Anda di halaman 1dari 5

Kursus Ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan 2015

NOTA 1 - KAEDAH BERPATROL


Pergerakan Pengakap ditubuhkan oleh Lord Baden Powell dalam bukunya Scouting
For Boys pada 1907, yang menggalakkan kanak-kanak lelaki bersama-sama dalam
satu "kumpulan kecil"dan cuba melakukan idea-idea yang terdapat dalam buku yang
diterbitkan itu. Itulah yang dimaksudkan dengan PATROL iaitu kumpulan sekawan
yang kecil. Apabila pengakap berkembang, kumpulan tersebut akan bersama-sama
dibawah seorang dewasa sebagai penasihat-pasukan pengakap dan kumpulan yang
kemudian, daerah, linkungan dan sebagainya berkembang untuk mengendalikan
organisasi yang luas supaya dapat menonjol.
1. Anggota patrol berasa mereka dimiliki-mereka mempunyai tempat dimana ia
adalah kepunyaan mereka dan mereka dialu-alukan - disini wujudnya
semangat patrol.
2. Patrol adalah kaedah organisasi dan pengawalan manusia yang unggul seperti
sekumpulan yang kecil dengan seorang yang akan memastikan semua perkara
dilaksanakan dengan betul.
3. Satu kaedah mengajar manusia yang unggul seperti ketua yang menurunkan
ilmunya kepada anak-anak buahnya dan memastikan mereka dapat latihan.
4. Ia membekalkan peluang untuk melatih kepimpinan-setiap orang akan
mendapat peluang.
5. Setiap orang mempunyai peluang untuk bercakap kerana ia adalah sebuah
bentuk demokrasi. Jika kamu tidak memberikan tanggungjawab pada setiap
ahli, galakan dan kepimpinan anda,patrol anda akan gagal. KEJAYAAN akan
datang perlahan-lahan melalui keazaman anda untuk menjadikannya berjalan
lancar.
NOTA 2 - SEMANGAT BERPATROL
Semangat berpatrol bukanlah sesuatu yang boleh anda beli dan simpan untuk
kegunaan anda apabila anda memerlukannya seperti beg, khemah, untuk
menggembara. Ia adalah sesuatu yang istimewa untuk adanya patrol.
Semangat berpatrol adalah sesuatu yang istimewa didalam setiap diri ahli pengakap
yang hadir apabila anda bermain sesuatu permainan mendirikan khemah atau hanya
duduk untuk malam pengakap - ia adalah perasaan yang sungguh bagus keseronokkan
bekerjasama dan melakukan sesuatu bersama-sama.
Semangat berpatrol adalah "perasaan" saya berbangga menjadi salah seorang daripada
pasukan.
Ia dipanggil "esprti de corps"- sekali anda mendapat anda akan ketahui
Sebuah patrol dengan semangat berpatrol yang baik ialah satu kumpulan yang mana
sangat menyeronokkan-berada bersama-sama dalam kumpulan, melakukan tugasan
pengatap bersama-sama, belajar antara sama lain dan saling tolong menolong.

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian

Kursus Ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan 2015

NOTA 3 - CARA-CARA UNTUK MENYUNTIK SEMANGAT BERPASUKAN


DALAM KUMPULAN.
KETUA PATROL yang mempunyai banyak idea dalam menjalankan aktiviti dan
mempunyai organisasi yang tersusun adalah faktor utama dalam membangunkan
semangat berpasukan.
1. Kumpulan patrol mestilah menjalankan tugas secara bersama-sama. Lakukan
secara perasaan berpasukan.
2. Mesti wujudkan semangat berbangga terhadap tradisi,budaya patrol kita.Patrol
mesti mempunyai dan digunakan selalu : nama, panggilan, jeritan atau lagu,
tandatangan, skill, bendera dan lencana, sudut/tempat, buku log, peralatan,
tugasan dan pakaian seragam.
3. Setiap ahli patrol mestilah tahu antara satu dengan lain. Semangat pengakap
bukannya datang semula jadi,semangat ini dibina melalui aktiviti bersama
dalam pengakap seberapa kerap yang boleh, anda, Ketua Patrol hendaklah
membina semangat kerja berkumpulan dalam patrol anda. Semangat patrol
akan wujud daripada kepimpinan anda yang baik, semangat, minat dan
teladan.
NOTA 4 - DAYA KEPIMPINAN - TUGAS KETUA PATROL
KETUA PATROL dalam pasukan pengakap memainkan peranan penting dalam
menjayakan prosedur patrol. Ketua patrol mestilah tahu bagaimana untuk
mendapatkan dan memberikan maklumat,menjelaskan tentang patrol, mengajar,
merancang, memberi arahan dengan cara yang baik serta sentiasa menyuarakan
persetujuan yang sewajarnya.
KEPIMPINAN
Sesetengah orang dilahirkan untuk mmemimpin.walaubagaimanapun, ketua atau
pemimpin yang baik akan dilahirkan melalui latihan yang dijalankan. Sesiapa yang
tidak belajar untuk berkhidmat, tidak boleh belajar untuk memimpin.
Ketua patrol mempunyai dua kali ganda tanggungjawab iaitu memimpin kumpulan
atau pasukan dan membantu mereka dalam patrol untuk berkembang tetapi dalam
masa yang sama ketua tidak boleh mengabaikan perkembangan diri. Pemimpin harus
memperbaiki diri, bekerja keras untuk mendapatkan taraf dan kedudukan disekolah,
memperbaiki taraf seseorang pengakap dan berkhidmat pada patrol.
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK
Berani, jujur, setia, lucu, berkeyakinan, bertenaga, tetapi berpendirian, penceramah,
berilmu, penuh keazaman. Ketua bukan seorang BOSS! Ketua mempunyai keupayaan
untuk mengarahkan ahlinya melakukan sesuatu mengikut arahan. Ahlinya akan
membuat sesuatu mengikut "kemahuan" sendiri bukan kerana mereka harus
melakukan sesuatu.

