Anda di halaman 1dari 45

NOTA EDITOR

Email: editor@majalahniaga.com

Prof Dr Muhaya

Pakar Mata & Pencetus Inspirasi

ssalamualaikum dan salam kebahagiaan kepada para


pembaca Majalah Niaga mengucapkan selamat membuka
lembaran baru bagi tahun 2015.

PENASIHAT Idris Husin, Hasbul Ariff


CEO Hasbul Aqill Hasan Zaki
EDITOR Insyirah Azhar
PENULIS Ahmad Fahmi Ishak, Hasbul Ariff,
Hazlam Anuar, Shah Othman, Hasbul
Aqill, Aqif Azizan, Nik Wafdi
PEREKA GRAFIK Marlia Muhamad
PENGURUS WEB Hasbul Aqill
EKSEKUTIF PENGIKLANAN Hasbul Aqill
EKSEKUTIF PEMASARAN Hasbul Aqill & Hasbul Ariff
DITERBITKAN OLEH INOVATTIC SOLUTION
16-3-2 Jalan Semarak Api 3,
Dimond Square Business Centre,
53000 Setapak Kuala Lumpur.
Tel: +603-4021 3344
Email: majalahniaga.com
www.facebook.com/MajalahNiaga
www.twitter.com/majalahniaga

Kami mendoakan apa juga yang anda rancang dan impikan pada
tahun 2014 dan 2015 dimakbulkan. Dan segala isu di tahun 2014
dapat dibaiki dan menjadi bertambah baik pada tahun 2015. InsyaAllah.
Selari dengan kedatangan tahun baru ini, Majalah Niaga turut melakukan transformasi baru. Bermula tahun 2015, edisi Majalah Niaga dan
Komik Niaga akan digabungkan. Komik Niaga akan menjadi sisipan
untuk setiap edisi Majalah Niaga.
Edisi bagi transformasi ini dimulakan dengan ikon motivasi yang dikasihi ramai, iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Beliau akan berkongsi
bagaimana beliau membangunkan jenama dan perniagaan sebagai
seorang pakar motivasi dan pakar mata.
Di samping itu Prof. juga akan turut berkongsi cara menjadi mukmin
produktif yang disayang Tuhan. Supaya kita sentiasa memanfaatkan
masa kita selama ada di dunia.
Edisi Khas pada kali ini akan menjadi edisi yang menarik dan sesuai
dibaca oleh individu yang bergelar doktor, kerana prof akan berkongsi
bagaimana beliau menggabungkan kerjaya doktor dan dalam masa
yang sama menjadi seorang pakar motivasi.
Dan sememangnya dakwah itu penting dipraktikkan dalam
mana-mana kerjaya. Cuma yang mungkin berubah adalah cara kita
menyuntiknya dalam kerjaya kita. Kami mendoakan ia bermanfaat
dan meluaskan minda para pembaca untuk diadaptasi ke dalam apa
jua perniagaan yang anda ceburi.

Hak Cipta Terpelihara:


Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau
mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan
kebenaran bertulis daripada pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu,
anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan
kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

SALAM SYUKUR,

Insyirah

INSYIRAH AZHAR
EDITOR MAJALAH NIAGA

1 Majalah Niaga Edisi Khas

ISI KANDUNGAN
EDISI KHAS

ARTIKEL
10 Tip Pengurusan
Kewangan

Pelaburan Jangka PanjangAmalan Sedekah

14 Tip Pemasaran
Pemasaran Alternatif
Selain Facebook Ads

17 Dekorasi Bisnes
Permainan Meningkatkan
Produktiviti Syarikat

19 Motivasi Bisnes
Persediaan Sebelum
Memulakan Perniagaan

21 Tip Blogging

Tabiat Blogger Kaya Dan


Berjaya

24 Tip Penjenamaan
Petua Efektif Menjenamakan
Bisnes Secara Online

27 Cerpen Bisnes
30 Sisipan Khas
Hijrah

Biografi Prof Dr Muhaya

2 Majalah Niaga Edisi Khas

WAWANCARA
EKSKLUSIF

Get it right the


first time. Apa yang kita
buat dan segala persediaan

Dont
simply jump

adalah penting.

4 Majalah Niaga Edisi 30

oleh Prof. ceritakan cabaran ketika memulakan perniagaan?


Cabaran ketika saya memulakan
perniagaan adalah mencari orang
yang tepat. Ketika mula-mula, kami
dapat pelbagai orang yang bekerja
dengan saya. Kadang-kadang kita
ambil saudara sendiri.
Apa yang saya belajar adalah ketika
kita nak mulakan syarikat atau perniagaan adalah, penting mencari orang
yang tepat. Andai mendapat pekerja
yang tidak tepat, memang kita akan jadi
sangat penat. Sebab itu saya percaya
pada prinsip, Get it right the first time.
Apa-apa yang kita buat dan segala
persediaan adalah penting. Dont
simply jump. Cuma apabila pada
mulanya saya tersilap, saya tidak salahkan keadaan. Dengan bersusah-susah
di awal perniagaan, kita akan faham
dan mengenal manusia, yang akan
menyebabkan masa hadapan kita jadi
lebih baik. Oleh sebab itu saya kata,
Tidak pernah ada kegagalan, semuanya pelajaran.

Mengapa Prof. memilih bidang motivasi sedangkan ada


banyak lagi bidang di luar
sana?

mereka dengan cara mendidik mereka


untuk hidup dengan betul.
Dalam bidang motivasi, saya mengajar manusia untuk hidup dengan
betul. Saya percaya dapat memberi
impak yang lebih besar, jika saya fokus
dalam pembangunan insan. Apabila
saya memberi motivasi dan mengubah
dunia dalaman ataupun sistem pemikiran seseorang, tindakan mereka pada
setiap saat akan menjadi lebih berkesan.

Boleh kongsikan kegagalan


yang pernah Prof. alami dalam
kehidupan dan bagaimana
Prof. bangkit semula?
Pada saya tiada erti kegagalan. Semuanya adalah feedback. Kerana apa sahaja
yang berlaku pada kita adalah cerminan jiwa kita. Contoh, andai kita nak
pergi mengembara, kita akan nampak lampu isyarat, jalan lopak-lopak.
Namun, yang penting adalah, apabila

kita nampak semua itu, kita perlahan


dan sesuaikan diri. Jadi, tiada kegagalan bagi saya. Semuanya adalah
feedback. Apabila sesuatu yang tidak
baik berlaku pada saya, saya akan perbaiki untuk jadi lebih baik. Jadi, setiap
kegagalan, membawa lebih kejayaan.

Perancangan masa panjang


(3-5 tahun) bagi memantapkan
branding Prof. Muhaya dalam
bidang motivasi.
Perancangan saya adalah untuk reset
minda setiap golongan masyarakat.
Saya sangat passionate untuk bercakap tentangnya. Seperti program
Reset Minda di Astro Oasis, saya bahagikan kepada beberapa bahagian.
Reset minda ibu bapa, anak, guru.
Saya bahagikan manusia kepada
peranan masing-masing. Supaya kita
tahu kita bermula sebagai individu, dan
tiap individu itu peranannya banyak.
Dari situ, saya mahu mendidik semua

Program Butik Modest Culture

KL International Hijab Fair 2014

Sejak daripada zaman persekolahan,


saya memang berminat memberi inspirasi dan semangat kepada orang.
Ketika menjadi ketua pelajar di sekolah,
saya suka memberi motivasi kepada
pelajar-pelajar di sekolah.
Begitu juga ketika di universiti. Saya
selalu berpesan kepada junior supaya
rajin belajar. Semasa saya menjadi
pensyarah pula, saya sering kali memberi motivasi kepada pelajar-pelajar
perubatan.
Sekarang, saya seorang doktor. Di saat
saya merawat mata pesakit, saya bukan
sahaja merawat mata mereka, sebaliknya saya turut memotivasikan

5 Majalah Niaga Edisi Khas

Klinik Mata & Lasik Prof Muhaya

Prof Dr Muhaya di klinik beliau

Di World Muslimah Forum

orang dengan isu-isu berkaitan. Bagi memantapkan lagi,


saya nak supaya orang faham bahawa branding saya, adalah
bukan menyelesaikan masalah tetapi branding saya adalah
mencegah masalah.

dan hentikan menyalahkan, mengata orang, mengumpat dan


segala sifat mazmumah (sifat tercela). Semua penyakit hati itu
dibuang. Kita praktikkan sifat mahmudah sikap yang baikbaik sahaja.

Ia adalah kerana, orang yang bijak dan genius mencegah


masalah. Orang yang pandai menyelesaikan masalah.
Branding saya mengambil pendekatan, kita reset minda
orang. Buang file lama, masuk program baru. Maksudnya kita
fokus pada pembinaan kuasa minda.

Sejak bilakah Prof. memasuki bidang motivasi?

Yang kedua kita nak celik mata hati. Maksudnya apabila


sesuatu berlaku (dunia luaran), kita akan ingat Allah. Pada
setiap yang berlaku melalui makhluk, saya impikan, kita akan
ingat Allah dengan memikirkan kenapa ini boleh berlaku, dan
apakah pengajaran daripada perkara ini.

Bagaimana Prof. bahagikan masa antara


tanggungjawab sebagai doktor dan motivator?

Saya terlibat secara serius dlm bidang motivasi pada tahun


2007. Rancangan TV pertama saya adalah Dari Mata Ke Hati
yang disiarkan di Astro.

Sebenarnya ketika saya berperanan sebagai doktor pun, saya

Dengan branding yang mempunyai matlamat seperti ini, apa


yang saya sangat harapkan adalah, setiap manusia mengatakan. Walauapapun yang berlaku, walau macam mana
pun saya protes, saya mengambil tanggungjawab, atas apa
yang berlaku kepada saya.
Keutamaan saya adalah mahu mereka mengambil tanggungjawab atas kehidupan mereka, Keutamaan saya adalah mahu
mereka mengambil tanggungjawab atas kehidupan mereka,

Prof Dr Muhaya bersama Imam Muda Gaza Imam Raid untuk membuat rawatan mata.

Kanta Prof Muhaya di TV2


Promosi Pelancaran Butik Modest Culture

Program Celik Hati Prof Muhaya di TV9

Pelancaran BOOKAZINE Life by Design Solat Ready


di MPH Bookstore Alamanda, Putrajaya

Prof Dr Muhaya semasa di Stesen Radio Ikim.fm

Membuat rawatan untuk pesakit

turut menjadi pakar motivasi dengan memotivasikan orang


lain. Contohnya seperti di pusat mata Laser-Assisted In Situ
Keratomileusis (LASIK), sebelum memulakan pembedahan,
saya akan nasihatkan pesakit untuk betulkan niat.

Program Siri Jelajah Celik Famili

6 Majalah Niaga Edisi Khas

Andai orang muda, saya akan nasihatkan seperti, jangan


hanya main futsal. Andai pesakit yang sudah 40 tahun dan ke
atas, saya sarankan niat supaya matanya untuk lihat Kaabah,
baca Al Quran, maksudnya saya sudah beri motive to action
dan inspirasi - apa-apa yang kita lakukan di dunia ini, hujungnya adalah untuk Allah.

... apabila kita buat sesuatu, bersihkan niat dan


perbetulkan niat mesti kerana Allah SWT.
Secara formal, saya adalah seorang
doktor, dan secara tidak langsung, saya
juga adalah seorang motivator. Saya juga
ada pembantu di klinik dan syarikat yang
membantu menjaga urusan dan mengatur waktu saya.

Kebanyakan status saya dikemaskini


adalah untuk tujuan dakwah sahaja. Bagi
pemasaran produk, ia kebanyakannya
diuruskan oleh pekerja syarikat saya.
Saya benarkan mereka guna FB saya
untuk tujuan pemasaran.

Pada saya, orang yang kata tiada masa,


adalah tidak pandai menggunakan masa.
Jadi, kita tidak boleh kata tiada masa.
Mesti mencari masa. Saya mencari masa
itu kerana keutamaan.

Strategi pemasaran yang Prof.


gunakan untuk meningkatkan
jualan produk.

Mungkin ada orang yang tersinggung


dengan saya, kerana menolak tawaran
untuk berceramah di masjid atau
mana-mana tempat secara am. Ia adalah
kerana saya berpendapat, jika saya pergi
ceramah-ceramah di beberapa tempat,
masa yang saya ambil mungkin dua atau
tiga jam, yang mungkin akan membuat
saya perlu meninggalkan pesakit saya.
Berbanding masa yang sama, saya boleh
gunakan untuk media, di mana coverage
yang lebih luas. Dan lebih tahan lama
secara digital.
Oleh sebab itu, saya lebih utamakan
perkara itu. Begitulah cara bagaimana
saya bahagikan masa. Saya meletakkan
keutamaan, keberkesanan, dan impak.

Nasihat Prof. kepada bakal


motivator dan motivator sedia
ada.
Banyak kali saya diminta menjadi juri
rancangan realiti, tetapi saya tolak.
Kerana saya kurang selesa mengkomen
cara orang dan sebagainya. Saya sangat
menghormati cara masing-masing.
Cuma nasihat saya, apabila kita buat
sesuatu, bersihkan niat dan perbetulkan
niat mesti kerana Allah SWT. Mungkin
urusan dunia kelihatan seperti orang
bayar kita dan sebagainya tetapi tujuan
kita biarlah kerana Allah.
Bagi motivator, sebaiknya tidak mengam-

7 Majalah Niaga Edisi Khas

Prof Dr Muhaya Mohamad

bil. motivator sebagai kerjaya sahaja, yang


mana kita baca buku, tengok teori, buat
powerpoint, buat presentation, tetapi kita
tidak mengamalkannya.
Pada saya untuk kita memberi sesuatu
yang memberi kesan, adalah bukan sebagai motivator tetapi sebagai pendakwah.
Pada saya, dakwah adalah tanggungjawab semua orang. Dakwah hak semua
orang, ilmu hak para ulama.
Jadi, andai para motivator merasakan
dirinya sebagai pendakwah, maka
mereka akan menentukan ciri-ciri
mereka sebagai pendakwah. Andai
sebagai seorang umat Islam, antara
ciri-cirinya adalah menjadi seseorang
yang bertaqwa, menjadi orang yang
baik, membuat sesuatu untuk memberi
faedah bukan untuk mendapat faedah.
Satu lagi, penting untuk kita dakwah diri
kita dahulu sebelum kita dakwah orang
lain. Amalkan apa yang kita cakap.

Bagaimana Prof. menggunakan


medium internet untuk memasarkan produk dan servis Prof.?
Setakat ini saya mempunyai Facebook
fanpage yang hampir mencapai 1 juta
pengikut. Saya juga mempunyai akaun
Twitter dan Instagram.

Saya suka pada prinsip AIDA. Ia


adalah prinsip dalam Bahasa Inggeris.
Iaitu Attention, Interest, Desire dan
Action. Untuk kita dapatkan pelanggan
untuk produk kita, pertama penting kita
dapatkan perhatian (attention) dia. Itulah
pentingnya iklan.
Kedua, interest. Kita akan berjaya menarik minat orang lain apabila produk kita
menunjukkan keberkesanan atau bagusnya produk itu. Jadi kadang-kadang saya
akan buat rakaman cara menggunakan
buku jurnal saya, supaya orang berminat
mendapatkan buku jurnal.
Ketiga adalah Desire iaitu kemahuan
yang kuat. Dalam fasa ini, medium
seperti Youtube, temuramah dengan
saya digunakan.
Akhir sekali adalah Action iaitu
tindakan untuk mendapatkan jualan.
Seperti arahan untuk mendapatkan
produk. Pada saya, ia adalah pendekatan yang penting untuk dipraktikkan oleh
semua pemilik bisnes.

