Anda di halaman 1dari 8

MODUL KEPIMPINAN PELAJAR

------------------------------------------------------------------------Modul 1: Ice Breaking


Ice breaking adalah suatu sessi yang penting bagi sesebuah program kerana ia bertujuan
untuk membuka minda dan pemikiran para peserta sebelum program atau kursus
dimulakan. Oleh kerana latarbelakang peserta tidak sama, ice breaking digunakan sebagai
satu
titik
permulaan
yang
seharusnya
positif
dan
menyeronokkan.
Objektif:
Untuk menghilangkan rasa malu diantara satu sama lain.Untuk menghilangkan jurang
perbezaan diantara satu sama lain.Melatih perserta untuk menjadi pemimpin.
Melatih peserta berkomunikasi denga baik.
Masa :
15 minit - taklimat dan sessi pengenalan.
30 minit - aktiviti whose story is this?
15 minit aktiviti Celebrity ID game
Arahan:
1. Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan diwakili oleh 3 orang fasilitator.
2. Didalam kumpulan, peserta dikhendaki mengadakan taaruf ringkas tentang diri
mereka. Setiap peserta hendaklah menerangkan dengan ringkas tentang diri
mereka kepada ahli didalam kumpulan.
3. Selepas selesai taaruf ringkas, peserta diberikan sekeping kertas dan dikhendaki
untuk menulis secara ringkas tentang pengalaman yang pernah mereka alami
beserta nama mereka sekali. Pengalaman itu hendaklah mengambarkan tentang diri
mereka sendiri.
4. Setelah tamat masa yang diberi, fasilitator akan mengutip semua kertas yang telah
diberikan kepada peserta dan memasukkan ke dalam sebuah bekas.
5. Kemudian, fasilitator akan mengambil 4 helai kertas dari bekas tersebut dan
memanggil nama peserta yang tecatat diatas kertas tersebut. Peserta yang dipanggil
namanya dikehendaki keluar dan di asingkan daripada kumpulan mereka.
6. Fasilitator akan membacakan salah satu kisah daripada daripada peserta yang
dipanggil nama dan ahli kumpulan lain akan cuba meneka kisah siapa yang
diceritakan. Ahli kumpulan melakukan ini dengan membincangkan kisah siapa
yang lebih sesuai mengambarkan personaliti perserta-peserta yang telah dipilih
tadi. Ahli kumpulan juga dibenarkan untuk bertanyakan soalan tentang kisah selain
kisah yang ditulis kepada peserta pilihan.
7. Peserta-peserta pilihan tadi hendaklah meyakinkan bahawa kisah itu adalah kisah
yang ditulis oleh mereka.
8. Setelah ahli kumpulan melakukan perbincangan, undi dibuat. Dan aktiviti ini
diulang hingga kesemua kisah ahli didalam kumpulan dibacakan.
9. Setelah tamat masa yang diberikan, peserta dikhendaki untuk berkumpul semula
dalam kumpulan yang besar.
10. Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan
mereka.
11. Fasilitator bagi setiap kumpulan diberikan kertas yang tertulis nama-nama selebriti
untuk ditampal di bahagian setiap peserta.
12. Setiap orang mempunyai nama selebriti yang tersendiri. Arahan diberikan oleh
fasilitator, supaya setiap kumpulan berpecah mencari pasangan masing-masing dan
pasangan peserta hendaklah dari kumpulan yang berbeza.

13. Peserta dikhendaki mengenalpasti nama selebriti yang ditampal di belakang

mereka berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pasangan mereka. Pasangan


