Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Kelab Bola Sepak Sabah (safa)
Persatuan Bola Sepak Sabah atau Sabah FA adalah sebuah kelab bola sepak
profesional yang mewakili negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia.
Sebelum itu, pasukan ini dikenali dengan The North Borneo Football club (NBFC)
sebelum di tukar kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pada tahun 1977.
Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota Kinabalu,
Sabah. Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini
seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan
James Wong serta penjaga Gol Peter Rajah.
Sabah merupakan salah satu pasukan yang begitu dikenali di Malaysia.
Zaman kegemilangan Sabah bermula pada penghujung tahun 1970-an. Pada masa
inilah beberapa pemain berkualiti telah dilahirkan. Pemain seperti Hassan Sani dan
James Wong merupakan antara tonggak utama yang telah membantu Sabah
menjadi naib juara liga dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1979
dan paling menarik Sabah menjadi pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.
Tidak cukup dengan itu, status Sabah semakin melonjak apabila gergasi Inggeris
Manchester United berkunjung ke bumi Sabah pada tahun 80-an untuk mengadakan
satu perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut menyaksikan Manchester
United menewaskan pilihan Sabah dengan jaringan 0-2.
Apabila liga separuh profesional diperkenalkan pada awal 1989, Sabah
menjadi antara pasukan yang sering mencabar pasukan elit seperti Selangor dalam
kancah bola sepak Malaysia. Pemain seperti Matlan Marjan yang menjadi ketua
pasukan kebangsaan pada ketika itu, membantu Sabah memenangi pertandingan
profesional pertama mereka iaitu Piala FA Malaysia pada tahun 1995 setelah
menewaskan Pahang 3-1. Meskipun skandal rasuah bola sepak berlaku pada 1994
dan 1995 yang melibatkan beberapa tonggak utama Sabah seperti penyerang
berbisa kebangsaan Matlan Marjan, namun bola sepak Sabah masih kekal pada
prestasinya. Sabah berjaya memenangi Piala FA Malaysia pada 1995 dan Liga
Perdana (kini Liga Super Malaysia) pada 1996. Sabah juga muncul selaku naib juara
Piala Malaysia 1996.

Pada era 2000, prestasi Sabah mula merosot. Mereka hanya sekadar
menduduki tangga ke 11 liga dan kemudiannya tersingkir ke Liga Perdana 2. Sabah
cuba bangkit pada musim berikutnnya dan berjaya menjadi naib juara liga. Sabah
kembali ke pentas utama bola sepak Malaysia dan mereka berjaya menduduki
tempat ketiga liga. Sabah juga muncul selaku naib juara Piala Malaysia 2002 buat
kali kedua. Musim berikutnya, Sabah berjaya menduduki tempat keempat liga dan
mereka sekali lagi kecewa apabila tewas buat kali ketiga di perlawanan akhir Piala
Malaysia.
Apabila Liga Super Malaysia 2004 diperkenalkan, prestasi Sabah mula dilihat
menurun. Sabah terpaksa berhempas-pulas untuk menyelamatkan diri dari
penyingkiran ke Liga Perdana pada musim pertama Liga Super. Pada musim
berikutnnya Sabah terpaksa akur apabila tersingkir ke Liga Perdana meskipun
mempunyai penyerang berbisa Julio Rodriguez yang menjaringkan 18 gol.Selepas
tersingkir ke Liga Perdana, Sabah gagal untuk kembali ke Liga Super meskipun
memasuki pusingan kalah mati untuk ke Liga Super. Meskipun bermula baik pada
awal musim 2007 hingga 2008, Sabah hanya sekadar menduduki tangga keempat.
Ketibaan jurulatih baru Gary Phillips memulakan kebangkitan prestasi Sabah
FA. Dalam masa 7 bulan sahaja khidmat beliau yang bermula pada Disember 2009,
Sabah berjaya menduduki tangga ke 2 Liga Perdana sekaligus mengakhiri 6 tahun
penantian Sabah FA untuk beraksi di Liga Super. Namun segalanya nampak sukar
bagi sabah untuk beraksi dalam liga super. mereka bergelut untuk bersaing dengan
pasukan-pasukan elit di liga super apabila sentiasa berada di zon penyingkiran. Gary
Phillips direhatkan dan digantikan dengan Jurulatih berpengalaman yang juga
merangkap Jurulatih Piala Presiden sabah ketika itu iaitu Justin Ganai. Akhirnya
Justin berjaya membimbing sabah untuk kekal pada saingan liga super 2012 dan
berjaya membawa sabah ke peringkat suku akhir piala Malaysia sebelum tewas
kepada pasukan T-Team 4-2 secara Aggregat.
1.2 Stadium Likas
Stadium Likas merupakan stadium utama Sabah untuk perlawanan Liga, Piala
FA, dan Piala Malaysia. Stadium ini terletak di daerah Likas dan mengambil masa
hanya 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. Stadium ini juga mempunyai
kapasiti 35,000 tempat duduk. Sebelum terbinanya Stadium Likas, sabah beraksi
sebagai tuan rumah di Stadium Penampang. Stadium ini mempunyai kapasiti dalam

10,000 orang dan mengambil masa 20 minit perjalanan dari pusat bandar kota
kinabalu. Namun, stadium ini tidak mempunyai lampu limpah dan pasukan sabah
terpaksa bermain pada waktu petang. Pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia
2007, Sabah menggunakan Kompleks Sukan Tawau yang berkapasiti 15,000 tempat
duduk. Sabah terus menggunakan Kompleks Sukan Tawau untuk pusingan awal Liga
Perdana Malaysia pada tahun 2007 hingga 2008. Selepas itu, Sabah kembali
menggunakan Stadium Likas.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman terus menerajui
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) selepas dikekalkan sebagai presiden bagi
tempoh 2013 hingga 2017. Kongres badan induk bola sepak Sabah yang diadakan di
sini pada 16 November lalu menyaksikan Musa terus kekal sebagai Presiden selepas
diumumkan menang tanpa bertanding.
Selain itu, jawatan pucuk pimpinan persatuan turut diisi dua muka baru iaitu
Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan bekas Pembantu
Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Jahid Jahim yang masing-masing dilantik sebagai
Timbalan Presiden serta Naib Presiden. Tawfiq mengisi salah satu dari dua jawatan
Timbalan Presiden. Seorang lagi Timbalan Presiden adalah penyandang asal, Datuk
Lawrence Gimbang.

Jahid pula adalah antara orang baru bersama Johari Datuk

Ayub yang menduduki jawatan Naib Presiden manakala dua lagi adalah muka lama
iaitu Datuk Osman Jamal serta Datuk Yusof Kassim. Jahid sebelum ini pernah
memikul tugas sebagai Setiausaha Safa pada awal tahun 1990-an manakala Johari
pernah menyandang jawatan bendahari.
Lapan Ahli Majlis Tertinggi pula terdiri daripada Datuk Juil Nuatim, Abdul
Rahman Zakaria, Husin Abdul rahim, Ir Shahelmey Yahya, Hafez Datuk Seri Musa,
Razak Sulaiman, Mohd Joh Wid dan Benedict Asmat. Bagaimanapun pada kongres
berkenaan, jawatan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari dan
Penolong Bendahari masih belum diputuskan sehinggalah pada 1 Disember lalu
apabila SAFA mengadakan mesyuarat kali pertama. Pada mesyuarat berkenaan,
SAFA

melengkapkan

senarai

pemegang

jawatan

Majlis

Tertinggi

termasuk

mengekalkan Alijus Sipil selaku Setiausaha Agung bagi sesi 2013-2017. Turut dilantik
adalah Nizam Abu Bakar Titingan selaku Penolong Setiausaha Agung 1 dan Dr Farid
Abdullah sebagai Penolong Seiausaha Agung 2. Dr Lawrence Chu Jan pula dipikulkan
tugas sebagai Bendahari Kehormat manakala Penolong Bendahari adalah Mau Kam

Wah. Selain itu, turut dilantik ialah pengerusi untuk beberapa Jawatankuasa Tetap
dan tiga Ahli Majlis Tertinggi Lantikan yang terdiri dari Brandon Soh, wakil Jabatan
Pendidikan dan Wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jawatankuasa

Tetap

pula

terdiri

dari

Jawatankuasa

Kewangan

dan

Pengurusan yang diketuai Musa sendiri, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan


dipengerusikan

Joehari,

Jawatankuasa

Pertandingan

Tempatan

(Lawrence),

Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan (Brandon), Jawatankuasa Pengadil


(Jahid), Jawatankuas Audit Dalam (Mau Kam Wah), Jawatankuasa Bola Sepak
Wanita (Datin Marlianah Ugau), Jawatankuasa Teknikal Dan Pembangunan Bola
Sepak Belia (Osman), Jawatankuasa Futsal Dan Bola Sepak Pantai (Hafeez),
Jawatankuasa
Jawatakuasa

Perubatan
Tiket

Dan

(Hussin),
Pintu

Jawatankuas

(Juil),

Status

Jawatankuasa

Pemain

Keselamatan

(Tawfiq),
(PDRM),

Jawatankuasa Integriti Safa (Brandon Soh), Jawatankuasa Media dan Perhubungan


Awam (Mohd Joh), Jawatankuasa Pembangunan Jurulatih (Yusof) dan Jawatankuasa
Kebajikan (Razak Sulaiman)

BEKAS PEMAIN HARIMAU SERTAI SABAH

DIOUF, SANTOS, ZAYED, MITRO PERKUAT SABAH RHINOS

SABAH vs SARAWAK AHAD DEPAN

PRA MUSIM : SABAH RHINOS AKAN KE CHINA

SANTOS, ZAYED TIBA AHAD INI

TIADA LAGI POLITIK, SEMUA PERLU SATU HATI : GOH

DIOUF MAHU BANTU SABAH RHINOS

BERI DIOUF PELUANG : TC GOH

SAYA BUKAN SUPERSTAR : DIOUF

Sabah clarification on DPMM striker

Anda mungkin juga menyukai