Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HAIKAL BIN MAZLAN


Penggunaan model tiga dimensi ataupun disebut sebagai model 3D semasa
melakukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah merupakan sesuatu
yang tidak asing lagi pada masa sekarang.Penggunaan model 3D adalah sangat
meluas pada masa sekarang dan kebanyakkan matapelajaran di sekolah rendah
sangat menekankan kepada penggunaan bahan 3D semasa melakukan proses
pengajaran di dalam di dalam bilik darjah.
Seperti yang diketahui umum bahawa penggunaan bahan 3D mempunyai
banyak kebaikan serta kelebihannya terutamanya apabila melibatkan pembelajaran
dan pengajaran yang memerlukan kepada penggunaan contoh yang mampu
dilihat,dirasa

dan

juga

disentuh

oleh

murid.Sebagai

contoh,dalam

subjek

sains,penggunaan model 3D adalah sangat bersesuaian memandangkan murid akan


dapat melihat sendiri dan juga mampu menyentuh,merasa tentang sesuatu perkara
yang diajarnya.
Walaubagaimanapun,penggunaan model 3D juga tidak lari daripada masalah
dan juga kekurangan dimana jika dilihat dari aspek penyediaan bahan 3D,kosnya
adalah sedikit tinggi dan juga memerlukan proses penyediaa yang sedikit rumit jika
dibandingkan dengan penggunaan slide,lembaran kerja dan lain-lain lagi.Proses
penyimpanan bahan ini juga melibatkan penggunaan kawasan yang tersendiri
terutamanya apabila melibatkan penyimpanan model yang besar.
Namun.,jika dilihat kepada kedua dua aspek tersebut,model 3D mempunyai
banyak kelebihan jika dibandingkan dengan aspek kelemahan.Penggunaannya juga
mampu menarik minar murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran terutamanya
jika melibatkan kepada proses pengajaran subjek yang rumit dan memerlukan
penggunaan contoh yang sesuai.
Tugasan yang telah dibekalkan pada kali ini iaitu menyediakan bahan 3D
sangat membantu saya dan juga rakan-rakan untuk lebih mengenali serta
mengenalpasti tentang model 3D.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah pembimbing iatu Puan Hafizah diatas tunjuk ajar serta bimbingan yang
telah diberikan.Semoga tugasan kali ini mampu memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai