Anda di halaman 1dari 66

TILAWAH DAN HADIS

TINGKATAN 4

BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Intisari ayat
Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil
iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana
tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran
dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih.
Nikmat kurniaan Allah:
iman
Islam
kesihatan tubuh badan

akal fikiran
Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati
Sentiasa ingat Allah
Merendah diri terhadap kekuasaan-Nya
Lidah
Ucap Alhamdulillah
Baca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badan
Guna nikmat ke arah kebaikan
Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya
Kemusnahan kaum Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman
mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s.
Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung
memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi
mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s
pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa
bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan
amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri

mereka
1. Sebab umat terdahulu dibinasakan
2. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
3. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
4. Melakukan kemungkaran dan maksiat
5. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
Tugas manusia sebagai khalifah
beribadat kepada-Nya
menegakkan agama Islam
melaksanakan amar makruf nahi mungkar
membangun dan mengurus alam dengan baik
berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
manusia mesti bersyukur nikmat Allah
orang tidak bersyukur diazab Allah

BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU

Tujuan Allah mengutuskan Rasul (peranan Rasul)


Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman
kepada Allah
Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagian manusia
Mengajar / menunjuk cara ibadat yang betul
Mendidik manusia supaya berakhlak mulia
Mengajar cara hidup bermasyarakat harmoni

Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan


azab untuk yang ingkar
Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekal
Bahagian alam ghaib
Hanya diketahui Allah seperti masa berlakunya kiamat,
rezeki, bentuk kejadian manusia
Perkara yang telah berlaku seperti kisah Nabi, kemusnahan
umat yang derhaka kepada Allah
Suatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera
seperti malaikat, syaitan
Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa,
Dajjal
Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian
seperti jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat / jenis logam
yang berharga di dalam bumi
Tugas manusia
Mencari kurniaan untuk akhirat
Berusaha mendalami ilmu pengetahuan
Memiliki kemahiran
Melaksanakan perintah wahyu
Pengajaran ayat
Rasul merupakan penyampai wahyu
Wajib mentaati Rasul
Nabi / Rasul manusia pilihan Allah
Kita hendaklah berfikir berlandaskan wahyu
Contoh Soalan
1. Jelaskan tiga hikmat Allah mengutuskan para rasul walaupun
manusia telah dikurniakan akal.
2. Kategorikan perkara-perkara ghaib serta contoh.

3. Mengapakah rasul dilantik dari kalangan lelaki?


4. Mengapakah manusia perlu berfikir berpandukan wahyu?
5. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat diambil dari ayat di
atas.
6. Jelaskan dua perbezaan di antara wahyu dengan akal.
7. Senaraikan tiga ciri-ciri orang yang beriman dengan wahyu
Allah.

BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Intisari ayat

terdpt beberapa gol manusia mempermain dan mempersenda


agama mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan
hidup dunia dan mengutamakan dunia daripada laksanakan
perintah Allah
Huraian ayat
mempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau
perbuatan yang merendahkan martabat Islam
Perbuatan mempersenda agama
bangga melanggar perintah Allah
hina gol brtaqwa
menyanjung maksiat
melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakat
Golongan mempersenda agama
musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama
tauhid
munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan
keislaman
murtad: keluar agama Islam
Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah
Akibat mempersenda agama
akidah rosak

mendapat balasan azab di akhirat


jiwa menjadi resah gelisah
segala kebaikan menjadi sia2
Tuntutan memelihara agama
melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya
melakukan amal solah dan berakhlak mulia
menentang kemungkaran
melahir nilai keislaman dalam masyarakat
Akibat tidak memelihara agama
umat Islam mundur dan ketinggalan
Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain
maksiat berleluasa
umat Islam tidak dihormati dan disisih
Harta kekayaan dan pangkat sebagai ujian
harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang
dijadikan ukuran taraf seseorang
Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan
harta tersebut halal dan berdasarkan prinsip Islam
umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat
kebahagiaan dunia dan akhirat

Pengajaran ayat
umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa
Islam bukan satu alat kepentingan peribadi
orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan
seksaan pedih di akhirat

BAB 4 : HIDAYAH MILIK ALLAH

Pengertian Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah yang diberikan


Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menuju ke
jalan yang benar
Mengapa manusia wajib memohon hidayah
1.
2.
3.
4.

Mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Cara untuk memohon hidayah
Menghayati perintah agama
Berakhlak mulia

Kesan hidayah kepada manusia


1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada yang
beriman.
2. Peningkatan ketara dalam beribadah
3. Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan
mungkar.
4. Rasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan
menjauhi perbuatan mungkar
5. Tetap beriman walaupun disiksa atau diberi tawaran

kesenangan.
6. Terdorong melakukan tugasan amar makruf nahi mungkar
Pengajaran ayat
1. Kita wajib menjaga kesucian agama Islam
2. Agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan
tertentu.
3. Orang yang mempersendakan agama akan menerima azab
yang pedih
4. Wajib menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah
diri dan agama Islam.
Contoh Soalan
1. Nyatakan maksud hidayah.
2. Jelaskan tiga cara untuk mendapat hidayah Allah.
3. Huraikan kesan orang yang mendapat hidayah Allah.
4. Senarai tiga perbezaan sikap antara orang yang mendapat
hidayah dan tidak mendapat hidayah.
5. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari ayat di
atas.

BAB 5 : AQIDAH TERAS KEHIDUPAN

Matlamat hidup muslim ialah melakukan ibadah semata, untuk


mendapatkan keredhaan Allah.
Tugas dan tanggungjawab manusia
1. Diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.
2. Membina kekuasaan di bumi untuk menjalankan perintah
Allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri

kepada Allah.
3. Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan
spiritual dan material untuk membentuk negara maju, hidup
dalam kemakmuran.
Pengajaran ayat
1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah.
2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada
hambanya.
Contoh Soalan
1. Terangkan tiga tugas manusia sebagai khalifah Allah di atas
muka bumi.
2. Huraikan dengan ringkas mengapakah para rasul dan
sahabatnya dimuliakan oelh Allah.
3. Jelaskan sifat-sifat manusia yang dimurkai oleh Allah.
4. Huraikan implikasi ingkar melaksanakan perintah Allah.

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Intisari Ayat
Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat
dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia ,
mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah,
menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal
di dlmnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai

kejayaan (al-Falah) dunia dan akhirat


Huraian Ayat
Ciri-ciri mukmin berjaya
beriman kepada Allah
solat dengan khusyuk
menjauhi perkara keji dan sia-sia
keluarkan zakat
jaga kehormatan diri
tunai amanah dan janji
jaga waktu solat
Khusyuk Dalam Solat
Khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan
tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata
kerana Allah
Cara khusyuk dalam solat
mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
memahami maksud ayat dan lafaz
menumpukan pandangan ke tempat sujud
tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan

menunaikan solat dengan ikhlas


solat dengan tidak tergesa-gesa
Mengeluarkan Zakat
Peranan zakat dalam masyarakat
membangunkan ekonomi
memberi biasiswa kepada pelajar
membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan
memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat
Menjaga Kehormatan Diri
Menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri
daripada perbuatan yang dilarang Islam
Cara jaga maruah diri
tutup aurat dengan sempurna
jauhi zina dan pergaulan babas
hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti
rasuah dan penipuan
amal akhlak mulia
Memelihara Amanah Dan Menepati Janji
orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan
munafik

tanda-tanda munafik
bercakap bohong
mungkir janji
pecah amanah
melampaui batas ketika bertengkar
Menjaga Waktu Solat
cara menjaga waktu solat
kerjakan solat apabila masuk waktu
menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan
fikli (perbuatan)
bersungguh-sungguh tunaikan solat
Pengajaran Ayat
solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas
kerana solat tiang agama
umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan
diri setiap masa
menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang
mencerminkan peribadi Muslim

BAB 7 : NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Intisari Ayat
Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah,
tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa,
mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan
kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln.
Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak
Huraian Ayat
Luqman ialah hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa
beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan,
kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan
kedudukan yang tinggi
beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau.
Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada
manusia
Nasihat Luqman kepada anaknya
1. jgn meakukan syirik
2. berbuat baik kepada kedua ibu bapa
3. bersabar terhadap bala bencana
4. jgn bersombong
5. melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
6. menunaikan solat
Tidak Melakukan Syirik
syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah

dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau
perbuatan-Nya
syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal
iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka
Bahagian syirik
1. syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala,
sembah pokok dan puja kubur
2. syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti
percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur
Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
Sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh
kasih sayang
bapa cari nafkah untuk anak
sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
Contoh beradab dengan ibu bapa
merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
dengar nasihat mereka
mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam

sentiasa menggembirakan mereka


orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan
baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan
dapat azab di akhirat
Menunaikan Kebaikan
setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain
kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan
kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia

Tegahan Bersifat Sombong


Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis
serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain
kita perlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar
pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati
terbuka
Menghadapi Bencana
Kepentingan sabar
memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
reda hadapi dugaan dan ujian Allah
melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguhsungguh
tidak mudah dihasut syaitan

Pengajaran Ayat
Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi
seluruh umat manusia
Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu
bapa
umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa
dalam pergaulan

HADITH
TINGKATAN 4
TAJUK : HADITH (MAKANAN YANG BAIK)

Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram


1.
2.
3.
4.
5.

Menjaga kesihatan badan


Memelihara kewarasan akal
Dimakbulkan doa
Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
Menjauhkan diri daripada seksa neraka

Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah


ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa
Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram
1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja
2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
3. Makan atau minum bukan untuk kenyang

Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam


keadaan darurat
1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu
yang berharga
2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan

memudahkan umatnya.
Pengajaran hadith
1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau
minuman yang halal dan bersih.
2. Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram.
3. Allah tidak menerima doa hambaNya yang mengambil
makanan atau minuman yang haram.
4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan
sesuai.
Contoh Soalan
1. Jelaskan tiga hikmah memakan makanan yang halal.
2. Terangkan ciri-ciri makanan yang halal dan haram.
3. Islam mementingkan makanan yang berkhasiat dan halal
Jelaskan tiga akibat mengabaikan tuntutan tersebut.
4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari haditj di
atas.

TAJUK : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Sifat-sifat umat Islam yang menghalang kemajuan


1.
2.
3.
4.
5.

Dengki (al-hasad)
Benci-membenci (al-ghadhab)
Menipu (al-najasy)
Berpaling muka
Jual beli (diatas jualan orang lain)

Sebab umat Islam haram bersifat hasad, menipu, berdusta dan


membenci
1. Perbalahan dan permusuhan dalam persahabatan
2. Suka melihat orang lain susah
3. Mementingkan diri sendiri
Cara memupuk perpaduan
1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat
2. Mengamalkan sikap tolong-menolong dan saling
bekerjasama
3. Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan
budaya mereka
4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan
masyarakat
5. Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan kunjungmengunjung
6. Bersikap patriotik dan sayangkan negara.

Pengajaran hadith
1. Semua orang Islam bersaudara
2. Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan
negara
3. Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua
rakyat
4. Sifat dengki-mendengki akan menghancurkan ukhwah
islamiyyah
Contoh Soalan
1. Senaraikan larangan-larangan yang terdapat dalam hadith.
2. Jelaskan tiga sebab larangan berhasad dengki berdasarkan
hadith di atas.
3. Huraikan tiga akibat mengingkari larangan berhasad dengki
dan benci membenci.
4. Jelaskan tiga langkah untuk menyatupadukan ummah.

AKIDAH

BAB 10 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Pengertian Iman
iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli
sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui
dengan lidah dan beramal dengan anggota
Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
membentuk keperibadian Muslim sejati
berani tegakkan kebenaran
sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
pencetus semangat jihad
Perkara Yang Membatalkan Iman
1. syirik
2. kufur
3. riddah
4. khurafat
5. sihir
6. nifak

Syirik
syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat
dan perbuatan-Nya
syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau
permintaan kepada sesuatu selain dari Allah
Bahagian syirik
1. Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti
sembah berhala dan sebagainya
2. Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak
dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya
kepada tangkal, riak, ujub, takbur

Kufur
kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta
mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. orang yang melakukannya adalah kafir
Bahagian Kufur
1. Kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan
menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak
mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang
ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang
masa
2. Kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai
pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-

Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan


zakat/sedekah dan sebagainya

Faktor Kufur
pegangan agama lemah
terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan
kebebasan
terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan
agama
kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup
melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan
hidup

Riddah
riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama
Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
2. perkataan: mengisytihar keluar Islam
3. perbuatan: menganut agama selain Islam
Faktor Riddah:

lemah pegangan agama


jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
terpengaruh dengan tawaran kebendaan
tidak bimbingan memahami Islam
Kesan Riddah
perkahwinan terbatal
haram menerima harta pusaka daripada waris beragama
Islam
hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
menjadi penghuni neraka selama-lamanya
Cara Menangani Orang Murtad
memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada
Islam
memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia
golongan muallaf
melaksanakan hukum hudud (bunuh)
Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan
berpecah-belah
menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian

Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya

Khurafat
khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang
bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan
kepada pemakainya
membuang anjak bagi menghalau hantu
mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah
atau sial
mempercayai kubur yang dianggap keramat
Faktor Khurafat Masih Berterusan
iman kurang matap terhadap Allah
terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan
khurafat
ambil langkah mudah cepat kaya
wujud tempat pemujaan khurafat
Cara Mengatasi Khurafat
menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat

memberi kesedaran tentang keburukan khurafat


mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap
keramat
Kesan Buruk Khurafat
menyebabkan syirik dan terbatal iman
membazir masa, tenaga, harta
masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
menyekat akal berfikir logik dan sistematik

Sihir
sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus
melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan
jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan
mengelirukan manusia
Akibat Sihir
merosakkan akidah dan membatalkan iman
memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
membazir wang, masa, tenaga

Nifak
nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan
sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang
melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik
1. bercakap bohong
2. khianat apabila diberi amanah
3. mungkir janji
4. melampaui batas apabila bertengkar
Akibat Buruk Munafik
menghilangkan sikap percaya-mempercayai
melemahkan perpaduan masyarakat
menghancurkan kekuatan umat Islam
menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

Bab 11 Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan


Allah

Dosa-dosa besar
Pengertian Dosa
Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan
Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah
digelar Asi.
Dua Jenis Dosa:
Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di
dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan
hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti
bercakap yang sia-sia
Faktor Manusia Melakukan Dosa
terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat

ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama


angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang
dimiliki
memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari


Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
melawan percakapan mereka
meniggikan suara ketika bercakap
tidak dengar nasihat dan teguran mereka
melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri
sendiri dan memudaratkan orang lain
berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu
maklumat
menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan
seperti memalsukan dokumen

Mencuri Dan Merompak

mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi


yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman
hududnya dipotong tangan
merompak ialah mengambil hak orang lain secara
kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa
izin

Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak


masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
dipandang hina oleh orang
dipulau dan disisihkan masyarakat
timbul pergaduhan dan permusuhan
negara tidak aman dan tenteram

Makan Riba
riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran
dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang
dan sebagainya
Jenis Riba
Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang
yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana

menangguhkan tempoh bayaran


Hikmah Pengharaman Riba
membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
mewujudkan kestabilan ekonomi
melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
mencegah sifat pentingkan diri sendiri

Makan Harta Anak Yatim


anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa
sebelum umur baligh
menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila
dewasa
mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan
silaturahim
mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta

Lari Dari Medan Perang


perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan
kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan
menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
Akibat Lari Dari Medan Perang
dipandang hina
umat Islam ditindas
balasan neraka
merendah martabat agama dan umat

Mengumpat Dan Memfitnah


mengumpat bererti mengata atau menceritakan
keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh
menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang
tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
ingin lihat orang menderita dan susah
tidak mahu mengakui kelebihan orang

takut persaingan hidup


sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
dibenci dan dipandang hina
berlaku pergaduhan dan permusuhan
masyarakat Islam mundur
hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
menyemai kasih sayang sesama Islam
reda dengan ketentuan Allah
sentiasa muhasabah diri
meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal
soleh

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat


Minum Arak Dan Menagih Dadah
arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat
daripada buah yang diperam
Faktor Minum Arak
arak mudah didapati
terpengaruh dengan rakan yang liar
tiada penguatkuasaan undang-undang
dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan
menghilangkan daya fikir seseorang
hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah

menjaga kewarasan akal fikiran


elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
kekalkan kesihatan fizikal dan mental
mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan
sebagainya
Langkah Pencegahan
mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak
terlibat
iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
kempen tentang bahaya arak dan dadah
amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti
kemasyarakatan, riadah
Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
membazir wang, masa, harta
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
terdedah kepada jenayah
lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
menjadi mundur dan tidak tenteram
banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat

pemulihan
hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan
masyarakat
terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
Zina
zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki
dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
kurang pendidikan agama
pergaulan bebas lelaki dan perempuan
mengunjungi tempat maksiat
membaca dan menonton bahan lucah
Kesan Zina
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin)
direjam hingga mati

penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan

Menuduh Zina (Qazaf)


menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang
saksi yang adil
hukumannya 80X sebatan
Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
berakal
baligh
atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
mengetahui haramnya qazaf
bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Liwat Dan Musahaqah


liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki
(homoseks/gay)
musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan
perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
terpengaruh dengan budaya liar

membaca dan melihat bahan lucah


tiada undang-undang tegas
kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah
institusi perkahwinan runtuh
dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
dapat balsan azab di akhirat
maruah diri, masyarakat, agama tercemar

Membunuh Diri
melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh
daripada jasad sendiri
Punca Bunuh Diri
kecewa dengan rahmat Allah
anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap
masalah
tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
Cara Mengatasi Bunuh Diri
hendaklah yakin dengan rahmat Allah

berusaha memajukan diri dengan syariat Islam


memberi pendidikan agama sejak kecil
mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat
adalah kekal abadi

BAB 12 : TUNTUTAN TAUBAT


Tuntutan Taubat
taubat ertinya kembali semula taat kepada Allah setelah
menyesal melanggar perintah-Nya.
Syarat-syarat Taubat
menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera
berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut
memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusia

Hikmah Taubat
memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke
jalan Allah
memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat
mendapat keampuan serta petunjuk Allah

IBADAT
TINGKATAN 4
TAJUK : HAJI
Sunat Haji
1. Mandi ketika hendak ihram di miqat
2. Sembahyang dua rakaat sebelum niat ihram
3. Memakai pakaian ihram berwarna putih
4. Memotong kuku
5. Membanyakkan talbiah ketika ihram sehingga melontar di
jamratul aqobah
6. Mandi ketika hendak mausk kota makkah dan keika hendak

wuquf
7. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf
9. Berturut, 7 pusingan tawaf
10. Bermalam di mina pada 9 zulhijjah
11. Melewatkan tempoh berada di arafah hingga terbenam
matahari
12. Berada di muzdalifah hingga subuh
13. Keluar dari tempat saie melalui pintu sofa
Hikmah Kepada Masyarakat
1. Saling berkenalan sesama umat islam
2. Membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam
3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengikut bangsa dari
seluruh dunia
4. Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam
Wukuf
1. Maksud wukuf : berada di padang arafah di antara gelincir
matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah walaupun
seketika
Hikmah Wukuf
1. Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam dengan
hawa setelah berpisah
2. Menimbulkan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia
adalah sama disisi Allah
3. Mengingatkan kita kepada perhimpunan di padang mahsyar
Contoh Soalan
1. Ibadat haji adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh
umat Islam.
Sebutkan dua perkara sunat ketika mengerjakan haji.
2. Terangkan dua hujah yang membuktikan bahawa ibadat haji

dapat membentuk perpaduan ummah.


3. Bilakah masa wukuf di Arafah?
4. Terangkan dua hikmah amalan wukuf.

TAJUK : HUTANG
Pengertian Dan Hukum
Erti : memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang
yang boleh dikembalikan
Hukum memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam
keadaan tertentu
Hukum membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan
pembayaran hutang bagi orang yang mampu
Rukun Berhutang

1. Penerima dan pemberi hutang


2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi
hutang
3. Sighah iaitu akad pemberi hutang
Hikmah Diharuskan Hutang
1. Membantu golongan susah
2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara
percuma
3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang
miskin
4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomi
Contoh Soalan
1. Apakah maksud hutang menurut syarak?
2. Jelaskn dua perbezaan antara hutang dengan riba.
3. Apakah hukum memberi dan membayar hutang?
4. Terangkan tiga hikmah Islam membenarkan seseorang
berhutang.

TAJUK : GADAIAN
Pengertian
Bahasa : menahan sesuatu
Syarak : sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh
pemiliknya
untuk mendpatkan pinjaman
Rukun Gadaian
1. Penggadai

2.
3.
4.
5.

Pemegang gadai
Barang yang digadai
Ijab dan qabul
Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran)

Syarat Sah Gadaian


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Harta yang digadai sah untuk dijual beli


Orang yang menggadai dan yang menerima akil baligh
Dengan kerelaan sendiri
Kepunyaan sendiri
Tidak boleh merugikan orang yang menggadai
Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadai

Perkara Yang Membatalkan Gadaian


1. Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai
2. Penggadai telah membayar semua hutangnya
3. Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah
mahkamah
4. Pemegang gadai membatalkan gadaiannya
5. Penggadai meninggal dunia
6. Barang digadai rosak
7. Barang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan
kepada orang lain
Hikmah Gadaian
1. Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan
bantuan
2. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
3. Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan
ekonomi
4. Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu
sama lain
Contoh Soalan

1. Sebutkan tiga rukun gadaian.


2. Terangkan tiga perbezaan antara amalan gadaian Islam
dengan gadaian bukan Islam.
3. Terangkan dua perkara yang membatalkan gadaian.
4. Huraikan dua hikmah diharuskan gadaian.

AKIDAH
TINGKATAN 4
TAJUK : RIDDAH
Pengertian
Berpaling atau keluar daripada agama Islam
Bagaimana seseorang itu boleh menjadi murtad
1. Iktiqad : berniat hendak meninggalkan agama Islam
2. Perkataan : mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama

Islam
3. Perbuatan : menganut agama selain daripada agama Islam
Faktor atau sebab yang membawa kepada riddah
1.
2.
3.
4.

Lemah pegangan agamanya


Jahil tentang aqidah Islamiyyah
Terpengaruh dengan tawaran kebendaan
Terpengaruh dengan agama bukan Islam

Kesan dariapada perbuatan riddah


1. Hubungan suami isteri terfasakh.
2. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama
Islam.
3. Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang murtad
1. Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada
agama Islam
2. Memberi perlindungan dan bantuan sekiranya dia dari
golongan muallaf
3. Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman
berdasarkan hadis (dibunuh)
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh
dipermain-mainkan.
2. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemarkan kesucian
agama Islam.
3. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah
dan huru-hara
Contoh Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan murtad?


2. Jelaskan dua kesan daripada perbuatan murtad.
3. Terangkan dua langkah menangani masalah murtad dalam
masyarakat.

TAJUK : KUFUR
Pengertian kufur
Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Bahagian kufur
1. Kufur hakikat : ingkar atau menafikan rukun iman dan
menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Contoh : - Tidak mengakui balasan di akhirat
- Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
- Menyatakan solat fardhu merugikan masa.
2. Kufur nikmat : mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat
kepada manusia dan makhluk ciptaanNya.
Contoh : - Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
- Enggan mengeluarkan zakat atau sedekah
- Boros membelanjakan harta
Faktor menyebabkan kekufuran
1. Pegangan agama yang lemah
2. Terpengaruh dengan hawa nafsu
3. Terpengaruh dengan pujukan dan kesenangan dunia.

Contoh Soalan

1. Kufur ialah tidak mempercayai ajaran Allah serta


menengkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
Tuliskan dua contoh kufur hakikat dan kufur nikmat.
2. Jelaskan dua kesan ke atas individu yang kufur.
3. Huraikan tiga akibat perbuatan kufur terhadap masyarakat.
4. Terangkan dua faktor luaran yang mendorong seseorang
menjadi kufur.

TAJUK : DERHAKA KEPADA IBU BAPA


Sebab Islam mewajibkan anak mentaati ibu bapa
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Mengandung
Melahirkan
Menyusukan
Membesarkan
Mengasuh
Mendidik
Memeberi nafkah
Mengasihi

Tanggungjawab anak kepada ibu bapa


1. Mentaati suruhan ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan
syariat Islam
2. Menjaganya apabila telah tua
3. Menziarahi ibu bapa apabila tinggal berjauhan
4. Mendoakan kedua ibu bapa
5. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat mereka
Contoh Soalan
1. Senaraikan dua contoh perbuatan menderhakai ibubapa.

2. Sebutkan dua sebab seseorang anak wajib mentaati kedua


ibubapanya.
3. Jelaskan dua ciri anak yang bertanggungjawab terhadap
ibubapanya.

TAJUK : LARI DARI MEDAN PEPERANGAN


Pengertian jihad
Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi
mempertahankan kesucian agama Islam.
Hukum lari dari medan peperangan ialah berdosa besar dan
dilaknat oleh Allah
Akibat lari dari medan peperangan
1.
2.
3.
4.

Dipandang hina oleh masyarakat


Umat Islam akan ditindas
Akan menerima balasan neraka di akhirat kelak
Merendahkan martabat agama dan umat Islam

Contoh Soalan
1. Apakah hukum ke atas orang yang lari dari medan perang.
2. Terangkan dua akibat lari dari medan perang.

TAJUK : MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH


Pengertian arak
Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan
buah-buahan yang diperam.

Pengertian dadah
Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya
fikir
Akibat terhadap individu
1. Membazir harta dan masa
2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
3. Lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
4. Terdedah kepada perbuatan jenayah seperti pergaduhan,
mencuri dan membunuh.
Akibat terhadap masyarakat dan negara
1. Menjadi mundur
2. Dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk.
3. Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan
4. Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
dan negara.
Hikmah pengharaman minum arak dan dadah
1.
2.
3.
4.
5.

Menjaga kewarasan akal manusia


Mengelakkan perkelahian dan permusuhan
Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
Mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya
Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat

Langkah-langkah pencegahan
1. Mengadakan kempen dan penerangan secara meluas melalui
media
2. Mengamalkan cara hidup sihat mengadakan aktiviti
kemasyarakatan
3. Mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakat

Contoh Soalan
1. Jelaskan tiga kesan buruk perbuatan minum arak terhadap
individu.
2. Terangkan dua hikmat Islam mengharamkan arak dan
dadah.
3. Terangkan dua langkah untuk mencegah perbuatan minum
arak dan dadah.

TAJUK : MEMBUNUH DIRI


Pengertian
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada
jasad sendiri
Hukum membunuh diri ialah haram
Punca perbuatan membunuh diri
1. Putus asa dengan rahmat Allah
2. Tidak meyakini hari kiamat
3. Menganggap dengan membunuh diri akan menamatkan
penderitaan.
4. Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan.
Cara mengatasi
1. Yakin dengan rahmat Allah
2. Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul
3. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Quran, sunnah dan
akal yang waras.
4. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan
yang kekal adalah kehidupan akhirat.

