Anda di halaman 1dari 21

10 rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu!

Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira
membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya
mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.
Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di
jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan
yang berlainan.
Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang
baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat.

1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.


Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang
berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.
9 lagi rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu! dengan membaca entry ini sepenuhnya...

2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.


Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap
penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.

3. Coklat boleh melawan diabetis.


Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya
mengurangkan risiko diabetis.

4. Coklat melindungi kulit anda.


Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya
adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat
gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak
bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus.
Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi
theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan
kesan sampingan yang berisiko.

6. Coklat memberikan anda mood yang baik.


Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat.
Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga
mengatakan mereka berasa kurang stress.

7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti
aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.


Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga
boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9. Coklat boleh membuatkan anda bijak.


Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di
britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10. Coklat boleh mengisi perut anda.


Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang
lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.

Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti
gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai,
kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.

Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat
juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar
coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.

Coklat hitam turunkan tekanan darah

COKLAT hitam sudah lama diketahui manfaatnya kepada kesihatan. Hasil analisis ke atas 20 kajian lain
menunjukkan pengambilan coklat hitam setiap hari akan menurunkan tekanan darah.
Penyelidikan yang dilakukan The Cochrane Group melaporkan, zat aktif dalam coklat berguna untuk membuat
saluran darah lebih relaks. Akibatnya, tekanan darah menurun.
Zat aktif yang punya kesan positif tersebut dikenali sebagai flavonol. Ia akan menghasilkan zat kimia oksida nitrat
dan membuatkan aliran darah lebih lancar.
Analisis tersebut menggabungkan beberapa penyelidikan sebelumnya untuk mengetahui ada atau tidak kesan coklat
pada tekanan darah.
Coklat hitam yang diambil responden dalam penyelidikan itu terlalu banyak iaitu antara 3 gram (g) hingga 105g setiap
hari.
Menurut seorang penyelidik, Karin Ried, dari Institut Perubatan Intergratif Kebangsaan di Melbourne, Australia,
penurunan tekanan darah dalam jangka masa pendek menjadi bukti kebaikan pengambilan coklat hitam.
"Walaupun tiada bukti kesannya untuk jangka masa panjang, ia mungkin memberi kesan terhadap penurunan risiko
penyakit jantung," jelasnya.
Selain coklat, kacang, aprikot, beri hitam dan epal juga mengandungi flavonol walaupun kadarnya lebih rendah
daripada coklat.

KEBURUKAN COKLAT.
Macam sedap saja kan Coklat Printed ni? Memang sedap pun. Pada mereka yang memang mengemari
coklat mesti terasa nak sangat kek ni. Serius sedap! Tak dinafikan sebab sekarang ni aku tengah
mengumpul sedaya upaya untuk habiskan.
Jangan la buat muka pelik kan? Bukan tak sedap. Tapi kek coklat bukanlah kegemaran aku. Cuma
teringin nak makan, jadi minta rakan belikan. Padahnya aku tak boleh nak makan sebab baru beberapa
suap, aku dah pening kepala dan mula rasa mual nak muntah.
Kenapa aku mengalami keadaan macam ni? Kerana keburukan coklat yang sememangnya tak serasi
dengan aku.

Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau
dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).

Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda
(terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).

Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat,
terutama secara berlebihan.

Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana


mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah
dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.

Bahaya coklat pada aku satu saja. Sebab aku ada migraine. Setiap apa yang berasaskan coklat aku
memang tak lalu nak telan. Bila teringin baru la aku jamah. Tapi kesannya menyebabkan aku tak mampu
nak berdiri tegak, terasa terhuyung-hayang macam orang mabuk dan rasa nak muntah. Tak lalu nak
makan apa pun waktu tu.
Sekarang ni aku dah mula rasa berpinar-pinar je biji mata ni. *sapa nak habiskan coklat
ni? huhu..nampaknya aku bakal-bakal tersadai di atas katil sebab aku dah terasa pening teramat.
Perggh!!!

*padan muka aku la..dah tahu tak makan nak juga! tanggunglah sendiri!

Coklat? kebaikan atau keburukan?

Selamat petang semuanya...hmm entry kali ni mengisarkan tentang COKLAT....siapa yang tak
suka dgn coklat..kebanyakan org suka makan coklat kan (including me) la...saya adalah 1 org
diantara seribu peminat coklat smpi sanggup belajar cara2 bt coklat taw..sebabnya coklat ni
sangaaaaat la sedap...:) n saya dpt release tension dgn memakan coklat...Berkaitan dgn entry d

atas anda suma mungkin tertanya2 apakah khasiat coklat tuh..bukankah coklat membawa
keburukan ex gigi jadi rosak,badan jadi gemuk dan sebagainya...okeh kita teruskan dgn entry
kat bawah ye...
Coklat ni sebenarnya banyak faedah kesihatannya...antaranya ialah;

1. coklat ternyata berkhasiat membuat umur seseorang menjadi lebih panjang.


2. Mencegah risiko penyakit jantung koroner dan kanser.
3. Mencegah penuaan diri yang terjadi kerana pencemaran ataupun radiasi.
4. Dapat membuat orang tenang dan membuat perasaan menjadi gembira.
5. Menurunkan tekanan darah.
6. Penelitian terbaru menunjukkan bahwa coklat mungkin juga memiliki manfaat untuk
mengubati penyakit stroke.
Setelah kita mengetahui khasiat coklat, ternyata coklat sangat bermanfaat bagi kesihatan.
Pertanyaannya sekarang adalah apa yang terkandung dalam coklat sehingga membuat coklat
bermanfaat bagi kesihatan? . Ada baiknya pula kita mengetahui komposisi yang terkandung
dalam coklat. Antara hasil bacaan yang saya ketahui mengenai isi kandungan coklat adalah;
1. Asam Stearat (35%) dan Asam Palmitat (25%).
2. Asam Oleat (35%) dan Asam Linoleat (3%).
3. Gula (Sukrosa).
4. Theobromine.
5. Polyphenol.
6. Phenyletylamine
7. Katekin.

Kajian yang telah dilakukan oleh mahasiswa University Harvard yang terdaftar antara tahun
1916-1950. Dengan menggunakan food frequency questionnaire,kajian mereka menunjukkan
bahwa mereka yang suka makan coklat umurnya lebih lama satu tahun dibandingkan bukan
pemakan. Hasil kajian menunjukkan antioksidan yang terdapat dlm coklat dant fenol yang
terkandung dalam coklat adalah penyebab mengapa mereka berusia lebih panjang. Coklat
mengandungi polyphenol dalam jumlah yang cukup tinggi dan boleh berfungsi sebagai
antioksidan, ini juga dapat menurunkan risiko penyakit jantung dengan cara mencegah
oksidasi dan pengendapan senyawa lemak dalam darah pada pembuluh darah serta merosak
lipoprotein Low Density Lipid (lemak jahat). Fenol ini juga banyak ditemukan pada anggur
merah yang sudah sangat dikenal sebagai minuman yang baik untuk kesihatan jantung. Coklat
mempunyai kemampuan untuk membuang oksidasi kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan
meningkatkan fungsi kekebalan tubuh, sehingga dapat mencegah risiko penyakit jantung

koroner dan kanser.Lemak pada coklat, sering disebut cocoa butter, sebagian besar tersusun
dari lemak tepu (60%) khususnya serat. Tetapi lemak coklat adalah lemak sebati yang sama
sekali tidak mengandung kolesterol. Kandungan serat yang tinggi pada coklat menjadi penyebab
mengapa lemak coklat tidak sejahat lemak haiwan. Sepertiga lemak yang terdapat dalam coklat
adalah asam oleat iaitu asam lemak tidak tepu. Asam oleat ini juga selalunya ditemukan pada
minyak zaitun...Oleh itu disini terbukti sudah bahawa coklat ini sebenarnya membawa seribu
kebaikan kepada kesihatan kita....Jadi tunggu apa lagi..makanlaaah coklat banyak ( saranan tak
betul) huhu...maksud saya jangan hindarkan nafsu anda dari makan coklat..okeh...:)

Sedapnya tengok coklat ney. Mesti siapa-siapa tengok akan rasa nak makan kan?
Namun kita tak tahu sebenarnya coklat ada kebaikan dan keburukan. Ada yang dah tahu
tu diam-diam ok. Ney khas untuk yang tak tahu sahaja hahaha.
Kebaikan
1. Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati
coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (catechins) berbanding teh hijau, yang
mampu mencegah kanser dan sakit jantung. Antioxidants juga mencegah proses
penuaan (aging) yang disebabkan oleh free radicals [Fakta: 100mg teh mengandungi 13.9
milligrams catechins; 100mg 'dark chocolate' mengandungi 53.5 milligrams of catechins].

2. Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping


bertindak sebagaipenenang fikiran.
3. Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit
berkaitan jantung.
4. Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat
penyakit jantung.
5. Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang
(anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
6. Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
7. Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan
magnesium.
8. Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab utama punca keroakan gigi. Ini
kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya
(ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang
sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak
bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur ye.

Keburukan
1. Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari
tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
2. Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan
anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
3. Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil
coklat, terutama secara berlebihan.
4. Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana

mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat,


bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.
5. Kebanyakan cokelat mengandung laktosa, gula yang ditemukan dalam susu. Intoleransi
laktosa atau juga dikenal sebagai defisiensi laktase, menyebabkan sakit perut dalam
waktu 30 minit atau sampai dua jam setelah makan coklat.

So kepada penggemar coklat makan lah berpada-pada.

Bar Coklat yang terbesar didunia.Buku Guinness Rekod diperakui yang 9702 paun (4.410 kilogram).Ia telah dibuat
oleh kilang Candy Grand dan mengandungi semua bahan-bahan semula jadi,termasuk 70 jisim koko.
Pemilik kilang Karen Vardanyan,berkata bahawa coklat telah dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke 10 syarikat
itu

Gubahan Manisan Coklat Berbentuk Masjid | Antara tempahan yang paling kerap kami terima dari pelanggan
adalah coklat yang digubah berbentuk masjid.

Coklat yang digunakan untuk menghasilkan gubahan ini terdiri daripada beberapa coklat yang berjenama dan mahal
seperti ferrero rocher iaitu bahan utama.

Sangat indah nak dijadikan hadiah atau gift pada yang tersayang. Tapi kenala belajar
cara nak buatnya. Kalau malas, beliiii je.
Resepi Coklat Online

Gambar Coklat Homemade Love


Dikirim Mei 4, 2012
Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat homemade
Komentar (2)

Tulisan Love di atas coklat dengan warna hijau, kuning, biru dan pink. Meriahnya.
Resepi Coklat Online

Gambar Coklat Homemade Colourful


Dikirim Mei 4, 2012
Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat homemade
Komentar (3)

Bunga dan love di atas coklat dengan warna warni yang terang. Happening sangat!
Klik Sini Untuk Lihat Lebih Banyak Gambar Coklat

Gambar Coklat Homemade Lollipop


Dikirim Mei 4, 2012
Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat homemade, lollipop
Tinggalkan Komen

Memang kiut coklat lollipop ni. Apalagi bila di warnakan mengikut kegemaran anak
anak. Gerenti mereka gembita dan teruja. Masa untuk para ibu gembirakan ahli
keluarga yang tercinta.

Resepi Coklat Online

Gambar coklat hand made Pn Haslinda


Dikirim Ogos 7, 2011
Filed under: gambar coklat | Label: coklat hand made
Tinggalkan Komen

Bermacam-macam bentuk pulak la coklat ni bukan setakat tu je malah ada pelbagai


warna.
Jika tak mahir tentu tak boleh buat dengan semudah tu je namun bagi dah belajar
dan tau rahsianya senang je nak buat.
Syabas Pn Haslinda kerana berjaya.
Belajar buat coklat

Gambar coklat buatan tangan Pn Ayu


Dikirim Julai 23, 2011

Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat buatan tangan, gambar coklat homemade
Tinggalkan Komen

Nampaknya Pn Ayu suka white coklat.


Kemas buatan coklat tangan beliau.
Tentu ramai yang tertarik.

Dapatkan:
Cara Buat Coklat Buatan Tangan

Gambar coklat buatan tangan Pn Ezanita


Dikirim Julai 23, 2011
Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat buatan tangan, gambar coklat homemade
Tinggalkan Komen

Tips bagaimana berniaga coklat


dan
Tips percuma bagaimana nak buat pemasaran coklat

Gambar coklat buatan tangan Pn Ezanim


Dikirim Julai 20, 2011

Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat buatan tangan, gambar coklat homemade
Komentar (2)

Tips buat coklat

Gambar coklat buatan tangan (homemade) Pn Fauziah


Dikirim Julai 19, 2011
Filed under: gambar coklat | Label: gambar coklat buatan tangan, gambar coklat homemade
Komentar (2)

Pn Fauziah buat coklat bunga-bunga kaler. Bunga Ros kot ya.


Beliau guna white coklat dan tambah food coloring.
Memang kreatif!

coklat buatan tangan (homemade)

Older Entries

Resepi Coklat Buatan Sendiri (Handmade)

Banana Nut Chocolate Chip Bread Recipe

Mini Chocolate Chip Cheesecake Ball Recipe

Chocolate Fudges Recipe

Oatmeal, Peanut Butter, and Chocolate Chunk Cookies Recipe

Chocolate Truffles Recipe

Chocolate Pie Recipe

Traditional cold drinking chocolate recipe

Hot chocolate recipe

Chocolate lollipop receipe

Kiriman Terbaru

Moist Chocolate Cake (Kek Coklat Moist)

Resepi Biskut Oatmeal, Peanut Butter, and Chocolate Chunk (Cookies Raya)

Resepi Chocolate Truffles (Coklat Raya)

Resepi Pai Coklat (Coklat Raya)

Resepi Coklat yang HOT HOT HOT

Resepi buat coklat

WAU!! Gambar Coklat Homemade

Gambar Coklat Homemade Love

Gambar Coklat Homemade Colourful

Gambar Coklat Homemade Lollipop

Popular

homemadechocolaterecipe.b

Kiriman & Laman Popular

Cara Buat Coklat

Tips Pemasaran Coklat

Bisnes dari rumah: Siti Zahrah Mat Zain usahawan coklat berjaya

Blog Stats

48,708 hits

Meta

Daftar

Log masuk

RSS Entri

RSS bagi komen-komen

WordPress.com

buat coklat online


kesihatan

cara buat coklat coklat homemade coklat

gambar coklat resepiUncategorized

Label
aiskrim coklat aiskrim kon bagaimana buat coklat bengkel buat coklatbisnes
chocolate buat coklat buat coklat online
piechocolate
made

recipe coklat

coklat homemade

strawberi flavonoids

coklat

cara buat coklatcara membuat coklat

chocochocolate chocolate

coklat buatan sendiri coklat buatan tangancoklat

coklat perisa durian coklat pie

bisnes dari rumahbox-of-

compound

coklat raya coklat

coklat hand

gambar coklat buatan tangangambar

homemade

coklat

hari rayahot chocolate idea perniagaan kasih sayang lollipop nak ambil kursus buat

coklat perniagaan coklat rahsia coklatresepi buat coklat

resepi coklat resepi coklat panas resepi membuat

coklat resepi untuk kanak-kanak tempahan aiskrim tempahan aiskrim kon ubat darah tinggiusahawan coklat

Anda mungkin juga menyukai