Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Ibunda

Bahasa pertama adalah bahasa yang pertama dipelajari oleh seorang manusia, iaitu bahasa ibundanya.
Bahasa pertama atau bahasa asli adalah asas untuk identiti sosiolinguistik seseorang.
Dalam linguistik bahasa pertama boleh dirujuk sebagai bahasa nadi, bahasa ibunda.
Bahasa ibunda adalah bahasa yang ditutur secara khusus oleh sesuatu bangsa dan diwarisi bergenerasi.
Bahasa ibunda mampu mengungkap pemikiran, hati nurani, perasaan mahu pun impian sesuatu bangsa
itu. Sebab itulah sering ditegaskan bahawa 'bahasa jiwa bangsa'. Bahasa ibunda menjadikan sesuatu
bangsa itu berjati diri dan berbangga dengan susur galur marganya sendiri. Bangsa yang rendah darjat
tidak punyai apa-apa untuk dibanggakan dan hanya berasa bangga dengan apa yang disuap atau
dipaksakan ke atas mereka. Biasanya bangsa kecil adalah bangsa yang pernah terjajah.
Dalam konteks 1Malaysia bangsa Melayu adalah bangsa yang pernah dijajah, begitu juga keturunan India
di benua kecil India. Anak-anak terjajah ini menjadikan bangsa Inggeris sebagai rujukan atau 'benchmaking' bagi menentukan tahap pencapaian bangsa mereka. Sebab itulah mereka rasa bangga kerana
mampu bercakap bahasa Inggeris. Sebab itulah bahasa Tamil dijangkakan akan pupus pada pertengahan
kurun ini. Bahasa Melayu pun begitu juga di mana tanda pertama kepupusan jati diri bahasa Melayu ialah
hilangnya tulisan jawi Melayu dalam arus perdana generasi baru kini.

Anda mungkin juga menyukai