Anda di halaman 1dari 9

TAJUK : Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia

1.Pengenalan
Pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat
dan pembangunan insan yang menganggotainya. Melalui pendidikan, kita boleh
mewariskan serta mengembangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan
peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, melalui pendidikan kita boleh
menambah kemahiran serta kebolehan insan,

memperbaiki kedudukan sosio-

ekonominya, dan mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis, dan mempertingkatkan
nilai akhlak.

Pendidikan adalah merupakan satu kekuatan nasional yang boleh

menjamin masa depan rakyat dan juga kecemerlangan negara.


Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan
iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan,
penyalur kepercayaan dan sistem, persediaan untuk alam pekerjaan, pengawasan
belia, remaja dan kanak-kanak, dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat
kesimpulan bahawa peranan sistem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif
tiga perkara utama. Pertamanya pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara.
Keduanya pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiganya pendidikan adalah
untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.
Negara sudah merdeka selama 44 tahun. Negara telah mengalami banyak perubahan
dalam sistem pendidikan. Bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), ordinan
pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib (1960), akta Pelajaran (1961) dan laporan
Kabinet (1979). Hasilnya berlaku perkembangan dalam sistem pendidikan negara.
Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan
teratur.

Banyak

kemudahankemudahan

pendidikan

telah

dibangunkan

dan

pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu dari dasar sistem pendidikan di


Malaysia.

2. Definisi Pendemokrasian Pendidikan


Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses
manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.
Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang-peluang yang sama untuk
semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu
ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas
pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang
sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat
dasar. Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan
peluang seluasnya kepada pelajar untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas
sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu
strategi untuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedahkan masyarakat
Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua
peringkat. Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman
penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila
sekolahsekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti.
Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itu
orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu telah
dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.
3.Pendemokrasian Pendidikan di Malaysia
Pendidikan Rendah
Selepas kemerdekaan kerajaan secara beransur-ansur telah mendemokrasikan
pendidikan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama
untuk semua orang mendapatkan pendidikan. Ordinan Pelajaran 1957 misalnya, telah
mencadangkan agar semua kanak-kanak menerima pelajaran dalam tempoh
sekurang-kurangnya enam tahun. Sungguhpun begitu ianya tidak memberikan
implikasi yang besar kerana pelajarnya masih lagi dikenakan bayaran yuran bagi
mereka untuk mendapatkan pendidikan.
Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan Laporan Rahman Talib semakin
merealisasikan pendemokrasian pendidikan. Pendidikan percuma telah diberikan

kepada semua kanak-kanak mulai tahun 1962. Ini diikuti dengan had umur belajar
percuma hingga ke 15 tahun dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk
memasuki sekolah menengah. Baru-baru ini satu peraturan baru terkandung dalam
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 yang memberi kuasa kepada menteri untuk
menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. Setiap ibu bapa
warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini wajib memastikan anak mereka yang
mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid
sekolah rendah. Mereka yang melanggar peruntukan tersebut boleh didenda RM5000.
Semuanya ini adalah sebagai langkah memastikan setiap warganegara berhak
mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya.

4.Pendidikan

Menengah

Seterusnya, peluang untuk semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan telah


diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik,dan
gender sekurang-kurang sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. Mulai 1999,
peluang bagi semua pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan.
Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan
empat. Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke
tingkatan lima. Walaupun kerajaan mempunyai beberapa sebab berbuat demikian yang
antaranya remaja yang gagal akan menganggur dan menimbulkan masalah yang lain
kepada negara tetapi dari sudut lain kerajaan merasakan adalah tidak memadai ilmu
yang diterima oleh pelajar berkenaan bagi menghadapi cabaran dunia yang akan
datang. Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh
meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.

5.Sekolah

Berasrama

. Selain dari itu bentuk bantuan-bantuan pendidikan lain diberikan oleh kerajaan bagi
membuka peluang kepada mereka untuk mendapat hak pendidikan. Salah satu bentuk
bantuan ialah dengan penubuhan

sekolah-sekolah berasrama yang memudahkan

pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap

hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.

Selain dari itu, pembinaan

sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka
peluang pendidikan . Pada masa ini terdapat puluhan buah sekolah berasrama penuh
di bawah kelolaan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua sekolahsekolah yang berasrama penuh ini bertujuan memberikan bantuan kepada pelajar untuk
mendapatkan peluang pendidikan.
6.Sekolah

Bestari

Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia. Projek ini
telah mendapat perhatian seluruh masyarakat kerana ia merupakan satu usaha
menjadikan bidang pendidikan lebih maju dan berdaya saing.

Sekolah Bestari akan

membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya


untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar
lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang
paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestari
akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut
kadar pembelajaran sendiri.
7.Pendidikan

Khas

Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah


dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. Kerajaan juga
tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk
mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan. Untuk tujuan tersebut
kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan
golongan

8.Bantuan

tersebut

mendapatkan

dan

pendidikan.

Peruntukan

Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan yang kebanyakkannya datang


dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan
biasiswa kecil

atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan

mereka. Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang

pendapatan ibubapanya rendah. Pada masa ini syarat bagi mendapatkan hak untuk
mendapat skim bantuan teks adalah bagi ibubapa atau penjaga yang berpendapatan
kurang dari Rm2000.00 sebulan dan syarat ini dikaji dan diubah mengikut kesesuaian
atau keadaan ekonomi semasa.Kerajaan juga mengambil usaha memperbaiki keadaan
murid-murid

terutamanya diluar bandar dengan menyediakan progran-program

kesihatan, pemakanan ( Rancangan Makanan Tambahan ) dan lain-lain skim yang


bertujuan supaya kanak-kanak berpeluang belajar dalam keadaan yang selesa.
Kemudahankemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat
desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar.
Selain dari itu pihak kerajaan juga menekan kepada mutu pendidikan bagi menjamin
kelancaran pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Setiap tahun peruntukan yang
besar dikeluarkan bagi membaiki, membaikpulih, menaik taraf sekolah atau bilik-bilik
darjah

serta

menyediakan

kelengkapan

dan

kemudahan

pembelajaran

Di bawah Rancangan Malaysia kelapan (RMK-8) Kementerian Pendidikan meluluskan


1,497 projek sekolah rendah dan menengah diseluruh negara dengan peruntukan
RM6.2 billion. Daripada jumlah tersebut sebanyak 977 projek sekolah rendah termasuk
pembinaan 198 sekolah baru, manakala 420 lagi projek sekolah menengah
membabitkan

9.Tenaga

pembinaan

Pengajar

160

sekolah

baru.

terlatih

Kekurangan guru-guru terlatih diluar Bandar telah diatasi dengan memperkembangkan


sistem latihan perguruan. Latihan perguruan telah dinaik tarafkan kepada peringkat
diploma dan tempoh kursusnya selama tiga tahun. Pengeluaran guru yang mencukupi
telah menjamin proses pendemokrasian pendidikan berjalan dengan lancar. Setiap
sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi
pemintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun
sekolah tersebut terletak diluar bandar atau kawasan pendalaman. Maktab-maktab ini
bukan sahaja mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru
pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. Sehingga

kini terdapat lebih tiga puluh buah maktab yang bertanggung jawab melatih guru-guru
pelatih bagi menenuhi kehendak pendidikan di Malaysia.
Bagi guru berijazah, mereka dilatih di universiti-universiti awam bagi mengajar di
sekolah-sekolah menengah. Di samping itu terdapat pula program Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah bagi melatih graduan-graduan yang bukan dari bidang perguruan untuk
menjadi guru bagi menjamin bekalan guru yang mencukupi bagi memenuhi keperluan
pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Seterusnya
sebuah Universiti pendidikan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinaikan
statusnya dari status asalnya Institut Pendidikan sultan Idris khusus untuk
perkembangan bidang latihan keguruan. Dengan perlaksanaan akta Pendidikan 1996,
berkemungkinan besar pada masa akan datang guru-guru berijazah akan menerima
latihan terus di maktab-maktab perguruan bagi menjamin guru-guru yang mencukupi
disekolah-sekolah.

10.Pendidikan

Tinggi

Dibidangbidang pengajian tinggi, peluang-peluang pendidikan telah dibuka dengan


luas selepas kemerdekaan dengan penubuhan unniversiti-universiti . Institusi-institusi
pengajian tinggi yang awal ialah Universiti Malaya di Kuala Lumpur (1961), disusuli oleh
Institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan
Malaysia (1970), Universiti Pertanian Malaysia(1971) dan Universiti Teknologi Malaysia
(1975). Pada masa ini terdapat lebih banyak universiti awam yang telah dibina
termasuklah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia
Sabah

dan

Universiti

Pendidikan

Sultan

Idris

. Universiti universiti awam tempatan telah menampung lulusan-lulusan sekolah


terutamanya daripada aliran Melayu. Malahan mulai tahun 1983 semua institusi yang
terdapat dalam negara telah menggunakan sepenuhnya Bahasa Malaysia sebagai
bahasa penghantar .
diberikan

bantuan

Pelajar-pelajar yang berkelayakan mendapat tempat telah

berbentuk pinjaman

kewangan

dan

berbentuk

biasiswa.

Penwujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop


penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam dan institut tinggi

swasta merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian


pendidikan hingga ke peringkat tinggi. Selain itu, ribuan pelajar yang mendapat
kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihantar terus
belajar di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia
,New Zealand ,Jepun dan Timur tengah atas tajaan kerajaan melalui Mara, JPA atau
ditaja

oleh

kerajaan

11.Dasar

negeri

Liberalisasi

pelajar

terbabit.

Pendidikan

Pada tahun-tahun 1990an kerajaan Malaysia telah menjalankan dasar liberalisasi


pendidikan . Ianya telah membawa perubahan besar dalam pendidikan tinggi di
Malaysia. Pada dekad ini beberapa perubahan telah dilakukan . Usaha telah giat
dilakukan untuk memperkembangkan dan memajukan sistem pendidikan negara.
Melalui akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusiinstutisi pendidikan tinggi yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak
yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam tahun
1999 sahaja, tiga kolej universiti atau universiti penuh diwujudkan iaitu Kolej Universiti
Islam Malaysia(Kuim), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Sains dan
Teknologi Malaysia(KUSTEM). Disamping itu kebenaran juga telah diberikan kepada
pihak yang berkelayakan untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi swasta yang
antaranya seperti Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia, Universiti Tenaga
Nasional, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan yang terbaru Universiti Tunku Abdul
Rahman . Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha kita menyemarakan ilmu
pengetahuan

dan

mendemokrasikan

pendidikan

tinggi

Kerajaan juga mengalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar


negara bagi kolej-kolej swasta. Terdapat juga universiti-universiti tempatan yang
menjalankan program pendidikan jarak jauh dan francais . Sebilangan universiti awam
sudah mencapai enrolmen melebihi 20,000 pelajar sepenuh masa manakala dengan
penubuhan intitusi pendidikan tinggi swasta telah mempunyai enrolmen melebihi
200,000. Sesungguhnya semua ini adalah merupakan usaha mendemokrasikan dan

membuka

peluang-peluang

12.Cadangan

pendidikan

dan

untuk

rakyat

Penilaian

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu memantau sekolah luar bandar dan
pendalaman dari masa ke semasa bagi menjamin pendemokrasian Pendidikan di
Malaysia berjalan dengan lancar. Kemudahan pendidikan diantara kawasan maju dan
mundur seharusnya tiada jurang yang ketara. Ini merujuk terutamanya kepada mutu
persekitaran sekolah, alat kelengkapan dan guru di kawasan-kawasan kampung,
ladang-ladang,

setinggan,

pendalaman(

Orang

Asli)

dan

seterusnya.

Pembelaan dan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang
terpinggir dari sistem pendidikan akibat dari kemiskinan. Ini akan menjamin mereka
supaya dapat bersaing dalam satu sistem pendididkan yang adil pada dirinya dan
masyarakatnya. Setiap aduan dan rungutan yang menyentuh mengenai pendidikan
dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi haruslah diambil berat dan langkahlangkah tertentu harus diambil untuk menanginya pada semua peringkat supaya kita
pada akhirnya mempunyai satu sistem pendidikan yang cukup sihat dari semua segi.
Usaha yang berterusan bagi memajukan pendidikan perlu diberi perhatian bagi
meningkatkan mutu pendidikan supaya kita semua dapat berbangga bahawa kita telah
dapat mengamalkan pendemokrasian pendidikan dalam ertikata yang sebenarnya.
13.Penutup
Sehingga kini pendemokrasian pendidikan dalam konteks negara kita Malaysia, agak
berjaya dan sesungguhnya memberikan peluang yang luas kepada rakyat Malaysia
untuk memperolehi pendidikan pada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi.
Seiring dengan pendemokrasian pendidikan juga adalah diharapkan ianya dapat
memenuhi agenda kerajaan untuk menstruktur semula masyarakat dan membasmi
kemiskinan dengan menggunakan pendidikan sebagai pengerak utama dan seterusnya
dapat melahirkan warganegara yang dapat menyumbang ke arah usaha memajukan
negara

selaras

dengan

hasrat

Wawasan

2020.

Senarai

Rujukan

Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,
Tanjung Malim.
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Berita Harian , 30 November 2001.
Utusan Malaysia, 7 Disember 2001.
Rujukan Internet, Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://tuanmat.tripod.com/pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai