Anda di halaman 1dari 24

0 Alat Berkebun Wajib Ada

April 3, 2013 - Alat kebun, Tip berkebun - Tagged: alat berkebun, tanam sendiri - 1 comment

Untuk menjadi seorang pekebun yang berjaya, kita perlulah ada alatan yang sesuai untuk
berkebun. Ini bagi memudahkan tugas kita apabila kita sedang berkebun.
Setiap pekebun ada peralatan yang digemari untuk digunakan semasa aktiviti berkebun
berlangsung. Di sini saya nyatakan 10 peralatan berkebun yang wajib kita ada jika kita ingin
berkebun.
1. Sudip tangan
Sudip tangan amat sesuai untuk penanaman tanaman kecil seperti herba dan
sayur. Ia juga sesuai untuk penanaman dalam pasu, membuang rumpai, dan
mencampurkan tanah untuk pasu. Jika anda mempunyai wang lebih, seeloknya
belilah sudip tangan keluli tahan karat. Ia tahan lasak dan selalunya tempat
pemegang yang selesa.

2. Penggembur tangan
Ia amat sesuai untuk menggembur tanah keliling pokok kecil, tanah untuk
penanam anak benih, dan membuang rumpai kecil. Model besi tahan karat amat
sesuai digunakan kerana ia tahan lama dan sesuai untuk mengorek tanah yang
keras.
3. Sekateur (secateurs)
Ia amat berguna di kebun atau taman untuk mencantas dan membuang
ranting mati, membentuk rupa pokok, dan menuai tanaman. Sepasang sekateur boleh menjadi
mahal mengikut jenis dan kualiti. Cari sekateur yang boleh dileraikan untuk kemudahan
pembasuhan dan pengasahan. Pastikan juga ia selesa dengan pegangan tangan anda kerana anda
akan kerap kali menggunakannya untuk mencantas di kebun anda.
4. Pisau cantuman tunas


Ia digunakan untuk membuat cantuman dan menuai tanaman sebagai ganti kepada sekateur.

5. Pencungkil rumpai
Ia nampak kecil tapi jangan dipandang rendah kemampuannya membantu
anda membuang rumpai di kebun anda.
6. Penyiram (watering can/pot)
Ini penting jika kebun anda berada jauh dari sumber air. Jika tak pun, ia boleh
menjimatkan penggunaan air di rumah anda.
7. Cangkul
Setiap pekebun wajib ada cangkul! Memang ada yang berkata pada zaman ini mesin menguasai
semuanya, tetapi itu untuk skala besar. Bagi skala kecil bagi pekebun di rumah, cangkul penting
untuk menggembur, merata dan memecahkan tanah, membuat batas, membuang rumpai, dan
membuat lubang untuk tanam anak pokok.
8. Penggembur/Cangkul tiga mata
Selepas mencangkul, kita perlu juga menggembur tanah. Penggunaan cangkul tiga mata atau
penggembur amat sesuai selepas kawasan penanam dibentuk dengan cangkul.

9. Topi kebun
Topi kebun boleh jadi topi jerami atau topi kepala. Ia mengikut kesesuaian orang. Pentingnya
topi kebun bagi melindungi kepala dari terik panas matahari dan memudahkan kerja.

10. Sarung tangan
Ia penting bagi melindungi tangan daripada sebarang kecederaan semasa berkebun. Sarung
tangan kain amat sesuai digunakan. Ia dapat elak tapak tangan daripada melecur semasa aktiviti
mencangkul berlangsung.









http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php/joomla/tanaman/buah-
buahan-sayur-sayuran/303-maklumat/tanaman/buah-buahan-sayur-
sayuran/875-panduan-menanam-bawang

PANDUAN MENANAM BAWANG

Nama Saintifik
Famili
: Allium cepa L.
: Alliaceae

Di Malaysia terdapat beberapa jenis bawang merah yang ditanam iaitu jenis Siam,
Indonesia dan India.

