Anda di halaman 1dari 43

Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

TAJUK 1:
KONSEP KETUHANAN DAN
KERASULAN

1.1: KONSEP
KETUHANAN
1.Tauhid Rububiah :
Kepercayaan yang sebenarnya bahawa Allah ialah secara mutlak mentadbir semua makhluk, tiada Tuhan selain dia
Maha Berkuasa dan Maha Esa.

a. Dalil :Al-Quran :

b. Konsep Rububiah :
Meyakini Allah SWT pencipta,pemilik, dan pentadbir sepenuhnya di alam ini. Kita juga perlu memahami Allah
SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya dan kekuasaan Allah meliputi semua.

c. Peranan Tauhid Rububiah:


Agar kita dapat merasai manusia ini hina dan kerdil serta insaf akan kelemahan diri. Oleh sebab itu manusia akan
melihat kekuasaan Allah SWT.

2. Tauhid Uluhiyah :
Menerapkan Kepercayaan Allah SWT sahaja yang wajib disembah,ditaati dan dipatuhi.

a. Dasar utamanya ialah syahadah

ِ‫ َوأَ ْشهَ ُد أَ َّن ُم َح َّمدًا َرسُوْ ُل هللا‬، ُ‫أَ ْشهَ ُد أَ ْن اَل إِلَــــهَ إِاَّل هللا‬
“Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad
adalah pesuruh Allah”.

b. Dalil : Surah Al-Anbiyak ayat :25

c. Konsep Uluhiah :
Mengakui dengan sebenarnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Orang yang tidak percaya
dianggap kafir dan paksi utamanya ialah syahadah

d. Peranannya
Menjadikan ibadah kita mengikut syariat Islam menjauhkan manusia dari syirik dan ajaran sesat sekaligus

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.


3. Asma’ wa siffat :
Allah swt memiliki 99 nama yang indah dan bersifat dengan kesempurnaan (sifat 20)

a. Dalil : surah Al-Hasyr (22-24)

b. Konsep :
Allah swt bersifat dengan sifat yang mulia. Allah swt sendiri yang memberi namanya yang 99. Kita wajib
beriman dengan 99 nama Allah swt. Membandingkan sifat Allah SWT dengan sifat mahkluk adalah haram.
Seseorang yang berdoa dengan nama Allah akan dimakbulkan. Setiap muslim wajib beriman dengan nama
Allah SWT yang 99. 

4. Perbezaan antara Rububiah, Uluhiyah dan Asma wa Sifat :

Rububiah Uluhiyah Asma wa sifat ialah yakin Allah pencipta alam ini dan yakin hanyalaha Allah yang wajib
kita sembah serta yakin Allah mempunyai 99 nama.

5.Fitrah beragama
Fitrah beragama adalah Naluri semula jadi yang ada pada diri manusia bahawa Tuhan itu ada dan wujud.

a. Fitrah kejadian manusia :


Dari segi Jasmani, manusia memerlukan makan minum,tidur kahwin. Daripada segi rohani inginkan kebenaran
dan memerlukan pengabdian diri kepada manusia.

b. Dalil :Surah al-Ankabut :63

c.Konsep fitrah beragama :


Fitrah agama wujud dalam diri manusia sejak azali. Islam adalah agama semula jadi. Ia sesuai dan mudah untuk

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

semua tempat dan keadaan.

6. Bukti hakikat beragama:


Sebelum datangnya Islam pada awalnya manusia menganut kepercayaan orang animism (percaya kepada ruh).
Nabi Muhammad pernah berkhalwat di gua hira’ ketika masyarakat Arab Mekah banyak melakukan maksiat
dan penyembahan berhala.

a. Bukti kewujudan Allah swt


Dalil wujudnya Allah ialah wujudnya alam ini. Manusia boleh mencari lagi bukti kecanggihan alam ini hasil
ciptaan Allah melalui penyelidikan rahsia alam dan memerhatikan kejadian Allah.

b. Beza orang beragama dengan tidak beragama


Orang yang Beragama Orang yang tidak Beragama
Reda dengan qadha dan qadar Allah Keluh kesah,dan putus asa
Ikhlas diberi pahala Untuk kepentingan diri
Bersyukur Ingkar
Berakhlak Tidak berakhlak
Jiwa teguh Mudah terpengaruh ke arah kerosakan

c. Peranan agama dalam membina tamadun


Manusia hendaklah beramal dan berusaha membina tamadun. Oleh itu manusia wajib menuntut ilmu fardhu
ain/kifayah sebagai memenuhi aturan hidup dengan akhlak supaya lebih kreatif dan inovatif.

1.2: KONSEP
KERASULAN
1. Kehidupan manusia tanpa bimbingan rasul.
KONSEP KERASULAN
a. Peranan Rasul ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT dengan menunjukkan cara hidup yg
benar, menerangkan perkara ghaib, menunjukkan amar makruf nahi mungkar dan mengajar cara ibadat
yg betul.
b. Sejak Nabi Adam diutuskan hingga Nabi Muhammmad, semuanya bertujuan untuk memenuhi
keperluan semasa kaum tersebut,antaranya ialah mengembalikan akidah yang sebenar. Nabi
Muhammad ialah Rasul terakhir untuk semua dan sesuai pada setiap zaman. Ajarannya tidak
bercanggah dengan rasul terdahulu dan syariatnya memansuhkan syariat terdahulu.
c. Nabi ialah lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan tidak wajib menyampaikan
kepada orang lain.
d. Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan orang lain dan wajib
menyampaikan kepada orang lain.

2. Tujuan Allah kurniakan sifat maksum :


a. Tujuan sifat maksum dikurniakan kepada Rasul ialah untuk menjaga martabat dan kemuliaan Rasul
agar baginda menjadi contoh dan ikutan.
b. Para rasul terpelihara dari sebarang dosa serta perkara yang mencacatkan kerasulan.

3. Perbezaan Nabi dan Rasul :


Nabi Rasul
Tidak semua nabi itu rasul Semua rasul itu nabi
Tiada kitab Ada kitab/suhuf
Untuk diri sendiri Diri sendiri dan orang lain
Bilangan 124,000 orang 313 orang
Tidak wajib mengetahui Wajib mengetahui 25 orang

4. Sifat wajib dan mustahil bagi Rasul :


Sifat Wajib Sifat Mustahil
As-Siddiq Al-kizb
Al-Amanah Al-khianah
At-Tabligh Al-kitman

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

Al-Fatanah Al-baladah

5. Sifat harus bagi Rasul


 Harus bagi seorang Rasul berkelakuan sebagai manusia biasa seperti makan minum,kahwin dan
sebagainya.

6. Adab terhadap Rasul


 Sebagai umat Rasul kita hendaklah berada dengan baginda dengan cara sentiasa berselawat, beriman
terhadap apa yg disampaikan, mencintainya, mengamalkan sunnahnya, mentaati perintahnya dan
menjauhi larangannya.

7. Perbezaan antara mukjizat dengan karamah


 Mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada Rasul untuk membuktikan kebenarannya
sebagai utusan Allah.

8. Peranan mukjizat
 menunjukkan kehebatan Allah
 Untuk mengukuhkan iman manusia
 Membuktikan kebenaran Rasul
 Menambahkan keyakinan para rasul

9. Bahagian- bahagian Mukjizat :


i. Mukjizat Hissi ialah dapat yang dirasa atau dilihat seperti tongkat nabi Musa jadi ular.
ii. Mukjizat Maknawi ialah dapat difaham secara maknawi sahaja seperti mukjizat Nabi Muhammmad
saw iaitu Al-Quran

10. Karamah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada selain Rasul. Contoh-contoh karamah
adalah seperti berikut:
 Karamah berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjat disisi Allah Maryam ibu Nabi Isa dapat
hidangan dari langit
 Maunah berlaku kepada orang biasa tapi ada usaha mempelajarinya
Terlibat dlm kemalangan yang dahsyat tapi hidup
 Irhas berlaku kepada bakal nabi seperti awan sentiasa ikut melindungi
nabi.
 Istidraj berlaku kepada orang fasik dan derhaka kepada Allah seperti Qarun dan
Nabi palsu Musailamatul Kazzab
 Sihir Boleh dipelajari dengan bantuan syaitan dan jin contohnya Ilmu kebal.

TAJUK 2:
KONSEP KEJADIAN INSAN DAN ALAM

2.1: KONSEP KEJADIAN INSAN


KONSEP KERASULAN
1. Pengertian insan
 Insan adalah makhluk Allah SWT yg istimewa dikurniakan akal untuk berfikir. Pada hakikatnya
manusia ialah sebaik-baik kejadian.

2. Proses kejadian manusia

2.1 Dalil naqli (al-Quran)


 Bermula dari Nabi Adam as dan berasal dari tanah. Dalil ialah Surah Al-Mukminun ayat 12-14:

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

dan Surah Hijr ayat 26:

2.2 Dalil aqli


i) Permanian (nutfah)
ii) Alaqah - selepas 40 hari
iii) Mudghah (seketul daging)-40 hari
iv) Pembentukan tulang -40 hari
v) Janin -40 hari (ditiupkan ruh)
vi) Sembilan bulan –lahir

3. Tanggungjawab insan :
Tanggungjawab seorang insan terbahagi kepada empat bahagian:
 Tanggungjawab kepada Allah iaitu dengan mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Manusia juga perlu bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah atas segala nikmatnya antaranya
dengan cara berzikir, bersedekah dan sebagainya.
 Tanggungjawab kepada diri sendiri iaitu dengan menjaga kesihatan tubuh dan akal. Manusia
hendaklah menjauhi perbuatan yang merosakkan diri seperti membunuh diri atau minum arak.
Manusia juga perlu bertanggungjawab menjaga keluarga supaya selamat dunia dan di akhirat.
 Tanggungjawab sesama insan iaitu memelihara hak sesama manusia seperti bantu membantu,
menghubungkan silaturahim dan hormat menghormati.
 Tanggungjawab kepada alam iaitu dengan memakmurkan alam, memelihara dan memuilihara
alam.

