Anda di halaman 1dari 30

Solat Berjemaah Masbuq,

Muwafiq, Istikhlaf & Mufaraqah.

Solat Berjemaah
Takrif solat:
Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan
dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syaratsyarat yang tertentu. Firman Allah swt:


"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Takrif solat berjemaah:
Solat yang di kerjakan bersama-sama, salah seorang di antaranya sebagai imam dan yang
lain sebagai makmum. Hukum solat berjemaah bagi lelaki yang sihat dan tidak dalam
perjalanan ialah sunnat muakad kecuali dalam solat jumaat hukumnya wajib.

Dalil saranan solat berjemaah


: )( :
.
Diriwayatkan dari ibn umar, Rasullulah (S.A.W) pernah bersabda: darjat solat berjemaah dua puluh
lima kali lebih utama daripada solat bersendirian.
(hadis riwayat bukhari)
Dalil lain:
Rasulullah bersabda yang bermaksud: solat berjemaah itu lebih utama pahalanya daripada solat
bersendirian sebanyak 27 darjat.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Hukum Solat Berjemaah


1. Sebahagian ulama mengatakan fardhu ain.
2. Sebahagian yang lain mengatakan fardhu kifayah.
3. Sebahagian yang lain pula berpendapat sunat muakkad dan inilah pendapat imam syafii.
4. Apabila dalam satu kawasan terdapat sekumpulan orang muslim dan mereka tidak
mendirikan solat secara berjemaah maka berdosalah mereka semuanya.
5. Namun solat berjemaah boleh di tinggalkan sekiranya terdapat keuzuran . Ini berdasarkan
dalil berikut:


Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak hadir maka
tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan keuzuran.
(Riwayat Ibn Majah)

keuzuran utk meninggalkan solat berjemaah


Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali sekiranya terdapat keuzuran,
sebagaimana sabda Rasulullah (S.A.W):


Maksudnya: Barangsiapa yang mendengar azan tetapi tidak hadir maka
tidaklah sempurana solatnya kecuali dengan keuzuran.
(Riwayat Ibn Majah)
Sebab-sebab keuzuran itu adalah:
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

Hujan Lumpur
Angin
kuat / Ribut
Malam yg gelap
Siang yg panas
Terlampau sejuk
Terpaksa membuang air besar / kecil
Lapar / Dahaga
Takut
sakit

Syarat Sah Mengikut Imam


1. Berdiri dibelakang imam.

2. Makmum hendaklah mengetahui perpindahan imam.


3. Mengikut imam dalam segala perbuatannya.
4. Hendaklah jarak antara imam dengan makmum tidak melebihi 300 hasta (135
meter).
5. Berada di tempat yang sama.
6. Hendaklah solat imam itu sah.
7. Janganlah ketinggalan jauh daripada imam

Syarat Sah Menjadi Imam


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Imam itu hendaklah qari


Memiliki lidah yang fasih.
Janganlah imam itu sedang mengikut imam yang lain.
Baligh.
Berakal.
Lelaki.
Imam hendaklah lebih berilmu daripada makmum.
Sihat tubuh badan.
Suci daripada najis dan hadas.

Susunan Makmum / Saf


1) Apabila jemaah itu terdiri daripada seorang
makmum.
IMAM

MAKMUM LELAKI

Apabila dalam solat jemaah yang akan dilakukan itu hanya terdiri daripada
seorang imam dan seorang makmum, maka disunatkan makmum berdiri di
sebelah kanan imam dan agak terkebelakang sedikit.

2) Apabila jemaah itu terdiri daripada dua


orang makmum.
IMAM

MAKMUM MAKMUM LELAKI

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang
imam dan dua orang makmum, maka disunatkan makmum berdiri disebelah
kiri imam. Setelah itu hendaklah imam ke hadapan dan kedua orang makmum
merapatkan semula saf.
Namun sekiranya keadaan tidak mengizinkan makmum yang kedua bolehlah
berdiri di belakang imam kemudian yang pertama mundur kebelakang untuk
menyamai saf.

3) Apabila jemaah terdiri dariapada seorang


imam, makmum kanak-kanak lelaki.

IMAM
MAKMUM KANAK-KANAK

Apabila kanak-kanak yang belum baligh bersembahyang dengan imam sedangkan


kanak-kanak itu seorang diri sahaja, maka samalah ia seperti orang dewasa.

4) Apabila jemaah itu terdiri daripada


seorang imam, makmum lelaki dan
makmum wanita.

IMAM
MAKMUM LELAKI

MAKMUM PEREMPUAN

Apabila dalam solat berjemaah yang dilakukan itu terdiri daripada seorang imam,
seorang makmum lelaki dan seorang makmum wanita, maka makmum wanita itu
hendaklah berdiri dibelakang sebelah kiri saf lelaki.

5) Apabila jemaah terdiri dari lelaki dewasa


dan kanak-kanak.
IMAM
MAKMUM LELAKI
MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI
MAKMUM KANAK-KANAK
PEREMPUAN
Apabila makmum terdiri dari lelaki dewasa dan melebihi satu, maka di saf pertama
hendaklah orang yang pandai-pandai, dan yang di saf kedua ialah orang yang
kurang pandai. Manakala kanak-kanak hendaklah berdiri di belakang mereka.
Namun jika kanak-kanak itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, maka kanakkanak perempuan hendaklah berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki

6) Apabila jemaah terdiri daripada lelaki


dewasa, kanak-kanak, dan khunsa.
IMAM
MAKMUM LELAKI

MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI

MAKMUM KHUNTHA

Apabila didalam jemaah itu terdapat golongan khunsa mushkil maka hendaklah
mereka berdiri di belakang saf kanak-kanak lelaki atau dihadapan saf kanakkanak perempuan.

7) Apabila jemaah terdiri daripada semua


peringkat dan golongan.
IMAM
MAKMUM LELAKI
MAKMUM KANAK-KANAK LELAKI
MAKMUM KHUNTHA
MAKMUM KANAK-KANAK
PEREMPUAN
MAKMUM PEREMPUAN
Apabila makmum terdiri daripada semua peringkat dan golongan, maka kaum lelaki
hendaklah berada di saf yang paling depan, kemudian kanak-kanak lelaki,
kemudian khunsa mushkil, kemudian kanak-kanak perempuan, kemudian kaum
perempuan.

8) Apabila jemaah terdiri daripada wanita


sahaja.
IMAM

MAKMUM PEREMPUAN

Apabila imam dan makmum terdiri daripada wanita sahaja maka imam akan berdiri
ditengah diantara jemaah wanita yang lain.

Hikmah Solat Berjemaah


1) Melatih umat islam mematuhi ketua.
2) Melatih umat islam berdisiplin.
3) Menimbulkan rasa persamaan antara umat islam.
4) Membuka peluang berkenal-kenalan.
5) Memupuk persaudaraan.
6) Menumbuhkan rasa sosial.
7) Menunjukkan bagaimana sikap kepimpinan dalam islam.
8) Menunjukkan sikap demokrasi yang bertnggungjawab.

Masbuq
Takrif Masbuq:
Merujuk Kamus Istilah Fiqh, masbuq bererti orang yang datang lambat
ketempat solat berjemaah, sedangkan imam sudah menyelesaikan satu
rakaat lebih, tetapi belum mengucapkan salam.
Menurut Al Ustaz Dato Hj Ismail Kamus, masbuq ialah, makmum yang
ketinggalan (tidak sempat takbiratul ihram bersama imam) dan tidak
mendapat masa yang cukup untuk membaca fatihah bersama imam. Ini di
sebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam sedang rukuk atau hampirhampir akan rukuk.
Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah, lalu ia
takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk, maka perlu makmum
mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah

Dalil Masbuq

Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang


(untuk) solat sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah
kamu hitung itu satu rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama
imam, maka ia telah mendapat satu rakaat."(H.R. Abu Daud).

Perbahasan Masbuq
1.

Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna


(sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal,
dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum
tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat
sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud, atau duduk tahiyyat dan
sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").

2.

Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia


perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu
disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir. Makmum
yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam
rakaat kedua. Setelah solat berakhir dan imam memberi salam maka
makmum tersebut hendaklah bangun dan menyelesaikan solatnya
dengan menambah rakkatnya yang tertinggal.

3.

Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam, maka makmum
ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam, dan imam telahpun
selesai solatnya. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan
tegahannya maka batallah sembahyang itu.

4.

Dalam solat Subuh, makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk
dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di
awal sembahyang tadi.

5.

Dalam solat Jumaat pula, sekiranya makmum sempat mendapat rakaat


kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam, maka dikira ia mendapat
solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja.
Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat
Jumaat, maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah
empat rakaat.

6.

Kesimpulannya orang yang masbuq tidak wajib membaca fatihah


melainkan kalau ia berkesempatan untuk membacanya, maka hendaklah
ia membaca dalam kadar semampunya hingga imam rukuk.

Muwafiq
Takrif Muwafiq:
Menurut Ibn Muhammad El-Fandahari, di dalam bukunya kaifiyat solat,
muwafiq ialah orang yang solat di belakang imam setelah imam
mengucapkan takbiratul ihram dan memperoleh waktu hanya sekadar
membaca Al-Fatihah.
Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, tulisan Muhammad Firdaus, Nurul Huda,
dan Muhammad Ramzi Omar, mendefinisikan muwafiq sebagai,orang yang
sempat bersama imam dalam satu rakaat sama ada rakaat pertama atau
lainnya sekadar dapat menyelesaikan bacaan fatihah.

Perbahasan
1.

Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca Al-Fatihah


sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan AlFatihah itu sehinggalah imam selesai sujud dan bangun dari sujud
yang kedua.

2.

Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah


pun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir, maka hendaklah
makmum itu memilih sama ada berpisah (mufaraqah) ataupun terus
mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak diambil kira. Kalau tidak
berbuat salah satu di antara kedua hal tersebut maka batallah
solatnya.

Istikhlaf.
Takrif istikhlaf:
Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu
menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka, disebabkan
keuzuran imam pertama itu.

Menurut Ensiklopedia Asas Fardhu Ain, istikhlaf bermaksud melantik salah


seorang daripada makmumnya yang sesuai menjadi imam untuk
menggantikannya bagi menyempurnakan solat, disebabkan keuzuran yang
berlaku kepada imam.

Bila Berlakunya Istikhlaf?


Istikhlaf berlaku apabila imam keluar daripada solat
disebabkan berhadas atau kerana telah terbatal solatnya
biarpun tanpa sebab.
Maka jika ini terjadi maka diharuskan bagi salah seorang
makmum untuk menggantikan kedudukan imam tersebut.

Syarat Sah Istikhlaf.


1)

Makmum yang menggantikan imam (mustakhlif) mestilah orang yang


layak menjadi imam.

2)

Mustakhlif adalah orang yang berada di saf pertama dan di belakang


imam.

3)

Berlaku serta-merta.

4)

Makmum yang lain tidak perlu untuk berniat semula.

Jenis-Jenis Mustakhlif.
Mustakhlif Muwafiq
Makmum yang ada bersama-sama imam dan mengikuti tertib imam bermula dari
awal solat hingga imam terbatal solatnya.
Mustakhlif Umum
Imam digantikan oleh orang luar, (bukan dari kalangan makmum)
Menurut imam Nawawi & Jumhur ulama sah solatnya dgn syarat dia masuk pada
rakaat pertama atau ketiga.
Mustakhlif Masbuq
Makmum masbuq yang menggantikan kedudukan imam yang keluar kerana telah
terbatal solatnya. Mustakhlif iniharuslah menjaga tertib imam yang awal tadi.

Cara Perlaksanaan Istikhlaf.

Imam memegang pakaian salah seorang makmumnya (walaupun yg masbuq) dan


menariknya ketempat imam, lalu dia berundur kebelakang dengan menundukkan
dirinya sambil memegang hidung seolah-olah ada darah yang keluar daripadanya.

Istikhlaf boleh berlaku secara lisan & pergerakkan dan orang yang menggantikannya
hendaklah menyambung di mana tempat imam itu berhenti, samaada pada rukuk fili
atau kauli.

Mustakhlif hendaklah maju setapak kehadapan atau memenuhkan tempat imam bagi
membezakan keduudkannya dengan makmum. Sementara makmum memenuhkan
saf yang kosong itu.

Jika imam batal pada ketika duudk antara dua sujud / duduk tahiyyat awal / akhir,
mustakhlif tidak perlu maju ke hadapan cukup dengan memberi arahan di tempatnya
sahaja dengan menggunakan isyarat suara.

Jika imam terbatal solatnya ketika sedang sujud maka dia perlu menggunakan
suaranya untuk membangunkan makmumnya danselepas itu barulah imam boleh
memberi isyarat bahawa solatnya telah batal & barulah dia beredar.

Istikhlaf Dalam Solat Jumaat

Imam keluar selepas membaca dua khutbah & tidak sempat mengangkat takbir, maka imam harus
diganti oleh mustakhlif yang ada bersama mendengar khutbah.jika tidak maka tidak perlu dia
menggantikannya.

Jika imam keluar setelah mengangkat takbirratul ihram pada rakaat pertama dan tidak sempat rukuk
pada rakaat kedua maka harus dia digantikan oleh makmum yang ada bersama sama imam sebelum
dia keluar.

Jika di tidak bersama imam sebelum imam keluar daripada jamaah maka tidak harus baginya untuk
menggantikan imam kerana dia buka ahli jumaat.

Jika imam keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua solat jumaat, maka imam tidak harus di ganti oleh
mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum imam keluar dari solat jumaat. Namun jika mustakhlif itu
ada bersama imam sebelum imam keluar, tetapi tidak bersamanya ketika sebelum rukuk rakaat kedua(
mustaklif masbuq) maka difardhukan baginya untuk solat zuhur.
Bagi makmum pula mereka haruslah mengikuti imam yang di fardhukan untuk solat zuhur itu tadi,
sementara mustakhlif haruslah menjaga tertib imam pertama. Bagi makmum ada dua pilihan sama
ada mahu berniat mufaraqah atau menunggu imam dan memberi salam bersamanya.

Mufaraqah
Takrif mufaraqah:
Bahasa: Mengasingkan diri.
Istilah syarak: perbuatan makmun mengasingkan diri daripada imam atau
membatalkan niat untuk menjadi makmum dan meneruskan
solat secara bersendirian.
Menurut Datuk Hassan Din Al-Hafiz, mufaraqah adalah perbuatan makmum
Keluar daripada solat berjemaah dan makmum tidak lagi mengikut imam.

Hukum mufaraqah:
Hukum mufaraqah adalah harus.

Sebab-sebab Berlakunya Mufaraqah.


Mufaraqah terjadi disebabkan tiga perkara, iaitu:
1)

Bilamana makmum mendapati imam melakukan perkara yang


membatalkan solat.

2)

Bilamana makmum mendapati ada terdapat najis pada imam.


Sama ada pada pakaian / diri / tempat solat.

3)

Bilamana makmum mendapati bacaan imam tidak betul sama


ada dari segi tajwid / bahasa / makhraj hingga boleh merosakkan
solat.

Anda mungkin juga menyukai