KEADAAN TANAH
Tanah yang sesuai bagi bawang merah ialah tanah yang pengaliran airnya sempurna seperti
tanah gembur berpasir atau tanah pasir peroi yang kaya dengan bahan reputan. Tanah
gambut juga didapati sesuai dan keasidan tanah ialah antara 6.5-7.8. Sekiranya tanah
kurang subur, penambahan baja organan seperti tahi lembu dan sebagainya adalah
disyorkan.
Pengairan yang mencukupi dalam lima minggu selepas menanam dan kering setelah pokok
berumur 8 minggu adalah penting. Penggunaan sungkupan seperti jerami padi dapat
mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu tanah. Kawalan rumpai dibuat pada
peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.

PENANAMAN
Menyedia Batas
Di tanah gambut dan gambut halus (muck) yang tidak bertakung air; bawang
ditanam di tanah rata tanpa batas. Bagi tanah-tanah lain dan di kawasan-kawasan
air senang bertakung, batas disediakan setinggi 20-30 cm (8-12 inci) dan 91-122 cm
(36-48 inci) lebar. Jarak antara batas selalunya 66-91 cm (26-36 inci) dan panjang
batas bergantung kepada petani sendiri.
Menyedia Benih
Bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain (Thailand, Filipina dan Cina)
dari segi pertumbuhan, ketahanan terhadap gejala 'White Tip' (iaitu kekeringan
bahagian hujung daun) dan penghasilan bawang. Saiz bebawang yang digunakan
semasa menanam tidak memberikan kesan yang bererti ke atas jumlah hasil. Bagi
jenis berlabu panjang rencong memerlukan sebanyak 1210 kg untuk sehektar (8
pikul seekar) manaka jenis bulat pendek, kadar benih yang diperlukan untuk
sehektar ialah sebanyak 1512 kg (10 pikul seekar). Untuk mendapatkan hasil yang
baik, benih hendaklah dipilih dari labu yang matang, tidak berpenyakit dan telah
dikeringkan sekurang-kurangnya 6 minggu selepas dituai.
Menanam
Labu-labu bawang untuk dijadikan benih didebu atau dicelup di dalam racun
cendawan sebelum menanam. Benih ditanam dengan menimbus 1/3 bahagian dari
labu benih dengan tanah dan meninggalkan 2/3 bahagian lagi di permukaan tanah.
Jarak tanaman yang diguna ialah 13 x 13 cm (5 x 5 inci).

Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam tidak
menunjukkan kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan
menggalakkan jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium. Dengan itu amalan
memotong bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam adalah tidak
digalakkan.

Bekalan air yang secukupnya di peringkat awal pertumbuhan bawang mungkin dapat
mengurangkan kejadian penyakit mati pucuk dan reput bebawang. Penggunaan
sungkupan adalah digalakkan di mana kandungan air dan suhu tanah dapat dikawal.
Bagi mengurangkan masalah, penanaman bawang hendaklah dijadualkan mengikut
keadaan cuaca. Kerja-kerja menanam dan peringkat awal pertumbuhan hendaklah
jatuh pada musim hujan dan memungut hasil pada musim kering.

PENJAGAAN
Mengawal rumpai
Penggunaan racun pra-cambah (Lasso) selepas menanam adalah digalakkan. Cara
mencabut dengan tangan perlulah dilakukan dari peringkat awal lagi agar
pertumbuhan akar bebawang tidak terjejas.
Membaja
Nisbah dan waktu membaja bawang merah yang ditanam di Muar dan Melaka adalah
seperti berikut:-

Waktu Membaja
Baja campuran terus Jumlah Baja Digunakan
(kg/ha) (lb/ekar) (Ka/ha) (lb/ekar) (lb/ekar)
Semasa menanam
N
P
2
O
5

K
2
O
90
112
135
80
100
120
664 591
atau I.C.I. Compound 88 989 800
Sebulan selepas
menanam
N
P
2
O
5

K
2
O
67
56
67
60
50
60
381 339
atau I.C.I. Compound 55 483 430


MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT
Musuh
Bagi tanaman bawang merah (Alliaceae) tidak terdapat musuh yang merbahaya tapi untuk
langkah berjaga-jaga, sembur 2 minggu sekali dengan Dipterex kekuatan 0.1% bahan aktif.
Ulat ratus (spodoptera litura) memakan daun secara berkelompok. Buat giliran tanaman.

Penyakit pokok dan cara kawalannya
Hawar daun / Tumpuk mungu dan cumut
Sembur dengan Maneb (Manzate D) sebanyak 280-560 gm / 898 liter air
sehektar.(4-8 oz / 80 gelen air/ekar).
Reput bebawang
Pastikan saliran air sempurna. Rendam benih dalam racun kulat sebelum menanam.
Jangan lukakan bebawang sebelum dan selepas menuai dan amalkan tanaman
giliran.
Tumpuk ungu (Alternaria porri)
Bintik-bintik pada mulanya berwarna kelabu. Bintik akan membesar dan merekah
berwarna ungu. Akhirnya daun menjadi kering dan layu. Rawat benih dengan racun
kulat sebelum menanam. Semburkan dengan thiram, ziram atau maneb.
Pucuk putih (fisiologi)
Hujung daun menjadi putih dan kering. Hasil akan berkurangan.

MEMUNGUT HASIL
Hasil mula dipungut 80-90 hari selepas menanam. Hasil yang didapati sebanyak 10-13 t/ha
(66-85 pikul/ekar) adalah tinggi.

MENGERING DAN MENYIMPAN
Selain dari cara menjemur di bawah matahari, bebawang boleh dikeringkan dengan
menggantungkan ikatan bebawang ke atas ampaian tali di dalam bilik yang mempunyai
pengudaraan yang baik. Cara ini didapati lebih berkesan dan memerlukan tenaga buruh
yang kurang serta kadar pereputan bebawang rendah jika dibandingkan dengan cara
menjemur di bawah matahari.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

PENUAIAN
Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai. Aspek penting bagi
penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian. Tahap
kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa
penyimpanan. Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda
atau terlalu tua.
Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman
tertentu, varieti dan jenis sayur. Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai
puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan. Jangka masa
kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh
digunakan sebagai panduan sahaja. Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan
sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna. Sayur buah pada peringkat muda seperti
timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran.
Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato
dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut. Bagi sayur
daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian. Manakala
sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian. Umumnya,
peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara
pemasarannya.
PENGENDALIAN DI LADANG
Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan
mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah. Pengendalian awal yang
dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat
pengendalian yang berikutnya. Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusan
dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.
MEMETIK SAYURAN
Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang
tajam. Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan
penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain. Teknik penuaian berbeza bergantung
pada bahagian tanaman yang dipetik. Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga
dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat
di ladang. Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut
dengan tangan. Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak
menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan
pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai
dengan mudah menggunakan tangan. Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai
yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah
(bendi, terung, timun, labu). Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai
menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.
Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan. Penuaian perlu
dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang.
Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi. Untuk pasaran yang jauh,
penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai
dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi
keesokan harinya. Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah
mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas
tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada
sayur. Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa
yang reput perlulah dielakkan.
Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya
pengangkutan segera tidak dapat dilakukan. Sayuran yang terdedah pada panas matahari
akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.
Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu. Sayuran yang telah dipetik juga
mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah
terutamanya tanah basah.
Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi
sayuran terpilih
Sayur Daun Selepas Ditanam Sayur Buah Selepas Ditanam
Kekacang dan
Ubi
Selepas
Ditanam
Bayam
Brokoli
Kailan
Kangkung
Kubis bulat
Kubis bunga
Kubis cina
Sawi
4 minggu
8 minggu
6 minggu
3 minggu
8-8 minggu
8 minggu
8 minggu
4 minggu
Bendi
Capsicum
Cili
Terung
Timun
Tomato
8 minggu
10 minggu
10 minggu
14 minggu
4 minggu
6-9 minggu
Jagung sayur
Kacang buncis
Kacang manis
Kacang panjang
Keledek
Sengkuang
7 minggu
5 minggu
5 minggu
5 minggu
3-5 minggu
3-5 minggu

PEMBUNGKUSAN DI LADANG
Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat
penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kaedah
pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan
kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan.
Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan
adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.
PENGANGKUTAN DI LADANG
Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan
cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang
kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap. Jenis kenderaan yang digunakan perlu
disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan. Lori kecil atau
trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang
dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Jalan ladang perlulah dalam
keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan
yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai. Bekas yang
berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan
sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di
lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.
OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN
Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan
bagi menyediakan sayuran untuk pasaran. Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal
yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-
bagai jenis peralatan moden. Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan,
pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan.
Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.
Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Sayur
Daun
Pemili
han
Pember
sihan
Pembasu
han
Rawatan
Air
Panas
Pengeri
ngan
Perawa
tan
Pemasa
kan
Penyahi
jauan
Penggre
dan
Pembung
kusan
Bayam
Brokoli
Kubis
bunga
Kailan
Kangkung
Kubis
bulat
Kubis cina
Sawi


















































Sayur
buah

Bendi
Capsicum
Cili
Terung
Tomato










































Kekacang


Jagung
sayur
Kacang
buncis
Kacang
manis
Kacang
panjang













Ubi
Keledek
Lobak
medrah
Sengkuang

























PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN
Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat
tempat di pasaran sekarang. Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran
yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus. Operasi
yang dilakukan bergantung pada jenis sayur. Sayur yang diproses secara minimum ini sedia
untuk terus dimasak atau dimakan. Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh
diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu.
Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna
mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat. Bahagian-
bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan. Selain itu pengguna juga
dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang
telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur). Pembelian bersesuaian dengan
menu yang dirancang.
Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan
yang sesuai bagi sayur terpilih
Jenis Suhu (
o
C)
Kelembapan
relatif (%)
Tempoh
Bayam
Cili
Kacang bendi
Kacang panjang
Kailan
Kangkung
Kubis bulat
Kubis bunga
Kubis cina
Labu
Lobak merah
Saderi
Sawi
Terung
Timun
Tomato hijau
Tomato masak
Ubi keledek
Ubi sangkuang
5
5
7-10
4-7
5
5
1-2
0
0
10-13
0
0
5
8-12
10-13
13-21
8-10
13-16
0
90-95
90-95
95
95
90-95
90-95
90-95
95-98
95-100
90-95
98-100
98-100
90-95
90-95
95
90-95
90-95
85-90
95
1-1.5 minggu
8 minggu
3-4 hari
7-10 hari
1-1.5 minggu
1-1.5 minggu
6-12 minggu
3-4 minggu
2-3 bulan
5-10 bulan
4-6 minggu
2-3 bulan
1-1.5 minggu
1 minggu
10-14 hari
1-3 minggu
4-7 hari
4-7 bulan
4-5 bulan
Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang
diproses secara minimum
Jenis Suhu (
o
C)
Kelembapan
relatif (%)
Tempoh
Bawang
cili
Daun bawang
Daun salad
Daun saderi
Kacang
Panjang
Kubis
Timun
2
2
2
2
2
2
2
2
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
3
3
2
2
2
2
2
3


HALANGAN PENGELUARAN
Bawang merah boleh ditanam dengan jayanya di kebanyakan tempat di Malaysia. Walau
bagaimanapun, masih terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum sebarang
projek berekonomi berskala besar dapat dilaksanakan. Antara masalah utama adalah
seperti berikut:-
Kos yang tinggi dan ketiadaan biji bebawang yang bermutu untuk digunakan sebagai
bahan tanaman.
Jika benih (true seeds) murah digunakan, amalan-amalan agronomi yang
diwujudkan untuk biji bebawang perlu diubahsuai.
Kejadian 'keputihan-hujung' daun bawang adalah masalah biasa yang tidak menentu
dan boleh timbul bila-bila masa di sepanjang pengeluaran bawang merah tempatan.
Bergantung pada peringkat pembesaran pokok bawang, apabila simptom pertama
kelihatan, boleh menyebabkan sedikit atau kesemua tanaman musnah (tiada hasil
langsung).
Hujan yang sukar diramal boleh menyebabkan kehilangan hasil ketika dan selepas
penuaian bebawang.
Kurangnya maklumat tentang keperluan penyimpanan bebawang kultivar benih tulen
(true seeds).

Penanaman bawang merah di Malaysia mempunyai potensi yang baik. Kejatuhan nilai
ringgit Malaysia menjadikan bawah merah import mahal dan bawang merah tempatan
menjadi lebih kos kompetitif. Penanaman secara kecil-kecilan perlu dijalankan oleh petani-
petani kecil kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kos disamping memberi pulangan
yang lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab penggantian kos tenaga upah
kepada kos tenaga keluarga.



http://kebunbandar.com/kaedah-mudah-tanam-bawang-merah/

Pengenalan
Taksonomi Bawang Merah
Keluarga: Alliaceae
Genus: Allium
Spesis: cepa
Nama saintifik: Allium cepa cv. aggregatum
Pembiakan: biji benih ataupun bebawang
Keperluan cahaya matahari: 100%
Fungsi di kebun:
1. Sebagai tanaman penghalau. Daunnya yang berbau dapat menghindar daripada serangga
perosak datang ke tanaman lain.
2. Dapat bawang dan bawang lagi, tentunya!
Kenapa pekebun komersial tak tanam bawang untuk bebawang? Sebab hasil bebawang tak
untung dengan kos pengeluaran yang tinggi. Bawang tak besar seperti yang dikehendaki kerana
bawang perlukan cahaya matahari 13 jam. Malaysia hanya menerima di antara 6-8 jam pancaran
cahaya matahari menyebabkan bawang berbunga awal manakala bawang memerlukan lebih
daripada itu.
Namun begitu, buat penggemar tanam sendiri, tak mengapa kerana kita mahukan daun bawang
untuk masakan. Bebawang itu perkara kedua.

Amalan Kultura / Perladangan

Penanaman bawang merah
Penggunaan yang paling sesuai sekali untuk dipraktikkan di rumah dan kebun-kebun kecil adalah
dengan menggunakan bebawang. Penanaman dengan biji benih adalah lambat dan peratus
percambahannya juga< 40% kerana iklim khatulistiwa di Malaysia. Lagipun mana ada orang jual
biji benih bawang.
Penyediaan bebawang:

Bebawang yang dibeli dari pasar


Potong 1/3 untuk percambahan bawang cepat

Bagi penanaman skala besar, adalah dinasihatkan agar bebawang yang telah dipotong direndam
dahulu dengan larutan thiram untuk mengelakkan serangan fungus pada bebawang.
Bawang merah perlu dipotong atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Mengikut
pengalaman saya, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika
atasnya dipotong betul.

Kambus biar sekadar cukup menutupi lapisan tipis atas bawang
Jarak Penanaman
Jarak penaman yang sesuai adalah 20 cm (antara baris) x 10 cm (antara pokok).

Jarak antara baris (20 cm) x Jarak antara bawang (10 cm) dalam 1m x 1m batas

Boleh selang-selikan barisan bawang dengan barisan sayur lain seperti kangkung, bayam, kubis,
ataupun sawi. Ini bagi bawang boleh bertindak sebagai tanaman penghalau.

