Anda di halaman 1dari 1

Bagaimanakah cara etnik baba Nyonya menyambut perayaan ?

Dari segi perayaan pula, Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina dan
juga Baba Nyonya bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Tahun Baru
Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula,sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci
dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kalendar
cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa helai
kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup
di kubur. Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas
yang dibakar di hadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah
mati terutama nenek moyang mereka. Selain itu, Masyarakat Baba juga akan mengadakan
persembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatan
Baba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan
kegembiraan roh dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arak
dan makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh
nenek moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat
kejayaan di dunia.

Anda mungkin juga menyukai