Anda di halaman 1dari 12

BAB 1

PENDAHULUAN

Kecergasan fizikal selalu dikaitkan dengan aktiviti sukan. Sememangnya


telah menjadi syarat utama bagi seseorang atlit atau individu yang melibatkan
diri dalam sukan atau pertandingan. Keperluan semakin mendesak apabila
mereka melibatkan diri dalam

sukan atau pertandingan peringkat tinggi.

Kebanyakan jurulatih beranggapan bahawa kecergasan adalah elemen yang


penting dan haruslah berada dalam tahap yang maksima sebelum sesuatu
pertandingan berlangsung. Segala program perlulah di rangcang dengan rapi
dan tersusun bertujuan untuk melengkapkan atlit sama ada pada kecergasan
fizikal ataupun kecergasan mental.

Konsep kecergasan telah pun diterima bukan sahaja di dalam bidang


sukan, malahan telah diterima serta diamalkan oleh masyarakat dunia amnya
dan masyarakat Malaysia khasnya. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan
kecergasan fizikal telah wujud pada zaman dahulu lagi. Desakan yang mencabar
telah mendesak negara-negara yang bertamadun pada ketika itu telah
mengembangkan pengaruh mereka dengan menawan negara-negara lain yang
berada di sekitarnya. Bagi mewujudkan angkatan tentera yang gagah dan kuat,
askar-askar telah dilatih bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka.
Walau bagaimanapun, perhatian yang serius bermula selepas perang dunia

kedua di mana pandangan masyarakat mula meningkat. Kali ini kesedaran


tersebut bukan lagi ditumpukan untuk tujuan peperangan malah untuk menjaga
kesihatan dan kecergasan diri mereka sendiri.

Berbagai-bagai definisi telah dikemukakan oleh pakar dan juga para


penyelidik mengenai kecergasan fizikal. Definisi ini juga dapat menperjelaskan
dengan lebih tepat apa yang dimaksudkan dengan kecergasan. Umpamanya
Clarke (1976), melihat kecergasan fizikal dari sudut fisiologi dengan menjelaskan
sebagai kemampuan seseorang untuk melakukan kerja harian dengan
bersungguh-sungguh dan bertenaga tanpa merasa lesu dan tenaga yang masih
ada dapat melakukan aktiviti-aktiviti riadah serta dapat menghadapi saat-saat
kecemasan.

Lamb (1978) pula mengatakan, Kecergasan fizikal sebagai kebolehan


untuk berhadapan dengan cabaran fizikal yang berpotensi di dalam kehidupan
dengan memperolehi kejayaan. Beliau telah memberikan dua contoh bagi
menjelaskan pendapatnya iaitu yang pertama, seorang pemain bola sepak
melakukan latihan yang berterusan dapat meningkat dan mengekalkan kekuatan
otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kelembutan bagi
menghadapi siituasi yang mencabar di dalam pertandingan. Kedua, seorang
pustakawan di mana matlamat utama ialah bagi mengekalkan kecergasan
fizikalnya ialah untuk mengekalkan sedikit kekuatan otot, kelembutan serta daya
tahan kardiovaskular untuk menyertai riadah yang diminati, mempastikan ia

dapat menjalankan tugas harian dengan baik dan untuk menjaga dirinya
daripada sakit belakang (excessive spinal curvature) dan penyakit jantung serta
pelbagai penyakit kronik yang mungkin berlaku.

Sementara itu, Johnson dan Nelson (1986),4 th menyatakan, kecergasan


fizikal adalah satu konsep di mana ianya termasuk elemen-elemen kekuatan,
daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan, kompossisi badan dan
juga tidak mempunyai sifat kegemukan (obesity). Seseorang dianggap
mempunyai tahap kecergasan yang baik apabila elemen atau komponen di atas
berada pada tahap kemempuan tertentu bagi sesuatu aktiviti tertentu.

Bagi Johnson dan rakan-rakan (1975), mendefinisikan kecergasan fizikal


sebagai kemampuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang berpatutan
secara kerap di mana termasuk kualiti-kualiti penting bagi kesihatan individu.
Secara umumnya kecergasan kecergasan ini berkait rapat dengan prestasi
kemahiran motor khusus. Beliau juga mengemukakan empat hingga lima kualiti
asas kecergasan fizikal. Kualiti-kualiti tersebut merangkumi daya tahan otot,
daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, kelembutan dan kegemukan (obesity).

Daripada definisi yang telah dikemukakan di atas, didapati banyak yang


ditekankan pada komponen kecergasan. Komponen-komponen tersebut terdiri
daripada daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, kelembutan

dan komposisi badan. Daripada asas ini, penyelidik akan menggunakannya bagi
menguji kecergasan fizikal dua pasukan yang akan dinyatakan kemudian.

Kepentingan kecergasan sudah mula mendapat perhatian semua pihak


contohnya, ia boleh didapati di tempat-tempat reakreasi, trek jogging, padang
permainan dan sebagainya. kerajaan menyedari akan hakikat ini serta keperluan
orang ramai terhadapnya. Keadaan ini juga berlaku pada negara kita di mana
melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pelbagai kempen telah dilancarkan
seperti Malaysia Cergas dan Rakan Muda. Kempen ini bukan sahaja melibatkan
ahli sukan tetapi yang lebih penting ialah penglibatan dan penyertaan aktif
semua lapisan rakyat.

Perlu juga dimuatkan dalam penulisan ini beberapa faktor kecergasan


fizikal

yang

dikemukakan oleh Johnson dan

rakan-rakan

(1975) bagi

menguatkan lagi pendirian serta pengetahuan kita tentang kecergasan di mana


antaranya ialah:
i.

Kecergasan fizikal bersifat individu dan mempunyai hubungan rapat


dengan tugas atau aktiviti harian manusia.

ii.

Kemahitan sukan tidak sama dengan kecergasan fizikal, walaupun


seseorang atlit perlu meningkatkan tahap kecergasannya.

iii.

Kecergasan fizikal berhubungkait dengan kesihatan dan prestasi tugas


harian, lebih daripada kemahiran sukan.

iv.

Sesiapapun boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka.

v.

Bagi menganggap dirinya cergas, secara minimumnya seseorang mesti


berupaya untuk:

Menjalankan tugas hariannya.

Mencegah diri daripada penyakit seperti penyakit jantung, kencing


manis dan sakit belakang.

Bertindak cepat dalam keadaan kecemasan.

Sebagaimana yang diketahui, pasukan bola sepak dan hoki mempunyai


tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Telah timbul satu persoalan di mana
pasukan manakah yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi antara atlit
bola sepak dengan pasukan hoki bawah 18 tahun Terengganu. Bagi menjawab
sebahagian daripda soalan ini, diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat
membantu menjawab soalan tersebut serta boleh menjadi sumber penting
kepada kedua-dua pasukan yang akan diuji kelak.

PENYATAAN MASALAH

Perdebatan sering berlaku khususnya antara pasukan yang menjalani


latihan di lokasi yang berlainan dan akan timbul isu kecergasan fizikal. Atlit-atlit
sering mempertahankan kenyataan bahawa kecergasan fizikal kumpulan mereka
lebih

tinggi

berbanding

kumpulan

lain.

Berbagai-bagai

rasional

telah

dikemukakan bagi mempertahankan hujah atau pegangan mereka.

Hingga pada masa kini, penyelidikan belum lagi dijalankan secara khusus
di mana perbandingan tahap kecergasan fizikal kedua-dua pasukan ini. Adalah
perlu mencari keputusan yang terbaik walaupun terdapat pelbagai-bagai definisi
yang berbeza-beza. Kajian ini bertujuan membandingkan tahap kecergasan
fizikal di antara pemain bola sepak lelaki dengan pemain hoki lelaki bawah 18
tahun Negeri Terengganu Darul Iman.

Diharapkan hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi keputusan


kecergasan atlit-atlit bola sepak lelaki dan atlit-atlit hoki lelaki bawah 18 tahun
Terengganu seperti:

Kecergasan fizikal atlit bola sepak lelaki bawah 18 tahun Terengganu.

Kecergasan fizikal atlit hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu.

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pasukan


tersebut.

Kecergasan fizikal mengandungi komponen-komponen yang terdiri


daripada daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot.
komposisi badan dan kelembutan. Kelima-lima komponen ini akan menjadi
sasaran kajian bagi mengukur kecergasan fizikal pasukan bola sepak lelaki
dan pasukan hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu. Melalui ujian-ujian yang
dijalankan, diharapkan penyelidik dapat :

Memperolehi nilai atau tahap kecergasan kelima-lima angkubah atlit


bola sepak lelaki bawah 18 tahun Terengganu.

Memperolehi nilai atau tahap kecergasan kelima-lima angkubah atlit


hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu.

KEPENTINGAN KAJIAN

Penguasaan dan kesedaran yang tinggi di kalangan pemain terhadap


kecergasan fizikal sesuatu pertandingan akan memberi kejayaan kepada
sesebuah pasukan yang akan menyartai pertandingan. Pasukan yang mana
pemain atau atlitnya kurang memiliki tahap kecergasan fizikal, maka ianya
mungkin tidak dapat menunjukkan prestasi permainan yang cemerlang dalam
sesuatu pertandingan. Tahap kecergasan sesebuah pasukan bukan sahaja
dapat memberi kesihatan kepada setiap atlit malahan ianya juga berupaya
memberi kejayaan kepada pasukan tersebut.

Kajian ini diharapkan dapat menghasilkan satu maklum balas yang


berguna terhadap tahap kecergasan fizikal yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan
agar Negeri Terengganu dapat menghasilkan pasukan bola sepak lelaki dan
pasukan hoki lelaki bawah 18 tahun yang mantap serta mempunyai tahap
kecergasan fizikal yang tinggi. Kajian ini juga diharapkan memberi kesedaran
kepada pemain atau atlit kedua-dua pasukan ini mengenai perlu dan pentingnya
kecergasan fizikal yang telah dicapai melalui program latihan yang sistematik.
Ianya perlu dikekalkan malah dipertingkatkan lagi dan sentiasa mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas.

Melalui kajian ini juga diharapkan :

Dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam menilai tahap


kecergasan kedua-dua pasukan.

Mendedahkan kepada semua jurulatih sukan tentang kaedah pengukuran


dan penilaian kecergasan fizikal seseorang atlit.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif seperti berikut :


A. Membandingkakan tahap kecergasan fizikal pemain-pemain bola sepak
lelaki bawah 18 tahun Terengganu dan pemain hoki lelaki bawah 18 tahun
Terengganu mengikut komponen-komponen kecergasan.

B. Mengenalpasti tahap kecergasan fizikal pemain bola sepak lelaki bawah


18 tahun Terengganu dan pemain hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu.
C. Memberi pengetahhuan khusus kepada pemain-pemain atau atlit-atlit
berhubung dengan kecergasan fizikal.

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian yang difikirkan sesuai dengan kajian yang akan


dijalankan ialah hipotesis Nol (HO) di mana tidak berlaku persamaan yang jelas
dalam tahap kecergasan fizikal di antara atlit bola sepak lelaki bawah 18 tahun
Terengganu dengan atlit hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu. Berdasarkan
kepada hipotesis kajian ini juga, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
perbandingan komponen-komponen kecergasan fizikal di antara dua pasukan
yang akan diuji.

BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengukur sejauh mana tahap
kecergasan fizikal antara dua pasukan yang akan diuji berpandukan kepada
perkara-perkara berikut :
1. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang atlit bawah 18 tahun yang terpilih
mewakili Terengganu dalam Kejohanan bola sepak bawah 18 tahun
peringkat Kebangsaan dan Kejohanan Hoki Remaja Kebangsaan tahun
2002.
2. Subjek terdiri daripada 20 orang yang terpilih menyertai pertandingan bola
sepak Piala Nike dan 20 orang yang terpilih menyertai pertandingan Liga
Hoki Remaja Kebangsaan tahun 2002.
3. Umur subjek yang dipilih antara 16 tahun hingga 18 tahun.
4. Bagi mengatasi faktor yang sukar dikawal, maka kajian ini tidak
mengambil kira taraf sosio-ekonomi, latar belakang, bentuk badan dan
pemakanan.
5. Penilaian kecergasan dalam kajian ini adalah berfokuskan kepada lima (5)
angkubah yang dipilih iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan otot, kelembutan dan komposisi badan.
6. Segala

keputusan

kajian

digunakan

bagi

membandingkan

kecergasan fizikal antara dua pasukan yang dinyatakan.

DEFINISI OPERASIONAL

tahap

Kecergasan Fizikal.
Kecergasan fizikal dari aspek fisiologi boleh didefiinisikan sebagai
keupayaan atau kapasiti untuk mengikuti senaman berintensiti tinggi. Secara
amnya kecergasan fizikal merupakan keupayaan individu untuk menguruskan
aktiviti dengan segar tanpa menghadapi kelesuan dan melakukan aktiviti rekreasi
ataupun menghadapi saat kecemasan. Tafsiran ini diaplikasikan kepada atlit
dalam menjalani latihan fizikal serta mengekalkan tahap kesihatan yang
sempurna.

Tahap Pencapaian Kecergasan Fizikal.


Tahap pencapaian kecergasan fizikal setiap individu adalah berbeza
berdasarkan faktor-faktor seperti baka, persekitaran dan kekerapan melakukan
aktiviti kecergasan seperti melakukan senaman. Tahap pencapaian kecergasan
fizikal boleh ditentukan berdasarkan norma-norma yang telah ditetapkan.

Komponen-komponen Kecergasan Fizikal.

I. Kekuatan Otot:
Komponen ini mengukur keupayaan otot atau sekumpulan otot-otot
berkontraksi untuk menghasilkan daya terhadap suatu rintangan
melalui usaha yang maksima.
II. Daya Tahan Otot:

Menurut Johnson and Nelson, (1986), Practical Measurement for


Evaluation in Physical Education, 4 th menyatakan, daya tahan
adalah keupayaan satu otot atau kumpulan otot-otot melakukan
kerja secara berulang-ulang dalam jangka masa tertentu dengan
berkesan.

III. Kelembutan.
Ini adalah satu aspek kecergasan yang relatif kepada sesuatu
aktiviti yang dijalankan. Kelembutan adalah keupayaan pergerakan
pada satu-satu sendi (range of movement).

IV. Daya Tahan Kardiovaskular.


Kecekapan jantung dan sistem peredaran darah daripada jantung
ke seluruh bahagian badan ketika melakukan aktiviti fizikal.

V. Komposisi Badan:
Merujuk kepada pengukuran untuk mengetahui dan menentukan
Indeks Jisim Badan atau Body Mass Indeks (BMI).
Pemain bola sepak lelaki dan pemain hoki lelaki bawah 18 tahun Terengganu di
antara umur 16 hingga 18 tahun.

Anda mungkin juga menyukai