Anda di halaman 1dari 15

Definisi Tingkah laku

• Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang


dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.

• Carl Rogers (1999); seseorang individu bertingkah laku


mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan.

• Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif


maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih
yakin.
• Dalam konteks Pendidikan; tingkah laku bermasalah - sebarang
tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan
proses pnp

• Dua pecahan utama tingkah laku bermasalah; positif dan negatif.

• Sama ada murid mempunyai masalah bertingkah laku positif / negatif,


ia akan membawa kesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri dan jenis-jenis tingkahlaku
bermasalah
Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku ingin tahu
Sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat
Sikap ini membantu guru dalam merangsang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam
perkembangan kognitif mereka.
Guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan.

Tingkah laku cepat belajar


Dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
Kanak-kanak cepat belajar; memudahkan guru. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses
pemulihan sebaliknya hanya perlu melaksanakan aktiviti pengayaan.

Tingkah laku pintar cerdas


Sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir

Tingkah laku proaktif


Sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang
lain
Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif.
Kanak-kanak proaktif; kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan
lebih mudah dikawal oleh guru.
Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku yang menghalang
(bergantung):

Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang


boleh membahayakan diri.
•Kebimbangan – sentiasa takut, bimbang, tiada keyakinan diri.

•Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan orang


lain (ibu bapa), terlalu manja, tidak boleh berdikari.

•Pengunduran diri – malu menunjukkan kebolehan, teragak-agak


memberi pendapat, sering menggangap orang lebih baik dari
dirinya.

•Pengasingan diri – tidak suka bergaul, sikap rendah diri yang


terlalu tinggi, perasaan malu
Tingkah laku yang mengganggu (disruptif):

Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang


boleh membahayakan orang lain.
•Hiperaktif – kelakuan yang tersangat agresif

•Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli

•Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, terlalu banyak


bercakap.

•Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,


berjalan-jalan di dalam kelas, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila
masa.
•Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring tanpa
menghiraukan orang sekeliling
•Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah,
tidak sopan
Tingkah laku anti sosial (distruktif):

Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang


boleh membahayakan diri, sekolah dan
masyarakat
•Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk

•Vandalisme –merosakkan harta benda awam seperti


menconteng dinding, memecahkan kerusi atau meja di dalam
bilik darjah, menggores atau menconteng meja.

•Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral

•Klik – mempunyai hubungan dengan orang yang mempunyai


tingkah laku tidak baik
•Geng – menubuhkan kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh
murid-murid lain

Anda mungkin juga menyukai