Anda di halaman 1dari 4

Di sebuah kampung nelayan yang indah dan damai dihuni oleh beberapa buah

keluarga. Kehidupan penduduk di kampung nelayan ini sangatlah aman dan


mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Sumber pendapatan utama
penduduk kampung ini ialah menangkap ikan.
Di kampung ini tinggal seorang pemuda bernama Awang Semaun. Dia
tinggal bersama ibu dan bapanya. Mereka bertiga hidup bahagia walaupun
kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Oleh kerana terlalu miskin, Awang Semaun mencari jalan untuk
mengubah

nasib

keluarganya.

Dia

pergi

ke

pinggir

sungai

untuk

menenangkan fikiran. Sedang dia memerhati ikan-ikan sumpit berenang


otaknya ligat berfikir cara untuk mengubah nasib keluarganya. Dia duduk di
jeti kecil sambil bernyanyi riang dengan ditemani tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sementara dia bernyanyi matanya ligat memerhatikan ikan-ikan sumpit yang bebas
berenang di bawah jeti. Ikan-ikan sumpit itu memakan batang-batang buruk yang
terdapat di bawah jeti tersebut. Ikan-ikan tersebut asyik makan tanpa mempedulikan
Awang Semaun yang duduk di atas jeti berkenaan. Awang Semaun berasa tertarik
dengan ikan-ikan itu, apabila dipancar oleh cahaya matahari, ikan-ikan sumpit itu
nampak berkilauan.
Pada malam itu, Awang Semaun tidur berseorangan di rumahnya, semasa tidur
dia bermimpi. berjumpa dengan seorang tua yang berpakaian serba putih, janggutnya
panjang dan bertongkat. Pada mulanya Awang Semaun sangat takut akan orang tua
itu, tetapi apabila orang tua itu tidak menunjukkan cirri-ciri yang boleh mencederakan

Awang Semaun jadi berani. Orang tua itu menyuruh Awang Semaun menangkap ikan
sumpit yang dilihatnya pada petang tadi dan memasak untuk dimakanya Awang tua itu
juga memberitahu akan berlaku sesuatu yang luar biasa pada diri Awang Semaun kalau
memakan ikan tersebut. Tetapi Orang Tua itu tidak mengatakan apakah perkara luar
biasa yang akan berlaku tersebut. Sebaik sehaja selesai berkata-kata Orang Tua
tersebut terus menghilangkan diri. Tiba-tiba Awang semaun terkejut lalu tersedar dari
mimpinya.
Keesokan harinya Awang Semaun menurut arahan orang tua yang ditemuinya
dalam mimpinya itu walaupun dalam keadaan takut dan ragu-ragu. Sampai di jeti dia
terus menangkap ikan sumpit itu, dengan menggunakan jala yang sudah lama
disimpannya tetapi tidak pernah digunakannya.
Setelah mendapat ikan-ikan sumpit itu dia terus pulang ke rumahnya dengan
hati yang senang sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Disiangnya dan dimasaknya ikan-ikan
itu. Sebaik sahaja masak Awang Semaun pun terus meratahnya, dia makan dengan
berselera sekali.
Awang Semaun berasa sangat kenyang lalu tertidur di ruang tamu rumahnya.
Semasa tidur Awang Semaun menghembus nafas dengan kuat sehingga menyebabkan
bumbung rumahnya yang diperbuat daripada nipah itu tercabut dan terbang seperti di
landa angin ribut. Orang kampung yang kebetulan melihat kejadian tersebut berasa
terkejut besar kerana pada waktu itu tiada ribut taufan mahupun angin bertiup.
Rupanya-rupanya Awang Semaun telah menjadi gagah perkasa, baru dia
teringat apa yang dikatakan oleh Orang Tua dalam mimpinya. Sejak itu nama Awang

Semaun disebut walau dimana-mana pun. Awang Semaun telah menjadi seorang
pemuda yang amat kuat dan mampu mengangkat benda-benda yang berat perahu atau
kapal tanpa bantuan orang lain. Keadaan ini menyebabkan Awang Semaun menjadi
tumpuan penduduk kampung dan tempat orang kampung meminta bantuan sekiranya
memunggah barang yang terlalu berat.
Sejak itu, sikap Awang Semaun juga telah berubah dia tidak lagi bermalas-malas
di rumah dengan menghabiskan masanya dengan tidur dan berangan sahaja. Banyak
kerja yang dilakukannya setiap hari. Rutin hidupnya juga sudah berubah. Orang
kampung pun selalu datang untuk meminta pertolongan. Awang Semaun tanpa rasa
ragu menghulurkan bantuan. Kehidupan keluarga Awang Semaun juga telah berubah
menjadi lebih senang. Orang kampung yang meminta bantuan dengan Awang Semaun
akan menghulur upah walaupun tidak diminta oleh Awang Semaun.
Malah Awang Semaun juga memiliki kapal dagang yang menjual pelbagai
barang keperluan harian. Kehidupan Awang Semaun dengan keluarganya semakin
senang. Namun kesenangan yang dikecapinya tidak membuatkan Awang Semaun lupa
daratan. Awang Semaun masih mempunyai hubungan yang baik dengan penduduk
kampung.
Pada suatu hari, kampung tempat tinggal Awang Semaun di serang oleh lanunlanun yang ganas dan jahat. Esoknya Awang Semaun dan rakan-rakanya pergi ke laut.
Mereka berpura-pura menangkap ikan di jeti. Ketika itu lanun-lanun datang menyerang
mereka.

Awang Semaun menghembuskan nafasnya ke arah perahu lanun itu. Dengan


sekali hembus sahaja laut bergelora seperti dilanda ribut. Lanun-lanun itu cuba
menyelamatkan diri namun malangnya mereka tidak sempat. Perahu lanun itu terbalik
dan tenggelam bersama-sama isi di dalam perutnya. Ketua lanun dan pengikutpengikutnya kelam-kabut. Akhirnya mereka semua mati kelemasan. Penduduk
kampung sangat gembira mereka tidak lagi risau dengan gangguan dari lanun-lanun.
Nama Awang Semaun pun mashyur hingga ke seluruh pelosok negeri, kehidupan
mereka sekeluarga juga semakin senang.

terkini

Anda mungkin juga menyukai