Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Dalam konteks Malaysia, konsep syura iaitu perbincangan antara pemerintah dan
rakyat dapat dilihat melalui sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dan Sidang Dewan
Undangan Negeri. Meskipun rakyat tidak mempunyai hak untuk bersuara secara
langsung dalam sidang tersebut, tetapi suara mereka tetap diwakili oleh ahli
perwakilan yang dikenali sebagai “wakil rakyat”.

1.1 DEFINISI SYURA DARI SEGI BAHASA, ISTILAH DAN KATA-KATA ULAMA

Syura boleh didefinisikan dari segi bahasa, istilah dan menurut kata-kata ahli ulama.
Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke-4, syura didefinisikan sebagai mesyuarat
(untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak): peranan masjid yang ketiga
adalah sebagai tempat syura untuk masyarakat setempat. Terdapat juga
kamus-kamus lain yang mendefinisikan syura sebagai tasyawur’ iaitu meminta
pendapat (Ali Abdul Halim Mahmud, 1998). Selain itu, Yazid Abdul Manap ada
menyebut dalam bukunya Jadi Pemimpin Hebat (2015) iaitu syura dari segi bahasa
ialah syura berasal daripada perkataan Arab syawara yang bermaksud berunding
atau bertukar fikiran.

Dari segi istilah pula, syura didefinisikan sebagai perbincangan yang diadakan
untuk membincangkan sebarang perkara yang berkaitan dengan kepentingan
individu atau masyarakat (Yazid Abdul Manap, 2015). Pendapat lain pula menyatakan
syura dari segi istilah adalah pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama
dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan
mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan (Mustaafa Haji Daud, 1991).
Ulama dan ahli fikr juga ada memberi pendapat mengenai definisi syura. Misalnya
Ibnu al-Arabi al-Maliki mendefinisikan syura iaitu berkumpul untuk meminta pendapat
(dalam suatu permasalahan) dimana ahli syura saling mengeluarkan pendapat yang
dimiliki (Afrizal Woyla Saputra Zaini, 2014). selain itu, Raghib al-Ashfahani juga
mendefinisikan syura sebagai proses mengemukakan pendapat yang releven antara
ahli syura (Muhammad Nur Ikhwan Muslim, 2011)

1.2 KESIMPULAN DEFINISI

Menurut kefahaman dan pandangan peribadi saya sendiri, syura boleh didefinisikan
sebagai mesyuarat atau perbincangan bersama ahli-ahli yang mempunyai kepakaran

1
mengenai sesuatu perkara untuk mencari jalan penyelesaian atau menambahbaik
sesuatu perkara tersebut. Syura dilakukan dengan tujuan yang baik bukan
sebaliknya.

2.0 KONSEP SYURA DAN AMALAN DEMOKRASI

Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan. Segala
peraturan dan perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan
yang ketara. Dari segi amalan politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas
berbeza. Majlis syura ditubuhkan untuk menjadi tempat rujukan dan tempat
perundingan khalifah dengan orang-orang yang arif berkenaan undang-undang Allah.
Namun begitu, tidak semestinya semua keputusan yang dibuat oleh majlis tersebut
bertepatan dengan kebenaran. Oleh kerana itulah tidak boleh wujud parti atau
golongan di kalangan ahlinya (Mustafa Haji Daud, 1992). Manakala bagi amalan
demokrasi pula ia berbeza dengan konsep syura kerana demokrasi lebih merujuk
kepada amalan di barat. Demokrasi yang dibawa oleh Barat lebih mengetengahkan
konsep pemisahan antara agama dan negara. Kerana itulah berlakunya penentangan
rakyat terhadap gereja, dimana kehendak manusia tiada hubungan dengan
ketuhanan sebaliknya meletakkan kebebasan kepada kehendak manusia
semata-mata (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2001).

2.1 CIRI-CIRI SYURA DALAM ISLAM

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan


mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara
mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada
mereka”. [Asy Syura : 36-39].

Seluruh ayat al-Quran di atas menyatakan bahawa syura (musyawarah) disyari’atkan


dalam agama Islam, bahkan sebagian ulama menyatakan bahawa syura adalah
sebuah kewajiban, lebih-lebih lagi bagi pemimpin dan penguasa serta para penjawat
jabatan. Oleh itu, setiap orang Islam perlulah memahami konsep sebenar syura dan
ciri-ciri syura dalam Islam. Antara ciri-ciri syura ialah keputusan yang dibuat adalah
dicapai melalui suara orang ramai. Maksudnya, keputusan tidak akan dibuat jika tiada
kesepakatan suara berlaku. Kemudian, syura juga terdiri daripada

2
pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Sesuai dengan prinsip syura iaitu untuk
menjaga kebajikan bersama, maka pemimpin yang dipilh juga haruslah disukai dan
sememangnya menjadi pilihan hati rakyat bukannya dengan cara paksaan terima.
Jawatan yang dimiliki oleh para pemimpin dalam syura pula adalah bukan milik
keturunan. Contohnya, si ayah adalah pemerintah tertinggi dalam syura kemudian
bila tiba waktu bersara beliau ingin menurunkan takhta kepada anaknya. Perkara ini
tidak boleh berlaku kerana setiap pemimpin harus dipilih melalui musyawarah.

Selain itu, setiap keputusan yang dibuat oleh majlis syura haruslah berpandukan
Al-Quran dan As-Sunnah. Ciri ini yang membuatkan syura berbeza daripada
demokrasi barat. Apabila syura berpandukan Quran dan Sunah, maka setiap
keputusan yang diambil adalah dibawah redha Allah dan adil kepada setiap pihak
kerana Quran sudah menyediakan manual bagi perundangan Islam. Kemudian ciri
lain syura ialah rakyat boleh menegur pemerintah (Noor Hidayah Aniza Zakaria,
2013). Hal ini kerana untuk mengelak terdapat ketidakpuashatian terhadap pucuk
pimpinan. Rakyat boleh menyalurkan suara kepada pihak-pihak tertentu misalnya
seperti wakil rakyat kemudian wakil rakyat akan menyuarakan suara rakyat pada
setiap mesyuarat yang diadakan. Selain itu, bilangan ahli syura tidak ditetapkan
kerana perlu perkara ini adalah bergantung kepada keadaan semasa. Sebagai
contoh, pada zaman Rasulullah ahli syura adalah terdiri daripada ketua golongan
Muhajirin, Ansar, para sahabat nasi yang terdekat dan panglima tentera (Noor
Hidayah Aniza Zakaria, 2013). Ciri yang terakhir ialah syura harus dianggotai oleh
orang-orang yang berwibawa dan berilmu tinggi agar setiap keputusan yang dibuat
adalah releven dan tidak hanya berat kepada satu pihak sahaja.

2.2 CIRI-CIRI SYURA ZAMAN SEKARANG

Syura zaman sekarang lebih dikenali sebagai sistem demokrasi. Dalam sistem
demokrasi, ciri yang paling ketara ialah terdapat seorang Ketua Negara yang
diangkat sebagai wakil bagi seluruh rakyat untuk memimpin negara (Ahmad
Redzuwan Mohd Yunus, 2001). Kuasa memerintah ini diberi dengan kebenaran
rakyat ataupun kerelaan rakyat melalui sistem pilihan raya dimana pemimpin
daripada parti tertentu yang mendapat undian terbanyak berhak memegang
kepimpinan negara. Kemudian, sistem demokrasi juga tidak menghalang wanita
untuk menjadi ketua negara. Tidak ada dalam undang-undang ketua negara mesti
adalah seorang lelaki. Buktinya, terdapat tokoh-tokoh wanita memimpin negara
demokrasi sepeti di Britain, Filipina dan Pakistan.

3
Di negara kita Malaysia pula, kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
dengan Raja Berperlembagaan. Ketua Negara Malaysia adalah Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2014). Ciri lain bagi sistem
demokrasi ialah perlembagaan yang megehadkan kuasas dan perjalanan rasmi
kerajaan, sama ada secara bertulis, secara norma atau gabungan kedua-duanya.
Lazimnya, Perlembagaan akan memasukkan doktrin pembahagian kuasa untuk
memastikan individu tidak diberi kuasa lebih (Wikipedia Bahasa Melayu). Selain itu,
rakyat juga diberi hak untuk mengundi secara bebas dan adil.

2.3 BANDINGBEZA ANTARA SYURA DALAM ISLAM DAN SYURA ZAMAN


SEKARANG DAN PERKAITANNYA DENGAN AMALAN DEMOKRASI

Realiti dunia hari ini, terdapat sebilangan besar individu yang beranggapan bahawa
demokrasi telah wujud secara praktikal di dalam sistem syura Islam. Tanggapan ini
sebenarnya jauh menyimpang dan tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa ini
merupakan fakta yang salah. Hal ini kerana terdapat banyak perbezaan antara sistem
syura Islam dan sistem demokrasi zaman sekarang. Perbezaan yang paling ketara
ialah syura itu sendiri adalah berasal daripada Allah dan berpandukan di atas
syariat-Nya. Manakala syura zaman sekarang yang lebih dikenali sebagai sistem
demokrasi pula adalah bersumberkan suara majoriti walaupun suara-suara itu terdiri
daripada orang-orang fasiq bahkan kafir. Bagaimana hendak membangunkan sebuah
negara Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah jika suara-suara itu terdiri
daripada orang bukan Islam yang terang lagi bersuluh telah menolak Islam. Selain itu,
syura memutuskan perkara yang tidak jelas dalam syariat dan jika terdapat ketentuan
syariat maka itulah keputusan yang akan diambil. Manakala dalam demokrasi pula
perkara yang sudah dinyatakan secara jelas dalam syariat pun boleh diubah jika
suara majoriti menuntut perubahan itu misalnya menuntut untuk menghalalkan yang
haram dan juga sebaliknya (Abu Ammar, 2011).

Jika melihat demokrasi di Barat lebih besar perbezaannya dengan syura dalam
Islam. Hal ini kerana demokrasi Barat hanya menekankan kepada pembangunan
fizikal dan mengabaikan pembangunan kerohanian sedangkan syura dalam Islam
menekankan kedua-dua elemen tersebut. Bahkan syura lebih menekankan
pembangunan kerohanian kerana aspek rohanilah yang bakal memimpin kehidupan
manusia untuk menjadi lebih sempurna (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2001).
Perbezaan lain pula ialah anggota majlis syura adalah terdiri daripada para ulamak
yang memiliki sifat-sifat sempurna sebagai seorang pemimpin sedangkan dalam

4
sistem demokrasi, anggotanya ialah sesiapa sahaja yang menang dalam pilihan raya
sama ada yang berilmu agama ataupun tidak, yang bijak ataupun tidak, merekalah
yang akan menentukan hukum dan keputusan yang bakal memberi kesan kepada
semua rakyat dalam negara.

Selain itu, demokrasi ataupun syura zaman sekarang sangat berkait rapat
dengan amalan berpuak-puak ataupun parti-parti politik. Perkara ini tidak sejajar
dengan ajaran Islam kerana akan menyebabkan perpecahan dalam sebuah negara.
Oleh kerana itulah syura dalam islam tidak mengamalkan parti, hanya terdapat satu
kumpulan besar sahaja yang terdiri daripada para ulama yang tidak mewakili
mana-mana parti pun (Muhammad Nur Ikhwan Muslim, 2011). Demokrasi Barat
umumnya dipengaruhi oleh sifat perkauman sehingga bertindak tidak adil kepada
mereka yang tidak sebangsa dengan mereka, bukan rakyat mereka atau tidak
seagama dengan mereka. Manakala Islam sangat menegah sifat perkauman yang
tidak mengadili orang lain kerana Islam itu sendiri bersifat sejagat. Perkara ini wujud
kerana ketiadaan akidah yang menjadi asas roh kepada ideologi ciptaan manusia
(Abdul Hadi Awang, 2007).

Dalam sistem syura juga, terdapat pengaplikasian iman di dalamnya. Hal ini
kerana dengan syura secara langsung kita sedang mengamalkan ajaran Islam yang
benar. Sedangkan demokrasi mempunyai ciri-ciri kekufuran kepada Allah kerana jika
majoriti memutuskan perkara yang kafir maka itulah keputusan yang perlu dipatuhi
oleh semua rakyat tidak kira Islam ataupun bukan. Hal ini yang menjadi cabaran buat
orang Islam apatah lagi yang memang tinggal di negara kafir, pastinya akan banyak
perkara bercanggah dengan Islam yang terpaksa diharungi.

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah
secara berkekalan. Tidak ada seorang individu layak untuk mengubahnya. Manakala,
dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan kerana
sifatnya sentiasa berubah-ubah. Hal ini membuktikan bahawa rakyat di dalam negara
Islam adalah tertakluk kepada pembatasan undang-undang Allah manakala bagi
rakyat di sebuah negara berdemokrasi lebih-lebih lagi di Barat, mereka akan bebas
menggubal undang-undang dan memohon kelulusan daripada kabinet (Mahadi Raof,
2013).

3.0 TUJUAN PEMERINTAHAN DALAM ISLAM

5
Islam adalah satu sistem yang cukup sempurna. Islam sudah menyediakan
panduan dalam semua bentuk interaksi sesama manusia misalnya seperti sistem
sosial, ekonomi, politik dan lain-lain. Islam juga mempunyai panduan mengenai
pengurusan pemerintahan sesebuah negara atau organisasi. Islam menuntut
ketua negara untuk menjalankan semua hukum Allah dalam pentadbiran kerana
Islam bersifat sejagat dan sesuai bagi semua manusia. Biarpun ketua negara
merupakan orang terbaik yang terpilih, namun beliau tidak dianggap sempurna
dan suci. Sebagai contoh Umar Al-Khathab pernah berkata kepada rakyatnya,
“Barang siapa yang melihat terdapat kebengkokan pada diriku maka luruskanlah”.
Allah S.W.T juga ada menjelaskan beberapa maksud dan tujuan pemerintahan Islam.
Antaranya ialah untuk memelihara agama. Sesebuah organisasi dalam negara
haruslah mampu mempertahankan agama dan aqidah Islam daripada ancaman luar.
Dengan adanya autoriti yang diamanahkan kepada ketua negara bersama anak-anak
buah pimpinannya, maka mereka diberi hak untuk membunuh orang Islam yang telah
murtad dan memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyeleweng
daripada agama Islam (Hanafi, 2012).

Selain itu, pemerintahan dalam Islam juga bertujuan untuk mengatur urusan
masyarakat dengan cara menerapkan hukum syara’ kepada seluruh manusia tanpa
membeza-bezakan individu tersebut. Kemudian, mengambil kira keselamatan negara
dan rakyat daripada ancaman anasir luar juga menjadi tujuan pemerintahan dalam
Islam. Sebagai contoh, dengan cara mempersiapkan pasukan militan yang gagah
dan kuat dengan senjata serba canggih untuk menghadapi sebarang kemungkinan
sebagaimana yang telah Rasulullah SAW lakukan pada zaman pemerintahan
baginda. Akhir sekali, pemerintahan Islam juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah
Islam kepada semua manusia. Contohnya, Rasulullah telah menjalankan jihad pada
beberapa peperangan seperti penaklukan Makkah dan perang Tabuk.

4.0 KESIMPULAN

Walaupun terdapat sedikit persamaan antara syura dan demokrasi namun jurang
perbezaan yang paling ketara ialah syura berasal daripada hukum yang diturunkan
secara langsung daripada Allah SWT manakala demokrasi merupakan cambahan
buah fikiran daripada manusia yang bersifat lemah dan tidak lari daripada kekurangan.
Kesimpulannya, tidak ada alasan untuk menyamaratakan sistem yang dibentuk oleh
Allah dengan sebuah sistem yang berasal daripada manusia.

6
5.0 REFLEKSI

Bagi tugasan MPU3092 iaitu Pendidikan Islam, terdapat tiga tugasan yang perlu saya
sempurnakan. Tugasan pertama ialah tugasan penulisan esei berkenaan
bandingbeza antara syura dalam Islam, syura zaman sekarang dan perkaitannya
dengan tujuan pemerintahan dalam Islam. Kemudian bagi tugasan dua pula adalah
pembentangan kumpulan iaitu mengenai konteks Tawazun dan Waqi’iyyah. Bagi
tugasan tiga pula ada kuiz.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan satu iaitu penulisan esei, banyak perkara
baru yang telah saya pelajari. Antaranya ialah saya dapat pendedahan secara
langsung mengenai konsep syura dalam Islam dan syura zaman sekarang. Melalui
kajian yang saya lakukan saya dapat membuat kesimpulan bahawa syura dalam
Islam juga yang terbaik bagi semua umat manusia. Saya telah banyak menelaah
buku-buku yang saya dapatkan daripada perpustakaan IPGK Raja Melewar. Selain
daripada pengetahuan mengenai sistem syura, saya juga dapat mengaut

7
pengetahuan lain misalnya undang-undang dalam Islam dan sistem pemerintahan
Islam. Saya juga ada membuat kajian sedikit sebanyak mengenai sistem dan amalan
demokrasi Barat. Saya mengaitkan kajian saya dengan pengetahuan sedia ada.
Menurut apa yang baru saya temui, sememangnya berkait dengan pengetahuan asal
saya mengenai demokrasi Barat. Saya kurang bersetuju apabila Barat memisahkan
agama daripada politik. Bagi saya ia adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar
kerana setiap agama adalah layak dan sesuai diaplikasikan dalam pemerintahan
politik apatah lagi agama Islam yang sememangnya serba lengkap dan bersifat
sejagat.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan saya menghadapi sedikit kesukaran


apabila buku yang tersedia di perpustakaan sangat terhad dan tidak cukup untuk
melengkapkan tugasan esei ini. Oleh itu, saya menambah sedikit sebanyak info
menggunakan carian di internet. Saya telah tapis beberapa carian yang bagi saya
tidak releven dan tahap kebolehpercayaannya adalah kurang.

Secara keseluruhannya dapat saya katakan bahawa tugasan penulisan esei ini
sangat membantu saya untuk lebih memahami sistem syura dalam Islam dan
perbandingannya dengan sistem demokrasi Barat atau sistem syura zama sekarang.
Jika sebelum ini saya kurang mengambil tahu berkaitan hal-hal politik atau
pemerintahan negara seperti ini namun sekarang pengetahuan saya menjadi
bertambah dan saya sangat berterima kasih kepada Puan Fairuzzah atas semua
bimbingan dan tunjuk ajar beliau.

Anda mungkin juga menyukai