Anda di halaman 1dari 3

KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI

Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman


yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan
internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.
Konfusianisme
Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran
Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.
Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di
antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina
tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara
Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka
di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk
kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan
tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,
sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih
mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara.

Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang


berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan
individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk
menyampaikan pelajaran.
Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (10331107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalakan unsur rasionalisma
dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk
memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan
pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka
menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan.
Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan
kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya
sempurna.

Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming,


berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap individu.
Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi
ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada
dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau
pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai
pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan
dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam
pembelajaran.
Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah
pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China.
Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat perintahan,
falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China,
terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey,
memperkenalkan idea-idea pragmatyisme dan progresivisme dalam
kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif
digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan
berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti. Beliau pula
menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains supaya
mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.
Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984),
menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah
pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia
seperti berikut:
Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan
fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran.
Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan
cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.
Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui
bersimpati sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling

tinggi dan menempusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia.


Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat
kepada buku dan berhubung dengan hidup
Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.
Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk
perkembangan kayak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahuntahun awal formatif.
Pendidikan untuk nasionalisme yang tulen adalah bertujuan menanamkan
idel-ideal dan tradisi negara dan pendidikan ini harus berlandaskan
pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, dan keadaan serta
keperluan negara pada masa kini, termasuk juga masalah serta kesilapan
dan pencapaian negara, kegagalan dan kejayaannya.
Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan
baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan
pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah
bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung
dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di
negara lain.
Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa
dan sikap individu sepenuhnya.
Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan
mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan
masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar
hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaikbaik dan menghormati antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai