Anda di halaman 1dari 2

PERIBAHASA VERSI BAHASA BANJAR

Akal mamilanduk Memberi pelbagai alasan untuk mengelak pekerjaan.


Baguna tahi larut Orang yang tidak mahu mendengar nasihat, lebih mementingkan diri sendiri.
Baik mambuang hintalu sabuku, dari rusak sakataraan Kalau ada satu anggota keluarga yang jahat
lebih baik disingkirkan daripada merosak atau memalukan keseluruhannya.
Banganga dahulu hanyar baucap Fikirkan dahulu buruk baiknya sebelum mengucapkan sesuatu.
Banyak muntung haran nasi Orang yang terlalu banyak bercakap hanya akan membuang waktu sahaja
sedangkan pekerjaan tidak menjadi.
Banyu saimbir malamasi Hal-hal yang kecil boleh m,embahayakan sekiranya tidak berwaspada.
Baupang di batang tinggalam Berlindung pada orang yang susah atau tidak mampu berbuat apa-apa.
Biar batihang haur asal rumah saurang, tihang ulin mun rumah urang - Barang kepunyaan sendiri biar
bagaimanapun keadaannya lebih berguna daripada barang baik tapi milik orang lain.
Bila wani menimbai lunta, wani tu manajuni Apabila berani melakukan sesuatu perbuatan maka harus
berani menanggung resiko.
Bukah man cina Orang yang lari terlalu laju kerana ketakutan.
Buta kakap Tidak tahu sama sekali hal sesuatu.
Cirat kada mati, ular kada kanyang suatu penyelesaian yang sangat baik.
Ditinggal manawaki, dibawa malinggang jukung Serba salah atau seseorang yang suka menyusahkan
orang lain.
Ganal batu maka ganal katamnya Orang yang bersusah payah melakukan sesuatu tentulah besar juga
ganjarannya.
Ganal suap pada muntung Besar belanjar dari pendapatan.
Ganyir muntung Orang yang bercakap kotor atau lucah.
Guntur maanduh-anduh hujannya ma am kada jadi Orang ayang bercakap besar tetapi buktinya tidak
ada.
Gunung gin amun ditumbai bisa runtuh Sebanyak manapun harta yang ada kalau dibelanjakan akan
habis juga akhirnya.
Hidup sapangukut sapangikih Penghasilan sehari hanya cukup untuk sehari sahaja.
Hilung mahilung habis buah dimakan burung Selepas penat mengerjakan sesuatu tetapi hasilnya
diambil orang.
Hinip sabanuaan kaya dikubui banyu Keadaan yang amat sunyi.
Hunuk kaya ular kakanyangan Orang yang pemalas, tidak suka bekerja.
Jangan manggarak tadung guring Jangan mengganggu orang lain, mungkin akan melibatkan perkara
yang tak baik.
Kada diam parang, kada diam pisau Kalau tuanya selalu bekerja, anaknya pun pasti juga bekerja.
Kapal manyuruk buntut mahambat Seseorang yang nampaknya diam tetapi di belakang memukul
secara sembunyi.
Kaya apa urang, kaya apa saurang Apa yang dirasakan oleh orang lain hendaknya dapat pula dirasakan
oleh diri sendiri.
Kaya kalimbuai, naik kawa turun kada kawa Seseorang yang memulakan pekerjaan dengan baik tetapi
gagal menyelesaikannya.
Kaya kangkung kada baruas Sesuatu yang sangat tidak lazim.
Kaya lukah kada bahandut Orang yang pemboros atau orang yang tidak mahu mendengar nasihat.
Kuyang-kuyang, hantu hantu, urang urang, aku aku Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.
Liur baungan Mata keranjang.
Maambil piring nasi dihadapan kawan Mengambil rezeki orang laian atau mengkhianati kawan sendiri.
Malihat inggan mata, mandangar inggan talinga Jangan suka mencampuri urusan orang lain.
Maling bakuciak maling Ia yang jahat tetapi menuding pada orang lain.
Mambantat mangadalun, dijamur kada karing, dirandam kada bangai, dibanam kada hangit Seseorang
yang tidak berguna atau tidak diperlukan untuk kebaikan.
Mana umpat bahinggap mana umpat bataduh menggantungkan segalanya kepada orang lain.
Mangaih punggur ka hadapan Mencampuri urusan orang lain yang sebenarnya tidak ada hubungan

dengan diri sendiri.


Mangguyang tawing buruk Mengerjakan sesuatunyang merugikan diri sendiri.
Manusia kada mamak dijarang Orang yang hanya mempeartahankan pendapat sendiri tanpa mahu
mendengar pendapat orang lain.
Muntung kada babasuh Kalau bercakap hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan.
Naik di pinang turun di rukam Sesautu pekerjaan yang dilakukan, berat dipermulaan dan berat juga
diakhirnya.
Ngalih mambuang batu dipalatar Sukar menghilangkan tabiat yang telah menjadi kebiasaan.
Parak-parak dipingkut, jauh-jauh bakisut Bersedia menerima sesuatu tugas yang diberikan.
Piring mangkuk bisa tagapuk Suasana yang baik boleh secara tiba-tiba menjadi pertikaian.
Rasuk jua kumpangnya Segala perbuatan hendaklah selaras dengan apa yang dikehendaki masyarakat.
Rumput mangalahakan banua Pendatang yang berkuasa mengalakan penduduk tempatan.
Sawa mamburuki talanan Orang yang malas hanya suka baring tidur.
Sudah babiuhan muntung managur Orang yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik, lebih
mementingkan kehendak sendiri sahaja.
Tabulik ka luang satu Tidak ada apa-apa hasil ataupun tidak mendapat untung.
Taguyang sarang wanyi - mengganggu orang yang lebih kuat.
Tahu makan ha, kaya ular pampaut Orang ayang selalu mengharap bantuan orang lain tanpa mahu
berusaha sendiri.
Tanggiling mangguyang paring, disambat ngaran malabuk gugur Setiap orang ada mempunyai
kelemahannya sendiri.
Tinggi gunung tinggi lagi halalang Sesuatu yang tinggi pasti ada lagi yang lebih tinggi.
Tuha binjai pada batu Orang yang lebih tua haruslah dihormati dalam masyarakat.
Turun hayan naik hayam Bekerja dengan gigih sepanjang hari untuk mencari rezeki.
Upung mamadahi mayang Orang kecil yang lemah menasihati orang yang lebih tinggi kedudukannya.
Ya surak, ya maling Orang yang diamanahkan menjaga sesuatu tetapi dialah yang mengkhianatinya.

Anda mungkin juga menyukai