Anda di halaman 1dari 2

Banyak sorak tidak selalu menang

Kapal yang hendak karam pun banyak sorak di dalamnya.


Menang sorak belum bererti menang kebenarannya.
Yang dihormati pengerusi majlis, guru-guru besar, barisan panel hakim
yang adil lagi bijaksana, saudara penjaga masa, seterusnya guru-guru
dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian .
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah. Begitulah puitisnya
tajuk syarahan saya pada hari ini.
Warga Dewan Sekalian
Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai setiap
murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform,
persatuan, kelab dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan
kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan
ilmu pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid
adalah penting untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang
mendalam berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.
Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolongmenolong, bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara
satu sama lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan
dalam menjalani kehidupan.
Hadirin yang dihormati,
Melalui kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga
dan bakti kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotongroyong yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Melayu menggalakkan ahliahlinya supaya bersatu padu dan bekerjasama di samping menjalin
hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini, lahirlah
generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan
kokurikulum dapat membina kecerdasan fizikal dan mental kita. Sebagai
mengakhiri syarahan saya pada petang ini, saya ingin menegaskan
bahawa kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan
kepada kita khususnya para pelajar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai