Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PERMAINAN BATU SEREMBAN

1. Pemain dibahagikan kepada empat kumpulan dan terdapat tiga sehingga empat
orang pemain dalam satu kumpulan.
2. Pemain akan bertanding antara satu sama lain dalam kumpulan masing-masing.
3. Sebelum permainan dimulakan, setiap pemain dikehendaki menimbang buah
sebagai penentuan giliran pemain.
4. Pemain yang dapat menimbang buah yang terbanyak akan memulakan
permainan.
5. Pertandingan ini mempunyai tiga peringkat yang telah ditetapkan dengan tempoh
masa tertentu:
I. Saingan
: 15 minit
II. Separuh akhir
: 10 minit
III. Akhir
: Tiada
6. Pemain yang dapat menghabiskan semua peringkat (1 hingga king) dalam
masa yang tersingkat dalam kumpulan masing-masing layak mara ke peringkat
yang seterusnya.
7. Hanya seorang pemain daripada setiap kumpulan layak untuk peringkat
seterusnya.
8. Sekiranya dalam kumpulan tertentu tidak mempunyai pemain yang mampu
menghabiskan kesemua peringkat, maka pemain yang mencapai peringkat
tertinggi dahulu semasa tempah masa yang ditetapkan tamat layak mara ke
peringkat seterusnya.
9. Dalam saingan separuh akhir, pemain yang layak ke peringkat seterusnya akan
berlawan berdasarkan catar kalah mati yang ditetapkan.
10. Cara penentuan pemain yang layak ke saingan akhir adalah sama seperti
nombor 6 dan 8.
11. Hanya dua pemain akan bertanding dalam peringkat akhir. Pemain yang berjaya
mencapai peringkat ketujuh dahulu dikira sebagai pemenang.
12. Pihak berkuasa berhak mengubah syarat pertandingan sekiranya pemenang

tidak dapat ditentukan.

Anda mungkin juga menyukai