Anda di halaman 1dari 22

1.

Pengenalan

Manusia secara lumrahnya mempunyai hierarki keperluan yang perlu dipenuhi setiap
satunya bagi mencapai kehidupan yang lebih baik dan teratur. Menurut Maslow
( 1970 melalui Norlaily & Azizi, 2010) , terdapat lima jenis keperluan yang perlu
dipenuhi dan dicapai oleh setiap manusia dan salah satunya adalah keperluan asas.
Keperluan asas adalah adalah keperluan yang sangat penting dan perlu dipenuhi
terlebih dahulu sebelum keperluan lain dipenuhi contohnya seperti keperluan
keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan diri dan juga keperluan
sempurna kendiri. Salah satu daripada perkara yang terkandung di dalam keperluan
asas adalah keperluan mempunyai tempat tinggal yang sesuai dan kondusif.
Tempat tinggal yang kondusif sememangnya adalah sangat penting dalam
menjamin kehidupan manusia yang lebih sihat dan bahagia. Namun pada hari ini,
masalah kekurangan tempat tinggal atau petempatan yang kondusif dilihat telah
menjadi masalah utama terutamanya di kawasan bandar-bandar besar, contohnya
seperti di Bandaraya Kuala Lumpur. Masalah petempatan yang terhad di bandarbandar besar ini secara tidak lansung telah mewujudkan satu masalah baru iaitu
kewujudan masalah petempatan setinggan.
Terdapat pelbagai takrifan tentang petempata setinggan pada hari ini. Namun
secara amnya petempatan adalah merujuk kepada sebarang tempat kediaman
manusia (Katiman, 2001) dana manakala menurut Kamus Dewan Edisi ke-4,
setinggan adalah bermaksud orang yang menempati tanah kerajaan secara haram.
Namun masalah setinggan pada hari ini bukan sahaja melibatkan tanah milik
kerajaan, namun ianya juga melibatkan tanah milik persendirian. Pada hakikatnya,
masalah petempatan setinggan bukanlah satu isu atau masalah yang baru di negara
ini. Masalah ini bukan sahaja terjadi di Malaysia, malahan ianya juga turut berlaku
dan menjadi masalah utama kepada negara-negara lain di seluruh dunia
terutamanya di kalangan negara yang maju dan negara yang sedang membangun.
Mereka yang tinggal di kawasan setinggan pada kebiasaannya menghadapi
pelbagai masalah. Diantara masalah yang sering mereka hadapi adalah seperti
keadaan rumah yang sempit, berselerak dan juga tidak tersusun dengan sebaiknya.
Selain itu, mereka juga menghadapi masalah dari aspek kekurangan infrastruktur
yang baik dan berfungsi secara penuh, pencemaran dan juga masalah keselamatan.
1

Kesemua masalah ini akan menyebabkan kehidupan mereka yang tinggal di


kawasan setinggan tidak dapat mencapai kehidupan yang berkualiti kerana salah
satu daripada aspek keperluan asas yang sepatutnya mereka penuhi telah terabai
dan tidak dipenuhi dengan sempurna.
Hasilnya, wujudlah kepelbagaian masalah di kalangan penghuni yang
mendiami kawasan petempatan setinggan. Masalah yang wujud adalah dalam
pelbagai bentuk dan aspek yang akan dihuraikan secara lebih terperinci di dalam
salah satu bahagian di dalam tugasan ini. Selain itu, tugasan ini juga akan merungkai
secara terperinci tentang punca-punca dan juga kesan-kesan kewujudan rumah
setinggan kepada masyarakat di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar yang
utama contohnya seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bharu, Ipoh, dan
Sungai Petani.

2.0

Isu Utama : Petempatan Setinggan


2

Isu kewujudan petempatan setinggan bukanlah satu isu yang baru di negara kita. Isu
ini sudah mula wujud di bandar-bandar utama yang rata-ratanya mempunyai taburan
penduduk yang ramai contohnya seperti di Kuala Lumpur. Petempatan setinggan
pada hakikatnya akan mencacatkan pemandangan sesebuah bandar kerana
petempatan setinggan ini dibina secara haram di kawasan-kawasan tanah kerajaan
dan tidak mempunyai pengurusan yang baik contohnya dari aspek pengurusan sisa
kumbahan, pengurusan sampah dan lain-lain lagi. Bukan sahaja mencemarkan
pemandangan malahan berbahaya kepada mereka yang tinggal di petempatan
tersebut dan juga dikhuatiri memberikan kesan kepada penduduk sekitar kawasan
setinggan tersebut.
Menurut salah laporan yang pernah dikeluarkan oleh Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (LPPKN), masalah kewujudan petempatan
setinggan di Malaysia adalah paling tinggi pernah dicatatkan di empat buah bandar
di Malaysia. Diantara bandar-bandar tersebut adalah di Kuala Lumpur, Petaling Jaya,
Ipoh dan juga Johor Bharu. Lokasi-lokasi tersebut pernah mencatatkan jumlah
kewujudan petempatan setinggan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan
bandar-bandar lain yang ada di Malaysia. Penyenaraian bandar-bandar ini tidak
bermakna bahawa bandar-bandar lain di Malaysia tidak mempunyai masalah
petempatan setinggan, namun jumlahnya mungkin lebih rendah jika dibandingkan
dengan empat bandar ini.
Petempatan setinggan seperti yang digambarkan adalah satu petempatan
yang dibangunkan dengan kemudahan asas yang serba kekurangan. Pada
kebiasaannya petempatan sebegini dikatakan wujud di kawasan-kawasan tanah
kerajaan. Namun keadaan sedikit berbeza pada hari ini di mana petempatan
setinggan juga turut wujud di kawasan-kawasan milik persendirian. Kewujudan
petempatan ini boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Kewujudannya terlalu banyak dan juga berlaku dalam kadar masa yang pantas.
Pihak kerajaan telah berusaha sedaya upaya dalam membanteras kewujudan
petempatan setinggan.

Namun, sebaik sahaja sebuah petempatan setinggan dirobohkan, wujud pula


petempatan setinggan di tempat lain tanpa pengetahuan pihak kerajaan. Keadaan ini
3

adalah sangat membimbangkan lebih-lebih lagi mereka yang mendiami petempatan


setinggan majoritinya adalah datang dari golongan pekerja warga asing yang tidak
mampu membayar kadar sewa rumah di bandar yang semakin hari semakin
meningkat harganya. Kebanjiran petempatan setinggan di negara ini adalah
bermakna jumlah kehadiran warga asing ke negara ini juga sedang mengalami
peningkatan. Keadaan bertambah buruk apabila kebanjiran warga asing telah
meningkatkan lagi jumlah kadar jenayah di negara ini.
Sememangnya masalah kewujudan dan kebanjiran petempatan setinggan
perlu dikaji dengan lebih mendalam dan terperinci supaya kewujudannya dapat
dikawal dan dibanteras dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Ini adalah kerana
kewujudan petempatan setinggan di negara ini dilihat lebih mendatangkan kesan
negatif berbanding kesan positif. Pandangan masyarakat dunia kepada negara juga
akan menjadi lebih buruk sekiranya tiada langkah-langkah yang diambil bagi
membanteras masalah ini.

3.0 Latar Belakang Fokus Tugasan

Dari aspek tugasan pada kali ini, bandar-bandar yang menjadi rujukan utama
bagi pihak saya adalah terdiri dari empat bandar iaitu Kuala Lumpur, Johor Bharu,
Ipoh dan juga Petaling Jaya. Pemilihan bandar-bandar tersebut adalah disebabkan
oleh jumlah kadar pengangguran yang dicatatkan adalah di kalangan yang tertinggi
jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di seluruh Malaysia (LPPKN,2010).
Menurut Abram (1966) dalam Abdul Aziz Husin (2004), jenis-jenis setinggan
adalah terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :
A.) Setinggan Penyewa
Setinggan jenis ini terdiri daripada kelas setinggan paling miskin yang mana rumah
yang diduduki disewa dari setinggan lain. Majoriti terdiri daripada mereka yang baru
berpindah dari luarbandar dengan harapan satu hari nanti akan menjadi setinggan
pemilik.
B.) Setinggan Pemilik
Mereka yang memiliki rumah untuk diduduki tetapi bukan tanah. Rumah didirikan
sendiri di atas mana-mana sahaja tanah kosong yang boleh dicari tanpa mengambil
kira pemilik tanah atau lokasi tanah tersebut
C.) Setinggan Berkeras
Gologan ini merupakan setinggan penyewa tetapi tidak lagi membayar sewa selepas
itu. Pemilik tanah takut untuk mengeluarkan mereka dari tanah tersebut mungkin
disebabkan cara dan penampilan mereka yang lebih agresif.
D.) Setinggan Tuan Tanah
Terdiri daripada setinggan lama yang memilikki bilik, pondok atau tempat tinggal
untuk disewakan tetapi pada kadar yang sangat tinggi.

E.) Setinggan Spekulator


5

Mereka dianggap profesional yang membuat petempatan setinggan sebagai


perniagaan yang menguntungkan. Mereka menjadi setinggan dengan motif utama
dan berkeyakinan bahawa pihak kerajaan atau tuan tanah akan membayar
pampasan yang memuaskan sebelum mereka keluar dari kawasan itu. Umumnya,
mereka merupakan kumpulan setinggan yang paling degil dan sukar dikeluarkan dan
merupakan ketua kumpulan yang akan berhadapan dengan pihak berkuasa atau
tuan tanah. Pampasan yang dibayar dalam mana-mana keadaan adalah amat
menguntungkan. Selalunya selepas mendapat pampasan, mereka secara bijak akan
berpindah ke kawasan lain yang akan dibangunkan dalam masa terdekat dan proses
tersebut akan berulang.
F.) Setinggan Pekerjaan
Setinggan pekerjaan yang membina gerai diatas tanah yang bukan milik mereka dan
menjual barang runcit tanpa lesen berniaga dan tanpa membayar cukai
Diantara pihak-pihak yang telah banyak menjadi rujukan dalam tugasan saya
pada kali ini adalah melibatkan maklumat-maklumat daripada pihak Majlis
Perbandaran di setiap bandar masing-masing. Diantara Majlis Perbandaran yang
telah menjadi rujukan adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) dan juga
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Data yang diperolehi adalah dari aspek jumlah mereka
yang mendiami petempatan setinggan, punca-punca kepada kewujudan petempatan
setinggan di bandar-bandar tersebut dan lain-lain lagi. Kesemua data-data yang
diperolehi telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan pada kali.
Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang apakah punca-punca
yang telah menggalakkan lagi pertumbuhan petempatan setinggan di kawasankawasan bandar di Malaysia terutamanya di empat bandar tersebut.

4.0

Punca pembentukan petempatan setinggan

Kewujudan petempatan setinggan di negara ini adalah berlaku disebabkan oleh


beberapa faktor utama. Diantara faktornya adalah disebabkan oleh peningkatan
kadar sewa rumah di kawasan bandar. Seperti sedia maklum bahawa kadar sewa
rumah di kawasan bandar sememangnya

tinggi dan sentiasa mengalami

peningkatan dari masa ke semasa. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh


meningkatnya permintaan daripada orang ramai untuk mendapatkan tempat tinggal
di kawasan bandar. Akibat daripada itu, maka telah wujud idea untuk membentuk
petempatan setinggan di kawasan-kawasan tanah kerajaan. Selain itu, kawasan
milik persendirian yang tidak dimajukan dan tidak berpenghuni juga menjadi sasaran
mendirikan rumah setinggan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain daripada faktor peningkatan harga sewa rumah di kawasan bandarbandar utama, faktor yang menyebabkan wujudnya petempatan setinggan pada hari
ini adalah disebabkan oleh faktor pendapatan yang tidak berpatutan dengan kos
hidup yang semakin hari semakin meningkat. Masalah ini mungkin tidak wujud bagi
mereka yang memilih untuk hidup di kawasan luar bandar kerana kos untuk hidup di
kawasan tersebut adalah masih murah dan berpatutan.
Namun bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar, kos hidup yang
semakin mahal telah menyebabkan gaji bulanan mereka masih tidak mencukupi.
Golongan inilah adalah antara punca wujudnya petempatan setinggan kerana
mereka akan sedaya upaya mencari tempat tinggal yang mampu didiami sehingga
mengabaikan keselamatan serta undang-undang negara ini. Golongan ini juga akan
menyebabkan pihak yang membangunkan kawasan setinggan menjadi lebih aktif
membuka petempatan setinggan yang baru demi memenuhi permintaan orang
ramai.
Sebagai contoh, Jadual 1 (rujuk lampiran 1) menunjukkan taburan peratusan
purata pendapatan bulanan penghuni pertempatan setinggan di empat bandar iaitu
bandaraya Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh dan juga Petaling Jaya. Hasil daripada
penelitian, didapati bahawa mereka yang mendiami kawasan setinggan adalah
mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM750. Nilai tersebut adalah sangat
rendah jika dibandingkan dengan kos perbelanjaan harian yang semakin hari
semakin meningkat di bandar-bandar besar. Maka tidak hairanlah jika kawasan
petempatan setinggan menjadi semakin bertambah dari masa ke semasa kerana
7

kebanyakan mereka yang mendiami setinggan adalah golongan miskin bandar yang
tidak mampu menyewa rumah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan juga
pihak-pihak swasta.
Selain daripada faktor pendapatan yang rendah, petempatan setinggan juga
wujud adalah disebabkan oleh faktor wujudnya kawasan-kawasan yang tidak
dimajukan sepenuhnya oleh pihak kerajaan ataupun pihak persendirian. Kewujudan
tanah-tanah serta kawasan terbiar sememangnya menggiatkan lagi pertumbuhan
kawasan setinggan di bandar-bandar besar. Golongan pemaju petempatan
setinggan akan mengambil peluang ini dengan membina petempatan setinggan
tanpa menghiraukan undang-undang petempatan di negara ini. Apa yang mereka
inginkan adalah mereka perlu mempunyai tempat kediaman sendiri tanpa perlu
membuat apa-apa bayaran

kepada pihak tuan tanah. Masalah ini pada

kebiasaannya wujud pada tanah-tanah milik kerajaan yang masih belum dimajukan
sepenuhnya kerana tiada kawalan yang ketat pada kawasan-kawasan sebegini jika
dibandingkan dengan tanah milik persendirian yang biasanya dikawal dengan lebih
ketat oleh pihak tuan tanah.
Selain itu, petempatan setinggan juga wujud adalah disebabkan oleh
penghijrahan ataupun migrasi daripada dua pihak iaitu daripada kalangan
masyarakat luar bandar ke bandar dan juga migrasi oleh masyarakat luar dari negara
ini. Penghijrahan ini telah menggalakkan lagi pertumbuhan petempatan setinggan
kerana kebanyakan mereka yang berhijrah dari luar bandar dan luar dari Malaysia
adalah dengan tujuan untuk mencari pekerjaan di bandar-bandar. Maka adalah
menjadi sesuatu yang mustahil bagi mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki ke
bandar besar untuk membiayai sewa rumah di bandar-bandar besar yang semakin
hari semakin meningkat harganya.
Jadual 2 (rujuk lampiran 2) menunjukkan taburan penduduk yang mendiami
kawasan kediaman setinggan yang rata-ratanya adalah datang dari pelbagai negeri
dan juga luar dari Malaysia. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang
mendiami kawasan petempatan setinggan adalah terdiri daripada masyarakat luar
dari kawasan bandar dan juga luar dari negara Malaysia. Penghijrahan ini telah
mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memajukan dan membuka
lebih banyak kawasan-kawasan petempatan setinggan di kawasan-kawasan yang
8

terbiar di bandar-bandar besar. Sekiranya penghijrahan ini tidak berlaku, mungkin


masalah kewujudan petempatan setinggan di bandar-bandar besar dapat dikawal
dan tidak menjadi sebanyak yang telah ada pada hari ini.
Selain daripada itu, punca petempatan setinggan menjadi semakin berleluasa
di bandar-bandar besar di negara ini adalah disebabkan oleh kurangnya penyediaan
kawasan rumah yang mempunyai kos sewa yang lebih rendah. Hampir kesemua
rumah yang ada di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur mempunyai
sewa yang semakin hari semakin meningkat. Walaupun terdapat pihak yang
mengambil inisiatif dengan menyediakan kawasan perumahan kos rendah, namun
pada hakikatnya ianya masih belum cukup murah bagi mereka yang mempunyai
pendapatan di bawah RM1000. Merujuk kepada jadual 3 ( rujuk lampiran 3), masalah
ekonomi menjadi sebab utama kenapa mereka terpakasa melupakan rumah sewa
yang sah untuk didiami.Maka keadaan ini telah menyebabkan wujudnya permintaan
terhadap rumah-rumah setinggan di kawasan-kawasan bandar besar di negara ini.

5.0

Kesan-kesan kewujudan petempatan setinggan

Kewujudan petempatan setinggan di kawasan-kawasan bandar sememangnya


mempunyai kesan-kesannya yang tersendiri. Terdapat kepelbagaian kesan-kesan
9

kewujudan petempatan setinggan dan salah satu daripadanya adalah dari aspek
keselamatan penghuni yang mendiami petempatan tersebut. Keselamatan yang
dimaksudkan disini adalah dari segi penyusunan serta pengurusan kawasan yang
sangat tidak terurus dan dikhuatiri mendatangkan kecederaan dan bahaya kepada
penghuni.
Sebagai contoh, sambungan elektrik yang dilakukan di kawasan petempatan
setinggan biasanya dilakukan secara haram dan tidak menepati tahap keselamatan
yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sambungan biasanya dilakukan oleh
penduduk setempat tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesan yang bakal
berlaku kelak. Selain sambungan elekrtik yang tidak selamat, susun atur kawasan
petempatan setinggan juga adalah tidak tersusun dan tidak selamat sekiranya
berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini contoh seperti kebakaran. Susun
aturnya yang terlalu rapat diantara satu rumah ke rumah yang lain adalah sangat
merbahaya.
Kesan petempatan setinggan yang seterusnya pula adalah dari aspek
kesihatan. Petempatan setinggan memberikan kesan kepada kesihatan penghuni
apabila kawasan petempatan didirikan di kawasan-kawasan yang tidak sesuai
contohnya seperti di tepi longkang, di tepi kawasan kumbahan, di kawasan
pelupusan sampah dan lain-lain lagi. Kesihatan penghuni akan terjejas kerana
kawasan tersebut adalah kotor dan dipenuhi dengan sampah sarap yang mungkin
akan menyebabkan penghuni tersebut jatuh sakit ataupun mengalami penyakit
bawaan daripada sampah sarap tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila ianya
melibatkan kesihatan anak-anak kecil yang dibesarkan di kawasan tersebut.
Selain daripada itu, kesan kewujudan petempatan setinggan yang seterusnya
adalah dari aspek pembangunan bandar. Dengan wujudnya petempatan setinggan di
kawasan bandar-bandar besar, maka tugas membangunkan bandar menjadi
semakin susah dan mencabar kerana kebanyakan daripada kawasan yang hendak
dimajukan

