Anda di halaman 1dari 33

BAGAIMANA MENYEDIAKAN

HIDANGAN PENGIRING
MASAKAN BARAT
[Resepi Dan Panduan Masakan Barat 2]

Resepi dan Panduan Masakan Barat 2


Copyright 2011 oleh Norasikin Binti Basri
Hak Cipta Terpelihara
Sebarang bahagian dalam buku resepi dan panduan ini tidak boleh dicetak
semula, dipindahmilik dalam apa jua format sama ada mekanikal, elektronik,
rakaman, fotokopi, imbasan atau sebarang format simpanan bagi tujuan
komersial tanpa kebenaran bertulis bagi pihak Norasikin Binti Basri kecuali
untuk tujuan ulasan.
Ebook ini diberikan secara percuma melalui laman web Resepi Masakan
Barat Komersial iaitu laman web yang menyediakan berbagai-bagai resepi
masakan barat khusus untuk anda yang berminat untuk membuka gerai
atau restoran. Pelajari bagaimana membuat black paper steak, chicken
chop, lamb chop, fish & chip dengan cara yang paling cepat, mudah, sedap
dan murah.

Penafian
Resepi dan Panduan Masakan Barat 2 ini hanyalah bertujuan untuk
maklumat semata-mata. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas
sebarang kerugian atau perbezaan rasa masakan yang terhasil dari
maklumat e-book ini. Seperti yang anda tahu ilmu masakan memerlukan
ketekunan dan latihan yang banyak untuk menghasilkan hidangan seperti
yang dikehendaki.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Dengan limpah kurniaNya, terhasil akhirnya ebook


ini. Walaupun penghasilannya sangat pelahan namun saya
berbangga kerana kualitinya yang tinggi tidak seperti ebookebook percuma lain yang terdapat di internet.
Harap anda boleh mendapatkan ebook-ebook resepi masakan
barat yang lain seperti Black Paper Steak, Lamb Chop, Chicken
Chop, Fish & Chips di halaman web rasmi Resepi Masakan Barat
Komersial. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mempelajari
berbagai jenis sos untuk masakan barat seperti Brown Sauce,
Black Paper Sauce, Mushroom Sauce termasuk Thousand Island
Sauce dan Tartar Sauce. Desert juga sesuatu yang penting dalam
masakan barat. Pelajari sekali resepi Moist Chocolate Cake dan
Fruit Cake. Apa yang istimewa mengeni resepi-resepi ini ialah, ia
di reka khas untuk kegunaan komersial yang bermakna resepi ini
mestilah MUDAH disediakan, CEPAT dihasilkan, JIMAT belanja dan
MENGUNTUNGKAN jika dijadikan produk jualan di restoran atau
gerai anda.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Saya disini tumpang gembira sekiranya anda dapat menjadikan


ilmu masakan barat sebagai sumber pendapatan anda atau
sekurang-kurangnya

dapat

menjimatkan

perbelanjaan

dapur

anda.
Sekian.
Salam hormat dari saya.

Norasikin Binti Basri


Pengajar Katering

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

PENGENALAN
Masakan Barat terdiri daripada beberapa hidangan. Di bawah ini adalah di
antara yang terpenting dalam masakan Barat.
1. Pembuka selera
Pembuka selera ialah hidangan yang boleh merangsang seseorang
untuk menikmati hidangan seterusnya. Salah satu contoh pembuka
selera ialah salad iaitu campuran satu atau lebih sayuran sama ada
segar atau yang telah dimasak dan ditambah salad dressing. Salad
dressing bertujuan untuk mensebatikan rasa salad. Anda boleh
mempelajari kaedah membuat salad dan salad dressing seperti Tartar
Sauce dan Thousand Island Sauce di halaman web Resepi Masakan
Barat Komersial. Bahan-bahan protein seperti ayam, udang, telur dan
lain-lain juga boleh ditambah untuk memberikan variasi kepada salad.
2. Sup
Sup ialah hidangan yang dibuat dari stok atau air rebusan daging,
ayam, ikan, karangan laut atau sayuran. Ia juga bertujuan sebagai
pembuka selera dan membantu dalam sistem pencernaan.
3. Desert
Desert ialah hidangan manis yang dihidangkan pada akhir hidangan
utama untuk menyeimbangkan dan melengkapkan lagi hidangan. Ia
juga memberikan pelbagai warna pada hidangan serta menghilangkan
rasa muak selepas menikmati sajian.
4. Hidangan utama
Merupakan hidangan yang terdiri daripada ikan, daging, ayam atau
karangan laut yang dihidangkan bersama sos. Untuk menjadikannya
sepingan lengkap, hidangan utama mesti dihidangkan bersama
pelbagai sayuran dan bahan karbohidrat sebagai pengiring. Antara
bahan karbohidrat yang sesuai ialah kentang, nasi, roti dan pasta.
Ebook ini akan mengajar anda cara-cara menyediakan hidangan
pengiring dari kentang.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

LANGKAH 1 - Bahan-bahan
bahan yang diperlukan

1. 500g kentang.