4. Perbandingan keistimewaan insan dengan makhluk lain


 Manusia dikurniakan nikmat yang terbesar berbanding makhluk lain iaitu akal. Dengan akal
manusia dapat hidup secara bertamadun dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini.
Menggunakan akal jugalah kita dapat menilai perkara dosa dan pahala. Oleh sebab itulah Allah
mengutuskan Nabi dan Rasul dalam kalangan manusia. Selain itu, manusia juga mempunyai
fizikal dan pancaindera yang unik yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani. Allah
menciptakan manusia sebagai insan yang istiimewa supaya manusia insaf dan bersyukur serta
tunduk dan patuh kepada Allah. Ini memudahkan manusia menjalankan tanggungjawab sebagai
khalifah.

5. Akibat pengabaian tanggunjawab insane

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Manusia yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai insan akan dimurkai Allah dan
dibenci serta dipandang hina oleh masyarakat. Mereka juga akan diazab dengan azab Allah yang
pedih di akhirat nanti.

2.2: KONSEP ALAM GHAIB


KONSEP KERASULAN
 Pengertian, tujuan, bahagian dan contoh alam.

 Pengertian alam
Alam ialah makhluk ciptaan Allah yang boleh ditanggapi oleh pancaindera dan digunakan sebaik-
baiknya. Dalam Al-Quran disebut perkataan Al-ard (bumi) dan Al-Samma’ (langit). Dalil naqli dalam
Al-Quran Surah Maryam ayat 65:

 Surah Ar-Rum-ayat 8 :

 Tujuan penciptaan alam


Allah menciptakan alam ini kerana beberapa tujuan antaranya :
 Sebagai pasak bumi
 Untuk mengabdikan diri kpd Allah swt
 Sebagai bukti kekuasaan Allah swt
 Untuk manusia berfikir dan menikmati nikmat Allah SWT sebaik-baiknya

 Bahagian alam
i) Alam musyahadah iaitu yang dapat ditanggapi oleh pancaindera seperti
haiwan dan sebagainya.
ii) Alam ghaib iaitu yang tidak dapat ditanggapi melainkan dengan wahyu
Allah swt

 Contoh-contoh alam
 Angkasa lepas
 Hutan belantara
 Kehidupan laut

 Dalil nakli dan akli tentang kewujudan alam ghaib.


 Dalil nakli

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Alam kubur atau barzakh iaitu tempat menunggu sebelum ke akhirat. Dalilnya surah Al-Haj
ayat 7.

 Hari kiamat iaitu hari Kehancuran alam. Dalilnya surah Al-Haj 7 (sama dalil di atas)

 Padang mahsyar iaitu tempat berkumpul utk disoal oleh Allah. Dalil Surah Al-Kahfi ayat 47

 Hisab iaitu kiraan amalan di Hari Akhirat. Dalilnya surah Al-Ghasiyah ayat 25-26 .

 Al-Mizan ialah neraca Timbangan amal seluruh makhluk di akhirat nanti. Dalilnya surah Al-
Qariah 8-9

 Siratulmustakim ialah Jambatan merentasi neraka. Dalilnya surah Al-Fatihah 5-6.

 Telaga kauthar iaitu Air kolam Nabi yang terdapat di hadapan pintu syurga, menjadi tempat
minum semua orang yang melepasi titian Sirat sebelum memasuki syurga. Dalilnya sabda
Nabi s.a.w yang maksudnya: “Rasulullah bersabda, "Ketika aku sedang berjalan di syurga,

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

tiba-tiba aku melihat sebuah sungai yang tepinya seperti kubah-kubah permata yang
melengkung. Aku bertanya: 'Wahai Jibril! Apa ini?' Ia menjawab: Ini adalah Kauthar yang
Allah anugerahkan kepadamu.'Ternyata tanahnya adalah kasturi Azfar."
Rasulullah bersabda, "Telaga seluas perjalanan satu bulan. Airnya lebih putih daripada susu,
baunya lebih harum daripada kasturi, cawan-cawannya sebanyak bintang di langit.
Barangsiapa yang meminum daripadanya tidak akan merasa haus lagi selama-lamanya."
Para sahabat pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana tuan dapat mengenali umat
tuan yang datang kemudian?" Baginda menjawab: "Tidakkah kalian dapat membezakan unta-
unta yang berwarna putih di antara unta-unta yang berwarna hitam gelap?"
Para sahabat menjawab:"Ya."
Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan
berkilatan kepala dan kaki mereka akibat (basuhan) wuduk. Dan aku telah menunggu (untuk
menyambut) mereka di telagaku."
 Syurga Tempat nikmat dan Neraka Tempat azab. Surah An-Najm ayat 13-15

Sabda Nabi s.a.w: 

 Dalil akli
 Kewujudan udara
 Arus elektrik
 Ruh dan nyawa
 Jin dan syaitan

3. Hubungan kehidupan manusia di dunia dan akhirat


 Apabila seseorang itu beramal dengan amalan yang soleh ataupun melakukan sesuatu kebaikan
yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat, maka individu itu dikira lebih baik
daripada mereka yang tidak melakukan sesuatu amalan pun.
 Ini kerana sumbangan itu memberi saham bagi menjamin kehidupan yang baik seperti yang
dikehendaki oleh Islam dan perlu dihayati oleh manusia. Kebaikan diri individu dalam Islam
selalunya dihubungkan dengan kebaikan manusia lain.
 Allah mengingatkan bahawa kita tidak boleh meninggalkan masalah dunia dan harus berbuat baik
sebagaimana Allah SWT sudah berbuat baik kepada kita. Kita harus memahami bahawa kalau
seseorang itu hanya menekankan satu aspek hidup iaitu dunia sahaja atau akhirat sahaja bererti ia
sudah mengingkari perintah Allah SWT.
 Allah telah berbuat baik kepada kita dengan cara menyediakan kebahagiaan dunia sekali gus
akhirat.
 Allah menegaskan dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "Dan carilah apa
yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di
(muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

4. Hikmah beriman dengan alam ghaib


 Beriman dengan alam ghaib ialah sebagai tanda iman seseorang. Dengan beriman dengann
perkara ghaib ini akan menjadikan manusia menjauhi maksiat, memelihara hubungan baik sesama
insan dan menjadi pendorong tindakan yang baik.

5. Hikmah kerahsiaan alam ghaib


 Allah sengaja merahsiakan alam ghaib ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah untuk uji iman
manusia. Kita perlu meningkatkan ilmu, ketaatan dan pengukuhan iman untuk memahi persoalan
berkaitan dengan alam ghaib.

6. Akibat tidak percaya dengan alam ghaib


 ALLAH berfirman yang bermaksud: “(Orang yang bertakwa itu adalah) orang yang beriman
kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan)
sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 3)
 Salah satu ciri orang bertakwa kepada Allah ialah beriman kepada perkara ghaib. Istilah ghaib
bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai pancaindera manusia yang lima kerana ia
terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya.
 Walaupun tidak dapat dilihat atau dirasai oleh pancaindera yang lima, manusia mengakui serta
meyakini perkara ghaib dengan jalan pemerhatian dan fikiran berdasarkan dalil yang boleh
diterima akal sempurna seperti wujud Allah dan sifat-Nya, malaikat, hari akhirat, syurga dan
neraka.
 Kepercayaan kepada perkara ghaib bukan hanya pada agama Islam bahkan penganut agama
samawi seperti Kristian, Yahudi dan Buddha turut mempercayai perkara ghaib yang terdapat
dalam ajaran masing-masing.
 Setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal waras wajib percaya atau beriman kepada perkara
ghaib kerana Allah yang disembah adalah Zat yang Maha Ghaib. Zat Allah tidak dapat dicapai
oleh pancaindera manusia sebaliknya hanya dapat dicapai dan dirasakan oleh jiwa yang beriman
serta bertakwa. Oleh itu siapa yang tidak percaya kepada alam ghaib bileh jadi murtad atau kufur
kerana melanggar Rukun Iman.
 Perlu diinsafi, matlamat utama kepercayaan terhadap perkara ghaib ialah untuk menguji keimanan
setiap Muslim ke hadrat Ilahi. Rukun iman yang menjadi pegangan setiap Muslim berasaskan
kepada perkara ghaib bermula dari beriman kepada Allah hinggalah beriman terhadap qada dan
qadar Allah.

7. Perbezaan alam musyahadah dan ghaib


Alam musyahadah Alam ghaib
o Boleh ditanggapi oleh o Tidak boleh ditanggapi pancaindera
pancaindera
o Boleh dimanfaatkan utk o Utk keimanan mankhluk
bina tamadun
o Bersifat Sementara o Kekal
o Boleh di selidiki o Akal tak mampu menyelidiki
o Hanya untuk manusia o Untuk manusia mati
hidup

2.3: TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA


ALAM
1. Pengertian.
Memelihara iaitu menjaga dan melindungi alam, manakala memulihara pula ialah memulih alam
agar dalam keadaan baik.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

2. Tanggungjawab manusia terhadap alam dan dalilnya.


 Cara memelihara alam ialah dengan cara mengawal penebangan pokok, menjaga keindahan
sungai, mengawal pencemaran udara, merancang pembangunan dan mengekal habitat.
 Cara memulihara alam pula ialah dengan menanam pokok-pokok, mewartakan hutan simpan,
bersihkan sungai dan sebagainya.
 Dalil Surah Al-A’raf ayat 85 :

3. Sumbangan alam terhadap manusia


 Alam menyediakan sumber makanan kepada manusia, mengekalkan sistem ekologi, memudahkan
pergerakkan manusia dan jika alam teratur baik maka pencemaran akan dapat dikawal.

4. Hikmah memelihara dan memulihara alam


 Alam yang dipelihara dan dipulihara dengan baik akan menghasilkan suasana yang bersih dan
sihat, dapat mengawal suhu bumi, mengaawal bencana alam, mengelakkan kepupusan dan
mengekalkan keindahan alam.

5. Akibat pengabaian terhadap alam sekitar.


 Akibatnya ialah akan berlakunya tanah runtuh, banjir, tsunami, ozon semakin nipis

6. Punca kerosakan alam dan langkah mengatasi.


 Punca kerosakan alam
- Pencemaran udara contohnya asap kilang, kenderaan dll.
- Pencemaran air contohnya sungai kotor
- Pencemaran daratan contohnya penebangan pokok yang berleluasa
- Alam kita ini musnah dan tercemar adalah berpunca daripada sikap tamak manusia seperti
aktiviti pembalakan dsb serta tiada kawalan yang ketat dari segi undang-undang. Petugas yang
bertugas mengawal kawasan hutan kawalan ini boleh dirasuahkan untuk pihak-pihak tertentu
mendapat keuntungan.

 Langkah mengatasi kerosakan dan pencemaran alam


- Penggunaan teknologi moden seperti mengitar semula bahan buangan.
- Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum seperti pameran, pertandingan dan projek riadah
alam sekitar.

TAJUK 3:
BIMBINGAN AL- QURAN KEPADA AKAL

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

3.1: AKAL BERFUNGSI DI BAWAH BIMBINGAN


WAHYU
1. Pengertian akal
 Akal ialah anugerah Allah swt kepada manusia untuk berfikir dan akal merupakan satu alat atau
proses berfikir manusia yang dapat membezakan baik dan buruk.

2. Ciri-ciri akal
 Anugerah Allah swt kepada manusia.
 Sentiasa berkembang dan berubah.
 Akal tidak mampu memikirkan perkara ghaib.
 Terdedah kepada kesilapan.

3. Peranan akal
 Akal dapat membezakan perkara baik dan buruk.
 Akal manusia dapat mengenal dan meyakini kewujudan Allah swt dan rasul.
 Akal dapat memandu manusia mengamalkan perintah Allah dan rasul-Nya.
 Akal meletakkan manusia pada tahap yang mulia.

4. Perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal


 Perkara ghaib (malaikat/jin)
 Perkara sam`iyat (pahala dan dosa / syurga dan neraka)
 Rezeki, ajal dan jodoh.
 Zat dan sifat Allah swt
 Hakikat kejadian alam.

5. Hujah yang menujukkan bahawa penggunaan akal semata-mata tidak mampu menyelesaikan
masalah manusia tanpa bimbingan wahyu.
 Kebenaran akal bersifat relative dan berubah.
 Akal mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu.
 Akal terdedah kepada kesilapan.
 Akal hanya dapat memikirkan perkara nyata sahaja.

6. Proses pemikiran yang berlandaskan al-Quran.


 Hendakalah sentiasa berfikir secara rasional.
 Sentiasa memelihara kewarasan akal.
 Berfikir perkara-perkara yang berfaedah sahaja.

7. Fungsi akal dalam mengenal tuhan.


 Memahami dan mempelajari wahyu Allah swt.
 Berfikir mengenai kebesaran Allah / kejadian alam dan hakikat kejadian manusia.
 Berfikir tentang kesempurnaan syariat yang diciptakan oleh Allah swt.

8. Sebab-sebab Allah swt menurunkan wahyu kepada manusia sedangkan mereka telah
dianugerahkan akal
 Kemampuan akal adalah terhad dan terbatas.
 Akal manusia tidak dapat memikirkan perkara-perkara ghaib.
 Akal tidak seragam dalam menangani sesuatu masalah.
 Akal sering dipengaruhi oleh nafsu.

9. Amalan-amalan yang boleh merosakkan akal.


 Penyalahgunaan dadah
 Minum arak
 Hidu gam

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

TAJUK 4:
BIMBINGAN HADIS KEPADA
AKAL

4.1: PERANAN DAN KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI PANDUAN DAN


IKUTAN
1. Pengertian hadis
 Hadis ialah sesuatu yang diterima daripada Rasulullah saw sama ada berbentuk percakapan,
perbuatan atau pengakuan.

Contoh Hadis;
 Perkataan Rasulullah S.A.W.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “ Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat “

 Perbuatan Rasulullah S.A.W.


Hadis yang menerangkan cara solat sebagaimana Rasulullah S.A.W. solat seperti sabda
Rasulullah saw yang bermaksud “Solatlah kamu sebagai mana kamu melihat aku solat”.

 Pengakuan Rasulullah S.A.W.


Pengakuan Rasulullah S.A.W. terhadap perbuatan sahabat atau orang lain dihadapan baginda
S.A.W (kisah Nabi Muhammad saw yang berdiam diri ketika para sahabat memakan daging
dhab).

2. Kepentingan hadis
 Menguatkan hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam al-Quran.
 Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal ( ringkas).
 Mentaksihkan (menentukan ) maksud nas yang umum.
 Membataskan hukum nas yang mutlak (tidak terbatas).
 Menerangkan hukum yang tidak dinyatakan dalam al-Quran.

3. Bahagian hadis dan maksud bagi hadis tersebut.


a. Hadis sahih
 Hadis yang mempunyai periwayat yang bersambung terus dengan rasulullah saw.
Periwayatnya seorang yang memenuhi syarat-syarat periwayat hadis iaitu adil, kuat ingatan,
boleh dipercayai dan tidak melakukan sebarang dosa.

b. Hadis dhaif
 Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis sahih dan hadis hasan. Contohnya periwayat
hadis yang tidak disebutkan sebagai periwayat dalam sesetengah hadis. Periwayatnya tidak
menepati syarat periwayat hadis sahih seperti pendusta, pelupa dan sebagainya.

4. Maksud fahaman anti hadis


 Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber perundangan Islam.
___________________________________________________________________________

TAJUK 5:
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
MUSLIM
7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

5.1: PENGARUH LUAR DAN DALAM YANG BERTENTANGAN


DENGAN
AJARAN ISLAM
1. Pengertian fahaman mulhid
 Fahaman, ajaran dan kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan membawa kepada
kesesatan dengan menganggap tuhan itu tiada.

2. Maksud sekularisme, sosialisme, kapitalisme dan liberalisme


a. Sekularisme
 satu kepercayaan yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan terpisah dengan
urusan kehidupan dan bernegara.

b. Sosialisme
 Teori atau sistem sosial yang menganjurkan supaya sumber kekayaan dijadikan milik
negara / dinikmati sama rata.

c. Kapitalisme
 Fahaman yang memberikan kebolehan mutlak kepada individu khususnya dalam
pemilikan harta.

d. Liberalisme
 fahaman yang mahukan kebebasan mutlak individu dalam melahirkan pendapat.

3. Keburukan fahaman kapitalisme, liberalisme dan sekularisme

a. kapitalisme
 Monopoli, manipulasi dan riba dibenarkan untuk mendapatkan keuntungan.
 Berlaku penindasan, kezaliman dan pergaduhan.
 Wujud sifat tamak dan mementingkan diri.

b. liberalisme
 Membenarkan berlaku penindasan dalam mengumpulkan kekayaan
 Berlakunya persaingan yang tidak sihat dalam bidang ekonomi.
 Mementingkan diri sendiri.
c. sekularisme
 Mementingkan diri sendiri.
 Perundangan Islam tidak dapat dijalankan.
 Manusia tidak dapat membezakan yang hak dan batil.

4. Sebab masyarakat terpengaruh dengan fahaman mulhid.


 Lemahnya keimanan kepada Allah swt.
 Kurang didikan agama.
 Mementingkan diri sendiri, kebendaan dan nafsu.

5. Cara fahaman mulhid mempengaruhi pemikiran umat Islam


 Melalui media massa dengan mengagungkan cara hidup yang bertentangan dengan Islam.
 Menimbulkan keraguan kepada umat Islam tentang kebaikan syariat Islam.
 Melalaikan umat Islam dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti hiburan yang
keterlaluan.

6. Cara membasmi kefahaman mulhid dalam masyarakat

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh.


 Kembali kepada ajaran Islam.
 Memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam.
 Memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak.
___________________________________________________________________________

TAJUK 6:
PANDANGAN HIDUP
ISLAM

6.1: KONSEP RABBANIYAH

1. Pengertian dan prinsip Rabbaniyyah


 Rabbaniyyah bermaksud segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan Islam adalah secara
mutlak daripada Allah swt. Sementara prinsip-prinsip rabbaniyyah adalah seperti;
- Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt.
- Islam bersih dan jitu daripada kekurangan.
- Seluruh alam dan isinya adalah hak mutlak Allah.
- Allah swt sebagai pencipta peraturan hidup.

6.2: KONSEP
SYUMULIYYAH
1. Maksud syumuliyyah
 Ajaran Islam yang sempurna dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan manusia.

2. Aspek syumuliyyah dalam konteks keilmuan, ekonomi, sosial dan perundangan, munakahat dan
ibadat

 Keilmuan
- Merangkumi ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk kebahagian dunia dan akhirat.
- Menggalakkan manusia menuntut ilmu yang tidak bercanggah dengan syarak.
- Mewajibkan umat Islam menghayati dan mengamalkan ilmu dalam kehidupan.

 Ekonomi
- Kebebasan mencari, memiliki dan mengurus harta berlandasakan syariat.
- Kewajipan mengeluarkan zakat dan infak pada jalan Allah swt.
- Mengharamkan penindasan, monopoli dan manipulasi.

 Sosial
- Sistem sosial Islam lengkap dan sempurna yang merangkumi dunia dan akhirat.
- Sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan.
- Tidak membezakan warna kulit dan keturunan seseorang.

 Perundangan
- Keadilan Islam bersifat sejagat tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang.
- Islam meletakkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
- Islam memelihara hak asasi manusia.

 Munakahat
- sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

- Menetapkan hak dan kewajipan suami isteri dan anak-anak yang mesti dilaksanakan.
- Mengatur sistem kekeluargaan yang sempurna.

 Ibadat
- Merangkumi ibadat khusus dan umum.
- Bertujuan untuk mendapat keredaan Allah swt.
- Sesuai dengan fitrah manusia dan mampu dilaksanakan oleh semua manusia.

6.13: KONSEP WAQI’IYYAH

1. Maksud waqiiyyah
 Ialah ajaran Islam bersifat praktikal dan boleh diamalkan dalam kehidupan manusia. Ajarannya
sesuai dengan fitrah semula jadi manusia.

2. Bukti waqi’iyah dalam muamalat, munakahat, ibadat, jenayah dan sosial.

 Muamalat
- Muamalat Islam mementingkan sifat kejujuran dalam semua urusan.
- Islam mewajibkan sukatan dan timbangan dilakukan dengan tepat.
- Muamalat Islam menimbulkan kepuasan serta ketenangan semua pihak.

 Munakahat
- sesuai dengan fitrah dan keinginan semula jadi manusia.
- Mampu dilaksanakan dan tidak membebankan manusia.

 Ibadat
- Tidak membebankan dan menyusahkan manusia.
- Sesuai dengan fitrah dan keinginan semula jadi manusia.

 Jenayah
- Menjamin keharmonian dan keamanan masyarakat.
- Menegakkan keadilan sejagat.

 Sosial
- Tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam.
- Memberi kebebasan kepada individu untuk mengeluarkan pendapat selagi tidak bercanggah
dengan syarak.

6.4: KONSEP ‘ALAMIYYAH

1. Pengertian ‘alamiyyah
 Ajaran yang sesuai pada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.

2. Prinsip ‘alamiyyah
 Islam memuliakan manusia
 Nilai keadilan Islam bersifat sejagat
 Islam menjamin hak asasi manusia

6.5: KONSEP MURUNAH

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

1. Pengertian murunah
 Ajaran Islam boleh diperluaskan, berubah mengikut kesesuaian manusia tanpa mengubah prinsip
asas yang ditetapkan oleh al-Quran.

2. Prinsip murunah
 Islam agama yang mudah.
 Ajaran Islam dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan manusia.

TAJUK 7:
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA
ISLAM

7.1: MATLAMAT, CIRI, DAN PEMBENTUKAN PEMERINTAHAN


ISLAM
1. Pengertian negara Islam.
 Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berteraskan kepada 
al-Quran dan al-Sunnah.
 Negara yang melaksanakan perundangan, ekonomi, politik, sosial
dengan adil saksama berlandaskan syariat Islamiah.

2. Prinsip-prinsip negara Islam


 Musyawarah (as-syura)
- Bermaksud bermesyuarat
- Setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh pemerintah melalui kaedah bermesyuarat
dengan ahli majlis mesyuarat.

 Keadilan (al-adalah)
- Negara Islam memberikan keadilan kepada semua rakyatnya tanpa mengira kedududukan.
- Keadilan kepada rakyat untuk mendapatkan segala kemudahan dan daripada apa-apa yang
mereka usahakan.

 Kebebasan (al-hurriyyah)
- Kebebasan kepada rakyat untuk mendapatkan hak asasi mereka seperti kebebasan beragama,
bersuara, bergerak dan sebagainya.
- Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta.

 Persamaan (al-musawah)
- Persamaan kepada semua warga negara untuk mendapatkan kemudahan dan hak sebagai
warga negara.
- Perasamaan untuk mendapatkan perlindungan dan mencari serta memiliki harta.

3. Sebab negara Islam perlu ditegakkan


 Untuk merealisasikan hukum Allah swt.
 Untuk menegakkan keadilan.
 Untuk melaksanakan kebajikan.

4. Perbezaan negara Islam dan bukan Islam


Negara Islam Negara bukan Islam
Berpanduan al-Quran dan al-Sunnah Berpandukan hukum ciptaan manusia.
Hak asasi dilindungi. Hak asasi manusia tidak terjamin.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

Syura menjadi asas pemerintahan negara. Pendapat majoriti rakyat sebagai asas
pemerintahan negara

5. Keistimewaan negara Islam


 Keadilan dapat ditegakkan dengan menyeluruh.
 Mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah swt.
 Hak kebebasan rakyat dalam negara terjamin dan harmoni.

6. Ciri-ciri negara Islam


 Menjalankan pemerintahan berasaskan sistem syura.
 Perundangan negara berasaskan syariat Islam atau al-Quran dan al-Sunnah.
 Pemerintahan yang adil.

7. Matlamat negara Islam


 Untuk menegakkan perundangan dan hukum Allah swt.
 Untuk merealisasikan keadilan kepada rakyat.
 Untuk melaksanakan kebajikan kepada semua rakyat.

8. Maksud syura
 Iaitu perbincangan dan permuafakatan sekumpulan ulama dalam hal-hal yang berkaitan dengan
kepentingan masyarakat dengan berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt.

9. Ciri-ciri syura
 Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah
 Mengambil perhatian tentang keperluan diri rohani dan jasmani manusia.
 Mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
 Bersifat ideal dan syumul

7.2: TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DAN


RAKYAT
1. Pengertian khalifah
 Khalifah dalam Islam ialah pengganti nabi dalam urusan menegakkan keagamaan dan mentadbir
urusan keduniaan.

2. Ciri-ciri yang perlu ada pada khalifah


 Bertakwa kepada Allah swt.
 Berakhlak mulia.
 Bijaksana dan berpandangan jauh.
 Berani menghadapi cabaran.
 Amanah terhadap tugas.
 Berilmu dan beramal dengan ajaran Islam
 Adil dalam pentadbiran
 Cekap dalam membuat keputusan.
 Dapat mengawal emosi dan rasional.

3. Tanggungjawab khalifah
 Melaksanakan hukum Allah swt tanpa mengira tempat dan masa
 Sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
 Sentiasa menjaga kesucian agama Islam.
 Berjihad menentang musuh Islam
 Mengagihkan kekayaan negara kepada mereka yang berhak.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

4. Ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab


 Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
 Sentiasa taatkan pemimpin dengan melaksanakan segala arahan kerajaan.
 Sentiasa memajukan diri sendiri dengan menambahkan ilmu pengetahuan.
 Sentiasa mematuhi undang-undang bernegara.

5. Hak rakyat
 Hak untuk memilih pemerintah dan kerajaan yang adil.
 Hak untuk mendapatkn pendidikan,kesihatan dan bebas bergerak.
 Hak untuk mendapatkan perlindungan dan jaminan keselamatan.
 Hak untuk mencari harta dan membelanjakannya.

TAJUK 8:
SISTEM KEHAKIMAN MENURUT
ISLAM

8.1: KEHAKIMAN BERLANDASKAN AL- QURAN DAN AL- HADIS

1. Pengertian kehakiman
 Bermaksud suatu keputusan daripada pemerintahan/badan kehakiman dalam suatu perbicaraan di
mahkamah atau menyampaikan hukum syarak secara penetapan.

2. Matlamat utama sistem kehakiman


 Menegakkan keadilan kepada semua rakyat.
 Menentang kezaliman dengan menjatuhkan hukuman ke aras penjenayah.
 Membela orang yang dizalimi.

3. Prinsip kehakiman Islam


 Bersifat rabbani iaitu bersumberkan wahyu Allah swt dan hadis Rasulullah saw dalam
menentukan sebarang keputusan.
 Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.
 Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.
 Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik.

4. Etika kehakiman Islam


 Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak.
 Hakim hendaklah jujur dan amanah.
 Hakim tidak boleh menghakimi mana-mana orang yang beliau mempunyai kepentingan.
 Sebarang kesalahan tidak boleh disabitkan jika terdapat keraguan.

5. Syarat-syarat perlantikan hakim


 Seorang yang berilmu dan bertakwa kepada Allah swt.
 Seorang yang berfikiran waras dan sentiasa tenang.
 Seorang yang berwibawa dan dihormati oleh orang ramai.
 Seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh.
 Seorang yang berani dan tegas dalam menjalankan tugas.

6. Tanggungjawab hakim
 Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Menjatuhkan hukuman ketika dalam keadaan emosi yang tenang.


 Menjatuhkan hukuman tanpa ragu.
 Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan.

7. Keistimewaan sistem kehakiman Islam.


 Dasar kehakiman dan perundangannya adalah ciptaan Allah swt.
 Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia.
 Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.
 Undang-undang dan hukuman Islam tidak berubah.

8. Sumber-sumber kehakiman/perundangan Islam


 Al-Quran
- Kalam Allah swt yang diturunkan kepada nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibrail untuk
membimbing ke jalan yang benar.

 Al-Hadis
- Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah saw tentang sesuatu perkara yang
melibatkan hukum Islam.

 Al-Ijma’
- Persepakatan para ulama’ mujtahid tentang sesuatu perkara yang tdak jelas hukumnya di
dalam al-Quran dan Hadis.

 Al-Qiyas
- Menyandarkan hukum bagi sesuatu perkara baru kepada sesuatu perkara yang telah termktub
hukumnya di dalam al-Quran dan sunnah seperti pengharaman rokok boleh diqiyaskan dengan
pengharaman arak.

TAJUK 9:
SISTEM SOSIAL MENURUT
ISLAM

9.1: SISTEM SOSIAL MENURUT


ISLAM
1. Pengertian sistem sosial Islam
 Iaitu perhubungan sesama manusia melalui ikatan undang-undang rabbani untuk mencapai
kehidupan bermasyarakat yang harmoni dan aman damai.

2. Ciri-ciri sistem sosial Islam


 Ciptaan Allah swt dan berpandukan al-Quran dan Hadis.
 Berteraskan perancangan Allah swt atau batasan dalam pergaulan.
 Menjalin ikatan ukhuwah.

3. Matlamat sistem sosial Islam


 Untuk mendapatkan keredaan Allah swt.
 Untuk merealisasikan keadilan sosial kepada rakyat.
 Untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
 Untuk memakmurkan alam mengikut ajaran Islam.
 Untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.

4. Nilai murni sistem sosial Islam


 Ukhuwah Islamiah

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

- Sistem sosial Islam menjadikan semua makhluk adalag bersaudara tanpa mengira warna kulit,
kedudukan atau pangkat seseorang.

 kasih sayang sesama makhluk


- Islam mewajibkan umatnya supaya sama-sama menjaga kebajikan dan keperluan semua
manusia tanpa mementingkan diri sendiri.

 Hormat menghormati
- Masyarakat Islam wajib hormat menghormati sesama lain.

5. Perbezaan sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam.


 Sistem sosial Islam
- Berasaskan al-Quran
- Berdasarkan kepad ukhuwah semata-mata
- Mementingkan urusan dunia dan akhirat.

 Sistem sosial bukan Islam


- Berdasarkan pemikiran.
- Berdasarkan kedudukan, warna kulit dan lain-lain.
- Mementingkan kebendaan dan keduniaan sahaja.

TAJUK
TAJUK 10:
10:
ISLAM
ISLAM DAN
DAN HARTA
HARTA

10.1:
10.1: HARTA
HARTA ADALAH
ADALAH AMANAH
AMANAH ALLAH
ALLAH

1. Pengertian harta dalam Islam.

Harta ialah suatu perkara yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka seperti
rumah, tanah, kereta, bangunan, wang dan sebagainya. Islam memerintahkan umatnya mencari harta untuk memenuhi
keperluan hidup disamping menjadikannya sebagai ibadat. Harta adalah milik sementara yang diamanahkan oleh
Allah kepada manusia. Manusia bebas memiliki harta dan membelanjakannya. Harta menjadi ujian kepada manusia
dan manusia wajib mencari dan membelanjakan harta secara halal.

        


      
ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha   
103. Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659]
mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) mendengar lagi Maha mengetahui.

[658] Maksudnya: zakat itu membersihkan mereka dari kekikiran dan cinta yang berlebih-lebihan kepada
harta benda
[659] Maksudnya: zakat itu menyuburkan sifat-sifat kebaikan dalam hati mereka dan
memperkembangkan harta benda mereka.

2. Tiga syarat mencari harta supaya diterima menjadi ibadat :

 Ikhlas kerana Allah

 Mencari harta dengan tidak meninggalkan ibadat fardhu dan tidak lalai.

 Tidak mengganggu kepentingan orang lain.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Pemilikan harta mestilah berpandukan syariat Islam.

3. Konsep pemilikan harta menurut Islam ialah:


● Mencari harta mestilah mengikut cara Islam.
● Sebahagian dari harta mestilah dikeluarkan zakat.
● Tidak mengganggu kepentingan orang lain.
● Digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat.

4. Cara membelanjakan harta agar ianya direhdai Allah.


● Infak kepada mereka yangberhakmenerimanya/derma/sedekah.
● Menggunakan harta untuk berjihad ke jalan Allah/amal jariah.
● Membina kemudahan asas.
● Mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

5. Bentuk ujian terhadap manusia yang memiliki harta.


● Ditimpa bencana seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain.
● Menjadikan mereka sombong dan angkuh.
● Membelanjakan harta secara batil dan yang tidak diredha.
● Allah memudahkan lagi jalan mendapatkan harta.
● Kesibukan mencari harta hingga lupa tanggungjawab kepada Allah.

6. Maksud pembaziran harta ialah:


● Penggunaan harta pada jalan yang tidak diredha oleh Allah atau maksiat atau

membelanjakan kepada perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.

7. Sebab Islam melarang umatnya membazir.


● Melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri.
● Menyebabkan seorang itu terpaksa menanggung beban hutang dan membawa kemiskinan.
● Menghilangkan perasaan belas kasih dan kasih sayang dan bertimbangrasa.
● Menjejaskan ekonomi negara.
● Menyebabkan inflasi.

10.2:
10.2: CARA
CARA MEMPEROLEHI
MEMPEROLEHI DAN
DAN MEMBELANJAKAN
MEMBELANJAKAN
HARTA
HARTA
1. Sumber-sumber Harta :

 Harta adalah anugerah atau kurniaan Allah SWT kepada manusia. Harta boleh dimiliki oleh setiap manusia
melalui usaha, ikhtiar mengikut keupayaan masing-masing.

 Sumber harta yang halal ialah harta yang diperolehi dengan cara yang baik dan diizinkan oleh syarak, tidak
melakukan penindasan dan penganiayaan untuk mendapatkan harta.

 Sumber harta yang haram ialah harta yang diperolehi melalui cara yang salah dan tidak diizinkan oleh syarak
seperti merampas, mencuri, meniou, pecah amanah dan sebagainya.

2. Cara Memperolehinya harta:

A. Cara memperoleh harta secara halal ialah;

 Berniaga secara jujur dan tidak melakukan penipuan.

 Bekerja sendiri seperti bertani, bertukang, berternak dan sebagainya.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Bekerja makan gaji seperti menjadi guru, peguam, polis dan lain-lain.

 Melaburkan wang dalam saham-saham yang berteraskan Islam.

B. Cara memperoleh harta secara haram;

 Melakukan penipuan dalam perniagaan seperti mengurangkan sukatan.

 Memperolehi harta dengan cara tidak sah melalui kekerasan dan zalim

 Memperoleh harta dengan cara menindas dan menganiaya orang lain seperti riba dan monopoli.

 Memperolehi harta melalui aktiviti yang haram seperti menjual dadah, pecah amanah, menyeludup barangan
dan sebagainya.

3. Contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Allah:

 Monopoli, riba, manipulasi, mencuri,rasuah dan salah guna kuasa

4. Maksud monopoli ialah:

 Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran
tertentu oleh seseorang atau firma tertentu.

 Menyorok barang keperluan untuk dijual dengan harga yang mahal apabila sangat diperlukan.

5. Kesan monopoli ialah:


● Berlakunya penindasan/pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
● Berlakunya penipuan.
● Menjejaskan kepentingan pengguna.
● Mengikis sifat tamak/mementingkan diri.

6. Maksud manipulasi:

 Segala tindakan dan selok belok untuk memperdayakan atau mempengaruhi orang lain demi untuk mengaut
keuntungan yang lebih.

 Menggunakan kemahiran untuk memperolehi keuntungan peribadi secara tidak sah, contohnya
mengurangkan timbangan.

7. Keburukan manipulasi:
● Berlakunya penindasan/pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
● Berlakunya penipuan.
● Menjejaskan kepentingan pengguna.
● Mengikis sifat amanah dalam muamalah.
● Melahirkan sifat tamat/mementingkan diri.

8. Maksud riba ialah:


● Pinjaman yang melibatkan tambahan akibat pertukaran barangan sejenis atau tambahan

bayaran akibat masa atau penangguhan bayaran.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

9. Implikasi amalan riba:


● Berlakunya penindasan.
● Melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri dan mementingkan kemewahan.
● Dilaknati oleh Allah dan tidak diberkati.
● Melebarkan jurang perbezaan golongan kaya dengan golongan miskin.

10. Cara menghindari riba:

 Berurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan muamalat Islam

 Membeli barangan secara tunai

 Memberi penerangan yang jelas tentang keburukan riba kepada masyarakat melalui ceramah atau risalah.

11. Maksud spekulasi:


● Proses serta aktiviti/perihal/perlakuan yang keterlaluan mendorong individu membeli dan

menjual sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko tinggi. 

12. Sebab Islam mengharamkan perbuatan spekulasi:


● Mengharapkan keuntungan cepat tanpa berusaha/hanya bergantung kepada nasib.
● Terdedah kepada risiko yang besar.
● Merosakkan sistem muamalat ( sistem jualbeli ) Islam

13. Kesan buruk jika manusia diberi kebebasan sepenuhnya memiliki harta:
● Lalai tanggungjawab kepada Allah.
● Bersikap sombong dan bakhil.
● Menjejaskan kepentingan orang lain.

14. Cara membelanjakan Harta:

A. Membelanjakan harta untuk diri sendiri dan keluarga;

 Menyara diri sendiri dan keluarga untuk pelbagai keperluan seperti makanan, minuman, pakaian,
menyediakan tempat tinggal, perubatan dan perkara yang berhubung dengannya.

 Menafkahkan harta untuk keperluan orang-orang berada di bawah tanggungan seperti ibu, bapa dan kaum
keluarga.

 Membelanjakan harta dengan berhemat tanpa pembaziran.

B. Membelanjakan harta untuk kepentingan masyarakat umum;

 Membelanjakan harta untuk kebajikan umum seperti sedekah, derma dan membantu orang yang tidak
mampu.

 Memberi bantuan kepada institusi masyarakat seperti masjid, surau, hospital, sekolah dsb.

 Memberi bantuan orang yang ditimpa bencana seperti membantu mangsa banjir, kebakaran, penyakit kritikal
dsb.

C. Membelanjakan harta untuk perjuangan Islam;

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Harta diperlukan untuk menyediakan kelengkapan tentera bertujuan mempertahankan diri daripada
pencerobohan musuh.

 Dalam bidang dakwah, banyak wang yang diperlukan untuk melicinkan lagi kegiatan dakwah dan lain-lain
kelengkapan agar dakwah dapat berjalan lancar.

D. Membelanjakan harta untuk kepentingan Negara;

 Melaburkan wang untuk memajukan perkembangan ekonomi Negara.

 Mengeluarkan zakat harta dan membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

 Melaburkan wang bagi membantu kerajaan menyediakan kelengkapan tentera bagi membantu
mempertahankan Negara.

TAJUK
TAJUK 11:
11:
ISLAM
ISLAM DAN
DAN HAK
HAK MILIK
MILIK

11.1:
11.1: PENGIKTIRAFAN
PENGIKTIRAFAN DAN
DAN HAK
HAK MILIK
MILIK DALAM
DALAM
ISLAM
ISLAM
1. Kepentingan hak milik harta kepada manusia.

 Hak milik membolehkan pemiliknya mempunyai keistimewaan yang menghalang orang lain daripada
mencerobohi harta tersebut.

 Pemilik berkuasa terhadap pentadbiran dan pengurusannya.

2. Konsep kebebasan dalam pemilikan harta.

 Pencarian dan pemilikan dilakukan secara halal

 Tiada unsur-unsur khianat yang mengganggu kepentingan awam.

 Tidak mengganggu dan menjejaskan kepentingan orang ramai spt sungai, laut, padang rumput dan udara.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

3. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam pemilikan harta.

 Menggunakan harta ke arah keredhaan Allah.

 Tidak membazir dan melampaui batas

 Tidak menggunakannya ke arah maksiat

 Mengeluarkan zakat bila cukup syarat.

 Pemilikan harta daripada sumber yang halal.

 Tidak sombong apabila memiliki harta

4. Sebab-sebab Allah membataskan hak milik harta kepada manusia.

 Agar manusia tidak lupa kepada Allah.

 Mengelakkan manusia sombong dan bangga diri.

 Mengelakkan manusia terlalu mencintai harta benda hingga mengabaikan tanggungjawab kepada Allah.

5. Redha dengan ketentuan Allah.

 Bersyukur dengan nikmat rezeki yang diperolehi.

 Mempunyai sifat zuhud dan qanaah

 Berusaha semaksima mungkin dan berserah kepada Allah.

6. Cara pemilikan harta mengikut cara yang dibenarkan Islam.

 Tidak dengan cara zalim, menindas dan merampas hak orang lain.

 Harta yang berkat ialah diperolehi dengan cara dan sumber yang halal.

7. Kesan-kesan sekiranya tiada pengiktirafan terhadap hak milik

 Melemahkan semangat manusia untuk berusaha mendapatkan harta.

 Manusia tidak bebas untuk mengguna dan memanfaatkan harta yang dimiliki.

 Harta tidak akan dapat kepada pewaris.

11.2:
11.2: LARANGAN
LARANGAN MENCEROBOH
MENCEROBOH HARTA
HARTA ORANG
ORANG
LAIN
LAIN

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

1. Pengertian pencerobohan harta.

 Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak ataupun membelanjakan harta kepada
perkara yang tidak berfaedah.

Dalil larangan pencerobohan harta. Surah Al-Baqarah:188:

2. Bentuk-bentuk pencerobohan harta.

 Mendapat harta dengan cara yang salah seperti mencuri, merompak, menipu dan menindas.

 Menyalahkan kuasa seperti rasuah dan pecah amanah.

 Tidak mengeluarkan zakat

3. Keburukan pencerobohan harta.

 Harta tidak diberkati Allah

 Melahirkan individu yang tamak dan pentingkan diri sendiri

 Menjatuhkan maruah diri

 Timbul rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat .

 Berlaku penindasan dan penganiayaan kepada orang yang lemah.

 Menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang ramai.

 Kekayaan negara dimonopoli oleh kelompok tertentu sahaja.

 Pentadbiran negara menjadi kucar jkacir dan negara menjadi lemah.

4. Punca-punca berlakunya pencerobohan harta.

 Tiada penghayatan agama dalam diri

 Terpengaruh kehidupan mewah

 Masalah kemiskinan

 Sifat pentingkan diri dan tamak.

5. Langkah-langkah untuk membendung pencerobohan harta.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Menerapkan didikan agama kepada masyarakat.

 Pihak pemerintah perlu menguruskan kehidupan rakyat dengan adil dan saksama.

 Menguatkuasakan undang-undang.

TAJUK
TAJUK 12:
12:
ISLAM
ISLAM DAN
DAN
PEKERJAAN
PEKERJAAN

12.1:
12.1: GALAKAN
GALAKAN BEKERJA
BEKERJA DALAM
DALAM
ISLAM
ISLAM
1. Pengertian bekerja

Pekerjaan menurut Islam ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber rezeki yang berbentuk
wang atau harta yang halal. Pekerjaan merupakan satu bidang kehidupan manusia untuk memperoleh dan
mendapatkan harta benda bagi memenuhi keperluan hidup. Pekerjaan juga boleh menjadi sebahagian daripada
ibadat jika dilakukan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. dan mengikut syarat-syarat yang
tertentu.

2. Dalil kewajipan bekerja

 Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari harta dengan bersungguh-sungguh. Islam juga
memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka yang bekerja.

 Islam melarang umatnya daripada sikap malas dan menganggur kerana ia tidak mencerminkan ajaran Islam
yang menuntut kepada kesungguhan dalam mencapai sesuatu perkara. Firman Allah S.W.T.


         
     
Maksudnya : Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah
akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Surah al-Jumuah : 10)

3. Matlamat bekerja

 Mendapatkan keredaan Allah S.W.T. iaitu dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. kerana
Allah S.W.T. untuk mencari rezeki yang halal dan sebagainya.

 Untuk memenuhi keperluan sendiri dan keluarga. Ini kerana Islam mewajibkan pekerjaan untuk memenuhi
keperluan seperti makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya.

 Meningkatkan kadar pendapatan negara sekaligus menyumbangkan kepada pembangunan dan kemajuan
ekonomi negara.

 Mengelakkan diri daripada bergantung hidup dan budaya meminta-minta di kalangan masyarakat kerana
budaya ini tidak selari dengan ajaran Islam.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

4. Kebaikan pekerjaan yang halal dan keburukan pekerjaan yang haram.

A. Kebaikan pekerjaan yang halal :

 Diri dan keluarga :

- Mendapat keredaan Allah S.W.T. dengan melakukan kerja yang halal.

- Mendapat ketenangan dan keamanan jiwa.

- Menjadi teladan dan dicontohi masyarakat.

- Mendatangkan kesejahteraan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

- Boleh mengelakkan sebarang bentuk ancaman dan gangguan

 Masyarakat :

- Masyarakat hidup aman dan makmur tanpa gangguan.

- Mewujudkan perpaduan dan semangat kerjasama antara satu sama lain.

- Taraf hidup masyarakat semakin maju

 Negara :

- Ekonomi negara semakin maju dan berkembang,

- Menarik minat pelabur asing melabur dalam negara.

- Menjadi contoh dan teladan kepada negara luar.

- Meningkatkan produktiviti dan kualiti negara.

B. Keburukan pekerjaan yang haram :

 Diri dan keluarga :

- Tidak mendapat keredaan dan keberkatan Allah S.W.T.

- Hidup dibelenggu rasa bersalah dan berdosa kepada keluarga dan masyarakat.

- Tidak mendapat ketenangan jiwa.

- Dipandang serong oleh masyarakat.

 Masyarakat :

- Berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat

- Kehidupan masyarakat semakin mundur.

- Hidup masyarakat sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan.

 Negara :

- Ekonomi negara tidak stabil

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

- Negara akan berada dalam keadaan kucar kacir.

5. IMPLIKASI KEHIDUPAN TANPA PEKERJAAN.

 Diri sendiri :

- Hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai wang bagi memenuhi keperluan

- Tidak disukai oleh masyarakat kerana hidup dengan belas ihsan orang lain.

 Masyarakat :

- Masalah jenayah akan berleluasa

- Menimbulkan masalah sosial seperti lepak, berpeleseran dan sebagainya.

 Negara :

- Tenaga kerja yang berkurangan untuk membantu memajukan negara.

- Ketiadaan wang menyebabkan kuasa membeli barangan keluaran Negara

berkurangan, ini merencatkan perkembangan ekonomi negara.


- Negara tidak maju dan mundur

12.2:
12.2: TUNTUTAN
TUNTUTAN BEKERJA
BEKERJA KERANA
KERANA
ALLAH
ALLAH
1. Pengertian bekerja kerana Allah.

 Melakukan aktiviti yang dibenarkan syarak secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah.

2. Dalil berkaitan bekerja kerana Allah. Surah At-Taubah:105

3. Bekerja sebagai amanah Allah S.W.T.

 Salah satu cara melaksanakan amanah Allah ialah melalui pekerjaan.

 Umat Islam boleh melaksanakan pelbagai pekerjaan berdasarkan kemahiran mereka.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Islam menggalakkan umatnya melakukan penyelidikan dalam bidang perubatan, astronomi, kejuruteraan dsb.

 Islam menggalakkan umatnya mencipta peralatan baru bagi kemudahan hidup manusia selagi tiada
kemudaratan.

4. Etika kerja Islam.

 Bekerja kerana Allah dan mengharapkan ganjaran pahala.

 Amanah dalam melakukan pekerjaan.

 Bekerja dengan cekap dan pantas agar produktiviti meningkat.

 Bekerja dengan tekun bersungguh-sungguh dan penuh semangat.

 Bersikap tolerasi dalam pekerjaan terutama kerja berkumpulan untuk mengelakkan dengki, dendam dan iri
hati.

5. Langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti kerja dalam Islam.

 Sentiasa bermatlamatkan keredhaan dan keberkatan Allah.

 Mempunyai perancangan yang kemas lengkap dan tersusun.

 Merangka strategi yang betul dan sesuai dengan situasi kerja.

 Menghasilkan produktiviti yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang banyak.

 Berdisiplin dan menepati masa.

 Sentiasa mematuhi arahan ketua selagi tidak bercanggah dengan syarak.

TAJUK
TAJUK 13:
13:
MUAMALAH
MUAMALAH MENURUT
MENURUT
ISLAM
ISLAM

4.1:
4.1: PENGERTIAN
PENGERTIAN MUAMALAH
MUAMALAH MENURUT
MENURUT
ISLAM
ISLAM
1. Pengertian muamalat.

 Muamalah ialah tatacara hubungan sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing mengikut
ajaran Islam.

2. Matlamat muamalah

 Menjamin keselamatan harta yang dimiliki oleh seseorang dan juga dapat mengelakkan penipuan,
penindasan, penganiayaan dll.

 Melahirkan masyarakat yang adil, jujur dan amanah kerana sistem ini berdasarkan prinsip keadilan.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Memudahkan manusia menikmati kurniaan Allah dengan cara yang betul dan diredhai.

 Melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim.

3. Ciri-ciri muamalat Islam.

 Memberi manfaat.

 Tiada penipuan

 Keredhaan kedua-dua pihak yang berurusan

 Berlandaskan prinsip keadilan

 Tidak membebankan mana-mana golongan

4. Syarat-syarat sah muamalat secara am

 Mendapat persetujuan daripada pihak yang melakukan muamalah.

 Orang yang bermuamalah mestilah berakal.

 Tiada unsur-unsur penipuan.

5. Muamalah yang tidak sah.

 Mengandungi unsur penindasan, perjudian dan penipuan.

 Memperniagakan barangan yang tidak halal dan suci.

 Menjual barang yang belum pasti kewujudannya atau sifatnya.

6. Konsep bekerjasama (al-ta’awun) dalam muamalah :

 Manusia memerlukan bantuan dan kerjasama antara satu sama lain untuk memahami keperluan hidup.

 Islam menggalakkan umatnya tolong menolong. Dalil surah Al-Maidah: 2

 Islam menuntut kerjasama di dalam perkara yang membawa kebaikan seperti dalam jual beli, persyarikatan
dan gadaian.

 Islam melarang kerjasama dalam perkara yang membawa keburukan.

