Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

GEOGRAFI
TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan
hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur
dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI


Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:
1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan.
2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek
geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab.
4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang
wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain.
5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan
dan kelainannya dengan negara Malaysia.
6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara
satu negara dengan negara lain.
7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber
dengan bertanggungjawab dan bijaksana.
8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.
9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.
10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka
terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

GEOGRAFI TINGKATAN 2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.

Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis


dan menilai maklumat geografi.

GEOGRAFI TINGKATAN 2

Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat keputusanyang rasional dan boleh
menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya secara
bijaksana.
Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat
geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

TEMA

BAND

DESKRIPTOR

Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan kedudukan berdasarkan


latitud dan longitud, skala dan jarak serta graf dengan betul.

Menjelaskan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan kedudukan berdasarkan


latitud dan longitud;bearing sudutan;skala dan jarak ; dan simbol peta bergambar
dengan betul.

3
KEMHIRAN GEOGRAFI

GEOGRAFI TINGKATAN 2

Mengaplikasikan kemahiran geografi dengan menentukan kedudukan berdasarkan


latitud dan longitud,mengira waktu tempatan,mengukur bearing sudutan, menukar
jarak menggunakan skala dan membina graf dengan tepat.

Mentafsir peta bergambar dan bahan grafik dengan tepat berdasarkan maklumat dan
data yang disediakan.

Mempersembahkan maklumat geografi daripada pelbagai sumber yang relevan


/ sesuai dan dapat membuat keputusan yang rasional berdasarkan maklumat tersebut.

Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas


tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geogarafi yang sesuai.

TEMA

DINAMIK PENDUDUK

GEOGRAFI TINGKATAN 2

BAND

DESKRIPTOR

Menyatakan jenis taburan penduduk di Malaysia dengan contoh yang betul.

Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk, perubahan


penduduk, dan migrasi penduduk dengan terperinci.

Mengenal pasti ciri penduduk berlebihan dan kurang penduduk dengan betul.

Menghuraikan kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber


dengan jelas.

Mengkaji dan menilai faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk secara berkesan
di kawasan kajian dengan jelas / tepat.

Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang sesuai dan


boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah kependudukan :
Penduduk berlebihan
Kurang Penduduk

TEMA

BAND
1

Menyatakan lokasi petempatan awal di Malaysia dengan tepat.

Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak petempatan awal dan


pelbagai pola petempatan di Malaysia dengan betul.

Mengenal pasti fungsi petempatan bandar dan luar bandar di Malaysia dengan tepat.

Menghuraikan kesan-kesan pembandaran di Malaysia dengan mengemukakan contoh


yang sesuai.

Menggabungjalin fakta dan merumus kesan pembandaran terhadap alam sekitar


dengan memberikan contoh yang sesuai.

Mengkaji kesan pembandaran terhadap alam sekitar dan mempersembahkan idea /


pendapat / cadangan yang sesuai dan boleh dilaksanakan untuk mewujudkan bandar
lestari.

PETEMPATAN DAN
PERKEMBANGANYA

GEOGRAFI TINGKATAN 2

DESKRIPTOR

TEMA

BAND
1

Menyenaraikan cara pengangkutan awal di Malaysia dengan betul.

Menjelaskan keperluan pengangkutan dan perhubungan awal serta perkembangannya


di Malaysia dengan contoh yang sesuai.

Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan


dan kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar di Malaysia dengan
tepat.

Menghuraikan kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan terhadap


pembangunan negara serta langkah-langkah yang sesuai dan boleh dilaksanakan
bagi mengurangkan kesan negatif perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar
negara Malaysia.

Menggabungjalin fakta dan merumus kesan perkembangan sistem pengangkutan


terhadap alam sekitar dengan baik.

Mengkaji kesan perkembangan sistem pengangkutan dan mencadangkan langkahlangkah yang sesuai dan boleh dilaksanakan untuk mewujudkan sistem pengangkutan
lestari.

PENGANGKUTAN DAN
PENGANGKUTAN

GEOGRAFI TINGKATAN 2

DESKRIPTOR

Anda mungkin juga menyukai