telah

dijadikan

petempatan

setinggan

oleh

pihak

yang

tidak

bertanggungjawab. Proses memindahkan penghuni ke kawasan lain adalah sukar


memandangkan terdapat penghuni yang berkeras tidak mahu berpindah ke kawasan
lain walaupun kawasan tersebut adalah hak milik pihak lain. Selain itu,
pembangunan sesebuah bandar juga menjadi semakin rumit apabila pihak pemaju
10

bandar terlebih dahulu perlu membersihkan kawasan petempatan setinggan sebelum


dilakukakan sebarang pembangunan. Keadaan ini akan menyebabkan pihak pemaju
atau

kerajaan

terpaksa

mengeluarkan

belanja

yang

besar

dalam

proses

membersihkan petempatan setinggan,


Kesan petempatan setinggan yang seterusnya adalah dari aspek peningkatan
kadar jenayah. Seperti yang diketahui bahawa petempatan setinggan adalah salah
satu daripada tempat yang menjadi tumpuan pihak penjenayah untuk tinggal dan
menjalankan kegiatan mereka tanpa diperhatikan oleh pihak berkuasa. Kebanjiran
warga asing di petempatan setinggan sedikit sebanyak telah menyumbang kepada
kes jenayah di negara ini apabila mereka menjadikan petempatan setinggan sebagai
tempat kediaman mereka (Wan Rozali, 2010). Tempat ini menjadi pilihan
memandangkan harganya yang lebih murah dan juga mereka tidak akan
diperhatikan oleh pihak berkuasa kerana petempatan setinggan tidak terdapat dalam
senarai petempatan yang sah di negara ini. Keadaan ini akan menggalakkan lagi
kadar jenayah di negara ini.
Selain daripada itu,kesan petempatan setinggan yang seterusnya adalah dari
segi kebajikan, terutamanya dikalangan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang
dibesarkan di kawasan setinggan, kebajikan mereka akan terabai kerana mereka
tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya mereka perlukan contohnya
seperti taman permainan, perpustakaan, pusat komputer dan lain-lain lagi. Kanakkanak ini akan terabai kebajikannya akibat daripada membesar di kawasan yang
tidak sepatutnya mereka dibesarkan. Mereka sepatutnya dibesarkan di kawasan
yang kondusif dan mampu menggalakkan mereka untuk belajar lebih baik dan juga
kawasan yang mampu menggembirakan mereka.

6.0

Cadangan mengatasi

Terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti dalam mengatasi masalah


kewujudan petempatan setinggan. Diantaranya ialah :
11

A.) Penempatan Semula Kawasan Setinggan


Penempatan semua penghuni setinggan adalah salah satu daripada cara mengatasi
masalah kebanjiran petempatan setinggan di negara ini. Penempatan semula adalah
satu langkah pembaharuan fizikal yang menelan perbelanjaan yang tinggi tetapi
dapat menyediakan keperluan asas kepada penghuni yang rata-ratanya miskin untuk
terus hidup di kawasan bandar.
Terdapat dua kaedah dalam menangani isu setinggan melalui penempatan
semula kawasan setinggan di Malaysia. Cara yang pertama adalah dengan
memindahkan mereka ke kawasan yang diperuntukkan kepada mereka dengan
mengenakan kadar harga yang rendah . Manakala cara kedua adalah dengan
memberi mereka peluang menduduki rumah pangsa kos rendah dengan dikenakan
kadar sewa yang rendah atau menjual rumah pangsa tersebut pada harga yang
rendah. Langkah-langkah ini akan dapat mengurangkan pertambahan petempatan
setinggan di kawasan bandar-bandar besar di Malaysia
B.) Memberikan Bantuan Ekonomi Kepada Penghuni Kawasan Setinggan
Seperti yang diketahui bahawa kebanyakan penghuni yang mendiami kawasan
setinggan adalah mempunyai latar belakang ekonomi yang lemah dan tidak mampu
untuk menyewa rumah yang mempunyai harga yang semakin hari semakin
meningkat naik. Dengan pemberian bantuan ekonomi kepada penghuni di kawasan
setinggan, maka mereka akan mula meninggalkan kawasan setinggan untuk mencari
kediaman yang sah untuk didiami oleh mereka.
Maka secara tidak lansung masalah kebanjiran kawasan petempatan
setinggan akan dapat diatasi apabila penghuni setinggan sudah mula mampu untuk
menyewa kediaman yang sah dan meninggalkan kawasan petempatan setinggan.
Bantuan ekonomi yang diberikan seharusnya diberikan dalam nilai yang berpatutan
serta mampu untuk menampung perbelanjaan mereka untuk membayar kadar sewa
rumah yang mereka diami.
C.) Menjalankan Kempen Kesedaran terhadap penghuni kawasan setinggan
Menjalankan kempen kesedaran adalah satu daripada cara untuk mengekang
masalah kewujudan petempatan setinggan di negara ini. Kempen kesedaran yang
12

dijalankan adalah mesti berkisarkan tentang bahaya akan petempatan setinggan


serta kesan negatif sekiranya mendiami kawasan petempatan setinggan. Kempen
kesedaran ini boleh dijalankan di kawasan yang berhampiran dengan petempatan
setinggan supaya penghuni petempatan setinggan dapat turut serta dalam kempen
ini.
D.) Meningkatkan Pemantauan dan Rondaan Ke Kawasan yang Berpotensi Tinggi
Kebanyakan daripada petempatan setinggan yang wujud di negara ini adalah di
kawasan-kawasan tanah kerajaan yang tidak dimajukan sepenuhnya dan juga
kawasan-kawasan yang tidak dijaga. Disebabkan kurangnya rondaan serta kawalan
terhadap kawasan-kawasan

sebeginilah, maka petempatan setinggan menjadi

semakin berkembang dengan mudah.


Maka apa yang patut dilakukan adalah dengan meningkatkan pemantauan
serta kawalan terhadap kawasan-kawasan tidak berpenghuni dengan cara memagar
kawasan tersebut ataupun melantik pegawai keselamatan untuk menjaga kawasan
terrsebut daripada dicerobohi oleh pihak-pihak yang ingin membuka petempatan
setinggan yang baru.

7.0

Penutup

Kewujudan petempatan setinggan bukan sahaja mendatangkan masalah sosioekonomi, bahkan menyumbang kepada masalah pencemaran persekitaran, landskap
yang buruk serta menghalang kemajuan. Dalam beberapa projek penyediaan
13

infrastruktur serta pembangunan kemasyarakatan, penempatan setinggan telah


meningkatkan kos projek serta melambatkan lagi proses pelaksanaan projek.
Memandangkan masalah petempatan setinggan ini adalah merupakan salah
satu daripada masalah negara, maka satu perancangan jangka panjang perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan dan seterusnya membasmi terus petempatan
setinggan ini. Penghapusan petempatan setinggan perlu dijalankan memandangkan
kewujudannya adalah menyebabkan kesan yang negatif berbanding dengan kesan
yang positif.

8.0 Sumber Rujukan:


Norlaily binti Ahmad, Azizi bin Yahaya (2010). Teori-teori konsep kendiri. Tesis
sarjana muda tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

14

Hajah Noresah. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan :
Isu Pengurusan, Undang undang Dan Pembangunan Harta Tanah.
Penerbitan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia (2012). Kajian
Penduduk dan Keluarga Setinggan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur:
Bahagian Kependudukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara Malaysia.

Wan Rozali Hj. Wan Hussin (2004). Kualiti Hidup Sosial Dan Proses Perbandaran di
Malaysia.Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Taib Osman. (2004). Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan.


Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Katiman Rostam. (2001). Dasar dan Strategi Petempatan Dalam Pembangunan
Negara. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan Internet:

Laman Web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

:http://www.dbkl.gov.my

Laman Web Majlis Bandaraya Ipoh

: http://www.mbi.gov.my/

Laman Web Majlis Bandaraya Johor Bharu

: http://www.mbjb.gov.my/

Laman Web Majlis Bandaraya Petaling Jaya

: http://www.mbpj.gov.my/

9.0 REFLEKSI
Disediakan Oleh : Muhammad Haikal bin Mazlan
Isu petempatan setinggan sememangnya sering kita dengari semenjak negara ini
mula mengorak langkah dalam memajukan sektor ekonomi. Sememangnya isu
15

ekonomi dan kewujudan petempatan setinggan mempunyai satu perkaitan yang


sangat rapat. Namun faktor itu bukanlah satu-satunya faktor yang telah menjadikan
petempatan setinggan tumbuh dengan pesat. Terdapat banyak lagi faktor lain yang
telah menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan petempatan setinggan pada hari
ini.
Kebanjiran petempatan setinggan pada hari ini telah menyumbang kepada
banyak perkara samada dari aspek positif mahupun negatif. Namun apa yang jelas
dapat dilihat adalah kewujudannya lebih kepada membawa unsur negatif
terutamanya kepada masyarakat dimana banyak berlaku masalah sosial di kawasan
petempatan setinggan. Masalah sosial wujud di petempatan setinggan adalah
disebabkan kurangnya kemudahan kemudahan asas dan kekurangan ini telah
menjadikan manusia hilang pertimbangan dan mengamalkan prinsip mementingkan
diri sendiri sehingga sanggup menggadaikan segalanya demi untuk meneruskan
hidup di bandar-bandar besar.
Dari aspek tugasan, pada kali ini saya telah memilih tajuk petempatan
setinggan sebagai tajuk utama tugasan. Di sepanjang saya menyiapkan tugasan ini,
saya telah banyak mempelajari serta mengenali dengan lebih mendalam akan
petempatan setinggan serta kesan-kesannya terhadap masyarakat. Saya juga dapat
mendalami permasalahan yang wujud di sebalik kewujudan petempatan setinggan di
bandar-bandar besar.
Di sepanjang saya menyiapakan tugasa ini, saya telah banyak menerima
bimbingan dari pihak pensyarah dan juga sumbangan idea dari rakan-rakan. Terima
kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini.
Diharapkan agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

16

10.0

LAMPIRAN

Lampiran 1 :

17

Jadual 1

JADUAL TABURAN PENDAPATAN BULANAN BERDASARKAN EMPAT BANDAR


UTAMA
(Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bharu, Ipoh)
(Sumber : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia,2012)

Lampiran 2 :

18

Jadual 2
JADUAL TABURAN NEGERI ASAL PENDUDUK KAWASAN PETEMPATAN
SETINGGAN DI EMPAT BANDAR UTAMA
(Bagi kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bharu, Ipoh)
(Sumber : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia,2012)

Lampiran 3 :

19

Jadual 3
JADUAL SEBAB-SEBAB MENOLAK UNTUK MENDIAMI RUMAH SEWA YANG SAH
(Bagi kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bharu, Ipoh)
(Sumber : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia,2012)

20

LAMPIRAN KERATAN AKHBAR

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR

:MUHAMMAD HAIKAL BIN MAZLAN

NO. MATRIK

:2010211310009

KUMPULAN

: PISMP KAJIAN SOSIAL AMBILAN JAN 2010


21

MATA PELAJARAN

: PSS 3114

PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN NORAINI BINTI TAHIR

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN
PENSYARAH

29 JULAI
2013

3 OGOS
2013

PEMBERIAN TUGASAN

PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT

12 OGOS
2013

DRAF TUGASAN

15 OGOS
2013

PELAKSANAAN TUGASAN

24 OGOS
2013

13 SEPT
2013

MEMURNIKAN TUGASAN

PENYERAHAN TUGASAN

22

Anda mungkin juga menyukai