Contoh Soalan
1. Huraikan kesan daripada perbuatan bunuh diri terhadap
individu.
2. Kemukakan dua sebab gejala membunuh diri masih berlaku
dalam masyarkat Islam hari ini.

TAJUK : TUNTUTAN TAUBAT


Pengertian
Kembali semula taat kepada Allah setelah melanggar perintah
Allah atau laranganNya.
Syarat-syarat taubat
1. Menyesal terhadap maksiat yang telah dilakukan
2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera.
3. Berazam tidak akan mengulangi maksiat itu lagi.
4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak
orang lain.
Hikmah taubat
1. Memberi peluang kepada orang berdosa kembali ke jalan
Allah.
2. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.
3. Mendapat keampunan serta petunjuk Allah.

Contoh Soalan
1. Sebutkan hukum bertaubat ke atas orang yang melakukan

dosa.
2. Jelaskan syarat-syarat taubat yang diterima oleh Allah s.w.t.
3. Terangkan tiga sebab diperintahkan ke atas umat Islam yang
melakukan dosa supaya segera bertaubat.

TAMADUN
TINGKATAN 4

TAJUK : SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib


1. Selepas pembunuhan Saidina Usman bin Affan, negara
berada dalam keadaan kurang stabil.
2. Puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih
kepimpinan negara menggantikan Saidina Usman.
3. Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima perlantikannya.
4. Apabila melihat keadaan semakin genting akhirnya beliau
bersetuju untuk memegang jawatan tersebut.
Sumbangan Dan Jasa
1. Menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam
keadaan yang tidak tenteram
Contoh Soalan
1. Terangkan riwayat hidup Saidina Ali b. Abi Talib r.a.
2. Terangkan dua polisi yang telah dilaksanakan oleh Khlaifah
Ali b. Abi Talib bagi mengatasi keadaan negara yang kurang
stabil pada ketika itu.
TAJUK : SAIDINA USMAN BIN AFFAN

Polisi Khalifah Usman bin Affan


Khalifah Usman telah mengubah polisi yang telah diamalkan
oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Diantaranya :
1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa jua yang ingin
berjihad demi penyebaran agama agama dan memperluaskan
pengaruh Islam.
2. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Kota Madinah.
3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal.
4. Menetapkan bahawa al-quraan dibaca hanya menggunakan
lahjah (dialek) Quraisy.
5. Ramai gabenor dilantik terdiri daripada kalangan Bani
Ummaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan
kepimpinan mereka.
Sumbangan Dan Jasa Khalifah Usman Bin Affan
1. Menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan Negara
2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah.
3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang
memberi kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah.
Contoh Soalan
1. Usman b. Affan adalah khalifah dalam pemerintahan
Khulafa Al-Rasyidin. beliau telah banyak memberi sumbangan
selama menjalankan pentadbiran negara. Terangkan dua
daripada sumbangan beliau.
2. Jelaskan dua polisi pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.
TAJUK : AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA ARRASYIDDIN
1. Negara Islam selepas khulafa ar-Rasyiddin dipimpin oleh
khalifah secara warisan.
2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa arRasyidin Saidina Usman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib.
Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama

sendiri.
3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat
Islam.
4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah
dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini.
Contoh Soalan
1. Jelaskan dua akibat jika membelakangkan kepimpinan
Khulafa Al-Rasyidin.

TAJUK : KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR BIN


ABDUL AZIZ
1. Umar bin Abdul Aziz Khalifah Umaiyah yang kelapan
daripada 14 orang khalifah Umaiyah.
2. Beliau daripada keturunan Umar bin al-Khattab daripada
sebelah ibu Laila Hashim bin Umar al-khattab.
3. Beliau dianggap sebagai khalifah ar-Rasyiddin kelima bagi
sesetengah ahli sejarawan kerana sifat, sikap, dan
pemerintahan Khulafa ar-Rasyiddin.
Kegemilangannya
1. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan
menyayangi rakyat.
2. Beliau membina masjid-masjid serta memberi tumpuan
kepada kebajikan rakyatnya.
3. Beliau memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi
memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
4. Beliau telah menghapuskan cukai Jizyah golongan Mawali.
5. Beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil.
6. Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan
diganti dengan kerajaan Islam.
7. Ekonomi Negara berada ditahap yang paling tinggi dan

kewangan melebihi keperluan.


8. Beliau merupakan Khalifah pertama meminta supaya hadishadis Rasulullah ditulis dan dibukukan.
Contoh Soalan
1. Pemerintahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz mempunyai
persamaan dengan
Khulafa al-Rasyidin. Terangkan tiga langkah yang dijalankan
oleh Khalifah
Umar b. Abdul Aziz yang memberikan kejayaan dalam
pentadbirannya.

TAJUK : IMAM MALIK RAHIMAHULLAH

Riwayat Hidup
Nama : Malik bin Anas
Tempat lahir : Madinah
Tarikh Lahir : 93H /713M
Tarikh Meninggal : 179H/798M (berusia 86 tahun)
Tempat pengkebumian : Baqie Madinah
Sifat peribadinya :
1. Menghormati ibubapa, berpandangan luas, Teguh pendirian,
cerdas dan kuat ingatan.
2. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang yang
sakit dan mengiringi jenazah.
3. Tawaduk
Pendidikan
1. Mendampingi ulama sejak kecil. Menghafa al-quran/alhadith sejak kecil

2. Tekun mencari ilmu


3. Berguru dengan lebihkurang 900 orang guru terdiri daripada
tabie dan tabiat tabiein.
4. Guru pertamanya Imam Abdul Rahman bin Hamzah
Imam Malik Sebagai Guru
1. Mula mengajar sejak berusia 17 tahun.
2. Ketinggian ilmunya telah menarik perhatian guru untuk
menghadiri majlis ilmunya.
3. Majlis ilmunya dihadiri oleh penduduk Madinah dan negerinegeri yang jauh.
4. Muncul Mazhab Maliki dan berkembang luas keseluruh dunia
terutamanya Hijaz, Maghribi, Andalus.
5. Majlis pengajarannya dibuat di Masjid anNabawi. Di Madinah.
Penghormatan Imam Malik kepada Hadith
1. Sangat menghormati hadis Rasulullah bila ditanya tentang
hadis, beliau akan mandi,
2. Memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan
memakai serban.
3. Tetap berpegang teguh dengan hadis, menyatakan bahawa
hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat
Islam.
Sumbangan
1. Kitabnya yang masyhur al-Muwatta yang melahirkan
aliran pemikiran Mazhab Maliki
2. Al-Muwatta menjadi sumber rujukan utama selepas alQuran dan alHadis.
Ketegasan Imam Malik
1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan
dengan pendapatnya.
2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam.

3. Berani menegur Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang


meninggikan suara ketika bermuzakarah di dalam majlis ilmu.
4. Berpegang dengan prinsip murid mencari guru.
Contoh Soalan
1. Nyatakan sejarah pendidikan Imam Malik.
2. Imam Malik merupakan tokoh terkemuka dalam ilmu hadis
dan sangat menghormati hadis. Nyatakan dua contoh amalan
mulia yang ditunjukkan oleh Imam Malik sebagai
penghormatan kepada hadis.

TAJUK : IMAM SHAFIEE RAHIMAHULLAH

Biodata/ Latar Belakang


Nama : Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin
Syafiee bin al Saib.
Gelaran : As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin alSaib.
Tempat Lahir : Di Gazza, Palestin
Tarikh Lahir : 150H/769M
Asal Usul Keturunannya : Kedua ibubapanya berasal dari Mekah
al-Mukarramah, Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin
Hassan bin Ali bin Abi Talib.
Meninggal : Pada 29 Rejab 204 H /820M di Mesir
Sifat Peribadinya :
1. Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9
tahun.
2. Dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.

3. Rajin, mempunyai peribadi yang sangat tinggi.


4. Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar
kerana sesuatu urusan.
5. Beliau telah diamanahkan untuk mengambil tempat gurunya
mengajar.
6. Sangat gigih menuntut ilmu, sanggup mengembara berjalan
kaki.
7. Sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi
syarahan.
Pendidikan:
1. Mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun.
2. Mendalami ilmu hadis dan selok belok bahasa Arab daripada
pelbagai puak dan kabilah.
3. Menguasai semua lahjah baha dan kebudayaan Arab.
4. Mahir dalam bidang penulisan dan mampu menggubah syair,
sajak yang amat indah.
5. Menghafaz al-Muwatta semasa umurnya 10 tahun.
6. Mengajar Hadis yang terdapat dalam al-Muwatta
Kata-kata Hikmah Imam as-Syafie
1. Setiap kali bertambah ilmuku, bertambahlah kejahilanku.
2. Perut yang kenyang, akan menambahkan berat badan,
membekukan hati, menumpulkan fikiran.
Nama-nama Guru Imam as-Syafie
1. Ilmu Hadith : Suffian bin Umaiyah
Muslim bin Khalid
2. Ilmu Quran : Ismail bin Qustantin
Contoh Soalan
1. Sebutkan tiga bidang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh
Imam Syafie yang menjadi warisan kepada umat Islam masa
kini.
2. Terangkan tiga kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu

yang perlu dicontohi oleh seseorang pelajar.

Anda mungkin juga menyukai