Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM KELAS TAMBAHAN SK SERI JAYA 2013

1.0

PENDAHULUAN
Program ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid sekolah ini meningkatkan prestasi
mata pelajaran masing-masing. Pemerhatian terhadap murid-murid di sekolah ini
mendapati mereka mempunyai kelemahan yang ketara untuk menjawab soalan
peperiksaan. Walaupun dapat memahami pelajaran yang diajar, mereka masih lagi gagal
mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Justeru program ini dirancang menjurus
kepada penumpuan terhadap kemahiran menjawab soalan bagaimana yang dikehendaki
oleh skema pemerkahan. Biasanya murid-murid menjaab berdasarkan apa yang mereka
tahu. Tumpuan diberikan kepada aspek memahami kehendak soalan dan menjawan
soalan.

2.0

RASIONAL
Program ini diharap dapat meningkatkan kuantiti lulus dan kualiti pencapaian A dalam
UPSR 2013. Program ini perlu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua murid
yang mengambil UPSR serta yang disasarkan cemerlang. Selain itu, program ini dapat
membantu mengeratkan hubungan antara guru dan murid bagi menimbulkan rasa selesa
kepada murid dan memudahkan guru untuk member tumpuan kepada aspek-aspek
kelemahan pelajar dengan lebih terperinci setelah komunikasi dua hala yang berkesan
antara kedua-duanya wujud dalam suasana kumpulan murid yang lebih kecil.

3.0

4.0

MATLAMAT
3.1

Melahirkan murid-murid cemerlang dalam lima mata pelajaran teras UPSR.

3.2

Meningkatkan prestasi dan peratus lulus lima mat pelajaran teras.

OBJEKTIF
4.1

Mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid

4.2

Mengesan kelemahan murid supaya dapat mengambil tindakan awal untuk


memperbaiki prestasi.

4.3

Mengesan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid.

4.4

Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan.

4.5

Meningkatkan kualiti dan pencapaian lima mata pelajaran dalam peperiksaan


UPSR.

5.0

TARIKH DAN MASA


5.1

Program ini dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu
persekolahan iaitu dari jam 1.00 hingga 2.00 petang..

6.0

TEMPAT
6.1

7.0

SASARAN.
7.1

8.0

Kelas tahun 6

Semua calon UPSR seramai 50 orang

KEWANGAN.
8.1

Perutukkan kewangan dari murid-murid iaitu RM30 sebulan bagi tujuan fotostat
latihan dan bahan-bahan lain.

9.0

ORGANISASI
9.1

Sila rujuk lampiran 1

10.0 JADUAL PROGRAM


10.1 Sila rujuk lampiran 2
11.0 PENUTUP
Objektif program ini sungguh murni dan rasional. Semoga segala aktiviti yang dijalankan
ini akan dimanfaatkan oleh murid-murid dengann sebaik mungkin. Pihas sekolah sedaya
upaya mungkin cuba untuk membantu murid-murid membuat persediaan bagi
menghadapi peperiksaan. Adalah menjadi harapan warga pendidik yang terlibat agar
program ini akan dijalankan ini akan membantu murid-murid semasa peperiksaan UPSR
nanti
Disediakan oleh,

Di sahkan oleh.

..

(HASLIZA BINTI MOHAMAD HASSAN)


Setiausaha ,
Program Kelas Tambahan

Lampiran 1
PROGRAM KELAS TAMBAHAN UPSR 2013.
Pengerusi

: Pn. Hjh. Noorani bnti Mohd. Junid


Guru Besar SK Seri Jaya.

Naib Pengerusi

: En. Shafari bin Taib


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 1

: En. Misran bin Rosmin


Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 2

: En. Abdul Razak b. Mohd. Shamsuddin


Penolong kanan Kokurikulum

Penyelaras

: Pn Noramiza binti Zainal

Setiausaha

: Pn. Hasliza binti Mohd. Hassan

Bendahari

: Pn. Mahizon binti Mahmud

AJK

: 1. Pn. Julia binti Kalid


2. Pn. Zarina bnti Yusof
3. Pn. Faizah bt. Talib
4. En. Yaakob bin Ngah Yahaya
5. En. Azmil bin Mokhtar
6. Pn. Sumathy a/p Renganathan
7. Pn. Sofiah bin Putih Shaari

Lampiran 2
JADUAL PROGRAM KELAS TAMBAHAN UPSR 2013
MASA
HARI

3.00-3.55 PETANG

3.55

4.10-5.00 PETANG

4.10
ISNIN

BAHASA MELAYU PENULISAN

MATEMATIK

SELASA

SAINS

ENGLISH

RABU

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

MATEMATIK

KHAMIS

ENGLISH

SAINS

JUMAAT

AGAMA ISLAM

MATEMATIK

Di sediakan oleh ,

Di sahkan oleh,

(HASLIZA BINTI MOHAMAD HASSAN )


Setiausaha Program Kelas Tambahan

Anda mungkin juga menyukai