Anda di halaman 1dari 40

BUKU PANDUAN HOKI

1.0

PENGENALAN

1.1

Sejarah Hoki

Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demontrasi di sukan OLIMPIK


tahun 1900.Permainan ini mula dpertandingkan pada tahun 1928. Bukti
sejarah menunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di
Mesir. Sebuah dinding makam Bani Hasan dekat Minia sekitar 2000 sebelum
Masihi. Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi se kitar 500
S.M. Orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki
adalah keturunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa
polo adalah versi hoki yang halus wujud lebih awal.
Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arca
dinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki
telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu
permainan kayu yang menyerupai hoki. Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley
dan di Scotland dinamakan Shinty manakala di Perancis dipanggil houquet.
Orang Inggeris menggunakan nama
commock sehingga tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Tahun 1800
an hoki
popular di sekolah-sekolah di England. Kelab hoki Wimbledon ditubuhkan
pada tahun 1886 apabila hoki menjadi lebih popular.
Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang dibungkus
dengan tali yang berlapis-lapis. Kayu hoki dibuat daripada kayu ash atau oak
yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. England, Ireland dan
Wales juga memainkan permainan serupa. Kedua-dua belah kayu digunakan
untuk memukul bola. Padang permainan di England berukuran 180 meter
panjang dan 54 meter lebar dengan pintu gol didirikan dengan menggunakan
tiang tegak dalam jarak antara 9 meter antara satu sama lain. Tidak ada
kawasan D dan boleh menjaring gol daripada mana-mana arah. Mereka
mengadakan peraturan ofsaid yang menyatakan bahawa seseorang pemain
tidak boleh berada di dalam kawasan 36 meter daripada gol lawan kecuali
bola adalah antara anda dan gol lawan.
Sekitar tahun 1875 bola getah ditukar dengan bola kriket yang dicat putih.
Pemain-pemain tidak dibenarkan menaikkan kayu hoki di atas bahu dan gol
-gol hanya boleh dimasukkan jarak yang tidak terlalu dekat. Peraturan

-peraturan ofsaid ditukar dan pemain-pemain tidak dibenarkan berlengahlengah di dalam kawasan 4.5 meter dari garisan gol pihak lawan kecuali
mempunyai bola. Apabila berlaku banyak perubahan dalam peraturan,gaya
bermain,alatan dan permulaan permainan, permainan hoki lebih digemari dan
diminati.

1.2

Latar Belakang Permainan Hoki di Malaysia

Permainan hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di
Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setiap tahun akan mengelolakan
pertandingan hoki untuk para pelajar. Hoki juga popular di sekolah menengah,
kelab, maktab, universiti dan persatuan-persatuan. Pasukan hoki Malaysia,
terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah Berjaya di peringkat
antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun
1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik,
iaitu pada tahun 1988 di Seoul.
Tahun 1989 menampakkan perubahan dalam arena permainan hoki tanah air.
Pertandingan Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan
sebagai perkembangan kepada permainan hoki di Malaysia. Walau
bagaimanapun sejak akhir akhir ini pasukan hoki kebangsaan menunjukkan
peningkatan yang baik setelah menjadi Naib Johan dalam Sukan Komanwel
1998.
Dalam merealisasikan impian negara untuk menjadi johan dalam Sukan
Olimpik, pelbagai usaha dan program terancang harus dilakukan. Usaha
untuk melaksanakan program ini bukanlah terletak kepada Majlis Sukan
Negara Malaysia sahaja , kerjasama Persekutuan Hoki Malaysia dan MSSM
juga perlu perlu untuk memajukan program ini.

2.0

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

2.1

Organisasi Kejohanan Sukan

Organisasi sesebuah kejohanan perlu distruktur agar sistem


pengoperasiannya berjalan dengan cara yang berkesan. Langkah ini untuk
memastikan pihak yang terlibat bertanggungjawab ke atas tugasan yang telah
diserahkan.

2.2

Tugas-Tugas Jawatankuasa Tertinggi

Pengerusi

Mempengerusikan semua mesyuarat dan


bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat;

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan


segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari semasa ke semasa.

Naib Pengerusi

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan


tanggungjawab yang diberi;

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan


pengerusi; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari semasa ke semasa.

Setiausaha

Mengurus hal-hal surat menyurat;

Mencatat dan menandatangani minit


mesyuarat/laporan kegiatan;

Mencatat kehadiran ahli;

Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan


persatuan; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong
Setiausaha

Bendahari

Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala


tugas dan tanggungjawabnya; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari semasa ke semasa.

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


organisasi;

Melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan


bertanggungjawab atas kesahihannya;

Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan


serta menandatanganinya;

Melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam


mesyuarat ahli Jawatankuasa;

Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan


dibentangkan dalam Mesyuarat Agung; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong
Bendahari

Jawatankuasa

Membantu Bendahari dalam menjalankan segala


tugas dan tanggungjawabnya; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh


Penasihat dari semasa ke semasa.
Membantu menjalankan tugas dalam segala program
dan aktiviti yang dilaksanakan;

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru


Penasihat dari semasa ke semasa.

2.3

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kecil

Urusetia

Buku Atur cara


a. Mendapat maklumat-maklumat yang perlu diisi dalam buku atur cara
daripada jawatankuasa lain termasuk iklan-iklan.
b.

Menyusun isi kandungan seperti mana yang diperlukan.

c. Memastikan draf buku atur cara disemak dengan teliti di mana kesilapan
dapat diperbetulkan sebelum dicetak.
d.

Memastikan buku atur cara siap dicetak sebelum hari kejohanan.

Iklan
a.

Mendapatkan sumbangan iklan bagi Buku Program Kejohanan.

b. Menubuhkan satu jawatankuasa kecil bagi memudahkan agihan tugas


mendapatkan sumbangan iklan.

Publisiti dan Seranta


a. Mendapatkan maklumat dari semua Jawatankuasa Kecil berkenaan
untuk menyelaraskan penyebaran melalui akhbar, radio dan televisyen.
b. Membentangkan sepanduk/poster di tempat-tempat yang strategik dan
menyebarkan poster ke sekolah-sekolah.
c.

Mendapatkan kebenaran untuk membentangkan sepanduk-sepanduk.

d. Mengadakan sticker atau lain-lain tanda bagi upacara-upacara atau


tempat-tempat tertentu.
2.4

Ceremonial

Perasmian
a. Memastikan acara perasmian pembukaan atau penutup yang akan
diadakan disertai semua kontinjen daerah.
b. Mengenal pasti acara-acara yang akan diadakan pada majlis perasmian
bersesuaian dengan budaya Malaysia.

Jamuan Rasmi

a.

Memastikan pihak yang akan mengadakan/memberikan jamuan rasmi.

b.

Menguruskan tempat jamuan rasmi.

c.

Mengenal pasti pembekal makanan.

d.

Memastikan jumlah jemputan.

e.

Memastikan siapakah dif-dif jemputan.

f.

Memastikan menu makan sesuai untuk semua kaum.

Jemputan/Sambutan
a.

Mengenal pasti individu-individu yang perlu dijemput.

b.

Memastikan kad jemputan sampai ke destinasi dengan tepat.

c.

Mengadakan pegawai-pegawai bagi menyambut para jemputan.

Hadiah/Cenderahati
a. Menyempurnakan urusan penyampaian hadiah-hadiah kepada
pemenang-pemenang, cenderahati kepada pasukan dan lain-lain orang
kenamaan tertentu.
b. Mengadakan kelengkapan-kelengkapan untuk penyampaian hadiahhadiah/cenderahati seperti meja, alas dulang dan sebagainya.
c. Menentukan tempat, masa bagi urusan pegawai yang menyampaikan
hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
Siar raya/Video/Fotografi
a. Mengambil Video dan Fotografi di sepanjang hari kejohanan ini
dijalankan mengikut kesesuaian pihak Siar raya/Video/Fotografi.
b. Menyediakan sistem siar raya di tempat pertandingan dan di Upacara
Pembukaan/ Penutup Kejohanan.