Apakah saranan Prof. untuk menjalankan hidup yang


produktif sebagai seorang umat
Islam?
Saranan saya yang pertama adalah
menjaga solat. Contoh, sebelum
masuk waktu kita sudah bersedia. Bagi
muslimah, penting memakai pakaian
yang menutup aurat, yang boleh digunakan terus untuk menunaikan solat,

seperti produk terkini yang saya keluarkan yang dipanggil baju


solat-ready. Dalam apa juga aktiviti, sentiasa pentingkan waktu
solat. Jangan tinggalkan waktu solat. Itu adalah perkara yang
saya praktikkan.

Saya juga ada iPod, audio book yang saya sentiasa dengar.
Andai saya travel pun, dalam iPod saya ada beratus-ratus audio berbahasa Inggeris yang saya dengar, rancangan agama,
dan juga sumber-sumber Youtube.

Oleh sebab saya sudah nampak impak lambatkan solat ketika


saya muda. Sekarang ini andai saya ada pembedahan pun,
15 minit sebelum azan, saya akan mengambil wuduk. Pesakit
juga, saya sarankan solat dulu, kemudian baru saya sambung.

Buku-buku, saya jarang baca, sebab adakalanya mata saya


tidak begitu jelas membacanya. Saya rasa penat apabila membaca. Jadi, saya banyak mendengar. Cara lain adalah dengan
saya pergi kuliah di masjid, dan berdekatan dengan rumah
saya.

Kedua, bagi peniaga, penting meletakkan niat berniaga


untuk apa. Antaranya niatkan berbisnes untuk mengamalkan
sunnah. Seperti saranan dalam Hadis Riwayat Tarmizi, yang
biasa kita baca iaitu 9/10 rezeki daripada perniagaan.
Ketiga, dalam perniagaan, apabila kita dapat rezeki lebih,
tetapkan niat untuk membayar zakat, memberi sedekah
dan bantu orang susah. Elakkan berniat menjadi kaya untuk
menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Saya juga sebenarnya belajar daripada pesakit-pesakit yang


saya jumpa. Saya akan tengok apa yang saya boleh belajar
daripada mereka. Kita dapat belajar sesuatu daripada semua
orang, sama ada baik atau buruk. Sesiapa sahaja boleh jadi
guru kita.

Sebaliknya, tetapkan niat, kita mahu membantu orang


lain untuk mencari rezeki. Memberi peluang kepada
mereka menyokong ahli keluarga yang lain. Apabila semakin
besar perniagaan kita, semakin ramai pekerja yang kita dapat
ambil. Secara tidak langsung, semakin banyak keluarga yang
kita dapat bantu.

Semasa Pelancaran Buku Biografi Prof Dr Muhaya di


Hotel Shangri-La, Putrajaya.

Siapakah idola Prof. dalam bidang motivasi?


Sebenarnya idola saya lebih kepada luar negara iaitu Wayne
Dyer. Dalam Malaysia orang yang mula-mula yang membuat
saya banyak belajar adalah Dr. Fadzilah Kamsah. Saya menganggap beliau guru saya, hatta pada waktu pagi ketika anakanak saya sarapan, mereka menonton motivasi beliau.

Prof Dr Muhaya di pejabat beliau.


Merupakan pemilik Pusat Mata & Lasik.

Apakah yang Prof. lakukan untuk meningkatkan


ilmu dan pengalaman?
Antara ilmu yang saya suka cari adalah ilmu agama dan ilmu
kejayaan yang lain. Sumber bagi ilmu agama adalah melalui
rancangan TV yang bagus.
Saya ada Astro B.yond PVR, yang saya akan gunakan
untuk rekod semua rancangan agama. Dengan itu, saya akan
tengok TV pada waktu yang saya tentukan. Pada waktu-waktu
yang terluang, saya akan luangkan masa dengan menonton
rakaman itu.

8 Majalah Niaga Edisi Khas

Antara buku-buku penulisan Prof Dr Muhaya.

TIp pengurusan KEWANGAN


Ahmad Fahmi Ishak Usahawan Barangan Keperluan Muslim

PELABURAN
JANGKA PANJANG
AMALAN SEDEKAH
Hari ini kita berada pada zaman teknologi yang serba canggih, di mana
segala keperluan hidup dapat kita kecapi tanpa susah payah tidak seperti
zaman dahulu. Dalam mengharungi kehidupan di dunia, kita senantiasa
bersedia dengan keperluan yang dapat memberi manfaat kepada diri
kita khususnya dan kepada komuniti masyarakat umumnya.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah Taala, seharusnya kita
berdoa dan berusaha agar kita dapat keuntungan di dunia dan akhirat.
Pada kali ini, suka penulis berkongsi secebis ilmu tentang amalan yang di
sukai Rasullah s.a.w iaitu amalan sedekah. Amalan yang menjadi tauladan
sejak zaman nabi Adam sehinggalah di tiup sangkakala (hari akhirat).

UNTUNG BERPANJANGAN

Apakah yang diingini oleh seorang peniaga selain daripada mendapat keuntungan perniagaan, dapat membayar hutang pinjaman
bank dan berkongsi rezeki bersama kawan-kawan serta ahli keluarga? Dalam hal ini, kita memerlukan suatu sumber kewangan
kukuh yang dapat kita salurkan kepada yang berhak melalui sedekah.
Kita amat beruntung kerana melalui perniagaanlah kita dapat belajar hidup susah dan dari situ kita akan belajar pula apa erti
bersyukur kepada yang Maha Memberi. Selain itu kita akan belajar tentang karakter orang. Setelah itu, apa yang harus kita lakukan dengan limpahan rezeki yang ada? Inilah poin yang ingin penulis tegaskan iaitu dengan memberi kepada yang berhak atau
bersedekah.

10 Majalah Niaga Edisi Khas

SEDEKAH AMALAN SUNNAH

Amalan sedekah ini merupakan sunnah Rasullah s.a.w yang


menjadi ikutan para sahabat baginda dalam membantu umat
Islam khususnya bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.
Jangan letakkan amalan sedekah ini melalui wang ringgit
semata-mata akan tetapi ia lebih luas bahkan kepada haiwan
dan tumbuhan turut mendapat manfaatnya.
Para sahabat Khulafa ar-Rasyidin serta alim ulama menjadikan
sedekah sebagai medan untuk mendekatkan diri kepada Allah
taala serta masyarakat. Hal ini kerana mereka terdiri daripada
peniaga yang menjalankan perniagaan di merata tanah Arab
dengan membawa barang dagangan untuk dipasarkan.
Secara tidak langsung ia memberi contoh tauladan kepada
bukan Islam melalui amalan yang dilihat ringan tetapi berat
timbangan mizan di akhirat kelak.
Kejayaan seseorang itu bukanlah terletak kepada usaha sahaja
malahan ia merangkumi semua aspek termasuklah sedekah.
Hanya melalui pintu sedekah kita akan terhindar daripada sifat
bakhil, tamak, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.
Bukankah itu merupakan kejayaan juga? Kita berjaya mengikis
sifat mazmumah yang ada pada diri kita dan kita berjaya juga
membentuk hati kita supaya tidak menjadi hamba duit.

Tegak kukuhnya kehidupan dunia ini kerana 4 perkara iaitu:

1
2
3
4

Ilmu para ulama.


Derma orang kaya.
Derma orang fakir.
Keadilan para pemerintah
(maksud hadis Sunan al-Tirmizi)

Lihatlah dengan mata hati bahawa kehidupan di dunia ini


ada hubung kait antara yang kaya dan miskin, antara alim
ulama dan umara. Begitu cantik susunan ajaran Islam dalam
mendidik manusia supaya berfikir dan mengkaji melalui
pancaindera yang diamanahkan sebelum dipersoalkan di akhirat kelak. Justeru, amalan sedekah ini harus menjadi kurikulum wajib kepada diri sendiri sebagai asas didikan supaya kita
lebih bersyukur atas kurniaan yang Maha Memberi Rezeki.
Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim ayat 7 yang
bermaksud;

Benarlah hadis Rasullah s.a.w bersabda;

Harta kekayaan adalah sebaik-baik penolong bagi


memelihara ketakwaan kepada Allah taala, hadis
riwayat ad-Dailani.
Inilah pelaburan yang menjamin kehidupan di dunia dan
akhirat, apatah lagi jika kita berniaga mengikut lunas-lunas
syariat, mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya.
Lebih baik lagi apabila kita berbelanja untuk dunia dan
akhirat, di dunia kita dapat membantu orang yang memerlukan manakala di akhirat kelak ia sebagai imbalan (balasan) kepada diri kita sendiri. Perniagaan dan amalan sedekah sudah
sinonim dalam kehidupan kita. Di mana sahaja kedengaran
orang yang susah, pasti pertolongan dihulurkan selagi mana
ada hebahan mengenai kekurangan atau kesusahan dalam
komuniti masyarakat.

11 Majalah Niaga Edisi Khas

Dan ingatlah Tuhan kamu sesungguhnya jika kamu


bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat
kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur,
azab-Ku amatlah pedih.
Inilah sifir kehidupan kita yang menjadi adab sopan kepada
si penerima (hamba). Sering kali kita terfikir apa yang aku
dapat andai aku bersedekah? Adakah hanya mendapat pahala
semata-mata atau sekadar memenuhi keperluan masyarakat di luar sana? Di sinilah titik noktah kita dalam memahami sedekah hanya berdasarkan pahala di akhirat tanpa kita
memikirkan keajaibannya.

KEAJAIBAN BERSEDEKAH


Keluarkanlah harta. Bersedekahlah
Seruan yang biasa kita dengar dan acap kali disebut oleh ulama dan orang tua kita
supaya rajin-rajin bersedekah. Selagi berkemampuan untuk memberi, lakukanlah
kerana ia menjadi kredit buat diri kita.
Firman Allah Taala dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud;

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurni

akan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagia-

an di hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia.

Sedekah mendatangkan
rezeki
Ini merupakan peluang yang terhidang luas buat kita sebagai orang
Islam supaya melipat gandakan
usaha amalan ini. Harta yang kita
sedekahkan mendekat lagi rezeki
yang tidak disangka-sangka.

Sedekah dapat memanjangkan umur


Di sini dapat difahami bahawa
umur yang dimaksudkan ialah
keberkatan dalam hidup. Peluang
kehidupan yang diberi oleh Allah
digunakan dengan perkara yang
manfaat.

Inilah kehebatan ajaran syariah Islam, dalam kita belajar tentang bab halal haram
mahupun syubhah, kita masih lagi boleh belajar tentang amalan sedekah, infak,
zakat dan sebagainya.

Ilmu yang dipraktikkan dalam alam perniagaan sebenarnya menjadi asas dalam
mendalami ilmu akhirat secara tidak langsung. Sebab itulah amalan berniaga ini
merupakan asas pekerjaan nabi dan para rasul.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Itu sudah menjadi sunnatullah kehidupan
manusia. Segala perbuatan dan amalan akan diperlihatkan melalui buku catatan
amalan kita sama ada yang baik atau sebaliknya.
Dalam sepotong hadis, Rasullah s.a.w ada bersabda

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah

amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah,

ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada

kedua-dua orang tuanya.

Sedekah dapat menyembuhkan penyakit


Ini seperti yang sedia maklum
bahawa penyakit cinta dunia,
harta, bakhil dan tamak haloba
harus dirawat dengan amalan
sedekah. Dengan kaedah ini
sistem ajaran yang terkandung
dalam al-Quran dan hadis dapat
memberi penawar kepada gejala
yang kronik ini.

12 Majalah Niaga Edisi Khas

Perhatikanlah amalan sedekah menjadi pelaburan atau simpanan yang menjamin


kehidupan di akhirat kelak. Amalan yang menjadi ibadah dan seterusnya menjadi
kebiasaan melahirkan seorang individu yang matang
dan berilmu kerana kita sedia maklum akhirat
Jadilah
merupakan matlamat utama
kamu orang yang
(pegangan orang Islam).
berilmu atau mempelajari ilmu atau yang
mendengar ilmu atau suka
Bersama-sama kita jadikan amalan sedekah
kepada ilmu itu sendiri
ini sebagai habit sihat dalam pembinaan
maka janganlah kamu
rohani dan karakter yang cinta agama. Biarlah
jadi pihak yang kelima
kita menjadi juara dalam segala aspek
(iaitu tidak suka
kehidupan supaya dengan itu ajaran Islam sesuai
akan ilmu).
diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat.

TIp PEMASARAN
Hasbul Ariff Penasihat Majalah Niaga

5 PEMASARAN
ALTERNATIF SELAIN
PEMASARAN
FACEBOOK ADS

Sekarang jika kita perhatikan, ramai usahawan yang berniaga di Facebook mengeluh, disebabkan beberapa
perubahan yang dilakukan oleh pihak Facebook. Perubahan yang dimaksud adalah dari segi algorithm Facebook,
dan juga beberapa polisi yang menyusahkan para peniaga Facabook.
Antara masalah yang dihadapi adalah seperti kos pengiklanan Facebook Ads semakin mahal, Reach di
Facebook wall dan juga Facebook Fanpage semakin berkurangan. Perubahan yang berlaku ini menyebabkan
jualan sesetengah peniaga Facebook semakin merudum. Perkara ini sudah tentu menyusahkan perniaga Facebook
sendiri, kerana tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan setiap bulan.
Sebagai pengguna dan usahawan Facebook, kita tidak boleh menyalahkan pihak Facebook. Ini kerana polisi dari
syarikat Facebook akan sentiasa berubah mengikut kehendak (requirement) pengguna Facebook itu sendiri.
Oleh yang demikian, kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu mencari pemasaran Alternatif dan tidak sepenuhnya
bergantung harap kepada satu jenis pemasaran sahaja seperti pemasaran Facebook Ads untuk kita menghasilkan
jualan yang banyak.
Guru saya juga pernah berpesan:
Untuk menjadi seorang marketer yang hebat. Kita tidak boleh duduk diam. Kita perlu agresif. Sentiasa cari jalan lain
sekiranya kita tidak mencapai target. Barulah kita boleh berjaya.

14 Majalah Niaga Edisi Khas

1 - BLOG

4 - PEMASARAN EMEL

Pemasaran blog juga sinonim dengan pemasaran carian atau dipanggil


sebagai Pemasaran SEO (Search Engine Optimization). Untuk melakukan
pemasaran ini sudah tentu kita perlu mempunyai blog sendiri. Seeloknya
kita menggunakan blog Self-host seperti Blog wordpress dan bukannya blogspot.com. Ini bagi mengelakkan risiko artikel kita dipadam oleh
pihak Google (blogspot.com milik Google) atau blog kita diban oleh pihak
Google.

Sekiranya anda serius dan ingin kekal lama dalam


perniagaan internet, pemasaran emel adalah salah
satu pemasaran yang anda tidak patut abaikan.
Ada sesetengah pihak mengatakan, pemasaran
email adalah pemasaran Old School atau ketinggalan zaman.

Sekiranya kita tidak mahu menulis di blog sendiri, kita boleh menulis
di blog yang bertrafik tinggi. Blog seperti ini biasanya sudah mendapat
kedudukan yang tinggi di dalam carian Google, dan ini membolehkan
artikel yang kita hasilkan mudah dibaca oleh pelawat yang membuat
suatu cari keyword menggunakan Google Search Engine.
Strategi lain yang anda boleh gunakan untuk melakukan pemasaran blog,
adalah dengan menempah slot pengiklanan banner di blog yang bertrafik
tinggi. Apa yang anda perlu buat adalah menghubungi pihak blog tersebut, dan meminta mereka memberikan screeshot, jumlah trafik yang
dihasilkan setiap minggu, bulan dan tahunan. Sekiranya trafik agak tinggi,
anda boleh menempah slot pengiklanan banner di blog tersebut.