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian

Kursus Ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan 2015

Dia adalah seorang yang patuh, taat kepada orang atasannya. Dia adalah seorang yang
betul dalam memakai pakaian seragam, kekemasan dan sebagainya. Dia seorang yang
bersemangat tentang sesuatu perkara yang ingin dilakukannya dan memberi contoh
yang baik.
Ketika memberi arahan:

elakkan memberi arahan yang tidak terlatih,untuk memaksa dalam beberapa


cara
elakkan arahan yang tidak berfaedah
bersopan memberi arahan
elakkan memberi arahan yang tidak jelas

Beberapa Larangan - Sebagai ketua patrol jangan

memperolok-olokkan seseorang dihadapan orang lain


menghukum
mengharapkan sesuatu
mengeluarkan pemberitahuan kesalahan pada masa itu

APA YANG PATUT SESEORANG KETUA PATROL LAKUKAN

hidupkan undang-undang pengakap


belajar sebanyak yang mungkin tentang tugas anda
membekalkan cabaran perkara yang berfaedah
aktiviti yang menyeronokkan perjumpaan patrol
mewakilkan setiap ahli kerja
sentiasa maju kehadapan
layak untuk membawa patrol xpdc dan perkhemahan
pakai uniform anda dengan betul dan kemas.
bekerjasama dengan semua kumpulan

NOTA 5 - BAGAIMANA MENINGKATKAN PATROL ANDA?


ANDA adalah contoh kepada ahli anda. Penting untuk Ketua Patrol maju ke depan
daripada ahli-ahlinya. Kemajuan dalam lencana adalah sebahagian daripada agenda
setiap perjumpaan mereka. Mesti ada progres dalam kejayaan. Ketua Patrol hendaklah
berpengetahuan, secara teori dan praktikal dan lulus serta mendapat lencana.
Dengan menyediakan carta peningkatan yang kemaskini disatu sudut dan memberi
galakan serta kerap membuat perjumpaan untuk menentukan ujian/lencana yang perlu
mereka lulus.
Bagaimanakah seorang pengakap bersedia untuk ujian lencana?
Menerima arahan dari kumpulan pengakap dan ketua sebagai sebahagian daripada
perancangan program pasukan atau mesyuarat patrol atau pengakap yang pakar dalam
program di padang.
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian

Kursus Ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan 2015

BUKU-BUKU DAN PERALATAN PATROL


BUKU LOG mengandungi peristiwa dalam bentuk diari, tentang apa yang dijalankan
oleh patrol samada berkumpulan atau individu. Ia mengandungi gambar, keratan, peta,
perhiasan, lukisan, rumusan dan lain-lain. Ini adalah buku yang paling penting oleh
mana-mana patrol dan ia mesti sentiasa ada perkembangan dan sekemas yang
mungkin.
Buku minit dewan patrol mengandungi semua isi yang ringkas tentang majlis patrol,
majlis mesyuarat.
Buku kedatangan patrol. Buku rekod kedatangan patrol adalah untuk merekod
kedatangan ahli-ahli dalam kumpulan ketika mesyuarat, penggembaraan,
perkhemahan, majlis dan lain-lain.
Keperluan asas patrol - anda mestilah mempunyai kotak atau almari yang berkunci
dengan lambang kumpulan yang diletak diatasnya. Ketua Patrol atau pengawas stor
mestilah memegang kunci tersebut: Misalnya segulung tali, bola tenis, wogel, pensel,
buku nota, kertas skrap, pembalut tangan segitiga, kapur tulis, pembaris, pin, mesin
peralatan, mancis, lilin, pengilat kasut, berus benang.
Sudut Patrol dihias dengan cantik,lambang yang berwarna, kotak/almari berwarna
sejarah patrol, mempamerkan kejayaan, cenderahati dan lain-lain
carta yang kemaskini, no telefon, kecemasan, nama-nama ahli
praktikal, tempat kotak, papan kenyataan, bangku dan lain-lain
NOTA 6 - MAJLIS KETUA-KETUA PATROL
Apakah badan Majlis Ketua-Ketua Patrol?
Majlis Ketua-Ketua Patrol adalah mesyuarat atau pertemuan diantara pemimpin troop
dengan ketua patrol dan penolongnya. Ia umpama otak yang memberikan panduan
dalam keseluruhan troop tersebut. Penemuan ini menetapkan soal-soal
tanggungjawab, kepimpinan, disiplin dan bagaimana terup menjalankan dan
memastikan nama baik mutu kepengakapan terjamin.
Siapakah ahli-ahlinya?
Ketua Troop, Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol. Pemimpin hanya memberi
nasihat, cadangan dan tunjuk ajar.
Apakah yang dibuat oleh Majlis Ketua-Ketua Patrol?
Ia membincang dan merancang aktiviti troop, mesyuarat, perkhemahan, mendaki
gunung, khidmat masyarakat, sesi bersama ibubapa, projek khas, disiplin, sistem
mata, tabung troop, kemajuan pengakap, uniform troop, dan lain-lain. Tugas
diagihkan dengan balasan laporan serta kemajuan. Selain itu pemimpin boleh
menggunakan majlis ini untuk melatih ketua-ketua patrol dalam sesi latihan.

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian

Kursus Ketua Patrol dan Ketua Enam Sekawan 2015

Kredit sumber bahan : Tn. Hj. Ibrahim Bin Abdullah - ASC Negeri Johor (Pengerusi Latihan)

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pontian

Anda mungkin juga menyukai