2.5

Hospitaliti

Penginapan

a.
Menyediakan tempat penginapan bagi semua peserta
lelaki/perempuan mengikut jumlah yang didaftarkan.
b.
Memastikan kebersihan asrama, bilik penginapan (dorm), tandas
dan kawasan asrama berada di dalam keadaan bersih.
c.
Menampalkan peraturan penggunaan asrama di setiap bilik
penginapan supaya tidak menimbulkan kerumitan.
d.
Berhubung terus dengan pihak Urus setia sekiranya terdapat
masalah atau perkara-perkara yang perlu diselesaikan bersama.
Pengangkutan/Perhubungan
a.

Menguruskan ketibaan/kemasukan ke asrama tempat penginapan.

b.
Menyediakan peta perjalanan dari tempat penginapan ke tempat
pertandingan dan tempat-tempat yang berkaitan.
c.
Menyelaras keperluan kontinjen berkaitan dengan makan/minum,
alatan sukan jika perlu dan lain-lain.
d.

Menyelaras kepulangan kontinjen ke daerah masing-masing.

e.
Menyediakan pengangkutan bagi pasukan yang tidak ada
pengangkutan jika diminta menyediakan pengangkutan dengan kos yang
dibayar oleh pasukan berkenaan.
f.
Segala urusan yang melibatkan pengangkutan dalaman hendaklah
berunding dengan pihak Urus setia Pertandingan.
Kecemasan
a.
Mengadakan seorang Pegawai Perubatan dan pembantu-pembantu
bertugas di tempat pertandingan.
b.
Mengadakan sebuah kenderaan di tempat pertandingan untuk
urusan kecemasan.
c.
Memohon khidmat dan memaklumkan kepada klinik/hospital
mengenai kejohanan.
d.
Mendapat khidmat daripada Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM)
bertugas semasa pertandingan.
e.
Menyusun anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) mengikut
tempat kejohanan.
Kawalan Lalu lintas/Keselamatan

a.
Menentukan keselamatan dan kawalan lalu lintas tertentu di
sepanjang laluan dan kawasan pertandingan.
b.
Menentukan tempat keluar/masuk dan tempat letak kereta/bas di
kawasan pertandingan.
c.
Memohon kerjasama dan bantuan Polis - JIKA PERLU - untuk
keselamatan.

3.0
3. 1

JADUAL PERTANDINGAN / PERLAWANAN


Pengelolaan Kejohanan/Sistem Pertandingan
A.

Sistem Pertandingan

Cara menentukan kemenangan atau pencapaian seseorang pelajar dalam


bidang gerak kokurikulum . Format sistem pertandingan ialah:

Pembentukan Jawatankuasa pengelolaan penting bagi pertandingan


bergantung kepada :

B.

Jenis Pertandingan

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas untuk dikelola.

Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan


tersingkir.

Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang


terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan,
kemudahan, peralatan dan sumber manusia.

Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan


sesuatu pasukan atau peserta.

Kelebihan dan kelemahan pertandingan ini seperti berikut:

Formula Sistem Kalah Mati

Terdapat dua kaedah Pertandingan Kalah Mati:

i.

Kalah Mati Tanpa Bye

Jumlah pasukan/peserta berasaskan lapan atau lebih. Contohnya 8, 16,


24, 32 dan seterusnya.....
Carta Aliran Pertandingan Kalah Mati Asas Lapan :

ii.

Kalah Mati dengan Bye

Jumlah pasukan/penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan


Bye bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa memasuki
pusingan pertama
Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya

Carta Aliran Kalah Mati dengan Bye Sembilan kumpulan:

Johan


Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan
sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik.

Setiap pasukan yang bertanding dalam suatu perlawanan akan diberi


mata :

Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian:

Contoh jadual perlawanan dalam sistem liga ( x )

Pasukan A

C D

Perlawanan Set
M

Mata
K

M K

Mata Kedudukan

x
x

Liga satu pusingan hanya membenarkan peserta bertanding sekali


sahaja dengan pihak lawan setiap kumpulan.

Contoh

Liga berkumpulan memerlukan peserta atau kumpulan tersebut


bertandingan dengan lawan sebanyak dua kali.

3.2

Contoh Jadual Pertandingan Hoki Wanita (Selangor Sukma 2012)

TARIKH/HARI

9.1.2012 (ISNIN)

MASA

PADANG

PERLAWANAN

9.30PG

KLANG

LWN H. LANGAT

PETALING

LWN K. LANGAT

10.30pg 2

GOMBAK

LWN SABAK BERNAM

7.30MLM 2

K. LANGAT

LWN SABAK BERNAM

8.30MLM 1

SEPANG

LWN KLANG

GOMBAK

LWN PETALING

PETALING

LWN SABAK BERNAM

H. LANGAT

LWN SEPANG

K. LANGAT

LWN GOMB

JOHAN A

LWN JOHAN B

JOHAN B

LWN JOHAN A

KALAH KUM. A

LWN KALAH KUM. B

MENANG KUM. A

LWN

9.30PG
10.1.2012
(SELASA)

11.1.2012
(RABU)
12.1.2012
(KHAMIS)

10.30PG

9.30PG

9.30PG

MENANG KUM.
B

4.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Syarat Pertandingan

4.2

Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Hoki

.
4.2.1 Jenis Pertandingan
Pertandingan Hoki MSSS ini terbuka kepada pasukan dari tiap-tiap
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dalam peringkat umur berikut.

4.2.2 Kelayakan Pemain

4.2.3 Penyertaan

Kejohanan ini adalah terbuka kepada pasukan dari tiap-tiap Majlis Sukan
Sekolah Daerah dalam peringkat umur berikut:

4.2.4 Pendaftaran Pemain

4.2.5 Dokumen Pengesahan

4.2.6 Pakaian
i.

Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai

ii.

Pemain diwajibkan memakai stoking, kasut, dan pelindung

iii.

Pemain juga digalakkan memakai alatan keselamatan

betis.
yang lain.

iv.
Jika berlaku persamaan warna jersi maka pasukan yang
namanya terlebih dahulu tercatat dalam jadual pertandingan mestilah
menukar kepada jersi yang berlainan warna.
v.
Penjaga gol dihendaki memakai baju atau pakaian meliputi
sebarang perlindungan bahagian di atas tubuhnya. Baju atau pakaian ini
hendaklah berlainan warna yang dipakai oleh pemain-pemain pasukannya
mahupun dari pasukan lawan.
vi.

Penjaga gol juga diwajibkan memakai pelindung kepala.

4.2.7 Sistem Pertandingan


Sistem Pertandingan dijalankan mengikut Peraturan Am MSSM Bil 10.

4.2.8 Penangguhan
i.
Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa
yang telah dijadualkan tetapi sekiranyapada pendapat Pengarah
pertandingan keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu permainan ataupun
ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka
perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan
ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. Keputusan Pengarah Pertandingan
dalam hal ini adalah muktamad
ii.
Jika selepas bermain separuh masa iaitu 25 minit bagi
kategori B18 tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan
ke bawah, permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan (padang yang tidak sesuai) maka permainan itu di anggap telah
tamat tempoh permainannya dan kedudukan jaringan pada masa itu akan
diambil kira.
iii.
Jika permainan diberhentikan sebelum 25 minit bagi
kategori B18 tahun dan ke bawah dan 20 minit bagi kategori B12 tahun dan
ke bawah, maka permainan itu akan disambung dari masa ia diberhentikan
dengan kedudukan yang kekal sebelum permainan ditangguhkan, di suatu
tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan.
iv.
Tatatertib pemain dan pegawai adalah pada amnya di
bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan. Tindakan
berikut boleh diambil semasa pertandingan dijalankan.

4.2.9 Tatatertib Pemain


i.
Sistem mata demerit yang berikut akan dikuatkuasakan
untuk tindakan tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan:-

ii.
Tindakan-tindakan tatatertib yang berikut adalah
dijalankan mengikut sistem mata demerit

Interpretasi:
Jika seseorang pemain, setelah mengumpul 8 mata demerit, menerima satu
kad Kuning dalam satu perlawanan, pemain itu akan digantung untuk satu
perlawanan. Walaupun jadual di atas menentukan penggantungan 2
perlawanan untuk 12 mata demerit, sebab pemain itu digantung satu
perlawanan sahaja adalah kerana pemain itu sudahpun menjalani
penggantungan satu perlawanan setelah mengumpul 8 mata demerit.

4.2.10 Cara-Cara Memutuskan Keputusan Kumpulan

Pemberian mata bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut:


i.

Menang

ii.

Seri

iii.

Kalah

- 3 mata
- 1 mata
- 0 mata

Kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan jumlah mata yang


dikumpulkan oleh setiap pasukan

Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan, lebih dari satu pasukan


mempunyai mata yang sama,

maka kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan BILANGAN


KEMENANGAN.

Jika kedudukan masih sama maka kedudukan akan ditentukan


berpandukanPERBEZAAN GOL (GOAL DIFFERENCE) bilangan gol yang
dijaringkan tolak bilangan gol diterima.

Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan Gol


Terbanyak akan dikira menang.

Jika kedudukan masih sama, maka pasukan yang


telah MENGALAHKAN LAWANNYA di peringkat kumpulan akan dikira
pemenang.

Jika masih sama, kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan


pukulan penalti strok

Jika lebih dari 2 pasukan terlibat, maka pertandingan pukulan penalti


strok melibatkan pasukanpasukan yang berkenaan dijalankan secara liga.

Kedudukan akan diputuskan berpandukan pemberian mata seperti


berikut
i.

Menang

ii.

Seri

iii.

Kalah

- 3 mata
- 1 mata
- 0 mata

Jika kedudukan masih sama, keputusan akan dibuat berpandukan


peraturan 6.3, 6.4, 6.5 dan 6.6.

4.2.11 Sistem Pukulan Penalti Strok

i.
Pengadil akan menentukan pintu gol mana pukulan
penalti hendak dijalankan
ii.
Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang
menang akan membuat pilihan sama ada memulakan pukulan penalti atau
bertahan dahulu
iii.
Lima (5) pemain dari kedua-dua pasukan akan
mengambil pukulan penalti berselang-seli terhadap Penjaga Gol pasukan
lawan.
iv.
Jika jaringan penalti strok masih sama, permainan
akan dilanjutkan degan cara tamat serta-merta (Sudden Death)
v.
Pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh
mengambil bahagian dalam pertandingan pukulan penalti strok kecuali
pemain-pemain yang telah digantung (Players on Permanent or Temporary
Suspension)
vi.
Pengurus Pasukan akan menentukan susunan
pemain yang akan mengambil pukulan penalty strok bagi pasukan masingmasing
vii.

Penjaga Gol tidak boleh ditukarkan kecuali jika ianya

cedera
viii.
Penjaga gol simpanan boleh menggantikan Penjaga
Gol yang cedera itu semasa pukulan penalty strok dijalankan.

4.2.12 Bantahan
i.
Bantahan secara lisan hendaklah dibuat terlebih dahulu
kepada Pegawai Teknik bertugas dalam tempoh 10 minit tamatnya sesuatu
perlawanan berkenaan oleh pegawai pasukan yang didaftarkan. Bantahan
secara bertulis dengan wang cagaran sebanyak yang telah ditetapkan oleh
Pengelola Kejohanan dan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan atau
wakilnya dalam masa 30 minit selepas bantahan lisan dibuat. Wang cagaran
tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan berasas dan ditolak oleh Juri
Rayuan.
ii.
Keputusan bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa
Teknik kepada semua pihak dan pegawai pertandingan selepas Juri Rayaun
bersidang

iii.

Keputusan yang diberikan oleh Juri Rayuan adalah

muktamad.

4.2.13 Pakaian
i.
Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftarkan 2 pasang
Jersi yang berlainan warna dan bernombor 1 hingga 18 tiap-tiap satu set.
Jersi semua pemain hendaklah bernombor di hadapan dan belakang.
ii.
Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor
baju yang dipakainya di sepanjang pertandingan ini tanpa mengira apa jua
kedudukan pemain tersebut akan bermain. Nombor baju hendaklah
dinyatakan di sebelah nama pemain di dalam senarai pendaftaran.
iii.
Jika kedua-dua pasukan memakai jersi berwarna yang
sama, maka satu pasukan mestilah menukar jersinya. Pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam Jadual Pertandingan dikehendaki menukar
jersinya
iv.
Pemain-pemain bagi semua peringkat umur (lelaki dan
perempuan) diwajibkan memakai shin guard.
v.
Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada
Pegawai Teknik 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan
vi.
Jika ada pemain yang memakai / menggunakan leotards
warnanya mestilah sama dengan seluar atau stokin yang dipakai
vii.
Jika ada pemain perempuan memakai skaf, ia mestilah
sama dengan warna jersi atau berwarna hitam tanpa mempunyai corak iaitu
plain colour sahaja
viii.
Pemakaian topi, pengikat kepala (headband) dan skaf
tidak dibenarkan untuk pemain lelaki.

4.2.14 Gelanggang
i.
Gelanggang permainan pertandingan hoki MSSS akan
mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh RULES OF THE GAME OF
HOCKEY sebagaimana yang ditetapkan oleh THE INTERNATIONAL
HOCKEY RULES BOARD
ii.
Pertandingan hoki bawah 18 tahun lelaki dan perempuan
serta pertandingan hoki bawah 12 tahun lelaki dan perempuan akan diadakan
di padang turf.

iii.

Tempoh masa bagi satu perlawanan adalah seperti

berikut:

Peringkat Umur

Jumlah Masa
Perlawanan

Masa

B 18 tkb Lelaki &


Perempuan

25 minit setiap separuh


masa dan rehat 5 minit

25 : 5: 25

B 12 tkb Lelaki &


Perempuan

20 miit. setiap separuh


masa dan rehat 5 minit

20 : 5 : 20

iv.
Dalam perlawanan klasifikasi, penentuan pemenang
dalam perlawanan akhir akan dibuat dengan menambah tempoh masa
perlawanan sebagaimana di bawah setelah berehat lima (5) minit Pengadil
perlawanan akan mengadakan undian bersama kedua-dua ketua pasukan
untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan perlawanan:-

Peringkat Umur

Masa Tambahan

Pecahan

B 18 tkb Lelaki &


Perempuan

15 minit

(7-1- 7)

B 12 tkb Lelaki &


Perempuan

10 minit

(5 5)

v.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa tambahan,
perlawanan akan tamat apabila salah satu pasukan menjaringkan gol.
Pasukan yang menjaringkan gol itu akan digelar pemenang dalam
perlawanan tersebut (Golden Goal Rule)
vi.
Sekiranya keputusan masih seri selepas tempoh masa
tambahan, satu pertandingan pukulan penalti strok akan diadakan (Lihat
Peraturan 5.11) bagi mendapatkan pemenang perlawanan tersebut.

4.2.15 Kelewatan
i.
Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15
minit sebelum masa yang telah ditetapkan bagi sesuatu perlawanan.

ii.
Pasukan yang terlewat diberi tempoh 10 minit selepas
masa yang ditetapkan untuk turun ke padang. Jika pasukan itu masih tidak
hadir, kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan yang hadir.
iii.
pertandingan

Kelewatan ini hanya dilayan sekali sepanjang

4.2.16 Menarik Diri


i.

Rujuk Peraturan Am MSSM ( 11 ).

ii.
Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah
kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan
yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan
dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya.

5.0

PENGURUSAN KESELAMATAN

5.1

Sebelum

i. Memberi taklimat kepada para peserta supaya


gambaran dan persediaan awal dapat dilakukan.

ii. Urusetia perlu memaklumkan kepada pihak


tertentu dengan menulis surat menyurat bagi mendapat keizinan atau ingin
perkhidmatan keselamatan.

iii. Aspek yang perlu diterangkan kepada para


peserta semasa taklimat antaranya ialah peralatan yang perlu dibawa,
pakaian, ubatan peribadi, dan tingkah laku semasa pertandingan

iv. Surat kebenaran penjaga, pengangkutan,


tentatif program, keselamatan dan maklumat yang perlu harus diketahui oleh
para peserta.

v. Penyerahan bendera juga boleh dilakukan


kepada ketua pasukan untuk digunakan semasa pertandingan atau
perkhemahan.
5.2

Semasa

i.
Memastikan tempat dan peralatan aktiviti
selamat digunakan oleh peserta atau pegawai.
ii.
Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa
berada di tempat pertandingan.
iii.

Memastikan semua peserta melaporkan diri

iv.

Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti

kepada urusetia.
atau pertandingan.
v.
Memastikan langkah-langkah keselamatan
diaplikasikan semasa aktiviti.
vi.
dijalankan.

5.3

Selepas

Mematuhi peraturan bagi setiap program yang

i.
liar.

Membersihkan kawasan yang digunakan dan selamat dari binatang

ii.
Memastikan peralatan yang dipinjam/ digunakan berada dalam
keadaan baik.
iii.
Semua peralatan yang dipinjam perlu dipulangkan dalam keadaan
yang baik.
iv.
Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan, dan laporan-laporan
lain jika difikirkan perlu.
5.4

Langkah-langkah Keselamatan

6.0

PENUTUP

Manual ini ditulis khusus untuk guru-guru yang kurang berpengalaman, guruguru pelatih dan individu yang mencari panduan komprehensif untuk
permainan hoki bagi membolehkan mereka menjadi guru atau jurulatih dalam
mengelolakan
pengajaran dan pembelajaran khususnya Pendidikan Jasmani di sekolah.
Manual latihan ini, berbentuk teknikal dan ansur maju serta tumpuan kepada
kaedah untuk merancang dan mengelolakan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani atau kejurulatihan. Manual ini juga memberi pand uan
kepada guru-guru yang mengendalikan kelas ganti jika seseorang guru
Pendidikan Jasmani menjalankan tugasnya di luar.
Beberapa aspek permainan hoki telah dirangkumkan di dalam manual ini,
iaitu
daripada sejarah hoki, tujuan, objektif, kemahiran hoki ( mengelecek,
hantaran/pukulan, menyerkap dan menolak ), memanaskan badan, gerak
kendur, aktiviti pemulihan, aktiviti pengayaan dan permainan kecil.
Kami berharap penyusunan manual ini dapat memberi petunjuk dan
bimbingan
serta dapat digunakan sepenuhnya oleh para guru dan individu tertentu.
Selaras dengan Wawasan 2020 negara dan kemajuan permainan hoki di
Malaysia, kami merasakan adalah penting para belia hari ini mula mengambil
bahagian dalam sukan di bawah pimpinan guru dan jurulatih yang cekap dan
mempunyai perancangan yang luas. Semoga mereka mendapat manfaat
daripada manual ini. Ini merupakan satu sumbangan kecil kami kepada
perkembangan hoki negara.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Noor Zayana Binti Mohamed Hanafiah

Nurul Zuriany Binti Azmi


Siti Nurulhidayu Binti Sadudi
DPLI-SR PJK2

RUJUKAN
a)

Buku

Ab. Alim Abdul Rahim. (2004) Kursus Perguruan Lepas Ijazah: Pengurusan
Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul Latihan


Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Hoki Sekolah
Rendah. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b)

Internet

Diakses pada Ogos 26, 2012,


http://www.slideshare.net/kokurikulumbainun/pengelolaan-pertandingan

Diakses pada Ogos 21, 2012


http://www.scribd.com/doc/50504210/SISTEM-KALAH-MATI

Diakses pada Ogos 20, 2012,


http://sueteckhua.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/panduanteknik
alperaturanbas2004ipoh.htm

Di akses pada ogos 20,


2012,http://www.smkpp14.net/web_documents/peraturan_permainan_hoki.pdf

Anda mungkin juga menyukai