Tip Masakan Berguna


Pastikan kualiti kentang dalam keadaan yang baik.
Di antara ciri kualiti yang baik adalah:
kulitnya licin tiada bintik-bintik
bintik hijau.
kulit masih tegang dan tidak kecut.
gunakan kentang yang masih baru bagi
menggelakkan ia tidak empuk ketika direbus atau
dibakar.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

2. 10g mentega

Tip Masakan Berguna


Mentega boleh digantikan dengan marjerin bagi
yang tidak menggemari rasa susu.

3. 1 biji telur asingkan kuning dan putihnya.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Tip Masakan Berguna


Jika kuning pecah, ia masih boleh digunakan begitu
juga jika ia telah tercampur sedikit dengan putih
dalam proses pengasingan putih dan kuningnya.

4. 25g tepung gandum ( salut Pommes Croquettes ) dan 5g ( dalam


adunan Pommes Duch
Duchess)

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

5. 50g Serbuk roti

Tip Masakan Berguna


Serbuk roti mempunyai pelbagai warna di pasaran.
Di antaranya putih, krim, oren, kuning serta
campuran kuning dan oren.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

6. Garam dan Lada sulah

7. Air untuk merebus

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

10

8. Sedikt mayonis

9. Sedikit keju parmesan yang diparut.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

11

Tip Masakan Berguna


Keju Parmesan boleh diganti dengan keju cheddar
namun rasa keju akan berkurangan sedikit.

10.

Kerajang aluminium

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

12

11.

12.

Daun parsli / cincangan daun parsli

Minyak masak untuk goreng tenggelam.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

13

LANGKAH 2 Kaedah penyediaan


Langkah 2.1 Baked Jacket Potato

1. Ambil sebiji kentang dan hiris sedikit bahagian hujungnya untuk


memudahkan ia berdiri.

2. Letakkan kentang tersebut di tengah-tengah kerajang aluminium


seperti gambar diatas. Lipatkan kerajang aluminium ke atas untuk
membalut keseluruhan kentang. Terbalikkan kentang supaya ia boleh
berdiri dengan bahagian yang dihiris tadi di bawah.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

14

3. Bakar di dalam oven dengan suhu 200C selama 30 minit atau


sehingga empuk.

4. Dengan menggunakan pisau yang tajam, kelar/hiriskan berbentuk


palang (X) di atas kentang berserta dengan kerajang aluminium sekali.
Belah sehingga 1/3 bahagian kentang seperti dalam gambar di atas.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

15

5. Pegang dan picit sedikit bahagian tengah kentang supaya bahagian


atasnya terbuka sedikit. Letakkan diatas piring untuk menghidang.

6. Letakkan sedikit mayonis dan taburkan sedikit keju parmesan yang


diparut.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

16

7. Hiaskan dengan daun parsli/cincangan daun parsli.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

17

Langkah 2.2 Pommes Duchess

1. Sebahagian kentang lagi kira-kira 250g direbus sehingga empuk.


Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil
dahulu supaya ia lebih cepat empuk.

2. Setelah empuk, tuskan airnya. Buangkan kulit kentang dan lecekkan


kentang yang telah direbus tadi sehingga hancur.
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

18

Tip Masakan Berguna


Kentang yang dilecek perlu dilecek menjadi halus supaya ia
mudah dipaip atau dibentuk dan bagi mengelakkan ia mudah
pecah ketika di goreng.

Tip Masakan Berguna


Untuk mendapatkan tekstur kentang lecek yang halus kentang
perlu direbus sehingga lembut dan dilecek ketika masih panas.
Jika telah sejuk ia sukar untuk dilecek dan agak keras.

3. Campurkan 1 biji kuning telur, mentega, lada sulah dan garam


secukup rasa dan gaulkan sebati. Bahagikan adunan kepada 2
bahagian dan simpan satu bahagian untuk kegunaan resepi
epi seterusnya
(Pommes Croquet)
4. Masukkan satu bahagian adunan kentang tadi dengan 5g tepung
gandum. Gaul sebati.
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

19

5. Sementara itu sediakan 2 keping piping bag dan nozzle berbentuk


bintang bersaiz besar. Potong hujung satu piping bag dan masukkan
nozzle ke dalamnya sehingga ia ketat seperti gambar di atas iaitu 1/3
saiz nozzle.

6. Sapu / glis dulang pembakar dengan sedikit mentega/marjerin.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

20

7. Kembangkan piping bag yang satu lagi pada tangan supaya mudah
memasukkan kentang yang telah dilecek tadi dan tidak comot.

