Anda di halaman 1dari 3

Subtopik 2.

1 MEMAHAMI SEL
1. Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sel haiwan mempunyai
dinding sel.
2. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang berisi klorofil bagi membantu
penghasilan glukosa. Keadaan ini dapat dilihat pada bahagian daun
yang bewarna hijau.
a) Jika satu pokok A tidak mempunyai daun akibat gugur, adakah
tumbuhan itu masih mampu hidup?Jelaskan jawapan anda.
b) Ada sesetengah pokok yang mempunyai daun bewarna merah atau
kuning ( bukan hijau). Adakah pokok tersebut tidak membuat
makanan sendiri kerana ketiadaan klorofil?
3. Sel tumbuhan mempunyai vakuol yang menyimpan air. Bincangkan
bagaimana vakuol membantu tumbuhan beradaptasi dalam menjamin
kemandiriannya dalam semua keadaan.
4. Terangkan perbezaan diantara sel haiwan dan sel tumbuhan
menggunakan Peta Buih Berganda ( Guru perlu menunjukkan beberapa
contoh Peta Buih Berganda)
Subtopik 2.2 Organisma Unisel dan Multisel
1. Berdasarkan gambar di bawah, kelaskan mikroorganisma kepada
kumpulan unisel atau multisel.

2. Huraikan mengapa kucing merupakan organisma multisel.


Subtopik 2.3 : Organisasi sel
1. Mengapakah organisasi sel dalam badan manusia memainkan peranan yang
sangat penting? Bincangkan kepentingan organisasi sel tersebut.

2. Apabila seseorang itu demam, biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik
dan paracetamol. Mengapakah seseorang itu demam? Bincangkan peranan
sel darah putih dalam situasi tersebut.
3. Apakah kesan sekiranya salah satu organ dalam badan manusia gagal
berfungsi, contohnya ginjal?
4.
SEL
OTOT

TISU
OTOT

Apakah kemungkinan organ ysng bertanda X?

SISTE
M
OTOT

MANUSI
A

Subtopik 2.4 Manusia ialah Organisma yang Kompleks


1. Bincangkan penyataan Manusia Organisma Kompleks. Terangkan bukti-bkti
yang menyokong penyataan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai