Tingkahlaku Bermasalah
Tingkahlaku Bermasalah
PENGENALAN
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di
kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh
menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan
seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang
buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya ,
sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawankawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawankawan
Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalanjalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti
yang disukai bila-bila masa.
Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic atau
psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan,
ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku
yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah.
Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid
sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada
peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat
akan datang.
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut
kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang
dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .
Tingkah Laku
Tingkah Laku
Bermasalah Negatif
Bermasalah Positif
Tingkah Laku
Tingkah Laku
bergantung disruptif
distruktif
ingin
tahu
cepat
pintar proaktif
belajar cerdas
Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku
bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah
dalam tingkah laku seperti di bawah :
Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka.
Panas baran
Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk
Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku .
:Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut : Faktor Diri Murid
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut
kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang
dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan
guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar
dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka.
Faktor Keluarga
Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu
bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak
bermoral.
6
Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 )
menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian
yang dilakukan di rumah dan di sekolah.
Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajarpelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.
Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency
mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari
rumahtangga yang serba kekurangan.
Faktor Masyarakat
Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi
kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan
menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Faktor Sekolah
Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang
kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesaksesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )
Menurut Dunhill ( 1965 ) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan dengan baik
akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian akan menimbulkan watak yang kurang baik
di kalangan murid.
Menetapkan matlamat
Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk mengatasi
masalah sama ada negatif atau positif.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :1) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini
2) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :
Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa saiz rumah, kedudukan kawasan,
bilangan ahli, kemudahan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan alat bantu mengajar yang tidak
menarik, cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid
Dunhill ( 1965 ), keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan
menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat
terhadap mata pelajaran yang diajar.
8
Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif bilik darjah yang kotor, kawasan sekolah yang
kotor, tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid
Pengurusan sekolah bercorak autokratik guru yang terlalu garang, disiplin yang terlalu
ketat, selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan, perkhidmatan kaunseling
yang tidak mencukupi
Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah murid hanya
mengikut arahan tanpa bantahan, maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian,
tiada kompromi dari guru
10
Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada
positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada
tingkah laku positif.
Shaping
Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan
diberi secara beransur-ansur.
Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan
kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia
digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.
Kontrak ( Lisan atau Bertulis )
Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan
atau bertulis.
Kawalan Kendiri
Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan
seperti berikut :a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan
b) Mengumpulkan data
c) Merancang program tindakan
d) Menilai program
e) Menamatkan Program
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya ada menerangkan beberapa punca tingkah laku
bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah.
1. Masalah Keluarga
Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanak-kanak itu tinggal juga
mempunyai pengaruh penting dalam kemajuan pendidikan dan tingkah laku kanak11
kanak. Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibaluti atau dibelenggu masalah
keluarga seperti perbalahan, ketiadaan jaminan keselamatan, sikap ibu bapa yang
terlalu kasar, garang , dominan, terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka
mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial
yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam
membentuk tingkah laku sempurna.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi
perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.
3. Pengaruh Media
Media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan
tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan
apabila mereka menonton atau membaca .
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada
melalui suratkhabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan
meniru aksi apa yang ditonton.
( Bandura, 1986 )
12
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran
tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang
semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.
Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di
antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai
kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid
merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ).
Gragey ( 1970 ), Maslow dan Rogers ( 1962 ), Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat
bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak
berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan
buruk seperti tidak menghormati guru, tidak bersopan dan juga menetang guru. Ada juga yang
akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu.
13
14
Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan
teori mazhab behavioris.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti
di atas.
Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal.
Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa. Guru sentiasa memberi
tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif, guru-guru perlu mengambil inisiatif
memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat
mungkin.
Contoh:
Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji
perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Ini akan memberikan
peneguhan di dalam diri murid itu. Ia juga dapat meningkat semangat
ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari
guru.
2. Pengasingan Diri
Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawankawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu
sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab
tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material
berbanding rakan-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai
masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok
15
kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau
bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak
berinteraksi.
Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah
keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan , kebiasaannya berwajah
murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan
atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika
belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar.
Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan
teori mazhab sosial. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan
cemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka
di dalam kelas.
Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang
bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap
dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Muird-murid contoh dijadikan sebagai
model.
Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut
berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.
Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka
bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah, disayangi oleh
ibu bapa, guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh, dihargai dan
disayangi .
Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah
berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Guru hendaklah pandai
mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran
bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas.
16
Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa
cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh
menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan.
Contohnya:
Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran, pujian, penghargaan,hadiah dan
motivasi kepada murid-murid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas
perubahan tingkah laku mereka.
Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah
murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi.
Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut : Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang perkara
kecil di antara murid dengan ibu bapa.
Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran
Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga
Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa
dengan perubahan tempat baru
Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi
saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan.
Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri akan
dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau
ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat
atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.
Ahli-ahli teori pembelajaran seperti Bandura ( 1986 ) yang menyatakan pembelajaran terhasil
melalui proses pemerhatian dan peniruan merupakan bahagian penting dalam pembelajaran
sosial.
17
Miller dan Dollard ( 1941 ) menyebut tingkah laku kebegantungan sepadan dan percaya
bahawa individu hanya dapat mempelajari gerak balas itu jika ia memadankan tingkah laku
model itu.
Mowrer ( 1960 ) menyatakan gerak balas model boleh dipelajari oleh seseorang pemerhati hanya
dengan memberikan peneguhan atau ganjaran yang diberikan kepada model semata-mata. Dalam
proses ini peneguhan yang diberikan kepada model dianggap sebagai ganjaran gantian untuk si
pemerhati.
3. Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme
Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk.
Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek
(pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng, tapak kasut
adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan
atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Ada juga murid yang mencabut
batang paip tandas sekolah. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka
merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.
Contoh :
Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga turut
menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak
disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Meskipun
sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali , namun sikap Ali masih tidak
berubah.
Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan harta benda ini bolehlah
dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat
dalam masalah jenayah tidak sesuai lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat
yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh
guru dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat ini jika
berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain, ia akan menjadi masalah
yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu, sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan
18
sikap sedemikian perlu dirujukkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan
rawatan dan bimbingan yang betul.
Terdapat sesetengah pandangan mengatakan anak-anak yang baik ialah kanak-kanak
yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang
aktif, lincah, terlalu banyak bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa
yang dikemukakan adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap
kurang ajar dan biadap.
Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah rendah, menengah, universiti
dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang kita lebih bersikap pemerhati sebagai
reactionist dan bukannya actionist, tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil
itu tidak membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk tunduk, menerima dan patuh
kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh, dicaci, dikeji atau didenda.
Ahli-ahli penyelidik telah dapat menentukan bahawa pada umumnya kanak-kanak yang
rosak akhlak bencikan sekolah, kehadirannya ke sekolah tidak tetap, lemah dalam pencapaian
akademik dan lebih cenderung tercicir dalam sistem persekolahan. Kebanyakan kanak-kanak
rosak akhlak lekas marah, cepat tersinggung perasaan dan bermusuhan terhadap rakan-rakan
persekolahan.
Menurut Arther Johnson ( 1988 ) yang telah membuat kajian yang meluas mengenai perhubungan
sekolah dan jenayah kanak-kanak menyatakan bahawa Tidak ragu-ragu lagi bahawa corak
permulaan penjenayahan kanak-kanak bersangkutan dengan kanak-kanak itu sendiri.
Dalam kajian Horley dan Bronner mendapati 40% dari contoh kanak-kanak rosak akhlak sangat
bencikan sekolah . Maka mereka bertindak merosakkan apa saja benda yang terdapat di sekolah.
Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan kanak-kanak rosak akhlak dengan yang
tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal
yang benci atau bersikap tidak acuh dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak
19
akhlak mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan, kurang minat
terhadap sekolah.
Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan sebab-sebab murid melakukan vandalism.
Di antaranya ialah mahu membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur,
hendak menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari guru
semasa di dalam bilik darjah.
Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan
menggunakan teori mazhab behavioris.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng
mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas.
Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai
masalah dan murid diberikan bimbingan.
Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa
kepada perubahan tingkah laku.
Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap
positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau
tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.
Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik
bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid
agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya.
Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan
mencapai matlamat yang diinginkan.
20
21
22
Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini Take to get what you
like or you will be forced to like what you get yang bermaksud kita perlu berusaha atau
melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai
apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa
menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.
Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru
memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah
yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini boleh menganggu
situasi pembelajaran di dalam kelas.
Contoh:
Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului
kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan
tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas
yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.
Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab
sosial :----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya
yang lain di dalam kelas
Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah,
mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham
atau tidak tahu
Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.
Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas
supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika
23
ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti
murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan
memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.
Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia
dalam pembelajaran.
Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih
sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari
guru semasa di sekolah.
Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling
bagi murid pintar cerdas seperti berikut :1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan
dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin
tidak pada semua aktiviti atau perkara.
2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain
3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras
dengan kebolehan, bakat dan minat.
4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa
kesimbangan.
5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil
bahagian dengan murid lain.
6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain
dengan sifat dan kebolehan mereka.
7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka
memenuhi keperluan hidup mereka.
8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain
berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.
9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan
10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.
Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari
segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa
24
memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin
memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.
5. Murid Ingin Tahu
Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus
kuman. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin
tahu yang terlalu tinggi. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan
pelajaran. Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga
boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggumangu menanti jawapan dari guru. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu
proses pembelajaran di dalam kelas.
Contohnya :
Cikgu Ani
: Murid-murid, ini adalah gambar bunga raya. Nampak tak apa warna bunga raya?
Murid-murid
Amirul
:Cikgu, mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya
berwarna lain. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ?
Cikgu Ani
Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang
mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin
tahu mengenai jawapannya
Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah
betul atau tidak. Sekiranya tidak yakin, murid boleh bertanya guru untuk kepastian.
Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap
keberkesanan guru dan murid,
PENUTUP
Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan
yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang
terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam
kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan
dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan
asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu
kelancaran perjalanan kelas.
Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh
terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi
26
dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.
27