Anda di halaman 1dari 35

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012

81

TOPIK 5
ANATOMI DAN FISIOLOGI TUMBUHAN





Subtopik:





1
Organisasi
Tumbuhan
2
Pertumbuhan dan
Perkembangan
Tumbuhan
3
Fotosintesis
4
Translokasi
5
Hormon
6
Pergerakan
Tumbuhan
7 Pendebungaan
dan
Pembiakan
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
82

Objektif:

1 Organisasi Tumbuhan

(a) Mengenal pasti struktur sel tumbuhan
(b) Menyenaraikan organel-organel yang terdapat dalam sel tumbuhan
(c) Mengenal pasti ciri-ciri kloroplas
(d) Menjelaskan fungsi kloroplas dalam tumbuhan
(e) Menyenaraikan empat jenis tisu tumbuhan
(f) Mengaitkan struktur dan fungsi dalam tisu tumbuhan


1.1 SEL TUMBUHAN


Sel
Sel Tumbuhan
Tisu
Tisu Asas
Tisu
Epidermis
Tisu Meristem
Tisu Vaskular
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
83

1.1 Sel Tumbuhan


Rajah 4.1: Struktur Sel Tumbuhan

Sel tumbuhan terdiri daripada dinding sel, membrane sel, protoplasma dan
vakuol.
Protoplasma adalah terdiri daripada sitoplasma dan nucleus.
Di dalam sitoplasma terdapat banyak organel-organel sel seperti nukleus,
nukleolus, mitokondria, kloroplas, alat golgi, ER kasar, ER licin dan ribosom.
Sel tumbuhan mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding sel haiwan.
Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang mengekalkan ketegaran dan
bentuk tetap sel.
Selain dari itu, sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang berfungsi untuk
menghasilkan klorofil yang amat diperlukan dalam proses fotosintesis.
Saiz vakuol dalam sel tumbuhan juga adalah jauh lebih besar berbanding dalam
sel haiwan yang kecil-kecil dan bertaburan di dalam sitoplasma.





Ribosom
ER kasar
Alat Golgi
ER halus
kloroplas
Nukleolus
Nukleus
Dinding sel
Sel membran
Vakuol
Mitokondria
Sitoplasma
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
84

1.2 Kloroplas (dalam tumbuhan hijau)

Kloroplas (chloroplast) berbentuk bujur.
Struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali
sebagai klorofil (chlorophyll).
Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia
semasa fotosintesis (photosynthesis).
Klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.



Rajah 4.2: Struktur Kloroplas


Ujidiri: Namakan struktur-struktur sel tumbuhan berikut




a.____
b.
c.
d.
i.
j.
k.
l.
m.
e.
f.
g
h.
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
85

1.3 Tisu-tisu tumbuhan
Tisu adalah terbentuk dari sekumpulan sel-sel yang sama tetapi
menjalankan fungsi yang berbeza. Sel-sel dalam tumbuhan juga
membentuk tisu-tisu yang tertentu.
Terdapat empat jenis tisu dalam tumbuhan. Tisu tersebut adalah:
(i) Tisu asas
(ii) Tisu epidermis
(iii) Tisu meristem
(iv) Tisu vascular
Setiap jenis tisu-tisu ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan menjalankan
fungsi yang tertentu.

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
86


Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
87



Jadual 4.1: Jenis-jenis tisu-tisu tumbuhan dan fungsinya



Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
88

Uji Diri
Cari maklumat berikut:



Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
89

Objektif:

2 Pertumbuhan dan Perkembangan Tumbuhan

(a) Mengetahui dua jenis pertumbuhan; primer dan sekunder dalam tumbuhan
(b) Menghuraikan pertumbuhan primer dan sekunder dalam tumbuhan
(c) Membandingkan pertumbuhan primer dan pertumbuhan sekunder
(d) Menerangkan proses percambahan

