Anda di halaman 1dari 6

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

KATA ALUAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt Tuhan sekalian alam dengan rahmat
dan limpah kurnia-Nya dapatlah hamba yang dhoif ini menyusun semula
amalan dari guru hamba dan pernah diamalkan sendiri oleh hamba hingga
hingga ke hari ini.
Semoga amalan ini bermanfaat kepada saudaraku sekalian dan menjadi ilmu
yang berguna untuk di dunia dan juga di akhirat. Sebarkanlah amalan ini
khususnya kepada yang memerlukan pertolongan.
Harus diingat ini hanyalah satu amalan sahaja yakinlah dalam hati kepada
Allah bahasanya Yang Maha Menyembuh adalah Allah, Yang Maha
Memelihara adalah Allah, Yang Maha Melindung adalah Allah. Kita hanya
mampu berusaha sahaja.
Saya berharap agar saudaraku sekalian dapat mengamalkan dan
menyebarkan kepada semua amalan ini.

Ibnu Mohamad

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

1.PENGENALAN
Saban hari kita sering terdengar kes terkena sihir, ilmu hitam, gangguan
makhluk halus dan sebagainya samada dari sahabat baik kita, jiran kita,
saudara-mara kita, ahli keluarga kita ataupun diri kita sendiri yang terkena.
Rasulullah SAW juga pernah disihir oleh seorang lelaki Yahudi bernama
Labeeb ibn al-Asam yang datang kepada baginda dan melakukan sihir
keatasnya, menggunakan sikat rambut yang tersangkut padanya dan kulit
kepada pokok kurma jantan, lalu Malaikat Jibril telah memberitahu kepada
Rasulullah SAW apa yang telah berlaku kepada baginda. Jibril telah
menyampaikan dua surah (al-Falaq dan an-Nas) agar baginda baca untuk
perlindungan dari sihir, yang dinama surah-surah al-Miwadhatain.
Bersama ini saya sertakan amalan al-Fatihah sebagai benteng pendiding diri
yang mujarab dengan izin Allah swt. Amalkanlah ia dengan penuh istiqomah
disamping mengagungkan dengan hati kekuasaan dan kebesaran Allah swt.

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

2. CARA AMALAN
1. Pilih satu hari untuk dimulakan amalan sebaik-baiknya pada hari jumaat,
boleh juga dilakukan pada hari-hari yang lain.
2. Sebagai contoh kita mulakan amalan pada hari jumaat. Mulakan amalan
ini pada selepas solat subuh. Baca surah al-Fatihah sekali selepas solat
subuh iaitu semasa selesai segala wirid solat dan doa maka mulakanlah
amalan ini lalu baca al-Fatihah dan membaca niat dalam hati atau berdoa
kepada Allah supaya melindungi diri kita dari gangguan makhluk halus atau
dari gangguan sihir atau ilmu hitam dan sebagainya.
3. Lakukan amalan yang sama tiap kali lepas solat fardhu seperti solat
zuhur, solat asar hinggalah ke solat isyak dengan membaca surah al-Fatihah
sekali dan niat atau berdoa kepada Allah swt.
4. Pada hari yang kedua (sabtu) gandakan bacaan al-Fatihah anda kepada 2
kali bacaan setiap kali lepas solat fardhu bermula dari solat subuh hinggalah
solat isyak. Lakukan amalan yang sama seperti hari yang pertama.
5. Pada hari yang ketiga (ahad) gandakan bacaan al-Fatihah anda kepada 3
kali bacaan setiap kali lepas solat fardhu bermula dari solat subuh hinggalah
solat isyak. Lakukan amalan yang sama seperti hari yang pertama.
6. Begitulah untuk hari seterusnya iaitu (isnin) gandakan bacaan al-Fatihah
anda kepada 4 kali bacaan setiap kali lepas solat fardhu bermula dari solat
subuh hinggalah solat isyak. Lakukan amalan yang sama seperti hari yang
pertama.
7. Sehinggalah ke hari yang ketujuh iaitu (khamis) jumlah bacaan al-Fatihah
anda selepas solat menjadi 7 kali semuanya. Amalkan bermula selepas solat
subuh hingga ke selepas solat isyak dengan membaca surah al-Fatihah
sebanyak 7 kali semuanya.
8. Pada hari yang seterusnya iaitu hari yang kelapan dan seterusnya anda
kekalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali lepas solat fardhu.
Jadi jumlah keseluruhan bacaan al-fatihah anda setiap hari ialah 52 kali iaitu
(35 kali selepas solat fardhu) dan sebanyak (17 kali di dalam solat anda
seharian). Jadikan ia wirid setiap kali selepas solat anda insyallah dengan
izin Allah gangguan akan berkurangan secara perlahan-lahan.

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

3. SOALAN LAZIM
1. BAGAIMANA JIKA TERTINGGAL / TERLUPA AMALAN
Jika anda terlupa atau tertinggal atau juga tidak sempat untuk
mengamalkan kerana ada urusan penting anda boleh kumpulkan bacaan
anda kepada waktu yang lapang contohnya jika anda sibuk pada waktu
selepas solat asar maka pada waktu solat maghrib nanti anda boleh
gandakan membacanya sebanyak 14 kali. Asalkan jumlahnya dalam sehari
anda membaca sebanyak 35 kali tiap kali lepas solat.
2. PERLUKAH SAYA MENGULANGI AMALAN DARI AWAL JIKA SAYA
TERTINGGAL SEHARI IAITU TIDAK MEMBACANYA SELAMA SATU HARI ATAU
LEBIH.
Jika amalan anda sudah berjaya tamat dalam tempoh 7 hari iaitu anda
berjaya membacanya mengikut amalan yang diberikan anda tidak perlu
mengulangi semula amalan ini dari awal jika anda tertinggal sehari. Anda
boleh terus dengan amalan 7 kali bacaan setiap kali selepas solat. Dan jika
terlebih sehari anda tidak perlu mengantikan bacaan yang tertinggal
sebaliknya mulakan sahaja dengan 7 kali seperti biasa. Tetapi jika anda
tertinggal dalam masa sebelum cukup 7 hari amalan anda maka lebih elok
anda mulakan dari awal.
3. BAGAIMANA JIKA SAYA SOLAT BERJAMAAH DI MASJID DAN TERPAKSA
MENGIKUT WIRID IMAM
Jika anda solat berjamaah di masjid apabila selesai solat anda ikutlah wirid
imam hingga selesai membaca doa. Dan apabila imam selesai membaca doa
maka anda bolehlah mengamalkan amalan ini samada selepas solat sunat
atau sebagainya.
4. ADAKAH AMALAN INI ADA PANTANGNYA
Tiada pantang larang cuma sebaiknya anda belajarlah membaca al-Fatihah
dengan betul dari segi hukum tajwid dan sebutannya. Dan jangan
membacanya terlalu laju hingga menjadi lain bunyinya sebaliknya bacalah
dengan penuh tertib dan betul serta tidak terkejar-kejar.

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

5. APAKAH ADA UJIAN LAIN SETELAH MENGAMALKANNYA


Sesetengah gangguan yang berpunca dari jin, saka atau sebagainya ini
akan memantau kita dari berubat atau usaha ke arah berubat jadi sudah
tentulah dia akan cuba untuk menganggu kita dari terus berubat atau
beramal. Dalam masa 7 hari sebelum tamat tempoh amalan ini dia masih
boleh bebas menganggu kita lagi sehinggalah hari yang ketujuh ke atas
dengan izin dan rahmat dari Allah swt kita dilindungi oleh-NYA.

4. PENUTUP
Harapan saya sekali lagi agar anda dapat menyebarkan amalan ini kepada
saudara-saudara kita yang lain khususnya yang menderita sakit, moga
dengan berkat syafaat Nabi Muhamad SAW dan syafaat al-Quran kita
beroleh kesembuhan dan kesihatan. Selamat beramal.
Wallahualam.

IBNU MOHAMAD

Al-Fatihah 7 (Benteng Ilmu Sihir)

Anda mungkin juga menyukai