Anda di halaman 1dari 1

Chap Goh Mei

Chap Goh Meh mengikut Chinese Lunar New Year merupakan malam yang ke-15 dan bulan
penuh pertama (first full moon) dalam Tahun Baru Cina. Oleh yang demikian, kaum Cina
biasanya menyambut hari ini dengan pelbagai aktiviti termasuk melakukan upacara keagamaan
serta menghiasi kawasan sekitar rumah atau kaki lima dengan pelbagai perhiasan tanglung yang
cantik dan menarik.
Bagi komuniti Baba dan Nyonya pula, malam Chap Goh Meh merupakan satu sambutan
tradisi serta warisan yang amat istimewa. Ini kerana, malam tersebut turut disambut sekaligus
dengan Hari Kekasih bagi kaum Cina. Bagi komuniti Baba dan Nyoya, salah satu cara istimewa
merayakan kedua-dua sambutan tersebut adalah melalui acara membaling limau. Para
sejarahwan setempat menyatakan acara membaling limau ke dalam laut dari Negeri Pulau Pinang
sekitar akhir abad yang ke-19.
Acara membaling limau ke dalam laut dipercayai adalah untuk mencipta peluang bagi
Baba dan Nyonya yang bujang untuk bertemu dengan jodoh. Nyonya yang bujang akan
membaling limau ke laut dengan harapan yang sama manakala Baba yang bujang yang
bersampan di laut akan cuba mengutip limau yang dibaling ke laut. Baba yang berjaya mengutip
limau yang terbanyak merupakan pemenang sambil mendapat manfaat kerana Baba tersebut
akan lebih menyerlah berbanding dengan peserta yang lain.
Di samping itu, malam Chap Goh Meh juga merupakan satu-satunya hari di mana
pasangan yang bercinta diizinkan untuk keluar berpacaran di khalayak umum. Pada masa silam,
Nyonya jarang keluar rumah. Malam Chap Goh Meh merupakan peluang untuk mereka
berpakaian cantik di khlayak ramai.

Anda mungkin juga menyukai