2 - YOUTUBE
Pernahkah anda menonton video di Youtube? Tahukah anda pemasaran
Youtube sangat popular di luar negara? Ini kerana ramai Affiliater di luar
negara menggunakan pemasaran Youtube untuk memasarkan produk
seperti ebook, audio dan juga software.
Anda juga boleh gunakan pemasaran Youtube untuk pasarkan produk
anda. Salah satu strategi yang anda boleh gunakan untuk memasarkan
produk anda menggunakan Youtube, adalah dengan menghasilkan video
yang membuatkan orang suka share video tersebut di laman sosial seperti
Facebook. Strategi pemasaran ini juga dipanggil sebagai pemasaran Viral.
Apabila semakin ramai video dikongsi, semakin ramai yang akan melihat
video yang kita hasilkan. Apabila semakin ramai yang melihat video kita,
semakin tinggi potensi untuk produk kita dijual dengan banyak.
Strategi pemasaran video di Youtube juga sangat sesuai sekiranya kita
mahu mendapat pelanggan yang membeli di Google, ini kerana Youtube
sangat mesra SEO, dan video yang kita hasilkan mudah untuk mendapat
ranking pertama di carian Google.

3 - INSTAGRAM
Pemasaran Instagram adalah pemasaran yang masih lagi baru di
Malaysia. Pemasaran Instagram membolehkan kita untuk upload gambar, dan juga video singkat ke dalam akaun instagram kita.
Kita boleh menggunakan pemasaran Instagram untuk upload produk
terbaru kita. Untuk menggunakan pemasaran ini, adalah disarankan
untuk kita menggunakan gambar yang berkualiti tinggi. Ini kerana ia
dapat menarik minat prospek untuk membeli produk dari kita.
Kebanyakan pengguna Instagram adalah daripada golongan muda.
Dan kebanyakan dari mereka adalah mereka yang berada di bandar. Ini
menjadikan pasaran yang ada pada instagram adalah pasaran urban.

15 Majalah Niaga Edisi Khas

Tapi percayalah, pemasaran ini masih lagi


berkesan dan pemasaran ini mampu membuatkan
kita mendapat jualan dari pelanggan yang pernah
membeli dengan kita berulang-ulang kali.
Ini kerana, pemasaran ini, membolehkan kita
untuk menyimpan database pelanggan yang
pernah membeli produk dengan kita. Database
yang biasa kita simpan adalah seperti nama dan
juga emel. Dengan cara ini, kita boleh melakukan
follow up kepada pelanggan kita sedia ada untuk
menawarkan produk terbaru kepada mereka.
Pemasaran emel juga membolehkan kita
berhubung dengan pelanggan kita. Dengan
berhubung dengan pelanggan kita dengan lebih
kerap, kita akan lebih dekat dengan pelanggan dan
tahu apa masalah mereka.
Bila kita dekat dengan pelanggan, pelanggan akan
rasa percaya dengan kita. Apabila mereka percaya dengan kita, maka ini akan menjadi semakin
mudah untuk kita menjual produk terbaru kepada
mereka.
Untuk menggunakan pemasaran emel, anda
memerlukan satu software khas yang dipanggil
sebagai Autoresponder. Antara Autoresponder
yang disarankan oleh semua Internet Marketer
dunia adalah GetResponse dan juga Aweber.

5 - GOOGLE ADWORDS
Satu lagi pemasaran yang perlu diberi perhatian
oleh usahawan facebook adalah pemasaran Google
Adwords. Ia adalah salah satu pemasaran yang
berbayar.
Pemasaran Google Adwords juga adalah pemasaran enjin carian. Bezanya, anda tidak perlu
menguasai sepenuhnya Ilmu SEO dengan untuk
pemasaran ini.
Dengan menggunakan pemasaran Google
Adwords, keyword yang anda target akan berada
di halaman yang pertama google sekiranya kurang
persaingan untuk sesuatu keyword yang anda
target.

DEKORASI BISNES
Hazlam Anuar Perunding Reka Bentuk Hiasan Dalaman

PERMAINANMENINGKATKAN
PRODUKTIVITI SYARIKAT

Kenapa syarikat besar popular di dunia seperti Google, Pixar, Apple atau Facebook mempunyai ruang
aktiviti dan permainan untuk pekerja mereka? Tokoh falsafah daripada Plato sehingga kepada Sartre memerhatikan
kebanyakannya manusia, keseluruhannya, bebas dan kreatif apabila mereka bermain. Dengan melakukan sedikit
aktiviti riadah akan menambah stamina bekerja dan meningkat produktiviti. Membolehkan mereka berfikir secara
kreatif dan cepat. Selain itu, ia bagi mengelakkan pekerja berasa mengantuk di waktu petang.

Kerja yang
terbaik muncul
daripada semangat
ketika bermain.
-GEORGE DAVISON
Pengasas Inventionland

Dengan adanya permainan di pejabat, kos klaim perubatan, pekerja yang mengambil MC (medical checkup) dan
tekanan pekerja dapat dikurangkan. Pakar kesihatan mental, Martin Seligman dan Lenore Terr, menunjukkan tiga
tunjang utama kesihatan mental adalah cinta, bekerja dan bermain. Dato Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad
Fadzli Yusof ada mengatakan dalam buku 55 Petua Seronok Bekerja, kita berhak seronok di tempat kerja dan apabila
seronok, kerja bukan satu beban.

FAEDAH POSITIF MEWUJUDKAN


PERMAINAN DI PEJABAT

1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara


pekerja dan majikan.

2. Mengadakan pertandingan antara pekerja.


3.

17 Majalah Niaga Edisi Khas

Menjimatkan kos daripada mengadakan


aktiviti sukan di luar.
Wujudnya semangat kesukanan seperti
semangat berpasukan yang boleh
diaplikasikan dalam diri staf untuk
kejayaan syarikat.

MOTIVASI BISNES
Shah Othman Usahawan Kuasa Bisnes

PERSEDIAAN
SEBELUM
MEMULAKAN
PERNIAGAAN
Sebagai seorang usahawan, kita bukan sahaja perlu
bijak dalam mentadbir syarikat serta para pekerja sahaja,
kita juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang
berkaitan dengan bidang yang diceburi.
Contohnya jika anda ingin memulakan sebuah
perniagaan bengkel membaiki kenderaan, anda
bukan hanya sekadar perlu menggaji beberapa pekerja
atau foremen untuk membaiki kenderaan, anda sebagai
pemilik juga perlu memiliki ilmu dan kemahiran khusus
dalam bidang ini untuk walaupun sedikit.
Sama juga halnya dalam menguruskan sebuah perniagaan restoran. Jika anda memiliki kemahiran memasak yang hebat, anda bukan sekadar dihormati mereka,
malahan anda juga bakal dijadikan rujukan untuk setiap
masakan mereka dan bukan hanya pandai mengarah atau
memerhati semata.
Anda bukan sahaja dapat memastikan para pekerja anda
menjalankan urusan perniagaan anda dengan lebih baik,
anda juga mampu merapatkan jurang yang dimiliki anda
sebagai seorang bos dan mereka sebagai pekerja. Ia
dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sesebuah
urusan syarikat.
Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan dan
menggaji pekerja, pastikan anda mempunyai ilmu dan
kemahiran mengenai bidang perniagaan anda terlebih
dahulu. Ia penting bagi memastikan anda benar-benar
tahu apa yang para pekerja anda sedang lakukan dan
dapat membantu jika mereka melakukann sebarang
kesilapan.

19 Majalah Niaga Edisi Khas

Bekerja Bersama Usahawan Lain Dahulu


Matlamat sebenar untuk bekerja dengan syarikat atau perniagaan orang lain adalah untuk menimba ilmu dan bukan semata-mata hanya mahukan gaji bulanan yang dijanjikan oleh
majikan. Bekerja kerana ingin belajar, bukan kerana wang.
Ilmu yang diperolehi lebih mudah diterima kerana anda
melakukan pelbagai tugasan dari awal sehingga akhir proses
kerja anda. Pengalaman ini mampu menjadikan perniagaan
anda berjalan dengan lebih sistematik lagi pada masa depan.

Mulakan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan


Robert Kiyosaki dalam bukunya, Cashflow Quadrant ada
menyebut bahawa langkah pertama kita dimulakan sejak
masih bayi lagi (baby step). Kita belajar berusaha untuk
berjalan bukanlah pada langkah pertama kita, sebaliknya
dari bayi tatkala kaki kita masih menerawang kesana-kemari. Bak kata Jutawan Senyap, Chef Li, Biar Kecil Asalkan
Berhasil, jadi, mulakan perniagaan anda secara kecil-kecilan dahulu, kemudian baru besarkannya.

