas kedudukan menegak itu, kedua-dua bahagian komutator itu
bertukaran sentuhan dengan berus P dan Q yang tetap itu. Kini AB
memotong ke arah bawah manakala CD memotong ke arah atas. Arus
teraruh kini mengalir dari B ke A dan D ke C.

7. Bagaimanapun arus masih mengalir dari berus P ke Q di litar luar. Jarum
galvanometer masih menunjukkan pesongan ke arah kiri.

8. Arus teraruh bertambah sehingga gegelung berada dalam keadaan mengufuk
dan arus maksimum tercapai semula.

9. Selepas kedudukan ini, aurs akan mula berkurangan dan menjadi sifar
apabila gegelung berada dalam keadaan menegak semula.

10. Proses di atas berulangan.

11. Arus output ialah arus terus kerana arus sentiasa mengalir pada satu arah
sahaja pada litar luar, iaitu dari berus P ke Q (pesongan jarum galvanometer
pada satu arah sahaja)

12. Apabila magnitud arus teraruh diplotkan melawan masa, graf dalam Rajah
diperoleh.


Penjana Arus Ulang-alik (Dinamo au)
Struktur binaan
1. Rajah menunjukkan sebuah penjana arus ulang-alik.

2. Penjana au terdiri daripada satu gegelung segi empat yang berputar dalam
medan magnet.

3. Hujung-hujung gegelung itu disambungkan kepada dua gelang gelincir yang
akan berpusing bersama-sama dengan gegelung.

4. Dua berus grafit ditekankan sedikit kepada dua gelang gelincir itu oleh spring.

Prinsip kerja
1. Apabila gegelung diputarkan, sisinya memotong fluks-fluks magnet yang
menyebabkan arus teraruh dalam gegelung.

2. Dalam keadaan mengufuk seperti dalam Rajah , AB memotong ke atas dan
CD memotong ke bawah. Dengan menggunakan peraturan tangan kanan
Fleming, arus teraruh mengalir dari A ke B dan C ke D. pada litar liar, arus
mengalir dari berus Q ke P. jarum galvanometer terpesong ke sebelaj kiri
(sebagai contoh).

3. Arus pada ketika ini adalah maksimum kerana sisi AB dan CD memotong
garis medan magnet secara berserenjang. Selepas itu, arus teraruh mula
berkurangan kerana pemotongan garis medan magnet adalah secara
condong.

4. Apabila gegelung berada pada keadaan menegak seperti dalam Rajah , sisi
AB dan CD bergerak selari dengan arah garis medan magnet. Tiada
pemotongan fluks magnet berlaku, maka tiada arus teraruh dijanakan dan
jarum galvanometer kembali ke tanda sifar seperti yang ditunjukkan.

5. Selepas keadaan menegak itu, arus akan bertambah sehingga mencpaai nilai
maksimum apabila gegelung berada dalam keadaan mengufuk semula
seperti dalam Rajah. Pada masa ini, AB memotong kea rah bawah manakala
CD memotong ke atas, arus teraruh mengalir dari B ke A dan D ke C. pada
litar luar, aurs mengalir dari berus P ke Q. Arah arus telah disongsangkan dan
jarum galvanometer memesong kea rah berlawanan.

6. Selepas keadaan mengufuk, arus berkurangan dan menjadi sifar semula
apabila gegelung menegak sekali lagi.

7. Proses di atas diulangi.

8. Arus output yang dijanakan ialah arus ulang-alik kerana arus menukar arah di
litar luar setiap kali gegelung melampaui kedudukan menegak. Jika
magnitude arus teraruh dalam litar luar diplotkan melawan masa, graf seperti
Rajah diperoleh.

9. Arus dianggap sebagai positif apabila mengalir dari P ke Qdan negative
apabila mengalir dari Q ke P. arus bukan sahaja berubah dari segi magnitude
tetapi arahnya juga bertukar selepas setiap separuh putaran. Arus seperti ini
dinamakan arus ulang-alik.

10. Arus teraruh yang dijanakan oleh penjana arus terus atau ulang-alik akan
bertambah apabila

a. Kekuatan magnet bertambah
b. Laju putaran bertambah
c. Bilangan lilitan bertambah
d. Luas gegelung bertambah
e. Gegelung dililitkan pada teras besi

Anda mungkin juga menyukai