2.1 Pertumbuhan primer dan sekunder
Pertumbuhan dalam tumbuhan agak berbeza daripada pertumbuhan haiwan
kerana pertumbuhan dalam tumbuhan hanya melibatkan sel-sel dan bahagian-
bahagian tertentu sahaja.
Pertumbuhan dalam tumbuhan terbahagi kepada dua jenis:
(i) Pertumbuhan primer
(ii) Pertumbuhan sekunder
Pertumbuhan primer:
Melibatkan meristem apeks di hujung akar dan pucuk
Memanjang atau meninggikan pokok.
Cepat dan berlaku sepanjang setahun
Pertumbuhan primer hujung pucuk
Pertambahan tinggi pada pucuk berlaku dihujung pucuk sahaja iaitu di zon
meristem apeks
Sel-sel baru dihasilkkan oleh meristem apeks. Sel-sel baru ini kecil dan
tersusun rapat
Dihujung pucuk terdapat zon pembahagian, pemanjangan dan pembezaan
menyumbang kepada tumbesra hujung pokok
Pertumbuhan primer pada hujung akar
Kawasan meristem apeks mengalami pembahagian sel yang giat
diikuti oleh pemanjangan sel
Terdapat empat kawasan utama yang mengalami pembahagian sel
iaitu:
Jidal akar : bahagian paling hujung yg melindungi meristem apeks
Terdiri dari sel-sel yang longgar

Pembahagian sel : Sel dikawasan ini bersaiz kecil . Sel dipenuhi
sitoplasma dan nukleus yang besar

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
90

Pemanjangan sel : sel semakin membesar, vakuol yang kecil wujud
Vakuol-vakuol kecil berpadu menjadi besar mengakibatkan sel-sel
membesar
Proses pembahagian dan pemanjangan sel disebabkan oleh
pembesaran vakuol didalam sel-sel

Pembezaan sel : Setelah pemanjangan maksimum, sel mengalami
pembezaan atau pengkhususan. Sel-sel berubah menjadi sel yang
khusus dan membentuk tisu seperti xilem, floem, korteks dan
sebagainya

Pertumbuhan sekunder:
Melibatkan meristem sisi yang terdapat dalam kambium
Menambah ketebalan atau lilitan batang pokok
Lambat dan pada musim tertentu

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
91

Objektif:

3 Fotosintesis

(a) Menerangkan proses fotosintesis
(b) Mengenal pasti struktur keratan rentas daun
(c) Membincangkan struktur daun dan fungsinya dalam proses fotosintesis
(d) Menerangkan mekanisme fotosintesis
(d) Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis
(e) Mengenal pasti organ pernafasan tumbuhan
(f) Mengenal pasti struktur stoma dalam daun
(g) Menerangkan proses respirasi dalam tumbuhan


3.1 Struktur dan fungsi bahagian-bahagian daun
Daun merupakan organ fotosintesis yang utama bagi tumbuhan hijau.
Setiap lamina daun adalah nipis dan disokong oleh urat daun yang
bertindak sebagai tisu pengangkutan dalam daun.
Setiap bahagian-bahagian daun menjalankan fungsinya yang tersendiri.



Rajah 4.3: Struktur keratan rentas daun
Kutikel
Span
Palisad
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
92


Jadual 4.2: Struktur dan fungsi daun

Bahagian daun

Struktur

Fungsi
Kutikel daun Satu lapisan kalis air pada permukaan
luar epidermis

Untuk mencegah kehilangan air

Epidermis atas Terdiri daripada satu lapisan sel yang
tersusun rapat atau meliputi seluruh
permukaan daun
Menghasilkan kutikel berlilin
Tiada klorofil
Sel lutsinar dan tidak terdapat ruang
udara antara sel-sel

Memelihara btk daun
Melindungi sel dalamnya dari
kecederaan
Mencegah sel dari jangkitan penyakit
oleh kulat/bakteria

Mesofil palisad Sel berbentuk silinder dan panjang
Sel tersusun dalam dua atau tiga
lapisan
Mengandungi banyak kloroplas

Menjalankan fotosintesis

Mesofil berspan Sel tersusun longgar dan berbentuk
bulat
Terdapat ruang udara di antara sel-sel
Mengandungi kloroplas tetapi
bilangan kurang dari kloroplas dalam
mesofil palisad

Menjalankan fotosintesis
Menghasilkan permukaan yang luas
untuk pertukaran gas dalam proses
fotosintesis dan respirasi serta sejatan
air dalam proses transpirasi

Ruang-ruang
udara
Terletak diantara mesofil span

Ia berhubung dgn atmosfera mll liang
stoma & membenarkan pertukaran gas
berlaku secara resapan

Urat daun:
(a) Xilem
(b) floem

Terdiri dr xilen & floem
Sel berlignin dan berdinding tebal
Sel berbentuk silinder dan tersusn
hujubg ke hujung

Mengangkut air & garam mineral yg
diserap o. akar ke daun
Mengangkut hasil fotosintesis dr daun
keseluruh bhgian daun

Epidermis bawah Terdiri drp 1 lapisan sel
Mengandungi liang stoma
Yg dikawal o. sel pengawal

Melindungi daun drp penyakit &
kecederaan
Mengekal bentuk daun

Sel-sel pengawal Mengandungi kloroplas
Berbentuk ginjal
Ketebalan dinding yg tdk sekata

Mengawal pembukaan dan penutupan
stoma
Mengawal kadar kehilangan air dan
kadar pertukaran gas diantara daun dan
atmosfera
Stoma Liang-liang seni di epidermis atas dan
bawah yg terbentuk diantara dua sel
pengawal
Membenarkan pertukaran gas diantara
bhgian dlm daun dan persekitaran

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
93

3.2 Mekanisme fotosintesis

Persamaan tindakbalas fotosintesis




6CO
2
+ 6H
2
O C
6
H
12
O
6
+ 6O
2

Enam molekul karbon dioksida bertindakbalas dengan enam molekul air
menghasilkan satu molekul glukose dan enam molekul oksigen







Rajah 4.4: Proses fotosintesis


Karbon
dioksida
Air
Glukose Oksigen
Tenaga cahaya
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
94

Terangkan proses fotosintesis

Proses fotosintesis menukarkan tenaga cahaya daripada cahaya matahari
kepada tenaga kimia
Proses ini memerlukan tenaga cahaya bersama dengan gas karbon
dioksida, pigmen hijau yang dipanggil klorofil dan air
Sumber tenaga cahaya adalah matahari, gas karbon dioksida diperolehi
dari persekitaran meresap masuk melalui bukaan stoma yang terdapat
pada permukaan bawah daun dan air diserap oleh akar dan diangkut ke
daun melalui tisu xilem yang terdapat di dalam urat-urat daun. Manakala
klorofil adalah pigmen hijau yang dihasilkan dalam kloroplas berfungsi
untuk menukarkan molekul karbon dioksida dan air kepada molekul
glukose
Gas oksigen dibebaskan hasil dari tindak balas ini
Tenaga kimia ini disimpan sebagai gula (glukose)
Glukose digunakan untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel dan
selebihnya diangkut melalui proses translokasi ke bahagian bawah daun
seperti batang dan akar dan disimpan sebag kanjiai. Selebinya disimpan
di dalam buah. Sebahagian gula juga digunakan untuk menghasilkan tisu-
tisu baru.



.


Proses fotosintesis boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:
Peringkat cahaya (fotolisis air)
Peringkat gelap (penurunan karbon dioksida)
Peringkat cahaya berlaku dalam kehadiran cahaya.
Klorofil a dan b dalam kloroplas menyerap cahaya biru dan merah
daripada spektrum cahaya,
Tenaga cahaya ini digunakan dalam proses fotolosis air dimana air
diuraikan kepada hidrogen dan oksigen.
Oksigen dibebaskan sebagai hasil buangan manakala hidrogen
digunakan dalam proses penurunan karbon dioksida diperingkat gelap.
Selain daripada oksigen dan hidrogen, ATP iaitu tenaga juga terhasil dari
proses fotolisis air.
Tindakbalas gelap tidak memerlukan cahaya dan berlaku dalam satu
edaran yang dinamakan kitaran Calvin.

Mengapa proses fotosintesis amat penting kepada manusia?
Fikirkan.
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
95

Dalam peringkat gelap, hidrogen akan berpadu dengan karbon dioksida
untuk membentuk karbohidrat dan air.
Tenaga dari ATP dipindahkan kepada karbohidrat atau glukosa,
Glukosa membentuk kanji melalui proses kondensasi atau boleh juga
ditukar kepada lemak dan protein.
3.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi proses fotosintesis

Kadar fotosintesis
bertambah kerana
liang stoma terbuka
pertukaran gas
meningkat
Kadar fotosintesis
bertambah kerana
enzimbertindak balas
pada suhu 35-40C
Kadar fotosintesis
meningkat kerana gas
yg memasuki daun
bertambah
Kadar fotosintesis
meningkat krn
mendapat tenaga,
membuka liang stoma
spy lebih CO2 meresap
Keamatan
cahaya
bertambah
Kepekatan
CO2
bertambah
Bekalan air
Suhu
persekitaran
bertambah

Rajah 4.5: Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis


Fikirkan:
1. Kadar fotosintesis pada waktu pagi iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi
2. Kadar fotosintesis pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
3. Kadar fotosintesis pada pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang
4. Kadar fotosintesis pada pukul 6.30 petang hingga 7.30 petang

Cari pembolehubah yang dimanipulasikan dan bergerak balas dalam situasi
ini
Kaitkan saling tindak balas antara pemboleh ubah ini.
Klu:Kaitkan dengan kesemua faktor

Selamat mencuba

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
96

3.4 Organ pernafasan tumbuhan

Pertukaran gas berlaku di:
Stomata
Stomata terdapat pada epidermis daun(terutama bhgian bwh) dan pada
batang tumbuhan berbunga
Lentisel terdapat pd kulit batang tumbuhan
kayu yg tua
Akar rerambut mpy dinding nipis dan permukaan luas

Pertukaran gas pada daun

Permukaan daun ditutupi oleh lapisan kutikel yang tidak telap, oleh itu
bukan semua permukaan daun melakukan pertukaran gas.
Stoma adalah liang seni khusus untuk pertukaran gas. Stoma terdapat
pada epidermis daun dan batang muda tumbuhan. Stoma terbuka pada
waktu siang dan tutup pada waktu malam.
Stoma berlanjutan ke dalam tisu daun membentuk satu jalinan ruang-
ruang antara sel yang berterusan.
Ruang antara sel-sel diselaputi lapisan kelembapan untuk memudahkan
proses resapan gas kedalam dan keluar dari sitoplasma sel.
Semasa oksigen digunakan dalam proses respirasi, kepekatan oksigen
dalam sel-sel berkurang daripada kepekatan oksigen dalam ruang antara
sel-sel.
Oksigen melarut dalam lapisan kelembapan dan meresap kedalam sel-
sel. Serentak dengan itu karbon dioksida meresap keluar dari sel kedalam
ruang antara sel-sel.

Epidermis atas daun
Rerdiri dari satu lapis sel tanpa kloroplas.
Sel-sel ini lutsinar dan membenarkan cahaya menmbusinya hingga ke sel-
sel yang terdapat pada lapisan.
Bahagian paling atas di lapisan lilin yang kalis air untuk mengurangkan
kehilangan air pada daun.
Mesofil palisad
Terdiri dari satu atau lebih lapisan sel berbentuk silinder tersusun
menegak.
Sel-sel ini dipenuhi kloroplas di mana proses fotosintesis berlaku dalam
daun.

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
97

Mesofil berspan
Terletak di bawah lapisan palisad.
Sel-sel berbentuk tidak sekata dan longgar.
Terdapat kloroplas.
Tetapi fungsi utama adalah sebagaimana tempat menyimpan gula dan
mensintesis asid amino.
Membantu dalam pertukaran gas antara daun dan persekitaran.
Pada waktu siang, sel membebaskan oksigen dan wap air ke ruang sel
disekitarnya
Pada masa yang sama mengangkut karbon dioksida diruang sel. Ruang
sel saling berhubung dengan bukaan stomata di mana karbon dioksida
akan disingkirkan.
Epidermis bawah
Terdapat banyak stomata di epidermis bawah.
Setiap stoma dikawal oleh dua sel bibir yang dikenali sebagai sel
pengawal.
Sel ini mempunyai kloroplas.


Jalankan pemerhatian
(a) Ambil sehelai daun dan masukkannya ke dalam air suam.
(b) Apakah yang anda perhatikan?
(c) Apakah inferens yang anda dapat buat?
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
98



Rajah 4.6: Sel pengawal

Pembukaan dan penutupan stoma
Setiap stoma terdiri dari liang stoma dan dua sel pengawal
Sel pengawal berbtk ginjal dan bersambung dihujung
Selulos mikrofibril merintangi dinding sel sel pengawal
Sel epidermis disekitar sel pengawal dinamakakan sel subsidiari
Liang stoma terbuka disebabkan oleh perubahan tekanan turgor sel pengawal.
Bahagian luar dinding sel pengawal lebih nipis dan elastik dari bahagian dinding
dalam. Dinding sel-sel pengawal di sebelah dalam lebih tebal
Pertambahan tekanan turgor menyebabkan bahagian dinding luar yang nipis
mengembang kearah luar manakala dinding dalam sel pengawal yang tebal
tertarik dan melengkung keluar ; liang stoma terbuka
Mikrofibril selulos mengelakkan sel pengawal dari menjadi sfera apabila tekanan
bertambah. Mikrofibril yang kenyal mengekalkan bentuk ginjal sel pengawal
apabila tekanan bertambah.
Vakuol

Sel-sel pengawal
Nukleus

Stoma

Dinding sel
Kloroplas
Selulos
Mikrofibril
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
99

Faktor yang mempengaruhi penutupan stoma
Dipengaruhi apabila :

Kekurangan air,
Suhu persekitaran tinggi,
Bertambah CO
2
didlm lapisan mesofil daun
Kurang cahaya








Ujidiri

1. Namakan organ pernafasan tumbuhan

2. Lukiskan keratan rentas daun dan labelkan struktur-struktur berikut: stoma, sel
pengawal, mesofil palisad, mesofil berspan, epidermis atas dan epidermis bawah.

3. Terangkan dengan bantuan gambarajah, mekanisme pembukaan dan penutupan
stoma
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
100

4 Translokasi

Translokasi ialah proses pengangkutan bahan-bahan organik seperti asid amino
dan gula di dalam floem dari daun ke bahagian-bahagian lain tumbuhan seperti
akar dan batang.
Proses ini membantu mengangkut hasil-hasil fotosintesis ke bahagian-bahagian
lain tumbuhan yang biasanya menghala ke bawah ke bahagian akar.
Peranan tisu floem dalam translokasi makanan dari daun ke batang boleh
ditunjukkan dengan memotong gelang kulit kayu yang mengandungi floem.
Hasilnya bahan-bahan fotosintesis seperti gula akan terkumpul di kulit dipinggir
sebelah atas gelang itu menyebabkannya membengkak.
Ini menunjukkan makanan diangkut ke seluruh bahagian tumbuhan di dalam tisu
floem.




Rajah 4.7: Pergelangan batang

Beberapa
minggu
kemudian
Pembengkakan
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
101

Objektif:

5 Hormon

(a) Menyenaraikan jenis-jenis hormon tumbuhan
(b) Menjelaskan fungsi dan kesan hormon terhadap tumbuhan




Rajah 4.8: Jenis-jenis hormon tumbuhan







Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
102

5.1 Jenis-jenis hormone dan fungsi
Hormon mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tumbuh-tumbuhan
Contoh-contoh hormone tumbuhan adalah auksin, asid absisik, etilene, giberalin
dan sitokinin
Giberelin membantu pemanjangan stem, percambahan biji benih (menamatkan
seed dormancy), perkembangan pucuk (bud), menghasilkan bunga dan
perkembangan buah
Terdapat dengan banyak di meristem pucuk dan akar, pada daun dan di dalam
embrio
Sitokinin menggalakkan pembahagian sel dan pembesaran daun, melambatkan
penuaan dan kemerosotan daun (kesenesenan) dan pertukaran warna daun
setelah dipetik
Disintesis di akar dan diangkut kebahagian-bahagian pokok
Asid absisik menggalakkan penutupan stoma dan dormancy di dalam biji benih
dan pucuk (bud)
Etilena menggalakkan buah masak, keguguran daun dan buah
Etilena merangsang pembungaan yg serentak , mengawal saiz buah dan saiz
buah masak lebih kurang sama saiz
Buah-buah dipetik masih hijau untuk ekspot disembur dengan gas etena supaya
masak