 Dalam urusan jualbeli, sewaan, pajak gadai dan syarikat mengandungi unsur tolong menolong antara kedua
belah pihak.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

13.2:
13.2: KEPENTINGAN
KEPENTINGAN
MUAMALAH
MUAMALAH
1. Beza antara sistem muamalat Islam dengan sistem konvensional.

SISTEM ISLAM SISTEM KONVENSIONAL


Tiada unsur penindasan dan penganiayaan Berasaskan unsur-unsur penindasan dan
penganiayaan
Mengikut fahaman Islam dalam perniagaan Berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis
Memberi galakan kepada umatnya membantu Mengutamakan keuntungan semata-mata dan
golongan yang memerlukan mengabaikan kebajikan
Menggalakkan umat Islam mendapatkan harta Mendapatkan harta dengan pelbagai cara tidak kira
dengan cara halal halal atau haram
Harta sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Harta adalah matlamat hidup

2. Pengertian

 Al-Wadiah – simpanan tanpa faedah.

 Al-Mudharabah – berkongsi modal dan keuntungan tanpa perkongsian kerja

 Al- Murabahah – jual sesuatu dengan menyatakan modal dan jumlah keuntungan

 Al-Musyarakah – berkongsi modal, kerja dan keuntungan.

 Al-Rahn – pajak gadai Islam

 Al-Ijarah – sewa menyewa

 Al-Bait bil-thamanin ajil ( jualan tertangguh) – beli secara bayaran ansuran

 Takaful – Insuran Islam berkonsepkan tolong menolong.

3. Keburukan bermuamalat tidak mengikut cara Islam.

 Melahirkan individu yang tamak haloba

 Manusia menjadi kurang kreatif dan inovatif

 Masyarakat tidak bersatu padu kerana tiada tolong menolong

 Berlaku penindasan terhadap golongan yang lemah

 Agihan kekayaan negara berlaku secara tidak adil

 Ekonomi negara menjadi lemah

TAJUK
TAJUK 14:
14:
PERUNDANGAN
PERUNDANGAN ISLAM
ISLAM

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

14.1:
14.1: PENGERTIAN
PENGERTIAN PERUNDANGAN
PERUNDANGAN ISLAM
ISLAM DAN
DAN
FALSAFAH
FALSAFAH
1. Pengertian dan dalil perundangan Islam. ( al- Maidah : 49 )

 Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang mencakupi segala aspek kehidupan
manusia merangkumi aqidah, syariah, akhlak dsb bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

 Dalilnya, Surah al- Maidah : 49:

2. Keunggulan Perundangan Islam

 Undang-undang ciptaan Allah, maka ianya sempurna dan selamat dari sebarang kekurangan dan kelemahan.

 Lengkap dan sesuai untuk semua individu dan semua aspek kehidupan manusia .

 Hukuman yang adil dan setimpal kepada sesiapa yang melakukan kesalahan tanpa mengira pangkat,
kedudukan dan keturunan seseorang.

 Undang-undang ini tetap dan tidak berubah hingga ke hari kiamat.

 Mendidik jiwa manusia kerana undang-undang bertujuan mendidik jiwa dan bukan menghukum semata-
mata.

 Memelihara keselamatan masyarakat dan negara kerana undang-undang ini boleh mencegah perbuatan-
perbuatan negatif.

 Hukuman bersifat memberikan pengajaran kerana dijalankan di khalayak ramai.

3. Sebab al-Quran dan al-hadis menjadi sumber rujukan utama perundangan Islam.

 Al Quran dan hadis mempunyai kebenaran yang tidak dapat disangkal.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Al Quran dan hadis sesuai pada semua tempat dan zaman.

 Kandungan kedua-duanya merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti muamalah, jenayah, akhlak,
dan sebagainya.

4. Perbezaan antara sistem perundangan Islam dengan perundangan ciptaan manusia.


PERUNDANGAN ISLAM PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA
Ciptaan Allah SWT Ciptaan manusia
Bersifat universal Bersifat sementara dan untuk tempat yang tertentu
sahaja
Al Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama Akal manusia sebagai sumber rujukan utama
Lengkap dan merangkumi kejayaan dunia dan akhirat Merangkumi dunia sahaja
Mengingkarinya berdosa dan mematuhinya mendapat Melanggarnya akan dikenakan tindakan di dunia
pahala

5. Faedah melaksanakan Perundangan Islam :

 Individu :

- Lahir insan yang bertanggungjawab dan bertakwa

- Dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT

- Terjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

 Masyarakat :

- Terpelihara daripada perpecahan dan permusuhan

- Lahir hubungan yang erat dalam masyarakat tanpa mengira agama dan budaya.

- Wujud keamanan dan keharmonian dalam masyarakat

 Negara :

- Keamanan dan kedaulatan negara mantap dan terpelihara

- Negara dihormati oleh negara luar

- Negara bertambah maju dan makmur

14.2:
14.2: PENGERTIAN
PENGERTIAN QADHA,
QADHA, FEQAH,
FEQAH, IJTIHAD
IJTIHAD DAN
DAN
FATWA
FATWA
1. Pengertian qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.

 Qadha

- Hukuman yang diputuskan oleh kadi atau penguasa. Contohnya kadi atau penguasa menjatuhkan
hukuman sebat kepada orang yang sabit (dibuktikan) kesalahan meminum arak.

- Pesalah yang telah dibuktikan bersalah perlu dikenakan hukuman yang wajar mengikut kesalahannya.
Hukuman ini perlu untuk menjamin keadilan ditegakkan dan masyarakat dapat hidup dengan aman dan
harmoni.

- Qadha atau hukuman yang diputuskan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak yang
bergaduh secara adil dan dihormati kedua-dua pihak.

- Qadha dalam perundangan Islam diputuskan berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang benar.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Fekah

- Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan (diputuskan) oleh para mujtahid yang diambil
daripada dalil-dalil syarak.

- Kefahaman tentang hukum amali ini membolehkan individu memahami suruhan dan larangan Allah.

- Adanya kefahaman tentang hukum ini membolehkan umat Islam melaksanakan Undang-undang Islam
tanpa keraguan.

 Ijtihad

- Pendapat atau pandangan yang dikeluarkan oleh seseorang mujtahid atau beberapa orang mujtahid
tentang sesuatu hukum syarak dengan cara mengambil pengajaran atau pemahaman tertentu hasil
penilaian dan perbahasan bersungguh-sungguh tentang dalil-dalil yang ada serta suasana semasa
sesuatu tempat.

- Ijtihad dibenarkan dalam Islam berpandukan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :“Apabila
seseorang hakim memutuskan sesuatu hukuman dan dia berijtihad serta tepat ijtihadnya, baginya dua
pahala. Dan jika tersalah, baginya satu pahala.”

- Ijtihad membolehkan hukum diputuskan bagi masalah yang tiada dinyatakan di dalam Al Quran dan
Hadis secara langsung.

- Ijtihad dapat mengelakkan pertelingkahan dalam menyelesaikan masalah.

 Fatwa

- Keputusan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa berkaitan dengan sesuatu hukum syarak terhadap
permasalahan yang berlaku.

- Majlis fatwa adalah satu badan yang dilantik leh pihak kerajaan. Contoh –contoh fatwa : hukuman
bunuh kepada pengedar dadah, hukum haram pengklonan manusia, hukum harus menderma organ
badan manusia dan lain-lain lagi.

- Fatwa membolehkan masalah yang tiada hukumnya dalam al-Quran dan hadis diputuskan secara
cermat dan mengelakkan masyarakat berpegang pada pendapat atau hukum yang dikeluarkan oleh
individu.

2. Perbezaan antara fatwa dan ijtihad:


FATWA IJTIHAD
Dikeluarkan oleh majlis fatwa Dikeluarkan oleh individu yang berkelayakan dan
berwibawa
Mempunyai kesan penguatkuasaan undang-undang Tidak mempunyai kesan penguatkuasaan undang-
undang
Al Quran dan hadis sebagai rujukan utama Merujuk kepada pelbagai sumber
Berkaitan dengan hukum-hukum agama Berkaitan dengan hal umum yang berkaitan dan yang
tidak berkaitan dengan agama

3. Kebaikan qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.

 Qadha :

- Hukuman yang dijatuhkan berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang benar.

- Keputusan yang dibuat wajar dan adil

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Fekah :

- Umat Islam dapat melakukan ibadat tanpa keraguan

- Hukum Islam dapat berkembang dan sesuai dilaksanakan dengan masa, tempat dan keadaan.

- Fekah menyebabkan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia.

 Ijtihad :

- Sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam.

- Hukum Islam dapat berkembang berterusan.

 Fatwa :

- Melahirkan umat Islam sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran.

- Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni.

- Sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan mengikut kaedah Isalm

14.3:
14.3: MATLAMAT
MATLAMAT PERUNDANGAN
PERUNDANGAN
ISLAM
ISLAM
1. Matlamat Perundangan Islam.

 Memelihara agama: Perundangan Islam dapat memelihara kesucian agama Islam . Kesucian agama Islam
mesti dipertahankan kerana Islam adalah agama Allah S.W.T.

 Memelihara nyawa: Nyawa adalah anugerah yang sangat bernilai kepada manusia. Islam menjaga hak
seseorang manusia untuk hidup bebas dari sebarang ancaman yang mengancam nyawa dan keselamatan
anggota badannya

 Memelihara akal: Kesempurnaan dan kewarasan akal amat dititikberatkan dalam Islam kerana akal
penentu kepada segala tindakan manusia. Sebarang tindakan yang boleh mengganggu kesempurnaan akal
dilarang dalam Islam.

 Memelihara harta benda: Islam mengiktiraf pemilikan harta seseorang individu. Islam menetapkan
peraturan yang melarang perbuatan mencerobohi harta. Contoh, hukuman potong tangan kepada pencuri.

 Memelihara keturunan: Manusia perlu mengetahui asal-usulnya, iaitu keturunannya dengan jelas. Sebarang
perbuatan yang merosakkan kesucian keturunan dan kesinambungan keturunan adalah dilarang dalam Islam.
Contohnya Islam melarang zina dan liwat .

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Memelihara kehormatan diri: Ketinggian akhlak dan budi pekerti seseorang individu amat dititikberatkan
dalam Islam. Sebab itu Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti hasad dengki, sombong diri,
melakukan perbuatan sia-sia,menghina dan menjatuhkan maruah seseorang.

 Memelihara keharmonian Negara: Keamanan dan keharmonian negara bergantung kepada kesejahteraan
rakyatnya, Islam telah membuat peraturan khusus untuk pemerintah dan rakyat demi menjamin keharmonian
tersebut.

2. Kepentingan matlamat perundangan Islam :

 Memelihara agama: Memelihara agama sangat penting untuk memelihara kesucian agama dan akidah dari
terpesong.

 Memelihara nyawa: Memelihara nyawa penting untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian hidup
manusia.

 Memelihara akal: Memelihara akal dapat menjamin kesempurnaan dan kewarasan akal yang menjadi
penentu tindak tanduk manusia.

 Memelihara keturunan: Penting untuk memastikan pembentukan generasi yang baik.

 Memelihara harta benda: Dapat menjamin kebajikan dan keharmonian hidup masyarakat terpelihara.

 Memelihara kehormatan diri: Penting untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berakhlak mulia.

 Memelihara keharmonian Negara: Sangat penting untuk menjamin keamanan dan kemajuan negara.

3. Cara mencapai matlamat perundangan Islam:

 Berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT

 Mengamalkan cara hidup Islam

 Bertindak mengikut ajaran Islam

 Mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat

 Melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan harian

 Berfikir, mengkaji dan mengakui kebenaran ajaran Islam

4. Kesan pencapaian matlamat perundangan Islam

 Individu :

- Menjadi orang yang percaya dan patuh kepada Allah SWT.

- Hidup diberkati dan diredhai Allah

- Mencapai kecemerlangan dalam kehidupan dunia

 Masyarakat :

- Hidup dalam keadaan aman dan sejahtera

- Suasana aman dan harmoni dapat diwujudkan.

 Negara :

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

- Aman, maju dan kuat.

- Negara luar menghormati negara Islam

TAJUK
TAJUK 15:
15:
FALSAFAH
FALSAFAH IBADAH
IBADAH DALAM
DALAM
ISLAM
ISLAM

15.1:
15.1: KONSEP
KONSEP MUNAKAHAT
MUNAKAHAT

1. Pengertian perkahwinan dan falsafah munakahat.

 Pengertian perkahwinan dari segi syarak – ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui aqad nikah
yang sah untuk hidup sebagai suami isteri.

 Falsafah Munakahat – suatu ikatan suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan umat
manusia secara sah dan bertanggungjawab.

 Dalil tuntutan berkahwin, Surah Ar-Rum:21

2. Konsep kekeluargaan dalam Islam

 Dapat memupuk semangat bertanggungjawab

 Dapat mengatur kehidupan dengan baik

 Mengembangkan dakwah Islamiah

 Mencegah gejala sosial dan mengembangkan generasi soleh.

3. Tanggungjawab setiap ahli keluarga.

 Tanggungjawab Suami:

- Memberi mas kahwin

- Memberi nafkah zahir dan batin

- Memberi Layanan baik kepada isteri

- Memberikan didikan agama kepada isteri

 Tanggungjawab isteri:

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

- Mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan syarak

- Memberi layanan yang baik kepada suami

- Menjaga maruah suami

- Menjaga harta benda suami

 Tanggungjawab ibu bapa:

- Memelihara dan mendidik anak

- Bertolak ansur dalam membuat keputusan

- Memberi layanan yang saksama kepada ahli keluarga

- Memberikan kasih sayang kepada anak-anak tanpa pilih kasih

 Tanggungjawab anak:

- Menghormati dan mematuhi nasihat serta tunjuk ajar ibu bapa

- Menjaga maruah keluarga

- Patuh ajaran agama

- Berbakti kepada kedua ibu bapa

- Menjauhi perbuatan mungkar

4. Kepentingan perkahwinan kepada individu dan masyarakat:

 Individu:

- Memberi ketenangan

- Membentuk sikap bertanggungjawab

- Mendapat keturunan yang sah

- Melaksanakan tuntutan agama

 Masyarakat:

- Lahir masyarakat bertanggungjawab

- Hidup maju, aman dan harmoni

- Wujud ikatan persaudaraan

- Terpelihara daripada kekacauan

5. Keistimewaan institusi kekeluargaan:

 Menjaga nasab dan keturunan manusia

 Mewujudkan kerjasama antara suami dan isteri dalam mendidik anak

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

 Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral dan penyakit merbahaya.

 Melahirkan ketenangan jiwa.

6. Punca keutuhan perkahwinan:

 Mengamalkan perintah agama

 Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga

 Berusaha mencari rezeki

 Membina sikap saling mempercayai, persefahaman, kasih sayang dan tolak ansur antara suami isteri.

7. Punca keruntuhan rumahtangga:

 Tidak melaksanakan tanggungjawab

 Malas berusaha untuk memenuhi keperluan keluarga

 Tiada persefahaman dan tolak ansur antara suami isteri

 Kurangnya penghayatan agama dalam diri suami isteri

8. Cara-cara mengekalkan keharmonian rumahtangga:

 Setiap pasangan mestilah bertanggungjawab antara satu sama lain

 Bersedia member maaf dan tidak membesarkan isu-isu remeh

 Segera menyelesaikan masalah yang timbul dengan merujuk kepada yang pakar supaya tidak berlarutan.

 Mengukuhkan ekonomi dan keluarga

 Berusaha menyayangi ahli keluarga

15.2:
15.2: KONSEP
KONSEP JINAYAT
JINAYAT

1. Pengertian jinayat menurut Islam.

 Maksud jenayah – ialah segala perbuatan samada terhadap diri, nyawa, agama, harta dsb yang diharamkan
oleh syarak

2. Dalil-dalil berkaitan jinayat. Surah An-Nahlu:126

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

3. Jenis-jenis hukum jinayah menurut Islam ialah :

 Hudud : Hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan wajib dilaksanakan sebagai hak

Allah SWT.
 Qisas : Hukuman yang ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan bagi

menunaikan hak manusia kerana ia kesalahan-kesalahan yang melibatkan


hak individu.
 Takzir : Hukuman yang dijatuhkan ke atas orang yang membuat kesalahan atau

maksiat yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya oleh syarak (atau)
: Hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah kes hudud atau qisas tetapi
tidak cukup syarat untuk melaksanakannya
 Diat : Denda yang telah ditetapkan oleh syarak sebagai menggantikan qisas

yang tidak dilaksanakan.


JENIS
BIL KESALAHAN HUKUMAN
JENAYAH
Muhsan – rejam sampai mati
Berzina
Ghairu Muhsan – sebat 100 rotan
Mencuri Potong tangan
Minum arak Sebat 40-80 rotan
Murtad Bunuh
Qazaf (menuduh
perempuan yang baik
Sebat 80 rotan
berzina tanpa 4 orang
1 Hudud saksi)
Dijatuhkan hukuman bunuh
Bughah (Pemberontak)
Diperangi
Bunuh balas jika membunuh tapi tidak merompak.
Merompak Jika merompak dan membunuh hendaklah dibunuh dan disalib
Jika merampas harta tanpa membunuh – dipotong tangan dan kaki
bersilang
Jika mengganggu ketenteraman awam – dipenjara
Sengaja – Dibunuh balas/ diyat (jika dimaafkan)
Tidak sengaja – 100 ekor unta
Bunuh
Separuh sengaja – 100 ekor unta

Dibalas
Mencederakan anggota
2 Qisas Diyat unta/ kaffarah
badan
Dibunuh
Hirabah
Disalib
(Perusuh dan ganggu
Dipotong tangan dan kaki bersilang
keamanan)
Dibuang negeri

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

Nasihat
Teguran oleh hakim
Ancaman/ amaran
Takzir Semua kesalahan yang
Pemulauan
(hukuman tiada dalam hukuman
At-Taubikh (mencela/ pengisytiharan umum)
3 jenayah hudud dan qisas.
Buang daerah
melainkan Kesalahan hudud dan
Denda
hudud dan qisas yang tidak cukup
Penjara
qisas) bukti
Sebat
Salib
Bunuh
Diyat 100 ekor untuk kesalahan membunuh atau senilai dengannya
(denda Semua jenis kesalahan
4
menggantik qisas Bilangan unta berdasarkan kategori kecederaan
an qisas)

4. Kepentingan qisas, hudud, takzir, dan diat.

 Menyedar dan menginsafkan pesalah

 Menjaga harta dan hak orang lain daripada dicerobohi

 Memberi teladan dan iktibar

 Memelihara kesucian agama

 Menjamin keselamatan dan keamanan orang ramai

 Menjamin kesejahteraan dan keamanan masyarakat

 Memelihara jiwa dan tubuh badan orang yang tidak berdosa

 Bukti keadilan Allah

 Menjauhkan rasa tidak puas hati waris mangsa

 Memberi teladan dan ikhtibar kepada orang ramai

 Mewujudkan masyarakat dan Negara yang harmoni.

 Memberi pengajaran kepada pesalah dan kesedaran kepada masyarakat

 Menunjukkan Islam sentiasa mengambil berat kelakuan umatnya.

 Mewujudkan sifat bertolak ansur dan bermaaf-maafan

 Sebagai satu jaminan sosial untuk melindungi masyarakat

 Peluang kepada penjenayah untuk bertaubat

 Pengajaran kepada masyarakat agar menjauhi jenayah

 Bukti Islam menganjurkan bermaafan.

5. Perbandingan hukum jinayat mengikut Islam dengan bukan Islam.

7
Modul Pengajian Islam Semester 1 Diploma Kolej Vokasional

BIL HUKUM JENAYAH ISLAM HUKUM JENAYAH BUKAN ISLAM


Digubal berdasarkan pendapat dan pengalaman
1 Ciptaan Allah SWT
manusia
2 Perlaksanaannya mendapat berkat dan redha Allah Tiada keberkatan dan rahmat Allah
Kuasa pengampunan hukum qisas adalah hak Kuasa pengampunan adalah milik mahkamah pihak
3
keluarga mangsa pemerintah

Anda mungkin juga menyukai