Uji Ketahanan Mental & Fizikal Anda


Bagi pekerja yang masih bekerja dan menjalankan
perniagaan secara sambilan, anda boleh menguji daya
tahan diri anda (mental & fizikal) dalam bidang perniagaan
dengan mengambil cuti tanpa gaji dan menjalankan aktiviti
perniagaan tersebut untuk satu tempoh tertentu. Daya tahan
setiap orang berbeza. Ada yang takut untuk menjadi usahawan sepenuh masa kerana tiada jaminan kewangan seperti
semasa menjadi pekerja sebelumnya. Tidak semua mahu
keluar dari comfort zone masing-masing.

Membina Rangkaian Networking Sendiri


Jika pekerjaan yang anda ceburi sama dengan bidang
perniagaan anda, cuba dapatkan sebanyak mungkin
jaringan persahabatan dengan pelbagai peringkat orang.
Ini termasuk para usahawan dan pembekal-pembekal yang
terlibat. Jangan ketinggalan untuk merapatkan diri dengan
wakil-wakil perbankan kerana anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Walaupun begitu, jangan memburukkan imej syarikat yang anda bernaung sekarang. Tonjolkan
imej yang baik sebagai pekerja. Imej adalah segala-galanya
dalam perniagaan dan jaringan persahabatan.

Mengumpul Modal Yang Mencukupi


Sebelum anda berhenti kerja, sila pastikan terlebih
dahulu bahawa wang modal untuk perniagaan anda mencukupi untuk tempoh 6 hingga ke 12 bulan yang pertama.
Kesemua modal ini termasuklah wang modal pusingan,
wang gaji pekerja, bil-bil utiliti serta beberapa bahagian untuk
waktu kecemasan. Persiapan yang rapi mampu membantu
anda pada masa hadapan.

TIp BLOGGING
Hasbul Aqill CEO Majalah Niaga & Komik Niaga

TABIAT BLOGGER
KAYA DAN BERJAYA

Ciri-ciri atau tabiat dalam diri seorang blogger, bagi meningkatkan peluang mereka untuk menjadikan blogging
itu sebagai satu kerjaya. Tabiat ini disusun secara rawak, dan kita bebas untuk mengikuti mana-mana yang kita
rasa selesa. Namun begitu, proses kejayaan masih bergantung pada visi dan kepercayaan dalam diri seorang
manusia. Kerana kajian Napoleon Hill mendapati, individu yang cenderung untuk berjaya adalah mereka yang
memiliki daya kepercayaan diri yang tinggi. Tabiat ini adalah tenaga tambahan bagi meningkatkan peluang untuk
kita untuk menjadi blogger sepenuh masa.

MEMPUNYAI BAKAT
DALAM PENULISAN

Mempunyai minat terhadap blogging


semata-mata tidak bermakna kita mudah mencapai matlamat yang diinginkan.
Situasi ini juga sama seperti seorang
penyanyi yang minat menyanyi, tetapi
tidak mempunyai suara yang merdu.

MINAT UNTUK BELAJAR

Apabila mereka cuba menyanyi dan gagal


berkali-kali, maka motivasi mereka semakin merudum. Lalu membuat keputusan
untuk tidak meneruskan perjuangan. Ia
juga berlaku dalam kes blogging. Ramai
yang minat untuk melakukan aktiviti blogging, tetapi hanya segelintir sahaja blogger yang mampu bertahan.

Manusia hanya cenderung mempelajari sesuatu apabila


mereka mempunyai minat. Meskipun gabungan bakat adalah
faktor kejayaan seorang blogger, minat tetap dapat membantu
seseorang itu dalam mempelajari sesuatu secara mendalam.
Sebagai contoh, Ali meminati topik pengurusan kewangan berasaskan hukum Islam. Walaupun beliau tidak pernah belajar
secara formal mengenai topik ini di sekolah atau universiti, rasa
minat yang mendalam terhadap topik ini membantu beliau untuk melakukan penyelidikan dan mencatat ilmunya dalam blog.
Rasa minat ini akan membuatkan Ali menjadi pakar bidang.
Kerana beliau cenderung untuk berkongsi topik yang fokus
bidangnya secara konsisten. Justeru itu, blogger yang mempunyai minat untuk mempelajari sesuatu isu atau topik, adalah
blogger yang akan menjadi pakar bidang.
Apabila kita menjadi pakar bidang, maka peluang untuk kita
buat duit dari blog lebih banyak. Contohnya, kita boleh mengadakan seminar, bengkel atau personal coaching. Atau menjual
buku dan ebook.

21 Majalah Niaga Edisi Khas

Ini kerana mereka bukan sekadar mempunyai minat. Tetapi mereka turut mempunyai bakat dalam blogging, khususnya
bakat yang berkaitan dengan penulisan.
Bakat pula hanya dimiliki oleh orangorang tertentu. Tidak semua manusia
mempunyai bakat dalam blogging.
Namun begitu, sekiranya bakat tidak diasah secara konsisten, maka ia tetap siasia. Apabila bakat dan minat bergabung,
maka ia akan memudahkan seorang itu
untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya, yakni memperoleh sumber pendapatan menerusi medium ini.

BLOGGER KAYA ITU BERDISPLIN


Kami pernah berjumpa dengan seorang blogger tempatan yang
sudah menjadikan aktiviti blogging sebagai kerjaya selama 3
tahun berturut-turut. Menurut beliau, kerjaya sebagai blogging
jauh lebih sukar daripada apa yang difikirkan oleh orang ramai.
Menurut beliau, disiplin memainkan peranan penting dalam
proses kejayaan sesebuah blog. Kerana blogging adalah aktiviti
yang melibatkan konsistensi. Ia merangkumi penerbitan entri,
penambahan jumlah pelawat setiap bulan dan sebagainya.
Tambahnya lagi, apabila blogging sudah bertukar menjadi satu
kerjaya, kita perlu ambil kira beberapa faktor lain. Antaranya
adalah cara untuk menjana wang dari blog setiap bulan secara
konsisten.
Ini bermakna, mempunyai pelan perlaksanaan blogging dan
disiplin untuk melakukannya setiap hari adalah tabiat seorang
blogger kaya dan berjaya.

RAJIN MEMBINA KOMUNITI


Percaya atau tidak, blogger yang boleh hidup selesa dengan blognya
adalah blogger yang mempunyai jumlah komuniti yang ramai. Komuniti
ini bermaksud jumlah pembaca blog yang setia dan percaya terhadap
kita.
Ini kerana, setiap produk yang kita jual di blog seperti ruang pengiklanan,
ebook dan sebagainya akan dibeli oleh individu yang pernah melawat
blog kita. Justeru itu, blogger-blogger baru wajar memfokuskan diri untuk
membina komuniti yang berpengaruh pada peringkat awal.
Pembinaan komuniti boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Mulakan
dengan menulis dalam ruangan komen di blog orang lain. Kemudian
ambil masa untuk berhubung dengan pemilik blog lain secara peribadi,
menerusi emel, Facebook dan sebagainya. Atau kita boleh hadirkan diri
ke perjumpaan-perjumpaan tidak rasmi di antara blogger.

MENIRU BLOGGER YANG


SUDAH BERJAYA

Untuk berjaya dalam dunia blogging, dan menjadikan ia sebagai mesin untuk kita menjana pendapatan di internet secara
sepenuh masa, meniru perbuatan individu yang sudah berjaya
adalah jalan terbaik.
Kita boleh bermula dengan membaca blog-blog blogger
sepenuh masa yang lain. Lihat bagaimana blog mereka berfungsi, apa aktiviti harian mereka, dan bagaimana mereka
merangka pelan perancangan blogging mereka untuk jangka
masa panjang.
Bagi memudahkan lagi peniruan, setiap kali mereka menganjurkan seminar, bengkel atau perjumpaan, hadirkan diri tanpa
sebarang alasan. Kemudian berkomunikasi dengan mereka
supaya mereka boleh berkongsi lebih banyak tip-tip kejayaan
seorang blogger dengan kita.

22 Majalah Niaga Edisi Khas

TIP PENJENAMAAN
Aqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

PETUA EFEKTIF
MENJENAMAKAN BISNES
SECARA ONLINE

Setiap pemilik bisnes mahu jenama syarikatnya dikenali


di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya, satu Malaysia sedar
akan kewujudan jenama mereka. Dengan kewujudan internet
dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya,
pendedahan kepada jenama syarikat kita menjadi semakin mudah. Menerusi laman web sosial, ia juga menjadikan
pemilik bisnes lebih mudah untuk mencari prospek, klien
baru, dan penaja. Tidak perlu kos yang tinggi, hanya perlukan
strategi yang betul. Dalam artikel yang ditulis oleh Benjamin
Lang, pengasas Epic Launch, beliau memberikan 7 tip efektif
untuk meningkatkan jenama bisnes kita dengan menggunakan medium online.

1 Blog dan Q&A (Question and Answer)

2 Laman Sosial dan Profil Profesional

Memiliki blog adalah satu kewajipan bagi semua pemilik


bisnes, khususnya yang berada dalam kategori bisnes-bisnes
kecil. Meskipun ramai pemilik bisnes kini memilik blog, tetapi
hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memaksimakannya,
bagi meningkatkan jenama dan jualan.

Menurut statistik, jumlah pengguna Facebook di Malaysia


sudah mencecah hampir 8.15 juta. Malaysia juga berada di
tangga ke 16 dalam carta pengguna tertinggi di Facebook.

Antara kaedah yang berkesan menggunakan blog adalah


menyediakan ruangan Q&A, iaitu soalan dan jawapan yang
bermain dalam minda prospek kita.
Menurut Lang, kaedah ini berkesan dengan pantas
untuk menjadikan jenama bisnes kita sebagai autoriti. Contoh
syarikat dan laman web yang mengamalkan kaedah ini adalah
Quora. Di mana laman web itu menyediakan jawapan bagi
setiap persoalan, dan dalam masa yang singkat, laman web ini
telah menarik 22,000 pengguna.

Bagi pemilik bisnes, ini merupakan satu peluang keemasan


untuk menjenamakan diri dalam laman web sosial. Cara
terbaik untuk memaksimakan sepenuhnya profil bisnes kita
di Facebook adalah:
Mencipta Facebook Pages.
Hias Facebook Pages dengan elemen profesionalisme
(warna, desain gambar dan sebagainya).
Cipta kalendar editorial untuk berinteraksi dengan
pengguna lain.
Jelas dengan matlamat asal Membina jenama.

3 Guest Posting
Jika bisnes kita mempunyai seorang penulis (penulis blog,
buku), maka gunakan kaedah ini. Dengan kaedah guest posting, kita lebih mudah untuk mencapai prospek baru. Apabila
artikel kita diletakkan dalam blog-blog yang berautoriti dan
tinggi trafiknya, sekaligus ia membuatkan jenama bisnes kita
lebih dikenali dan lebih dipercayai.
Kehadiran laman sosial dan internet ini banyak membantu
bisnes daripada pelbagai aspek, khususnya penjenamaan.
Tetapi kita perlu mempunyai strategi yang betul, agar kita tidak
melakukan kesilapan kecil yang dapat membunuh bisnes kita.

24 Majalah Niaga Edisi Khas

6 Aktif dan Konsisten


Apa yang buat aku berjaya hari ini? Aku lakukannya setiap
hari, dengan cara yang seronok, tanpa kenal erti mengaku
kalah. Fehzan Ali, pengasas Adscend Media.

4 Mewujudkan Blog Bisnes


Seth Godin, pakar pemasaran dan pengasas Squidoo. Beliau
memberitahu dalam blognya jenama bisnes boleh dikukuhkan secara online, sekiranya pemilik bisnes memiliki blog. Ini
kerana blog dapat membantu daripada segi.
Menyalurkan informasi berkaitan produk Lebih banyak
maklumat, lebih tinggi kepercayaan pembeli.
Mewujudkan komuniti Apabila pembaca blog kita
berhimpun di blog bisnes, maka kita sudah berjaya
mencipta komuniti.
Berkongsi social proof Setiap pengguna yang gembira
menggunakan produk kita, maklumat berita itu boleh
dikhabarkan menerusi blog kita. Dengan kata lain,
blog kita adalah media bisnes kita.
Memperkukuhkan jenama Apabila kepercayaan itu
wujud, maka jenama bisnes secara online akan wujud
serta merta.

5 Bina Rangkaian Bisnes Di Forum


Meskipun kewujudan ruangan media socail seperti Facebook
seakan-akan membunuh ruangan komuniti forum, namun ia
tidak bermakna forum menjadi satu platfom yang tidak aktif.
Kenyataan ini adalah mitos semata-mata. Ruangan forum
masih ada penggunanya sendiri. Malah ia masih lagi diiktiraf ruangan yang terbaik, untuk mewujudkan sebarang diskusi. Lihat bagaimana forum Lowyat.net terus menjadi medan
perbincangan mengenai hal gajet dan teknologi sehingga hari
ini.
Untuk membina rangkaian bisnes dengan cara yang betul,
berikut adalah elemen-elemen yang mesti dipatuhi ketika
berforum.
Gunakan nama sebenar.
Kongsikan maklumat berkaitan dengan bisnes kita (tip,
trik dan tutorial).
Buka thread khas untuk berkongsi pengalaman setiap hari
kita menjalankan bisnes.
Maksimakan ruangan signature, yakni ruangan untuk
meletakkan pautan promosi.

25 Majalah Niaga Edisi Khas

Menjenamakan diri dalam dunia online tidak mudah. Kita


akan mempunyai ratusan pesaing yang akan meniru konsep
dan cara kita menjenamakan bisnes. Kunci untuk mengatasi
para pesaing kita adalah dengan terus kekal aktif, di dunia
online dan juga sentiasa konsisten untuk mengamalkan strategi yang dikongsikan.

7 Cipta Mesej Jenama


Apabila menyebut tentang jenama.
Pelanggan akan ingat mesej bisnes kita.Seth Godin
Konsep syarikat penerbitan PTS yang menggunakan mesej
Ini Baru Buku seringkali terngiang-ngiang dalam fikiran kami.
Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan itu? Tetapi
secara tidak langsung, mesej itu telah melekat dalam fikiran
kita.
Dalam mencipta mesej jenama, kita perlu berfikiran
kreatif untuk menghasilkan mesej yang dapat dilekatkan
dalam minda pelanggan. Ia perlu dilakukan secara berkala
kerana teknik ini adalah subjektif, untuk dipertikaikan.

CERPEN BISNES
Nik Wafdi Kartunis Majalah Ujang

Apakah kerja di sini belum cukup baik?


Alhamdulillah baik En. Boss, cumanya nak mencari
yang lebih baik. Itu sahaja.
Jangan nanti apa yang dikejar tak dapat, yang
dikendong pula berciciran.
Insya-Allah apa yang saya sedang kejarkan tidak akan
mencicirkan apa yang saya kendongkan selama ini.
Masih dalam bidang sama cuma konsep yang sedikit
berbeza.
Apa yang kamu kejarkan sebenarnya ni? Cuba terangkan pada saya. Pangkat? Gaji yang lebih tinggi?
Kemewahan? Nama? Bisnes sendiri? Cuba ceritakan
pada saya.
Itu semua saya boleh dapat di sini. Saya mencari
sesuatu yang kekal untuk selamanya En. Boss. Sesuatu
yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun
dollar.
Kalau dah semuanya ada di sini, kenapa perlu cari di
tempat lain? Bersyukurlah, bukankah syarikat kita ini
aman dan makmur. Jangan kufur nikmat. Tuhan tak
suka orang yang tak tahu bersyukur.

Boss, saya rasa macam nak


berhenti kerja lah. Kamu nak
kerja apa? Di mana? Dengan
siapa? Wallahua'lam. Belum
pasti lagi. Itulah masalah
orang kita. Orang hijrah dia
pun nak hijrah tapi tak tahu
nak hijrah ke mana, nak buat
apa, nak bersama siapa.
Bukanlah saya tak ada perancangan En. Boss,
cuma saya belum ada keputusan yang pasti lagi.
Masih dalam peringkat istikarah.
Kita kalau nak buat apa-apa kena yakin, ingat tu.
Tak boleh main terpa ikut sedap hati aje. Pastikan dulu mana nak melangkah baru menapak
berhijrah.Harapnya kamu hijrah kepada yang
lebih baik bukannya kepada yang lebih buruk.
Insya-Allah saya mahu berhijrah ke arah yang
lebih baik.

27 Majalah Niaga Edisi Khas

Benar tu En. Boss. Namun semua yang di sini sifatnya


sementara. Sampai masa semuanya akan berakhir
dan hilang serta binasa juga. Alam fana cintaku, dan
karierku.
Yelah. Mana ada benda yang bersifat forever and
ever. Sekarang kita makan, kejap lagi lapar balik.
Sedap sekejap kat tekak, masuk perut jadi sisa
kumbuhan juga akhirnya. Atas dunia ni mana ada
syarikat yang simpan pekerja sampai mati, cukup
masa kena berhenti, atau pencen, mana satu sampai
dahululah. Kita kena terima hakikat hidup ini. Dah
termaktub macam tu. Terima sajalah.
Sebab itulah saya nak cari sesuatu yang sifatnya kekal
selamanya, biarlah apa yang zahirnya saya dapat tak
banyak tapi faedahnya di sana saya akan raih tanpa
had waktu dan insya-Allah lebih jauh berganda-ganda
dari apa yang saya dapat di sini.
Kamu ni merepeklah. Kalau dah zahirnya tak
banyak, nampak benarlah sikitnya. Buat apa susahsusah nak ke tempat lain untuk cari yang sedikit. Saya
boleh potongkan gaji kamu jika kamu mahu. Berapa
sedikit yang kamu mahu saya tak kesah. Pekerja yang
macam inilah yang kami mahu.

Satu perkara yang saya boleh


kongsikan
di
sini
ialah,
hambatan untuk kita berhijrah
sentiasa tersemat dilubuk hati
kita, cumanya sebelum ini kita
tega menelan segala kepahitan
untuk terus kekal berada di takuk
lama kerana lemahnya kepercayaan kita kepada Allah Yang
Maha Merancang, seolah-olahrancangan kitalah yang terbaik
tanpa membenarkan rancangan
Allah Yang Maha Menentukan.
En. Boss ni buat lawaklah
pulak. Kalau tidak keterlaluan,
saya juga mahu ajak En. Boss
ikut hijrah sama. Kita mulakan
bisnes baru. Bisnes yang
mampu bertahan bukan sahaja sampai ke anak cucu, malah
melewati usia alam ini, hingga ke
alam yang satu lagi.
Hahaha...Ini baru betul-betul
lawak namanya. Kamu nak berhenti kerja entah kenapa dan tak
pasti nak kemana, lepas tu nak
ajak saya ikut sama? Nak ajak
saya terjun gaung sama-sama?
Kamu dah gila? Terima kasih
ajelah.
Bagi setengah-setengah manusia memang kerja ini nampak
macam kerja gila, malah orangorang yang berjaya dari zaman
dahulu kala pun telah dilabelkan
sebagai orang gila.
Apa yang nak dihairankan. Tak
semua orang mampu faham
akan kebaikan kerja ini tapi
percayalah, ini adalah yang terbaik buat kita semua jika kita
mengerti rahsia sebenarnya.
Rahsia apa pulak ni... Kamu nak
terjun longkang mana kamu
terjunlah, usah ajak saya terjun
sama. Saya ok-ok saja kat sini.
Kamu itu aje yang saya nampak
macam tak ok. Kamu sihat ke ni?
Nak ambil m.c.? Atau nak cuti
rehat tanpa gaji? Kamu pergi
bercuti dulu, tenangkan fikiran,

28 Majalah Niaga Edisi Khas

bila dah waras kembali, kita


bincang semula hajat kamu tu.
Pergilah, saya izinkan. Kalau
boleh cepat sikit. Semak kepala
saya melayan kerenah kamu.
Banyak lagi kerja lain yang perlu
saya fikirkan.
Begitulah al-kisahnya pertemuan
terakhir antara saya dan majikan lama saya. Bermula dari situ,
saya habiskan cuti tahunan saya
yang masih berbaki dan seterusnya saya berhenti.
Kini saya telah bekerja sendiri,
berhijrah dari bekerja makan
gaji, berhijrah dari bekerja siang
malam tanpa henti demi mengejar dunia yang tiada penghujungnya, berhijrah dari perlumbaan
duniawi kepada pengembaraan
ukhrawi, berhijrah dari dikejar usia kepada mengejar masa
yang berbaki untuk berkhidmat
sebaik-baiknya untuk manusia
dan Pemilik manusia, berhijrah
dari mengharapkan perhatian
manusia kepada mengharapkan
hanya redha dan rahmat Yang
Maha Esa.

Kita sering menuturkan


bahawa rezeki itu telah
ditetapkan untuk kita tapi
kita tidak benar- benar
yakin bahawa Allah Yang
Maha Mengatur lebih tahu
apakah yang lebih baik
untuk kita.

Kita sering menuturkan bahawa


rezeki itu telah ditetapkan untuk
kita tapi kita tidak benar-benar
yakin bahawa Allah Yang Maha
Mengatur lebih tahu apakah
yang lebih baik untuk kita dan
Allah Yang Maha Pengasih serta
Maha Penyayang sentiasa ada
rancangan yang terbaik untuk
kita semua.
Jika kita yakin dan percaya
padaNya, dan berserah sepenuh
jiwa padaNya, segala apa yang
kita ada, urusan kita, ibadat kita,
hidup kita dan mati kita hanya
padaNya, Penguasa sekelian
alam yang berkuasa menentukan segalanya menurut apa yang
dikehendakiNya. Wallahualam.
Akhir kalam, selamat berhijrah
ke alam baru, biarlah alam itu
sebuah alam yang mana kita benar-benar bertonggakkan syariat
Islam, benar-benar memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam
hidup kita dan dalam hidup insan-insan di sekeliling kita.
Sebelum kita berhijrah ke alam
yang seterusnya, alam yang
mana di dalamnya tiada lagi
amal untuk kita kerjakan, alam
yang mana kita pula yang akan
dikerjakan mengikut apa amal
yang telah kita kerjakan di alam
sebelumnya
Lagi sekali saya ingin mengajak
anda semua
Jom hijrah!

Boleh

nampak
saya ke?

Bagus!

Bermakna iklan di sini berkesan!


Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran,
Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari
www.MajalahNiaga.com

GA

A
IK J
AN A
PE L
RC A
U H

ER

J
A

RA
N
KE M G S HA
CU EM AM K
AL PE A CIP
NA I DE RGU SEK TA
M N N A TE
M UN GA AKA LI M RP
E
EN B N
YE EG KE N E- ENE LIHA
B I B
M R
TE AR TU A ENA AJ BIT RA
TA E- N RA AL S OL
PI MA DA N AH EM EH
H J D B
I U M
TA ARU ALA IBE ERT NI U LA AJA
NP SL H NA UL NT DA LA
A IN R I
A
U L
SA H D I U KA S DA K T AM HNI
BA IK NT N, RI UJ LA AG
RA EKA UK BA PI UA IN- A.C
NG LK TU HK HA N K LA OM
UB AN JUA AN K M EU IN B .
AH SI N DIG AJ NT EN
AN FA KE AL AL UN TU
TN BA A AH GA K
.
YA IK KK N N AT
AN AN IA
AU
GA
,
.

LA

IA

DI

ID

M
IB

E
IN -

i
s
i
d
E

L
A

H
A

S
A
KH
5
1
0
2

Anda mungkin juga menyukai