8. Masukkan kentang lecek tadi secukupnya. Picit dan pintal bukaannya


untuk memadatkan adunan (mengurangkan gelembung udara) di
dalamnya sehingga ke hujung.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

21

9. Potong sedikit hujung piping bag ( 2.5 cm) berisi adunan kentang dan
masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.

10. Paipkan adunan di atas dulang pembakar. Buat sebesar duit syilling
50 sen dan ketinggian 3 cm sehingga habis.

Tip Masakan Berguna


Saiz porsi sebiji Pommes Duchess adalah diameter
2 cm dan ketinggian 5 cm

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

22

11. Dengan menggunakan berus yang lembut, sapukan kuning telur /


mentega di atas adunan yang dipaip tadi. Perlu berhati
berhati-hati
hati supaya
bentuknya kekal. Lebih sena
senang titik-titikkan sahaja dan tidak perlu
merata.

Tip Masakan Berguna


Adunan di gris dengan kuning telur / mentega
adalah untuk memerangkannya.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

23

12.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit.

13. Setelah keperang-perangann, angkat, hidangkan di atas piring dan


dihias dengan daun parsli.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

24

Langkah 2.3 Pommes Croquettes

1. Ambil adunan kentang lecek yang diasingkan tadi.

2. Bentukkan silinder sepanjang kira-kira 5cm dan berdiameter 2cm.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

25

3. Golekkan kentang yang telah dibentuk silinder ke dalam tepung


sehingga keseluruhannya disaluti tepung.

4. Setelah itu golekkan ke dalam telur putih pula.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

26

5. Setelah itu, golekkan pula dalam bread crumb.

6. Habiskan kesemua adunan kentang tadi.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

27

7. Panaskan minyak masak dan gorengkan kentang bersalut sehingga


garing.. Gunakan api yang sederhana sahaja kerana bread crumb amat
mudah hangus.

Tip Masakan Berguna


Ketika menggoreng Pommes Croquettes perlu
menggunakan kaedah menggoreng minyak penuh
iaitu makanan yang di goreng mesti tenggelam
sepenuhnya di dalam minyak bertujuan supaya
pembalikkan makanan kurang dilakukan bagi
menggelakkan ia pecah.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

28

8. Gorengkan sehingga habis kesemuanya.

9. Hidangkan panas dan hiaskan dengan daun parsli.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

29

PENUTUP
Terima kasih kerana mengikuti ebook ini hingga ke akhirnya. Resepi tadi
hanyalah asas kepada hidangan pengiring Masakan Barat. Banyak lagi
hidangan pengiring yang boleh anda hasilkan berdasarkan resepi asas yang
telah anda pelajari tadi. Saya akan berikan beberapa idea untuk
mempelbagaikan hidangan pengiring seperti dibawah.
1. Pommes Williams
Kaedahnya sama seperti membuat Pommes Croquettes. Bezanya
terletak pada bentuknya dimana Pommes Williams berbentuk buah
pear. Gunakan bunga cengkih untuk membuat tangkai buah pear tadi.
2. Almond Potato
Sama seperti Pommes Duchess hanya gantikan serbuk roti kepada
badam cincang.
3. Pommes Lyonnaise
Rebus kentang sehingga empuk dan hiris bulat setebal cm.
Kemudian saut bawang besar menggunakan sedikit mentega
sehingga layu dan tambahkan kentang yang dihiris tadi. Perisakan
dengan garam dan lada sulah.
4. Pommes Parisiene
Bentukkan kentang kepada bebola kecil berdiameter 3 cm. Boleh
menggunakan peralatan untuk membentuk buah-buahan. Rebuskan
kentang sehingga empuk. Tuskan dan saut sebentar dengan sedikit
mentega dan hiaskan dengan parsli cincang.
Akhir kata, saya doakan semoga anda berjaya menghasilkan masakan barat
yang unik berdasarkan ebook ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan
ini, memohon ribuan ampun dan maaf kerana saya sedar terlalu banyak
kekurangan dalam e-book ini. Saya amat hargai sebarang komen dari anda.
Saya juga mengalu-alukan testimonial dari anda agar dapat saya
memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ebook ini dan
ebook-ebook yang akan datang.
coodeang@hotmail.com
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

30

http://westernfood.yolasite.com/
rnfood.yolasite.com/

Masakan
Masakan barat yang
biasanya terdapat di
restoran mewah, kini
boleh disediakan di rumah
anda sendiri
DAPATKAN DISINI

http://westernfood.yolasite.com
http://westernfood.yolasite.com/

Screenshot Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial


Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

31

PERCUMA!
Tidak lengkap menu masakan barat anda tanpa
dessert.
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 3, 4
dan 5 PERCUMA untuk setiap pembelian Panduan &
Resepi Masakan Barat Komersial 1.
Semuanya hanya di

http://westernfood.yolasite.com/

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

32

Kumpulkan kesemuanya

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

33

Anda mungkin juga menyukai