Pembajaan
Sepanjang tempoh penanaman bawang, kita perlulah membajanya sebanyak 2 kali iaitu semasa
penanaman dan beberapa minggu selepas penanaman.
Bagi pembajaan bawang, nilai NPK yang disyorkan adalah tiada (tidak dijumpai dalam website
Jabatan Pertanian). Jadi saya ambil nilai yang disyorkan bagi sayur berdaun iaitu:
N 150 kg/ha P 150 kg/ha K 150 kg/ha

Untuk pembajan pertama, kita gunakan 100 kg N/ha,
Baja: NPK hijau (15:15:15)

Kiraan untuk 1 batas (1 m),
15 kg N ada dalam 100 kg NPK hijau
Maka kalau 100 kg N ada dalam y kg NPK hijau.
Pengiraan,
15/100 = 100/y
y = 666.67 kg
Maka 666.67 kg NPK hijau mengandungi 100 kg N.
Untuk 1 batas (1 m),
1 ha = 10,000 m
1 kg = 1,000 g
666.67 kg NPK hijau / 10,000 m = 67.0 g/m
Jadi pembajaan untuk kali pertama ialah 67 g/m atau 5 g/bawang.
Untuk kali kedua pula pada minggu ke-5 selepas pembajaan pertama sebanyak 50 kg N/ha,



Jadi pembajaan kali ke-2 ialah 34 g/m atau 2 g/bawang.
Penaburan baja perlulah di sekitar barisan antara bebawang. Buat beberapa alur parit di tepi
bawang dan taburkan baja. Pastikan tidak terkena bawang kerana baja boleh melecurkan bawang
dan akarnya nanti. Kambus alur kemudiannya agar dapat mengurangkan larut lesap baja.

Baju ditabur dengan teknik alur parit.

Daun bawang boleh dituai 2 minggu selepas penanaman apabila sudah panjang. Enak jika dibuat
bersama cucur.
Penjagaan
Pengairan
Siram 2 kali sehari 1x waktu pagi, 1x waktu petang.
Cantas kuntum bunga bawang
Bawang memerlukan pancaran cahaya matahari melebihi 13 jam untuk menghasilkan biji benih
berkualiti. Di Malaysia hanya ada 12 jam pancaran matahari. Jadi tak lah sesuai untuk menanam
bawang untuk penghasilan biji benih. Lebih kepada sebagai tanaman penghalau serangga.
Kuntum bunga bawang perlu dicantas atau cubit segera sebaik sahaja ia muncul agar dapat
menghasilkan bebawang yang besar. Jika tak dibuang akan mengakibatkan segala nutrient
disalurkan kepada bunga menyebabkan bebawang mengecut.
Selalunya bunga bawang akan muncul selepas 21 hari percambahan. Jadi boleh lah bersedia
untuk potong bunga bawang ketika itu. Antara petunjuk daun tersebut adalah daun bunga
bawang adalah daun lebih panjang daripada yang lain dan ia keras. Boleh potong sebelum ia jadi
kumtum bunga.

Buang kuntum bunga bawang kerana ia membazirkan nutrien bawang sahaja.

Kawalan Perosak dan Penyakit
Bawang merah sukar diserang perosak kerana baunya yang tak disukai serangga. Sangat sesuai
dijadikan tanaman penghalau (repellent crop).
Penyakit seperti bebawang lembik akibat serangan fungus. Elakkan tanam bawang di tanah yang
menyimpan air (tanah gambut) ataupun pada musim hujan.
Rendam dengan thiram 10 minit sebelum tanam pada batas.
Penuaian
Bawang boleh dituai setelah hampir semua daunnya rebah (35-45 hari selepas bawang
bercambah). Seeloknya tuai 2-3 hari tak hujan bagi memastikan bebawang benar-benar kering
dan mudah disimpan nanti. Jika cuaca lembab boleh menyebab bebawang diserang fungus nanti.

