Anda di halaman 1dari 7

UJIKAJI 2

: OPERASI-OPERASI BOOLEAN (GET-GET LOGIK ASAS)

OBJEKTIF

:
1. Menentukan keluaran bagi setiap get-get logik asas.
2. Mengetahui fungsi setiap get

PERALATAN

:
1. Litar bersepadu (7400, 7402, 7404, 7408 dan 7432)
2. Digital Elektronik Kit
3. Bekalan kuasa
4. Jumper wire

PROSEDUR

1. Sediakan wayar sambungan (Jumper Wire) secukupnya.


2. Pasangkan bekalan kuasa pada Digital Elektronik Kit (D.E.K) V4.0.
3. Berpandukan paparan pada Digital Elektronik Kit (D.E.K) V4.0 lakukan penyambungan
litar bersepadu (IC) 7404 dengan menggunakan wayar sambungan (Jumper Wire) bagi
sambungan get logik NOT GATE dan tentukan keluaran.
4. Sambungan di mulai dari input masukkan bersesesuaian, get logik NOT GATE dan
output. Rekodkan hasil keluaran pada jadual kebenaran.
5. Seterusnya, ulang langkah 3 dan 4 bagi mendapatkan keluaran get OR GATE (IC) 7432,
NOR GATE (IC) 7402, AND GATE (IC) 7408 dan NAND GATE (IC) 7400

DATA DIPEROLEHI

:
NOT GATE IC 7404
Masukkan

Keluaran

(SW 1)
0
1

(L1)
1
0

Jadual kebenaran 1

OR GATE IC 7432
Masukkan (Input)
A
0
0
1
1

B
0
1
0
1
Jadual kebenaran 2

NOR GATE IC 7402

Keluaran (Output)
Y
0
1
1
1

Masukkan (Input)
A
0
0
1
1

B
0
1
0
1

Keluaran (Output)
Y
1
0
0
0

Jadual kebenaran 3

AND GATE IC 7408


Masukkan (Input)
A
0
0
1
1

B
0
1
0
1

Keluaran (Output)
Y
0
0
0
1

Jadual kebenaran 4

NAND GATE IC 7400


Masukkan (Input)
A
0
0
1
1

B
0
1
0
1

Keluaran (Output)
Y
1
1
1
0

Jadual kebenaran 5

Definisi
Integrated Circuit (IC) sebenarnya adalah suatu rangkaian elektronik yang dikemas menjadi satu
kemasan kecil atau dengan kata lain yaitu beberapa komponen elektronika yang dijadikan satu
wadah sehingga membentuk sebuah komponen.
Integrated Circuit (IC) terbahagi atas 2 bahagian.
IC Monolitik

Iaitu IC yang berdiri sendiri ertinya dalam satu IC monolitik ini hanya menjalankan/mengatur
satu blok rangkaian saja dan tidak tergabung dengan IC yang lain. Umumnya IC monolitik ini
biasanya kebanyakan didapati pada radio dan televise.
Contohnya : IC AN 7812, AN 7805, SN 7400, 7411 dan lain-lain.
IC Hybrid
Iaitu gabungan dari beberapa IC atau dengan kata lain IC yang terkumpul. Dalam satu PCB
(papan rangkaian) Umumya IC Hybrid ini terdapat pada komputer. Dalam beberapa rangkaian
yang besar dapat diintegrasikan menjadi satu dan dikemas dalam kemasan yang kecil. Sementara
satu IC yang kecil dapat membuat ratusan hingga ribuan komputer. Berikut dibawah ini satu
gambar IC yang bentuknya seperti transistor. Bentuk IC yang menyerupai sisir disebut
menyerupai sisir karena kaki-kakinya hanya satu sisi saja biasa pula IC dinamakan IC SINGLE
INLINE. Bentuk IC yang segiempat dengan kaki-kaki berada pada keempat sisinya. Bentuk IC
yang kaki-kakinya hanya pada dua sisinya saja atau biasa disebut Dual Line (DIL). IC yang
berbentuk bulat dan dual in line, kaki-kakinya diberi nombor urut untuk dengan urutan sesuai
arah jarum jam, kaki nombor satu diberikan tanda titik atau takikan. Setiap IC ditandai dengan
nomor type, Nomor ini menunjukkan jenis IC, jadi jika nombornya sama misalnya IC SN 7400
dengan IC HD 7400 dan sebagainya.