peserta hanya boleh menjawab ya atau tidak.
14. Aktiviti tamat setelah masa yang diberikan oleh fasilitator mencukupi.
15. Ketua bagi program dilantik dan barang amanah diberikan.
-------------------------------------------------------------------------------------------Modul 2 : Mafia Wars
Mafia wars adalah satu aktiviti untuk memupuk sifat kepercayaan pada diri dan
dikalangan peserta sendiri. Aktiviti ini memerlukan pemikiran yang kritis, dan
memerlukan strategi. Peserta akan diberi peranan sebagai penjenayah, polis, doktor dan
juga orang awam. Objektif aktiviti ini adalah untuk menghalang golongan penjenayah
sebelum
mereka
meneruskan
matlamat
menyingkirkan
seluruh
bandar.
Objektif :
Untuk memupuk sifat kepercayaan dikalangan sahabat dan mengelakkan dari
berprasangka
buruk
dikalangan
ahli
didalam
organisasi.
Untuk melatih peserta membuat keputusan yang tepat berdasarkan keadaan.
Masa:
10 minit penerangan.
1jam Aktiviti Mafia Wars
Arahan :
1. Para peserta dikhendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator setiap kumpulan akan mengedarkan sekeping kertas kecil yang berlipat
kepada setiap ahli kumpulan. Di setiap kertas kecil tersebut tertulis peranan yang
harus dimainkan oleh setiap peserta dan peserta dikehendaki merahsiakan peranan
masingmasing.
3. Peranan-peranan yang harus dimainkan oleh peserta adalah :
a. Mafia Peranan mafia adalah untuk membunuh peserta yang memainkan
peranan-peranan yang lain.
b. Polis Peranan polis adalah untuk menangkap suspek yang disyaki
mafia.
c. Doktor- Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan suspek yang
disyaki sasaran Mafia.
d. Rakyat biasa Memainkan peranan sebagai rakyat yang biasa.
4. Setelah peserta mengetahui peranan masing-masing, fasilitator akan menerangkan
cara permainan ini. Permainan akan dibahagikan kepada 3 keadaan dan Narrator
memainkan peranan sebagai pengawal keadaan. 3 keadaan tersebut adalah
a. Malam Hari
i. Semua peserta didalam keadaan tidur. Peserta dikhendaki
menundukkan kepala dan menutup mata. Narrator akan memainkan
peranan.
ii. Narrator akan memberi arahan kepada mafia untuk bangun dan
buka mata. Mafia akan secara senyap bangun dan berbincang
diantara mereka tentang mangsa yang hendak disingkirkan. Setelah
keputusan dibuat, Narrator mencatat mencatat mangsa yang dipilih.
iii. Kemudian Mafia disuruh tidur. (menundukkan kepala mereka dan
menutup mata).
iv. Dan kemudian, narrator akan memberi arahan supaya peserta
berperanan polis untuk bangun dan buka mata. Polis akan

berbincang diantara mereka siapakah yang disyaki memainkan


peranan mafia. Setelah keputusan dibuat, narrator akan meyuruh
polis untuk kembali tidur dan suspek yang disyaki polis dicatat.
v. Kemudian peserta berperanan doktor diberi arahan untuk bangun
dan muka mata. Doktor dikehendaki memilih salah satu peserta
untuk diselamatkan daripada serangan mafia pada hari tersebut.
Setelah keputusan dibuat, narrator memberi arahan doktor kembali
tidur dan peserta yang ingin diselamatkan dicatat.
vi. Narrator mengumkan bahawa hari sudah pun pagi dan semua
peserta dibenarkan bangun.
b. Pagi
i. Narrator mengumumkan org yang telah tersingkir akibat dibunuh
mafia, melainkan peserta yang dikhendaki mafia utk disingkirkan
pada malam itu telah diselamatkan oleh doktor.
ii. Peserta yang telah tersingkir hendaklah meninggalkan kumpulan
masing-masing.
iii. Peserta yang terkeluar tidak dibenarkan untuk berkata apa-apa
sepanjang permainan berlangsung. Mereka hanya dibenarkan
memerhati.
c. siang hari
i. Narrator akan mengumkan bahawa hari sudah siang dan penduduk
bandar (termasuk mafia, polis dan doktor) dikehendaki berbincang
antara satu sama lain tentang siapakah mafia diantara mereka.
Peserta tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan peranan
masing-masing sepanjang perbincangan. Peserta yang mempunyai
bilangan undi yang terbanyak (50% atau lebih) disingkirkan dari
permainan.
ii. Setelah penyingkiran dibuat, hari tersebut tamat. Penyingkiran
boleh tidak dilakukan jika semua ahli kumpulan yang lain bersetuju.
Hari tamat dan corak permainan diulang semula (malam, pagi, siang
hari)
5. Diakhir permainan, pemenang ditentukan berdasarkan bilangan peserta yang
memegang watak mafia, Polis dan Doktor. Jika Mafia telah menyingkirkan
Polis dan Doktor kesemuanya, kemenangan akan berpihak pada Mafia. Jika
Polis Berjaya menyingkirkan Mafia, kemenangan berpihak pada polis.
6. Program tamat dan peserta diberikan tema bagi malam kebudayaan.
-----------------------------------------------------------------------------Modul 3 : Great Egg Drop
Great egg drop juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah
suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat
utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan
kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk
berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.
Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan. Memberi ruang kepada
peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.
Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.

Masa :
10 minit Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit Rundingan diantara kumpulan.
45 minit Pembinaan Menara.
15 minit Konklusi.
Arahan :
1. Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan
dijalankan.
3. Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah
menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada
pecah.
4. Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding
ataupun negotiator. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan
untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap
kumpulan adalah berlainan.
5. Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil
kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah
untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6. Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan
yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7. Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.
8. Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45
minit)
9. Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara
daripada setiap kumpulan.
10. Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka dan
juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.
11. Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun
tidak.
12. Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat
samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13. Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.
14. Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
-----------------------------------------------------------------------------Modul 4 : Treasure Hunt
Aktiviti treasure hunt adalah aktiviti luar dimana aktiviti ini akan menguji kemahiran
peserta bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Peserta dibahagikan mengikut
kumpulan dan dikehendaki untuk menjelajah dari satu ke satu checkpoint bagi mencari
harta yang disembunyikan. Ssepanjang penjelajahan, peserta akan diuji dengan ujian yang
melibatkan
minda,
kecergasan
dan
juga
ketahanan
psikologi
Masa:
15 minit : penerangan dan penyerahan barang petunjuk.
3 jam : Aktiviti Treasure Hunt.
Objektif :
Untuk mengasimilasikan sifat kerjasama diantara ahli.

Untuk melatih peserta akan sifat kepatuhan kepada ketua disaat berlakunya konflik
didalam kumpulan.
Menguji kepekaan perserta dibidang ilmu semasa.
Arahan :
1. Sebelum memulakan aktiviti, fasilitator akan menerangkan secara ringkas aturcara
aktiviti.
2. Matlamat aktiviti ini adalah untuk mencari harta hilang. Dan untuk itu, peserta
dikhendaki mengembara dari satu checkpoint ke checkpoint seterusnya bagi
mencari petunjuk disebalik rahsia harta yang hilang. Terdapat sebanyak 6
checkpoint yang harus dilalui oleh peserta.
3. Setiap kumpulan akan diberikan sebiji belon, sekeping peta dan sekeping kertas
petunjuk dimanakah checkpoint mereka yang pertama. Setiap kumpulan tidak
dibenarkan untuk membuka kertas tersebut sebelum diarahkan oleh fasilitator.
4. Sebelum aktiviti bermula, fasilitator akan menunjukkan arah utara bagi permainan
ini. Sebaik sahaja fasilitator mengumumkan pertandingan telah bermula, peserta
dibenarkan untuk membuka kertas petunjuk yang diberikan.
5. Peserta diarahkan pergi ke checkpoint masing-masing.
6. Setiap checkpoint akan dijaga oleh wakil setiap kumpulan.
7. Bagi checkpoint pertama :
a. Peserta yang tiba di checkpoint pertama akan diberikan ujian minda.
Peserta dikehendaki menyelesaikan ujian minda tersebut hingga selesai.
Penjaga checkpoint akan mencatatkan masa yang diambil bagi setiap
kumpulan menyelesaikan masalah yang diberi.
b. Setelah selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana kertas
soalan di sembunyikan.
c. Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk
kemana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang
perlu dicari.
d. Peserta dikhendaki menjawab soalan yang tertera diatas kertas.
8. Bagi checkpoint kedua:
a. Peserta yang tiba dicheckpoint kedua akan diberikan ujian fizikal.
b. Aktiviti Water in the bottle diadakan dimana peserta dikhendaki mengisi
air kedalam botol mengunnakan tangan.
c. Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
d. Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana
kertas soalan di sembunyikan.
e. Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk
kemana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta yang
perlu dicari.
f. Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint pertama
untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.
g. Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
9. Bagi checkpoint ketiga :
a. Peserta yang tiba di checkpoint ketiga akan menjalankan aktiviti Pulse
Game
b. Cara permainan Pulse Game - Peserta diminta berdiri didalam satu
barisan dengan mengengam tangan peserta lain. Barang diletakkan
dihujung barisan. Peserta lain tidak dibenarkan membuka mata mereka
kecuali peserta yang berada di permulaan dan peserta yang berada
dihujung.
c. Penjaga checkpoint akan melontarkan duit syiling dan secara senyap akan
menunjukkan kepada peserta yang pertama. Jika kepala peserta pertama

akan mengengam tangan peserta kedua, dan peserta kedua mengulangi


perkara yang sama hingga sampai kepada peserta terakhir.
d. Peserta terakhir yang menerima isyarat gengaman hendaklah berlari
sepantas mungkin mendapatkan barang yang telah diletakkan.
e. Penjaga checkpoint mencatatkan masa yang diambil setiap kumpulan.
f. Markah akan ditolak jika sekirannya peserta tersalah melihat kepala dan
ekor duit syiling.
g. Setelah selesai aktiviti, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana
kertas soalan di sembunyikan.
h. Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk ke
mana checkpoint peserta seterusnya dan petunjuk serpihan harta ke dua
yang perlu dicari.
i. Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
10. Bagi checkpoint keempat :
a. Peserta yang tiba di checkpoint keempat dikhendaki menjalankan aktiviti
Trust walk.
b. Cara Permainan Trust Walk Peserta kumpulan akan diberi sehelai
kertas yang mengandungi arahan dimana petunjuk serpihan harta
disembunyikan.
c. Peserta kumpulan hendaklah memilih salah satu ahli untuk dijadikan
pencari harta. Ahli yang telah dipilih hendaklah menutup mata mereka
dengan sehelai kain.
d. Ahli-ahli didalam kumpulan akan membimbing pencari harta tersebut bagi
mencari petunjuk serpihan harta kedua.
e. Setelah harta dijumpai, masa dicatatkan. Penjaga checkpoint memberi
petunjuk ke mana checkpoint peserta seterusnya.
f. Peserta perlu mencantumkan serpihan harta daripada checkpoint ketiga
untuk mengetahui dimana harta disembunyikan.
g. Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
11. Bagi checkpoint kelima :
a. Bagi peserta yang tiba dicheckpoint kelima, aktivit Jejak bertapak akan
dijalankan.
b. Cara permainan Jejak Bertapak Sebelum permainan peserta akan
dijelaskan jarak yang perlu dilalui oleh peserta didalam permainan ini.
c. Peserta akan dibekalkan dgn 3 keping Tapak. Peserta diminta untuk
berfikir bagaimana hendak membawa kesemua ahli didalam kumpulan ke
tempat yang diminta dengan syarat kesemua ahli mesti tiba di tempat
tujuan dgn serentak.
d. Peserta hanya dibenarkan memijak tapak yang diberikan sahaja. Peserta
yang memijak tempat lain selain Tapak yang diberikan akan dikira gagal
dan diminta untuk mengulanginya semula dari permulaan.
e. Penjaga checkpoint mencatatkan masa peserta.
f. Setelah aktiviti selesai, penjaga checkpoint akan memberi petunjuk dimana
kertas soalan di sembunyikan.
g. Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk
kemana checkpoint peserta seterusnya.
h. Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
12. Bagi checkpoint keenam :
a. Peserta yang tiba di checkpoint keenam akan menjalankan aktiviti Photo
scarvenger hunt.
b. Peserta akan diberi sepuluh kriteria yang perlu ditangkap mengunakan
kamera. Contoh kriteria adalah seperti, pokok terbesar dikawasan itu,
kereta berwarna kuning,orang yang bermain bola sepak dan sebagainya.

c. Sebelum permainan bermula, penjaga checkpoint hendaklah menetapkan


had bagi sesebuah kawasan permainan.
d. Setelah kesemua kriteria dapat dicari, penjaga checkpoint akan
mencatatkan masa akan memberi petunjuk dimana kertas soalan di
sembunyikan.
e. Setelah dijumpai, penjaga checkpoint akan memberi kertas petunjuk
kemana checkpoint peserta seterusnya.
f. Peserta dikhendaki menjawab soalan diatas kertas.
13. Fasilitator akan menjadi kunci peti harta karun. Bagi fasilitator pertama, harta yang
ada padanya adalah sebatang jarum dan benang. Fasilitator meminta peserta
mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar. Setelah dijumpai,
fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
14. Bagi fasilitator kedua, harta yang ada padanya adalah sehelai kain. Fasilitator
meminta peserta mencari kunci harta karun yang tersembunyi dikawasan sekitar.
Setelah dijumpai, fasilitator akan menyerahkan harta tersebut.
15. Setelah harta-harta dijumpai, peserta dikhendaki menjahit kain yang menjadi
sebuah baju.
16. Diakhir aktiviti Treasure Hunt, peserta dikhendaki menyerahkan semula kertas
jawapan bagi soalan-soalan yang telah dijawab pada setiap checkpoint dan juga
harta yang telah dijumpai.
17. Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
18. Sampul surat untuk aktiviti seterusnya diedarkan.
-----------------------------------------------------------------------------Modul 5 : surat cinta
Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat.
Didalam aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati
masing-masing kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk
bersikap
positif
menerima
kutukan,
rungutan
ataupun
pujian.
Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.
Masa:
Tiada peruntukan masa.
Arahan:
1. Setelah aktiviti treasure hunt selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat.
Peserta dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.
2. Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3. Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4. Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap
peserta menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun
teguran kepada sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5. Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti treasure
hunt dan malam talentime.
6. Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli
kumpulan. Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program
ini.

7. Pada akhir malam talentime peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat

yang tertera nama mereka.


8. Fasilitator menutup aktivit dan membuat konklusi.
-----------------------------------------------------------------------------------------Modul 6 : Malam Talent Time.
Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki
mempamerkan persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini adalah
kemuncak bagi segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan
diperlihatkan.
Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.
Masa:
1 jam 30 minit persembahan peserta.
Arahan :
1. Pada permulaan program, (selepas aktiviti ice-Breaking), setiap kumpulan akan
diberikan tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan
tema yang diberikan.
2. Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga
dibenarkan untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan
persembahan.
3. Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk
satu persembahan.
4. Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5. Peserta dibenarkan mengambil semula surat cinta mereka yang telah digantung.

Anda mungkin juga menyukai