Daun bawang rebah tanda sudah masanya menuai

Hasil tuaian bawang

Cara tuaian: tarik bebawang dari tanah dan potong daun yang mati itu.










aedah tanam bawang di dalam pasu
April 14, 2013 - Bawang, Sayur - Tagged: tanam bawang dalam pasu, tanaman pasu - no comments
Sediakan bawang seperti dalam teknik menanam bawang. Seperti sebelah tingkap yang ada cahaya
matahari. Ia boleh jadi pokok hiasan penyeri bilik anda.
Kalau boleh, dapatkan tanah + kompos lebih baik. Tak perlu nak taruh baja banyak kalau guna
kompos. Kalau nak guna tahi ayam pula, kena guna campuran 3:2:1 (tanah atas: kompos/tahi
ayam: pasir).
Cara mudah sahaja. Ambil tiga skop tanah atas campur dengan 2 skop kompos dan 1 skop pasir.
Kemudian gaul sehingga sebati iaitu warna dan rasa (feel) tanah nampak serata.
Bawang mempunyai pertumbuhan yang cergas. Campak sahaja boleh hidup. Buktinya, lihatlah
bawang yang disimpan dalam peti ais terlalu lama. Beberapa minggu disimpan pasti ia akan
mengeluarkan pucuk, bersedia untuk tumbuh.

Jarak optimum bawang dalam pasu

Dari segi pembajaan, baja NPK hijau boleh digunakan. Kebanyakan kedai hardware ada menjual
baja ini dalam paket biasa.
Untuk penanaman dalam pasu, 2 sudu teh baja sudah memadai untuk setiap dua minggu. Jika
baja masih berwarna dan kelihatan di atas tanah, tidak perlu ditambah lagi.
Siram apabila tanah dalam pasu mula kering dengan merasa menggunakan jari di atas tanah
pasu. Berhenti siram apabila air melimpah keluar bawah pasu.
Jangan terlebih siram kerana mungkin akan menyebabkan bawang diserang kulat apabila tanah
terlalu lembab.


























PENYEDIAAN MEDIUM
Author: Ana nA-NiNa | | at 4/19/2009 |
1. Nisbah Campuran
1.
o Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
o bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
o Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
o Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat
mengekalkan kelembapan medium
membaiki struktur tanah dan saliran
mengurangkan kepadatan tanah
lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia
o Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos
dan 1 pasir sungai
o Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik
atau kompos dan 1 pasir sungai
o Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
2. Kompos
Kompos ialah bahan o
3. Organik yang telah cukup reput
Menyediakan Medium Semaian

Pelbagai media semaian boleh digunakan . Campuran media yang biasa digunakan adalah tanah atas
yang dicampurkan dengan bahan lain seperti bahan organik, pasir, habuk kelapa(cocopeat) dan sekam
padi.
Medium semaian terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai. Jadual di bawah
menunjukkan jenis-jenis medium dan kegunaannya.
Jenis Medium Kegunaan
Tanah Loam Tanah biasa yang
mengandungi tanah
liat atau tanah kebun
Menegapkan dan
mengukuhkan anak pokok
Bahan Organik Reputan benda hidup
seperti tanah bakar
dan reputan najis
haiwan
Membekalkan sumber
nutrien pada pokok
Pasir Sungai Pasir halus daripada
sungai
Memudahkan air mengalir
dan udara beredar dalam
medium
Berikut langkah menyediakan medium semaian
1. Sediakan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
2. Dengan menggunakan baldi kecil, sukat bahan mengikut nisbah : 2 bahagian tanah atas, 1
bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir / 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan
organik dan 1 bahagian pasir
3. Longgokkan bahan di tempat kerja.
4. Gaulkan bahan tersebut sehingga rata.
5. Masukkan ke dalam bekas semaian dan ratakan permukaan medium.

Anda mungkin juga menyukai