Auksin melibatkan tindak balas fototopism, gravitism, pemanjangan sel-sel,
kemunculan daun(pucuk daun), perkembangan akar dan buah dan
perkembangan apical dominance ( perkembangan pucuk atas)



Rajah 4.9: Perkembangan apikal pucuk
Apikal pucuk yang
aktif
Pucuk sisi
(lateral) yang
dorman
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
103

Tindakan hormon terhadap pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan
Hormon absisik
merencat pertumbuhan pokok-pokok
Merencat pertumbuhan yg sgt aktif
spt pertumbuhan koleoptil rumput







Rajah 4.10: Hormon dan fungsi
Mengawal pemanjangan stem
Hormon auksin dan giberalin
Pertumbuhan putik buah oleh
hormone sitokinin
Menggalakan buah masak oleh
hormon etilene
Tindak balas akar terhadap
gravity oleh hormone auksin
Berbunga oleh hormon
giberalin
Penutupan stoma oleh
absisik asid
Mengawal pembahagian sel oleh
hormon sitokinin dan giberalik
asid
Perkembangan zon keluruhan
(sinensisis) oleh hormone
etilene dan auksin
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
104

Objektif:

6 Pergerakan Tumbuhan

(a) Menyenaraikan jenis-jenis pergerakan tumbuhan
(b) Menerangkan jenis pergerakan tumbuhan
(c) Memberi contoh-contoh bagi setiap jenis pergerakan dalam tumbuhan


6.1 PergerakanTumbuhan

Tumbuhan adalah organisme hidup yang boleh bergerak balas terhadap
rangsangan dalam persekitaran yang sentiasa berubah.
Namun gerak balas tumbuhan agak berbeza daripada gerak balas haiwan.
Kebolehan tumbuhan untuk mengesan perubahan dan bergerakbalas yang
sesuai adalah penting untuk kemandiriannya.
Tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan daripada persekitaran
seperti cahaya, graviti, air dan sentuhan.
Ada tiga jenis gerakbalas tumbuhan iaitu tropisme, nasti dan taksis.


Rajah 4.11: Jenis-jenis gerak balas tumbuhan
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
105

6.2 Gerak balas Tropisme

Tropisme ialah pertumbuhan sebahagian puchok atau akar terhadap
rangsangan.
Arah pertumbuhan adalah bergantung pada arah rangsangan.
Pertumbuhan yang mendekati rangsangan di panggil gerak balas positif
manakala pertumbuhan yang menjauhi rangsangan di panggil gerak
balas negatif.
Jenis-jenis tropisme yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah
fototropisme, geotropisme, dan tigmotropisme.



Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
106


Jadual 4.3: Gerak balas tropisme














Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
107

6.3 Gerak balas Nasti
Gerak balas nasti ialah gerakbalas tumbuhan terhadap rangsangan
tanpa mengira arah tindakan rangsangan tersebut.
Bahagian tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya, air dan suhu untuk
tujuan pendebungaan, mengelakkan kehilangan air dan fotosintesis.
Gerak balas ini ialah cepat, berbalik dan tidak melibatkan
pertumbuhan.

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
108



Jadual 4.4: Gerak balas nasti








Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
109

6.4 Gerak balas Taksis
Gerak balas taksis ialah pergerakan seluruh organisma mendekati
atau menjauhi sesuatu rangsangan.
Alga mikroskopik seperti Euglena menunjukkan gerakbalas taksis yang
di panggil fototaksis.
Gerak balas yang ditunjukkan dipanggil fototaksis positif kerana
Euglena berenang ke arah cahaya.




Rajah 4.12: Euglena sp.


Latihan Uji diri
1. Beri empat jenis rangsangan yang boleh menyebabkan gerak balas
tumbuhan.

2. Beri makna bagi istilah-istilah berikut:
(a) Gerak balas positif
(b) Gerak balas negatif

3. (a) Namakan tiga jenis gerak balas tumbuhan
(b) Nyatakan perbezaan antara ketiga-tiga gerak balas tumbuhan

4. Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) Fototropisme
(b) Hidrotropisme
(c) Geotropisme
(d) Tigmotropisme.
Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
110

Objektif:


7 Pendebungaan dan Pembiakan

(a) Mengenal pasti struktur pembiakan bunga dan fungsinya
(b) Mengenal pasti tiga jenis pendebungaan
(c) Menerang dengan contoh bagi ketiga-tiga jenis pendebungaan
(d) Menghuraikan proses persenyawaan dalam struktur pembiakan bunga
(e) Menerangkan proses persenyawaan ganda dua dalam tumbuhan berbunga

7.1 Pendebungaan

Pendebungaan ialah satu proses pemindahan debunga (gamet jantan)
dari anter ke stigma.
Pendebungaan melibatkan agen pendebungaan seperti angin, air, haiwan
dan letupan.
Pendebungaan terdapat dua jenis iaitu pendebungaan sendiri dan
pendebungaan kacuk. Pendebungaan sendiri ialah perpindahan debunga
pada pokok yang sama, manakala pendebungaan kacuk pada pokok yang
lain spesies yang sama.
Selain dari pendebungaan secara semulajadi, terdapat juga
pendebungaan yang dilakukan oleh manusia bagi membantu
mendapatkan hasil yang lebih.
Jenis ini dipanggil pendebungan dengan bantuan manusia.
Antara contoh tanaman yang melalui proses ini adalah kelapa sawit.
Tumbuhan berbunga menjalani pembiakan seksual.
Namun begitu, kebanyakan tumbuhan berbunga juga boleh menjalani
pembiakan aseksual.
Pembiakan seksual melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dan
betina bagi membentuk zigot yang akan berkembang menjadi tumbuhan
baru.
Penghasilan gamet melibatkan proses secara meiosis.
Bunga merupakan struktur pembiakan bagi tumbuhan bagi menjalankan
pembiakan seksual.
Sekuntum bunga yang lengkap terdiri daripada sepal, ranggi, stamen, dan
pistil. Stamen ialah organ pembiakan jantan bagi bunga.
Pada stamen terdapat anter yang mengeluarkan butir debunga, iaitu
gamet jantan bunga.
Pistil ialah organ pembiakan betina bagi bunga. Pada pistil terdapat ovari
yang mengandungi ovul, iaitu gamet betina bunga.





Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
111

Pembentukan debunga
Debunga dihasilkan dalam anter yang mana setiap anter mempunyai dua
atau empat lobus. Rajah 7.13.
Dalam setiap lobus terdapat satu rongga yang dipanggil pundi debunga.
Dalam setiap pundi debunga itu, terdapat mikrosporosit (sel induk
debunga).
Setiap pundi debunga dikelilingi oleh satu lapisan sel yang di panggil
tapetum.
Tapetum ini kaya dengan makanan simpanan yang menjadi sumber
makanan bagi pundi debunga.



Rajah 4.13 : Pembentukan debunga

Sel induk debunga (2n) (Pollen mother cell)
Setiap sel induk debunga mangalami meiosis dan membentuk empat
tetrad debunga yang haploid (n) Setiap butir-butir debunga ini mengalami
mitosis menghasilkan satu nukleus tiub dan satu nukleus generatif
Sekarang butir debunga dianggap sebagai gamet jantan
Nukleus generatif akan mengalami mitosis membentuk 2 nukleus gamet
jantan










Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
112

Pembentukan Ovul
Pada ovari terdapat beberapa ovul. Ovul terdiri daripada nuselus iaitu terdiri
daripada sel parenkima .
Nuselus diselaputi oleh dua lapisan integumen iaitu integumen luar dan
integumen dalam.
Integumen tidak menyaluti nuselus pada keseluruhannya, terdapat satu liang
kecil yang tidak diselaputi oleh integumen yang dipanggil mikropil.
Satu sel nuselus pada hujung yang terdekat dengan mikropil tumbuh lebih
besar daripada sel yang lain dan menjadi megasporosit (sel induk megaspora).
Melalui proses meiosis, megasporosit akan menghasilkan empat sel haploid.
Tiga daripada empat sel haploid ini merosot manakala satu sel berkembang
menjadi pundi embrio.
Nukleus pada pundi embrio akan membahagi secara mitosis sebanyak tiga kali
menghasilkan lapan anak haploid.
Tiga sel haploid bergerak ke kutub bertentangan menjadi tiga sel antipod,
manakala sel yang berhampiran mikropil menjadi dua sel sinergid dan satu
ovum (gamet betina).
Dua sel haploid di tengah pundi embrio berkembang menjadi nuklues kutub.
Hanya ovum dan nukleus kutub terlibat dalam perkembangan embrio manakala
yang lain merosot.
Salur debunga
Nukleus
generatif
Nukleus tiub
Tiga Sel antipodal
Nukleus kutub
Sel telur
Sinergid Sperma
nukleus/gamet
jantan

Rajah 4.14: Pembentukan ovul

Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
113

7.2 Persenyawaan Ganda Dua

Dalam tumbuhan berbunga, apabila debunga melekat pada stigma, debunga
akan menghasilkan tiub debunga.
Tiub debunga akan tumbuh ke arah pundi embrio. Nukleus penjana (nukleus
generatif) akan membahagi secara mitosis dan membentuk dua nukleus jantan
iaitu sperma
Setelah memasuki pundi embrio nuklues tiub merosot. Salah satu sperma
(nukleus jantan) bercantum dengan sel telur untuk menghasilkan zigot diploid
yang akan berkembang dan membesar menjadi tumbuhan baru.
Sperma satu lagi bercantum dengan nukleus kutub untuk membentuk nukleus
triploid.
Nukleus triploid ini kemudian menjadi tisu endosperma. Persenyawaan yang
menghasilkan satu zigot diploid dan satu nukleus triploid dinamakan
persenyawaan ganda dua. Rajah 7.14



Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
114

Rujukan

Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts &
connections. (5th Eds.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd.

Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application.
Second Edition. Hodder Education, London.


Kaskel, A. & Hummer, P.J. (2003). Biology an everyday experience. New York:
Glencoe McGraw Hill


Lum H. K.(2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson
Education Asia Pte Ltd.


Mader, S. S. (2001). Biology, 9th edition. New York: McGraw Hill


Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th
ed.). Boston:McGraw Hill




Modul SBA3013 - Pengantar Biologi 2012
115

Layari Internet

http://plantsinmotion.bio.indiana.edu/plantmotion/movements/nastic/nastic.html

http://wiki.answers.com/Q/Photosynthesis_is_essential_for#ixzz1RCNngRpL

http://plantsinmotion.bio.indiana.edu/plantmotion/movements/nastic/nastic.html

http://www.plant-and-flower-guide.com/tropism.html

http://www.biologyreference.com/Gr-Hi/Growth.html

http://www.britannica.com/EBchecked/topic/247218/growth

http://www.cactus-art.biz/note-book/Dictionary/Dictionary_G/dictionary_growth.htm

http://www.cdli.ca/courses/biol2201/unit04_org01_ilo02/b_activity.html

http://www.demographic-research.org/Volumes/Vol15/12/15-12.pdf

http://www.science.siu.edu/zoology/materials/zool466/fish7.pdf

http://www.s-cool.co.uk/a-level/biology/gas-exchange/revise-it/gas-exchange-in-plants

http://users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyPages/G/GasExchange.html

http://www.scribd.com/doc/8304091/81-Gas-Exchange-in-Plants

http://www.skoool.ie/skoool/examcentre_sc.asp?id=2846

Anda mungkin juga menyukai