Kelompok-kelompok IC

IC Linear

a.

IC Regulator

b.

IC Operational Amplifier (OP-AMP)

c.

IC Audio Amplifier dan sebagainya

IC DigitaL

d.

NAND

e.

NOR

f.

OR

g.

AND EXOR

h.

BCD, dan lain-lain

Jenis IC yang sekarang berkembang dan banyak digunakan adalah transistor-transistor logic
(TTL) dan juga Complimentary Metal Oxide Semoconduktor (CMOS).

Tujuan dan Fungi IC


IC dibuat dengan tujuan agar dalam merakit satu rangkaian, penggunaan IC itu lebih praktis dan
biayanya relatif lebih ringan dan juga dapat mengerjakan suatu rangkaian dengan efektif dan
efisien berbanding menggunakan transistor.
Fungsi IC sendiri ada bermacam-macam sesuai dengan code atau jenis IC tersebut. Tetapi, fungsi
IC secara umum iaitu mengatur tegangan input dan output. Sebagai jantung pada suatu
rangkaian. Kerana IC-lah yang mengatur kerja dari setiap blok rangkaian dengan membahagi
tugas masing-masing blok rangkaian tertentu.

PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada eksperimen yang telah dibuat terdapat beberapa masalah yang dihadapi
dimana jawapan daripada eksperimen yang dibuat berbeza dengan jawapan teori. Setelah di
periksa setiap sambunngan adalah betul tetapi jawapan masih juga tidak sama dengan jawapan
teori yang sepatutnya. Setelah meneliti, kami cuba menukar IC 7404(Eksperimen 1GeT Tak).

Setelah ditukar barulah jawapan eksperimen bersamaan dengan jawapan teori. Di sini dapat
dikenalpasti bahawa IC 7404 bagi Get Tak rosak dan tak berfungsi dengan baik. Dalam amali ini
juga dapat diketahui bahawa isyarat yang diproses hanya mempunyai dua keadaan sahaja iaitu
sama ada logik "0" ataupun logik "1". Biasanya dalam sesuatu litar elektronik berdigit, Voltan
Tinggi mewakili logik "1" manakal Voltn Rendah mewakili logik "0". Contohnya disini adalah
apabila keadaan logik dalam keadaan "0" maka litar berada dalam keadaan buka maka lampu
tidak menyal manakala apabila keadaan logik "1" maka litar tutup dan lampu akan menyala.
Selain itu, kami menghadapi masalah apabila lampu litar langsung tidak menyala walau apa jua
masukkan diberikan. Setelah memeriksa sambungan, kami mendapati bahawa penyambung pada
bahagian Vin kaki IC dipasang pada tempat yang salah. Akhir sekali, kami membuat pembetulan
seterusnya lampu menyala serta keputusan diperolehi bertepatan dengan teori yang dipelajari.

KESIMPULAN
Di akhir eksperimen ini, kami dapat mengetahui kaedah-kaedah untuk membuat sambungan pada
litar bersepadu (IC). Secara tidak langsung, kami dapat mengetahui fungsi-fungsi bagi setiap
kaki IC. Kami juga mengetahui bahawa setiap jenis IC mempunyai fungsi dan operasi yang
berbeza walaupun mempunyai bentuk fizikal yang sama. Setiap jenis IC boleh dikenali dengan
no kod yang tercatat di badan IC. Akhir sekali, kami mengetahui bahawa setiap jenis IC dan
masukkan yang diberikan adalah mempengaruhi jenis keluaran.

Anda mungkin juga menyukai